cuti hujung minggu. kami balik ke kampung bukit betong, kuala lipis, pahang. aku, is, zuri, abg aziz, ika dan husni. satu kereta sahaja.
memang best. musim durian. malam tu siap berjata tunggu durian gugur. bila bunyi bedebus. mulalah bawak lampu suluh mencari. memang satu pengalaman yang seronok.
terima kasih pada makbeh, pakteh, de melah, maktam, cu bedin, mak andak, pak andak dan semua2 yang memberikan kami layanan istimewa.
lagi best sungai agak cetek. jadi boleh mandi sungai. dah lama tak mandi sungai. bestnya. nie adalah gambar2 sket nak share ngan korang. :)
ini gambar terbaru anas bersama kawan-kawannya. seronok tul derang bila kena jadi model. ketawa sakan. anas ajek yang terseksi sket. asik nampak perut ajek. sorilah aku tak dapat nak edit cantik2. masuk kat lightroom. semua guna preset creative - aged photo. huhu. :)
khamis lepas. bawak umie, anas dan anak2 buah bejalan ke putrajaya. tengok belon udara panas. dengan cuaca yang panas terik.
sampai di tempat belon tu jam 1 petang. alamak aku silap masa lak. yang ada hanya belon udara kecik dengan karekter sponge bob, spiderman dan macam-macam. yang membuatkan anas agak tergoda untuk meronta-ronta dan memaksa aku membelinya. nasib baik anas nangis kejap ajek. hehe aku tak beli pun. takde bajet.
nak tunggu petang. pegi solat dulu kat masjid putrajaya dan terus lepak area situ. makan-makan. bawak anas gi playground.
dalam kol 5 baru derang setup. masukkan udara panas dalam belon. tak ambik masa yang lama. dalam 15-30 minit belon-belon pun naik dan menghilang dari pandangan mata.
memang penat. balik rumah kaki lenguh. mata penat. esoknya nak keje. orang lain busy buat prototype. aku leh senang lenang jalan-jalan. nasib baik derang tak tahu. hehe.
ini sebahagian gambar dari orang yang kononnya nak jadi photographer jugak. amik dari luar pagar ajek. huhu.
sabtu lepas. aku dan kury pegi tengok maskara dirumah pena. pergh orang memang ramai. dah la rumah pena tu kecik. boleh muat dalam 30 orang gitu ajek. yang datang dalam 60++ rasanya.
yang buat persembahan malam tu.
Azzam Supardi - MC yang best
xxx - aku tak ingat nama dia. tapi dia nyanyi memang best
Jonos - memang sempoi. gaya YB.
Adam Kasturi - baca puisi muzikal. aku cuba paham tapi kurang paham.
Pipiyapong - memang sempoi
xxx - cikgu bahasa inggeris nie aku lupa nama dia. memang best.
Ana Raffali - siap aidil alfian jadi pengiring. memang best
Aie - tak datang. busy ngan keje.
nie ajek gambar2 yg sempat ambik. tadek angle best. sbb padat cam sardin.
cuti tahun baru cina lepas. aku dan famili umie bercadang pergi piknik di taman rekreasi sg tamu di batang kali. sampai kat situ port menarik dah penuh. memandangkan abg ipar aku biasa kawasan batang kali. maka kami pegi ke port yg lebih terpencil. memang menarik. piknik kat tepi sungai dalam kawasan kebun orang.
ini ada sedikit photo masa malam annual dinner ITIS di BlueWave Shah Alam. aku tak sempat nak amik gambar sangat sbb anas meragam sket. nie aje yang sempat aku letak. nanti aku letak lagi dari koleksi photographer rasmi ITIS.
aku sempat rakam 3 video masa amy search buat show. memang mantop. saleh yaakob selaku MC pun best bangat. terima kasih kepada yang menjayakan majlis terutama izan sekeluarga dan sponsor2 yang menjadikan majlis ini begitu best.
petang jumaat 9 januari 2009. aku bersama ustaz hajar dan irfan menyertai perarakan membantah keganasan israel digaza. turut serta dr tengku.
sebelah malam aku lihat berita. tiada liputan diberikan untuk demostrasi ini. mungkin kerana ia anjuran NGO dan parti pembangkang.
yang dipaparkan oleh tv3 adalah demonstrasi yang dibuat di tv3 diketuai mukhriz mahathir. nampak sangat dalam isu sebegini, masih ada pilih kasih dan motif kepartian.
ini sedikit gambar yang dapat dipaparkan kepada anda. mungkin apa yang kita lakukan ini tak dapat menghentikan keganasan tetapi sekurang-kurangnya kita bersuara dan meluahkan perasaan kita terhadap apa yang berlaku. perarakan ini bertujuan untuk memulakan kempen boikot barangan israel dan amerika.
gambar yang aku amik 3 keping ajek sbb bateri kamera weak. gambar lain oleh irfan.
pada 11 disember 2008. kami sekeluarga pergi cuti-cuti di port dickson. hari pertama menginap di ilham resorts. memang cantik pemandangannya. dapat penthouse yang mengadap pantai. cuaca pun alhamdulillah cantik.
check in dalam jam 2 petang. dalam kol 3 dah turun. gian nampak kolam renang. bukannya reti berenang pun. hehe. aktiviti petang sukaneka. lari dalam guni. timbus pasir. terompah tempurung. aku asik kalah ajek. mungkin fizikal kot.
malam ada bbq. tempat dah disediakan. memang best. esoknya bangun pagi. hujan lebat. dalam jam 8 berenti. terus mandi lagi kat kolam renang. nak mandi kat laut tak best sebab pantai kotor. tercemar ngan rumpai laut.
dalam jam 10 pagi. lepas mandi manda. kami tracking pulak menuju ke rumah api tanjung tuan. 870 meter jaraknya. takdelah tinggi sangat tapi penat jugaklah. lagi penat bila dah sampai diatas. tengok-tengok rupanya boleh bawak kereta. penat aku berjalan.
takde apa sangat. tak boleh masuk dalam rumah api pun. amik gambar kat luar ajek. perjalanan turun. kami ikut jalan untuk tracking. masa naik tadi ikut jalan tar. laluan kenderaan.
ikut jalan tracking nie. kami hampir sesat. tesalah lorong. terjumpa tempat yang kononnya ada tapak kaki hang tuah. pegilah usha kejap. pastu sambung perjalanan. akhirnya kami keluar kat rachado resorts. 150 meter dari ilham resort. sib baik tak sesat jauh. kalau kuar kat bandar pd. kan naya. nak kena naik bas pulak balik ke resort.
kelam kabut juga check out. bergerak pula ke palm springs untuk malam kedua. tu aku cerita lain.
semalam cam buring tak tahu nak gi mana. kami sekeluarga buat plan mengejut mandi-manda kat ulu yam. dalam kol 3 baru gerak dari sungai buloh. sampai ulu yam dekat kol 4 gitu.
air memang sejuk dan agak laju. batu-batu pulak cam tajam ajek. sakit gak kaki aku yang gebu nie.
dah lama tul tak layan pingpong. last sekali masa gi rumah encikkhairul kat kondo danau desa dulu. kali nie main kat kompleks 3k. cuma keadaan kurang feel sket. sbb tempat agak sempit. tapi oklah daripada takde langsung.
terima kasih pada kawan2 yang datang. mendahului kawan2 opis yang awal datang ialah jobeng ngan shubeng. tepat kol 8 dah ada. hehe. pastu nurli, liza dan kawannya. tak lama kemudian jifat dan isteri. irfan dan nazmi. aan dan cha. bad dan keluarga. nani dan suami. sham dan kapi yang terlajak sket. amik angin dibandaraya sg buloh. kemudian wan shah dan keluarga. gambar tak banyak. dah last-last baru keluar. busy tul sebab tetamu datang serentak menyebabkan kesesakkan.
hehe. kalau rumah besar takdelah sesak. terima kasih pada yang datang. :)
ahad lepas. aku dok leka tengok olimpik. acara renang memang layan sebab banyak rekod baru. dan negara2 asia mula memecah dominasi eropah.
eh mana pulak budak anas nie. senyap ajek. tiba2 aku dengar bunyi air paip. aku pun tengoklah dalam bilik air.
rupanya anas dok membasuh kereta kesayangan dia. kereta tu izan yang kasi. memang dia sayang tul. lama dia dok dalam bilik air tu. biarlah jangan meragam udah. sib baik bil air kat kuarters nie bayar pukal. gunalah banyak mana pun, bayar tetap sama.
adeh. dah lama sangat tak updet gambar kat sini. gambar adik aku kawen pun tak sempat nak letak lagik. huhu. aku letak gambar anas ngan meow nie. masa nie kat kg di kuala lipis pahang.
anas pantang tengok kucing. asik nak kacau ajek. sekali kena cakar sket dah nangis. hehe.
takde cerita apa cuma gambar2 PM kita bersama wanita2 yang agak cun. aku tak tahulah superimpose ke apa ke. musim pilihanraya nie macam2 gambar boleh buat.
kalau gambar2 nie betul. aku rasa cam tak sesuai la pak lah dan islam hadharinya. ini orang tua tak sedar diri.
korang rasa gambar nie betul ke? atau kena edit?
bak kata nabil raja lawak "korang pikirlah sendirik"
petang sabtu lepas. pergi kat tasik kepong. tempat main layang-layang. aku takdelah nak main layang-layang. sajek bawak anas ngan abg long jalan-jalan. aku tak reti main layang-layang. tengok ajek.
sampai kat parking tasik tu sekitar jam 5 petang. kebetulan kat era ada info kasi tahu skuad era avanza tengah ada area situ. aku toleh kiri. derang baru park kat situ. apa lagi. umi ngan adik aku pun keluar. kalau jadi 2 orang terawal. leh dapat hamper baby johnson bernilai RM50.
nasib baik aku dapat parking dekat situ ajek. apa lagi kitaorg serbu la skuad era avanza tu. dapat air kotak, minyak angin, kuaci dan sticker free. umi dapat jadi 2 peserta terawal. dapatlah hamper bedak johnson. zurie dapat baucer untuk makan kat mana entah. aku dapat t-shirt era. memandangkan t-shirt tu kecik. adik aku awal-awal dah amik. huhu.
lepas tu barulah gi lepak tengok orang main layang-layang. :)
gambar sekitar kursus dale carnegie. huhu. baru sekarang baru upload. kursus tu berjalan selama 2 tahun. bermula 27 disember 2007 dan berakhir 9 januari 2008.
dilaksanakan dengan jayanya oleh encik bujang hussin. memang sempoi. aku letak sket ajek gambar. nak letak semua terlalu banyak. ada 3++ gambar.
terima kasih untuk opis yang sudi menghantar kami menjalani kursus yang cukup best. juga kepada yan dan hisham yg mengambil gambar dengan superb. :)
sabtu 26 januari 2008. aku, jobeng, suk, dolah dan ira sefamili ke ulu yam. kami gi mancing. dah lama tul tak gi mancing. mesti seronok. kami pakai umpan cengkerik. satu ringgit 40 ekor. ira beli enam ringgit. banyak wooo.
kompol kat giant batu caves dalam kol 10 pagi. sampai kat empangan batu 10 minit kemudian. pasang khemah dan sarapan dulu. pastu baru mula mancing. banyak betul ikan. maksud aku ikan kat dalam empangan tu. ikan yang kami dapat banyak tak banyak la. kira oklah. nak sebut jumlah karang riak pulak. huhu.
lepas penat mancing dan bertarung dengan ikan dan lumut. kami pegi mandi manda kat ulu yam pulak. memang layan. menggigil dan kelaparan. lupa lak nak bawak tempat utk bbq. kalau tak boleh makan ikan bakar. dalam kol 6 lebih. kitaorang bersurai.
sebelum sampai kerumah. singgah kat pasar dulu. beli ikan. opss jangan salah paham. bini aku suh beli ikan bawal. masa mancing tu tak dapat ikan bawal. ikan lain banyakkkkkk. kalau nak ikan bawal. kenalah mancing kat laut. tunggu episod akan datang. lokasi mancing baru dengan ikan yang lebih mesra.
jomlah tengok gambar kami. huhu. sorilah gambar ikan takde sbb masa tu bateri weak. ikan banyak sampai kamera takleh nak zoom.
balik dari bukit tinggi. kami ke air terjun lentang pulak. dari simpang bukit tinggi tu. dalam 5 kilometer ajek. hujung minggu agak ramai terutamanya mat rempit.
tempat mandi pun banyak gak. nak yang dalam paras buku lali ada, paras pinggul ada, paras dada ada dan untuk yang tak nampak kepala pun ada.
seronok tul anas mandi. sampai pucat. tak nak naik. naik pelampung itik. hehe.
cuti sekolah bulan disember. bawa famili jalan2 ke bukit tinggi, pahang. memang tinggi jugak bukit tu.
sedikit info. untuk ke bukit tinggi. mesti melalui highway gombak-bentong. beberapa kilometer selepas genting sempah. ikut papan tanda.
dari simpang ke atas mengambil masa sekitar 20 minit. mendaki bukit. bayaran sebanyak RM16 dikenakan utk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
kat atas tu ada resort untuk penginapan. tempat jalan-jalan seperti pekan colmar. ala ala kat perancis gitu. teringat lak masa dok perancis dulu. pastu ada tempat rumah jepun. teringat lak awek kat jepun dulu. kemudian ada tempat pembiakan arnab dan juga beberapa binatang lain.
balik dari bukit tinggi. kami manda manda di hutan lipur lentang. seronok woooo.
NEXT BOWLING
-----------------------------------------------------
Tempat : Sunway Pyramid Bowling Centre
Tarikh : 05 Disember 2007 (rabu)
Masa : 830 malam
Bayaran : RM 15
-----------------------------------------------------
semalam biro sukan itis buat kejohanan bowling kat sunway piramid. memang meriah. 33 orang berjaya menghayunkan bola bowling. ada yang menuju kesasaran. ada yang mencuci longkang. macam-macam ragam ada.
semalam memang hampeh. tak perform langsung. banyak mencuci longkang ajek. mungkin nak kena repeat nie. jom tengok gambar.
terima kasih kepada izmi, jifat dan kawan-kawan yang telah menganjurkan aktiviti. gambar-gambar nie daripada kamera farina (flash od) dan nurliey.
balik dari pd. esoknya ke langkawi pulak. dari 3 - 5 september 2007. penat jugak. ada review lesson btp tasawwur. tengahari tu kitaorang berempat ke LCCT. ceo kami encik mazmi yang hantar. memang sempoi ceo kitaorang.
sampai kat LCCT jakun jugak. maklumlah kali pertama nak naik kapal terbang. sebelum nie aku biasa naik jet laju ajek. tak sama jet laju ngan kapal terbang.
teruja sungguh aku nak naik kapal terbang. jantung dub dab ajek. berdebar-debar. dah la aku nie gayat kalau tinggi. masa kapal terbang langgar awan. aku dah pejam mata dah. siut bergegar-gegar. kalau jet laju takde begegar camnie. huhu.
lcct ke langkawi cuma 50 minit. mata asik memandang ke bawah ajek. macam tengok bumi kat google earth ajek. memandang ke bawah memuji kebesaran Allah.
kat langkawi takde jalan mana-mana sangat. pagi selasa tu check laptob pegawai penilai btp. dah setel baru jalan-jalan. sekadar shopping ala-ala kadar kat pekan kuah ajek. rabu aku ngan izmi balik dulu. jifat ngan ustat hajar balik jumaat.
rabu dalam kol 1250 tengahari bertolak pulang dari langkawi. sampai di lcct jam 150 petang. abang lan amik kami kat lcct. cuaca panas tul ari tu.
family day sekolah umi pada 1-2 september 2007 di glory beach resort. hehe. sebab sekolah punya jadi penginapan dan makan sendiri tanggung.
sampai petang sabtu ada telematch. meriah jugak. ada makan buah lagik. buah langsat tembilai epal oren dan lai. makan buah tu bukanlah untuk acara telematch tapi untuk dimakan.
malam ada dinner tapi bukanlah sesuatu yang best utk kami. sebab anas demam. baru ajek nak suap nasi. anas dah muntah susu. punyalah banyak. abis baju aku ngan umie. alih-alih kitaorang naik kat apartment. tak makan pun. demam panas tul. aku beli makanan kat luar ajek. huhu.
GAMBAR-GAMBAR (TERMASUK CAPTION)INI AKU COPY DARI WEB FORUM AMNET. BUKAN BERTUJUAN MENGAIBKAN PELAKON DULU. TAPI ITULAH HAKIKAT. RAMAI PELAKON DULU SEKSI TAPI SEKARANG DAH BERUBAH. :)
Malam isnin lepas. aku tidur lewat. boring tak tahu nak buat apa. aku pun bukaklah tv. ada cerita lama. filem Adik. yang Os berlakon sebagai budak spastik. abangnya pulak Mustapha Kamal. yang paling aku cam terkejut bila scene kat pantai. nor albaniah pakai bikini. pergh. pelakon sekarang pun tak seberani dulu rasanya.
Nor Albaniah dlm filem Adik
Marah-Marah Sayang - Liza Abdullah, Norlida Ahmad
Awie & Ella dlm Pemburu Bayang (masa ni Tok Mat belum gunting rambut Awie)
Yusof Haslam dalam filem muzikal Cinta Dan Lagu, tahun 70-an
Keluarga 99 - Salleh Yaacob & Puteri Salbiah, naik basikal air
filem Toyol - Sidek Hussein (sbg Bachok) & toyol beliau.
Sofia Jane dlm Sayang Salmah
Rozana Cinta '87 - Erma Fatima & Bibiana Layola
Hapuslah Air Matamu
Noreen Noor dalam filem Talak
Noorkumalasari dalam filem Tuan Badul
XPDC dlm filem Nadia
Gila-Gila Remaja
Wann dlm filem Jaket Biru. laki tu Isma Aliff..
Harry Boy
Raja Ema dlm Sahabat. nice!!
Raja Ema dlm Sejati
Erma sbg pelacur dlm Bintang Malam
Nor Aliah (Vianney Anastasia Lee) dlm XX Ray
Normala Omar dlm Sesejuk Air Mata Ibu, berlakon sebagai emak Marlia Musa
Redzuan Hashim sbg wartawan dlm Hati Bukan Kristal
Faizal Hussein (t-shirt Iron Maiden) dlm Bujang Selamat, jadi mat BMX
Ziela dlm Driving School
Ziela dlm Kembar Siam, rambut rocks!
Karen Iskandar dlm filem Riang Tirana, satu filem ni je dia berlakon...
Erma Fatima dlm filem Riang Tirana, cantik topi, hehe..
Julie Faridah dlm filem Mekanik, bekas ratu cantik ni!
Azean Irdawaty & Melissa Saila dlm filem Perempuan, tinggi nyer rambot! haha..
Sabree Fadhil dlm filem Antara Dua Hati
Filem Balik Kampung - Fauziah Samad & Azean Yussof
kump. Search dlm filem Kembara Seniman Jalanan
Julia Rais - Suci Dalam Debu
Julia Rais - Driving School, itu kaki Yusof Haslam (sugar daddy dlm ini pilem)
Nor Albaniah dlm filem Adik
Azmil & Ogy - Ali Setan dan Suara Kekasih
Sembilu
Awie & Ella dlm Pemburu Bayang (masa ni Tok Mat belum gunting rambut Awie)
Suami, Isteri dan...? - Rosyam dan Lydiawati
Noreen Noor dlm filem Hantu Siang
Kak Pah dlm filem Bintang Pujaan, watak penyanyi lupa diri
Jins Shamsuddin dlm filem Jurang Bahaya, sebagai Jefri Zain
Filem Boss - Raja Ema, Jasmin Hamid, Didie Alias & Os
Sikit Punya Gila - Hamid Gurkha & Dharma Harun. Filem Komedi Terbaik FFM-3, 1982
Rosyam dlm Lenjan
Os dlm filem Kembar Siam
Sofia Jane dlm Suratan Kasih, bersama pak Jamal
Sofia Jane dlm Cinta Kita, ni baru lepas gunting rambut
semalam dapat forwading emel dari shan. koleksi kucing-kucing yang bergerak sambil dengar lagu. cam pelik lak penerangan aku. korang tengok ajelah kat bawah nie.
* tengah dengar lagu hip hop
* tengah dengar lagu yang riang
* nie mesti tengah layan black metal
* nie tengah layan lagu techno sambil makan ectasy. tu yang cam tak betul
sekarang anas dah berumur 4 bulan 3 hari. anas anak yang baik. setiap awal pagi. pasti dia akan bangun kejutkan ibu dan papanya solat subuh. lepas tu anas tak nak tido. tapi dia nak ajak borak. walaupun aku tak paham anas cakap apa. aku layan aje sbb dia pun tak paham apa aku cakap.
memang bagus umno bahagian pandan. menyambut tahun baru 2007 dengan majlis keagamaan. cuma aku rasa ada sesuatu yang tak kena bila ketua puteri umno (gambar) nie mengaji. bukan bacaan tapi pemakaiannya boleh dipersoalkan. apa pandangan korang?
adakah ini corak Islam hadhari yang dianjurkan oleh pak lah?
jambatan yang menghubungkan denmark dan sweden. kehebatan kejuruteraan moden. separuh jambatan separuh terowong. gambar diambil dari belah sweden. ruang atas terowong tu untuk laluan kapal.
aku cuma terpikir kalau air melimpah dalam terowong. :)
+ sebahagian gambar2 semasa majlis perkahwinan opismate; syedizat (mirwana). majlis di bangunan SSAAS, shah alam. kredit to jifat dan wan-&ezwa utk gambar tersebut.
+ masa baru2 sampai. pengantin dah xpired.
+ mamamcik. masa nie cik bob dan kak norin baru sampai.
+ ketibaan pengantin
+ the sisters. anak2 dr.t nyanyi lagu nasyid. tak silap aku lagu dari sami yusof - al-muallim. sedap suaranya.
+ in-team
+ gambar ramai2.
+ ngan idzwan dan eezzs dari kumpulan firdaus. makin tembam idzwan skang nie. hehe.
+ menuruni tangga dengan perut kenyang.
+ cam biasa. lepas abis majlis mesti kena gambar ramai2.
tahniah kepada syed izzat dan ruqayyah. semoga berkekalan dan bahagia selamanya.
+ sepanjang majlis perkahwinan jobeng & dilla di chini, pahang. kami konvoi 7 biji kereta malam jumaat minggu lepas. kredit utk zamil kerana ada sebahagian gambar dari kamera zamil.
+ gambar2 savvy yang eksiden. aku dapat gambar nie dari emel. boleh tahan kuat jugak savvy nie. kalau wira mesti dah hancur.
+ tapi remuk jugaklah. owner kereta nie boleh claim ngan proton. iklan derang over2. raksasa campak pun kereta tu ok.
++ depan dia hancur. aku agak mesti langgar kat depan2 nie. tapi nampaklah jugak kerasnya savvy. maknanya kalau tengok keadaan kereta. boleh agak pemandu dan penumpang selamat.
++ tepi kemek biasa ajek. tak teruk sangat.
++ tengok belakang tak teruk sangat la.
++ tayar nak tecabut jugak. luar nampak ok. dalam tak tahu la camne.
+ hahaha. cover cd winning eleven 8 nie andy yang editkan. siut ajek. ini sempena main game 'shutto' aka winning eleven 8 kat opis nie minggu depan. 8 orang akan bermain secara kalah mati. tunggukan siapa juaranya.
+ game pertama aku lawan irfan. kalau menang mungkin lawan ajed atau shamlie. kalau menang lagik. mungkin jumpa andy atau zarul atau nazmi atau joebeng. joebeng tu disebut2 ramai utk menang. cuak jugak aku nie.
+ kalau kalah. hmmm takkan kalah kot. kalau kalah. entah aku tak tahu nak cakap camne. aku malu. kalau kalah aku kasi la alasan. aku tak nak tengok kawan2 sedih sebab kalah. aku kalah takpe jangan kawan2 aku kalah.
+ boleh menang ke aku atau promo ajek lebih?
+ musuh utama. joebeng disebut2 bakal juara. mampukah dia?
+ andy pengatur perlawanan.
+ nazmi penjaga gol itis. mampukah dia menahan asakan dalam winning eleben 8 di skrin tv.
sabtu lepas. aku berpeluang menonton konsert mingguan akademi fantasia 3 (af3). menarik juga.
cuma aku tak berapa berkenan pada penghujung rancangan tu. sebaik nama elliza diumumkan terkeluarkan. mula2lah menangis. itu tak kisah sangat. tapi bila dah peserta lelaki (aidil) pergi peluk peserta perempuan (elliza) yang terkeluar. aku jadi marah. what the hell!!!
takkan mnasir dan cikgu2 yang pandai dalam af3 tak pesan dari awal2. nak nangis2 lantaklah tapi jangan lebih2.
dalam af1 dah ada kes. sepatutnya ambik iktibar. tapi dalam af2 lagi menarik rupanya. sebab bukan pelajar yang buat hal. tapi tenaga pengajar sendiri. ini terjadi sewaktu seorang pelajar perempuan diundi keluar. sedih2 dan nangis2 macam biasa. dia turun bawah dan salam dengan tenaga pengajar. bila salam dengan dr.sherkawi. dr.sherkawi bukan setakat salam. malah dia peluk pelajar perempuan tu. apa kejadahnya pakar motivasi macam tu.
okeylah berbalik pada af3. skang nie aku rasa demam mawi yang hebat melanda af3. aku rasa tindakan astro masukkan mawi semula telah menyebabkan mereka untung berkali ganda.
semalam aku tengok undian. 1/3 dari jumlah undi datang dari mawi. hebat juga anak muda dari kulai johor nie.
tapi aku rasa elok dia terkeluar dan tak masuk balik. dia dikenali sebab 'alim'. pernah jadi qari dan masuk musabaqah Al-Quran. jadi aku rasa af3 bukan tempat sesuai utk dia. aku pun sebenarnya sokong dia tapi kalau dia dah buat slack. tak bestlah.
PERISTIWA : forum weblog : ruang idea & eksperesi sastera BERTEMPAT dirumah PENA pada 29 JANUARI 2005 dari jam 300 hingga 500 petang. tak bawak kamera dan gambar2 ini diambil dari koleksi afxzal.
Pengerusi : Nazmi Yaakub - Cerpenis, Novelis, Wartawan.
Ahli Panel: Sri Diah - Editor Kanan Karangkraf, Novelis Alaf 21. Nisa Harun - Peguam, Cerpenis, Novelis. Tok Rimau - Presiden GeJu 2004, Pensyarah di UTM, Skudai
gambar nie kawan opis aku lukis. dia memang pandai lukis. kat sini dia jadi illustrator. aku nak lukis? aku mana reti nak lukis. dulu masa interview kat sini. aku apply jawatan grafik designer. masa interview. kena lukis2. derang suruh lukis kucing. aku pun lukis kucing. tapi aku tak rasa ia macam kucing. yang aku tahu kakinya ada empat dan ekornya ada satu. aku jeles bila lihat orang lain pandai lukis. tapi Tuhan itukan adil. setiap orang ada kelebihan masing2. jadi tak perlu nak dengki2 atau jeles2. senyum2 selalu.
info gambar: gambar nie diambil masa aku main futsal kat bukit jalil. masa nie aku slim river dan mantap. kiranya bentuk badan tu menawan la. tapi orang tua selalu kata. jangan dikenang sangat masa silam. dulu aku kurus sekarang aku dah tak kurus. semakin ramai orang menegur perut aku yang seksi nie. takpelah. janji aku sehat. amin.
lupa lak nak kasi tahu. nama kawan aku nie syakir. dia baik dan selalu menolong orang. selalu tersenyum.
petang jumaat baru2 nie. pergi uia. jumpa adik umie. sambil2 tunggu dia. amik gambar bangunan. aku tak tahu nama bangunan nie apa. cuma aku rasa cahaya yang dipancarkan dari spotligth cukup menarik untuk dirakamkan. :). terlupa seketika cerita tsunami.
wow. rakyat malaysia memang permurah. dalam masa singkat. sudah berjuta2 ringgit dikumpulkan. sumbangan pakaian banyak. tapi ada juga yang tak berapa cerdik. dia ingat derma pakaian tu sama dengan buang pakaian lama agaknya. ada ke patut pergi derma seluar dalam lama2. mangsa tsunami pun tak ingin nak pakai. ada jugak rakyat yang macam nie.
pada penghujung tahun 2004. aku, umie , hanie dan ijah menyertai majlis sumbangan amal untuk membantu mangsa2 tsunami di utara tanah air. 2 kotak berisi pakaian lama yang masih boleh dipakai disumbangkan. berjumpa sama dengan spyz sekeluarga dan nett. semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa2 tsunami.
banyak sumbangan boleh dilihat di dataran maybank bangsar. hinggakan memaksa pihak penganjur menyewa kontena besar untuk memunggah segala jenis sumbangan. memang tidak dinafikan rakyat malaysia cukup prihatin dengan isu2 mega seperti ini.
berat mata memandang berat lagi bahu memikul. hulurkan sumbangan anda untuk membantu mereka kerana sumbangan anda cukup bermakna buat mereka.
gambar2 sekitar perjumpaan penulis blog dimalaysia. sempena meraikan hari penulis webblog antarabangsa. bertempat di pusat rekreasi air taman wetland, putrajaya. tarikh 12 jun 2004.