Nilah
aku...
__________//Nama
kampung aku Kampung Tal 7. Kat sinilah aku lahir. Kampung aku nih terletak
dalam daerah Pasir Mas, Kelantan. Kampung aku ni strategik,
pasal terletak di antara penghubung 2 bandar besar dan terkenal... bandar
Pasir Mas dan Kota Bharu. Kire kalau dok kat kampung aku nih, tak susahlah
nak dapat pengangkutan awam. Dok tepi jalan utama katakan. Area kampung aku
penuh ngan sawah padi. Kecik kecik dulu, aku suka kutip siput sawah.
Mak suka buat gulai siput tapi aku tak suka makan. Ntahlah... tak selera aku
nak makan siput. Tengok siput yang masih hidup pun rasa nak meleleh air mata;
cam alien!
__________//Aku
takut kat 2 jenis binatang jer. Lintah dan cacing. Segala kaum
kerabat mak nenek diorang lah. Member member selalu gelak kat aku pasal benda
nih, tapi nak buat macam mana... walaupun orang Taurus bersifat berani,
tapi aku kalau ngan 2 menatang nih memang surrender lah. Tobat aku lari jauh
jauh. Kalau korang sok aku pi lawan buaya atau pun singa, aku tak heran. Aku
sekeh jer kepala menatang tuh sekor sekor, haha.
__________//Kampung
aku pun ada sungai gak. Tuu haa... Sungai Kelantan. Luas gedabak sungai tuh.
Masa kecik kecik dulu aku jalan kaki jer kalau nak ke sungai tuh. Tak jauhlah.
Kecik kecik dulu pun aku suka mandi sungai dan main rakit.
__________//Adik
beradik aku 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan. Aku ada 2
abang, 2 kakak dan sorang adik. Aku ngan adik aku jer belom
kawen. Err... masih bujang, solo, single & available [akan diupdate dari
semasa ke semasa]. ;p Yang lain semua dah setel, heh. Besday aku pada 24
April setiap tahun. Berbintang Taurus [Lembu]. Maknanya suka menanduklah,
hahaha. Dari kecik sampai la ni, member member rapat panggil aku IMIE.
Ahli keluarga pun panggil aku ngan nama tuh. Kat sekolah, rakan rakan sekelas
dan bukan sekelas juga panggil aku ngan nama IMIE. Bila aku masuk sekolah
teknik, teman teman baru lebih kenal aku ngan nama ZUL. Tapi bagi dua
tiga kerat member yang satu negeri ngan aku, diorang tetap panggil aku IMIE.
Apa pun, bila pegi mana mana aku masih guna dua dua nama nih. Tengok keadaanlah.
__________//Lepas
SPM, aku dapat sambung belajar kat UTM, Jalan Semarak. Kat sini, aku
banyak guna nama ZUL. Namun bagi mereka yang tahu serba sedikit, ada
yang panggil aku IMIE. Kadang kadang pening gak bila dok dalam kelas,
2-3 orang panggil aku serentak. Masing masing panggil aku ngan nama yang tak
sama. Pastu pakat konpius sama sama. Ahaks. Kat UTM, aku jadik student
IT. Ambik course Computer Science IT. Aku pilih IT pasal masa tu
semua mediamassa banyak dok promote bidang nih. Sayang ITlah, cinta ITlah...
macam macamlah. Masa tu aku tak tau sangat pasal IT tapi memandangkan bidang
ni ada guna komputer, maka aku ambik. Aku suka giler main komputer. Pendek
kata, tak makan separuh hari pun takpe kalau dah asyik dok hadap benda alah
tuh. Kalau nak diikutkan hati, aku lagi suka bidang Multimedia tapi
dah terlajak pilih nih, go on jer lah. Selepas 3 tahun, aku grad. Aku tak
extend atau repeat paper. Grad on time, tapi pointer cukup cukup makan jer
laa... hehe. Kerja pertama aku adalah sebelom grad, buat sales berkaitan
IT produk & servis untuk satu kompeni Melayu bertempat di Plaza Sungai
Mas, Jalan Ipoh. Kena menapak dari satu kompeni ke satu kompeni bawah
panas terik cahaya bintang Matahari. Huuu.... panas nak mamposs. Tak tahan
beb. Tak sampai 2 bulan, aku blah.
__________//Sebulan
kemudian, aku diterima bekerja kat satu kompeni Property kat Ampang.
Jadik Network Administrator. Sorang sorang jadi IT guy memang tak tahan.
Aku rasa tinggi sangat pressure kat sini. Lagi 2 minggu nak cukup 3 bulan
kerja, aku blah. Blah lagii... haha. 2 minggu jadik penganggur bertauliah.
Kemudian aku dapat keje kat satu kompeni Bumiputera bertempat di Bandar
Sri Permaisuri, Cheras. Jawatan kecik jer... juruteknik IT. Tapi nasib
baik gaji tak kecik sangat, hehe. Seawal keje kat sini best. Ramai staff.
Kerja pun santai. Bebudak opis kepala gilak gilak, boss pun kepala sempoi.
Aku dapat bertahan keje kat sini dari dulu sampai la ni. 2 tahun lebih beb.
Lama ker? Sekarang suasana dah berubah. Kat opis aku nih skang tinggal 4 orang
jer tak termasuk ngan staff kat opis cawangan Kedah & Kelantan. Kat sini,
2 boss dan 2 kuli. Aku ler salah seorang kuli tuh, ahahaha. Hampeh! Disebabkan
staff yang tak ramai maka aku banyak take over tugas orang lain, yang mana
tak kena langsung ngan bidang IT yang dok belajar tinggi tinggi tuh. Salah
satunya, jadik Mat Despatch. Kerana aku berada di kelas atasan [kononnya],
maka jawatan despatch ada baiknya aku highclasskan sikit, jadi... DESPATCH
EXECUTIVE. Boleh???
__________//Lepas
balik dari keje selalunya aku lepak umah jer. Melainkan ada orang booking
aku dulu, aku kuarlah. Haha. Selalunya aku kerap lepak kat umah abang aku,
kat Gombak. Umah abang aku ada Streamyx. Dikala bosan, aku chatting,
surfing dan main game. Banyak keje aku yang melibatkan penggunaan
internet dibuat kat sana jer. Aku tak buat kat opis, pasal aku tak suka nak
salahgunakan hartabenda kompeni. Pekerja yang soleh katakan. Kalau ada banyak
masa terluang, aku TIDO. Ahahaha. Skang hidup aku aman damai, tenang
dan tak terikat ngan sapa sapa atau apa apa. Aku bebas. Aku harap ketenangan
nih berkekalan sampai bila bila. Senang saja nak hidup tenang, kau jangan
carik musuh. Okey dah... tak payah nak belit aku pasal nih. Aku malas
nak layan.
Well, tulah serba sedikit pasal bio aku. Selebihnya bacalah kat blog. InsyaAllah
sebagaimana kau kenal aku kat blog, macam tulah aku kat dunia realiti.
So loooongggggg!
[Gesbuk |
]
| hitam |
merah |
putih |