selagi ada rindu * 13 julai 2010 * lagu



Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang
Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan
Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi
co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu
Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana
Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long


Bagaimana ‘Lagu Selagi Ada Rindu‘ ini boleh popular? (Kisah Bunuh Diri~)

Saya tak pasti sama ada korang ada pernah terdengar cerita mengenai seorang lelaki yang mati bunuh diri didalam sebuah rumah yang dindingnya penuh terlekat kad topup? Video mengenai lelaki yang mati bunuh diri ini pernah popular di Youtube tidak lama dulu. Dimana videoklip ini telah menggunakan lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ sebagai muzik latar balakang untuk video tersebut. Tapi sekarang nih, video tu sudah pun di remove dari Youtube. Jadi tak dapatlah saya letakkan vidoe tersebut di entri kali ini. Dari maklumat yang saya temui, ada yang kata kejadian lelaki yang bunuh diri itu adalah kisah benar yang berlaku di Setiu, Terengganu. Si lelaki ni putus cinta dengan girlfriend nya, lalu memilih jalan menuju Neraka dengan cara, membunuh diri. Kad topup yang dilekat pada dinding rumah dalam video tersebut menunjukkan berapa banyak si lelaki itu telah berhabis duit untuk menelefon dan support topup si girlfriend nya.

Itulah serba sedikit cerita yang saya temui. Apa yang pasti, disebabkan videoklip lelaki mati bunuh diri inilah yang telah mempopularkan lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ hingga menjadi siulan anak-anak remaja ketika ini. Seperti juga lagu ‘Trilogi Cinta Tiga Segi‘ yang pernah popular pada tahun lepas kerana cerita mengenai Hazwan, seorang banduan yang kononnya mati ditali gantung kerana membunuh girlfrend nya dan boyfriend kepada girlfriend nya. Jadi, jika ada diantara korang yang tahu mengenai videoklip yang saya ceritakan dan mengatahui kisah sebenar mengenai lelaki yang mati bunuh diri ini, bolehlah tinggalkan pendapat korang di ruangan komen dibawah ya~

artikel atas nie disalin dari http://www.nuristimewa.com. aku dah tengok video yg bunuh diri tu. sungguh sadis.


+ tulis komen untuk selagi ada rindu
+ baca komen untuk selagi ada rindu

baca buku tamu nordin


entri ini sudah 92 kali dibaca.


ini blog nordin yang baharu

TAJUK •
  selagi ada rindu
NAMA •
 
EMEL •
 
URL •
 
KOMEN •
KRITIK •
PUJI •
BODEK •
 
ANTISPAM   masukkan angka dua ribu
   
     

 

_KOMEN UNTUK ENTRI DI ATAS_