ini kisah smlm. aku baru beli iPhone yg terkini. dah lama simpan duit. nak dijadikan cerita. petang smlm anas main-main dan terjatuh. aduhhhh. agak tinggi. aku cuba hidupkan dah memang tak boleh. tensennya. tiba2 aku terjaga. nasib baik hanya mimpi. aku bangun cari iPhone aku. alamak kat mana pulak aku letak. arghhhhhh... tiba2 aku dah ingat .. rupanya part aku beli iPhone tu pun sebahagian dari mimpi. cilakak tul.
2 tahun lepas aku adalah melabur sket kat CIMB unit trust. masa penerangan macam2 faedah yang diceritakan. terutamanya dividen yg tinggi. lebih tinggi dari ASB.
aku sekadar melabur RM2000. untuk menyertai CIMB nie dikenakan cas berapa persen entah. aku pun tak ingat.
smlm aku call agent utk kuarkan duit tu. dia cakap harga pasaran merosot. kalau saya redeem pun. boleh dapat dalam 17xx. maknanya rugi dekat 2xx. kata tiap2 tahun ada dividen. muskil. takkan dividen yg dikatakan banyak tu takleh nak cover cas yg dikenakan.
kalau 2000 tu simpan kat asb. busuk2 pun dalam 160 dah boleh dapat. uhuks
selamat datang puteriku. papa dan mama sudah lama menantikan kehadiranmu.
akhirnya pada jam 3.53 pagi 31-10-2009 kau selamat dilahirkan untuk melihat dunia ini.
insyaAllah akan diberi nama Nur Anis Raudhah sebagai kesinambungan nama abangnya Muhammad Anas Ridhwan. semoga kalian berdua menjadi anak yang soleh dan solehah. amin.
abang anas pun dah tak sabar nak jumpa adik anis. untuk menjadi saudara paling rapat dan teman sepermainan.
menyingkap perjalanan kelahiranmu. biarlah papa catatkan sedikit disini. insyaAllah bila kau sudah pandai membaca nanti. baca dan ketahuilah pengorbanan ibumu melahirkanmu dengan pelbagai dugaan.
9 bulan lepas. papa mendapat tahu mama sudah mengandung. tidak terkira betapa gembiranya kami. abang anas juga turut berkongsi kegembiraan.
"anas.. abang" kata anas
itulah ayat yang selalu disebut olehnya. sejak itu anas dipanggil abang long sebagai persediaan menerima kehadiran adiknya.
selepas mendapat tahu mama mengandung. kami membuat pemeriksaan di klinik kesihatan sungai buloh. orang sentiasa ramai. sekali pegi biasanya memakan masa 4-6 jam.
alhamdulillah mama tiada alahan yang teruk. paling teruk pun dia tak boleh nak bau nasi lemak kegemaran papa. kira papa terpaksalah telan air liur dulu tengok nasi lemak ayam berlada yang sedap tu.
dari hari ke hari. perut mama semakin membesar. anis agak lasak dalam perut. perut mama juga lebih besar dari kandungan sebelum ini. ramai yang menegur. dari bentuk perut. kebanyakan menyatakan kandungan lelaki.
ketika kandungan sekitar 7 bulan. kami membuat imbasan di klinik swasta. untuk memastikan keadaan anis selamat. doktor terus berkata. anak perempuan. alhamdulillah. kami bakal mendapat sepasang anak. syukur.
masa terus berlalu. sehinggalah pagi 29-10-2009. mama masih ke sekolah. dalam jam 9 pagi mama telefon. rasa tak selesa dibahagian bawah. kami bergegas ke hospital. pada mulanya bercadang untuk bersalin diselayang. alasannya di selayang. suami dibenarkan menemani isteri semasa kelahiran.
tapi memandangkan keadaan mama yang masih ok. kami ke hospital sungai buloh yang 500 meter sahaja dari rumah. papa sangka doktor akan buat saringan dan mintak pulang dahulu.
selepas diperiksa. mama terus ditahan. papa duduk menunggu diluar dewan bersalin. hospital sg buloh mengamalkan polisi suami tidak dibenarkan menemani isteri. adalah sebab yang mereka lebih tahu.
"patutlah perut besar.. anak lelaki" tegur seorang nurse kepada mama. mama senyum.
masa terus berlalu. papa dapat jumpa mama sekejap-sekejap sahaja. doktor masukkan ubat dan tunggu sehingga pintunya terbuka.
setelah 40 jam. akhirnya bukaan menjadi 9cm. jam 1 pagi staf nurse telefon kata mama dah nak bersalin. ketika itu papa balik ke rumah tok mek sebab abang anas kurang sehat. papa terus bergegas ke hospital. abang anas juga nak ikut. nasib baik pak teh ada pulang ke rumah. jadi pak teh teman papa.
dalam jam 2 lebih. staf nurse panggil papa. alhamdullillah. hajat papa dimakbulkan. papa dipanggil masuk ke bilik bersalin untuk teman dan kasi sokongan kepada mama.
bukaan sudah buka 10cm. mama cuba untuk teran. kasihan papa lihat mama. berpeluh-peluh.
"tarik nafas panjang. kemudian teran. jangan putus. curi nafas dan sambung teran" kata staf nurse
"ini kepalanya. dah nampak rambut" staf nurse minta papa tengok. sebak rasanya melihat. beginilah pengorbanan seorang ibu. bertarung nyawa.
setelah 30 minit. masa semakin tak berdaya. akhirnya buat keputusan untuk caeser. mama sedih. kalau boleh mama tak nak caeser.
"takpelah mama. mama dah cuba kan. caeser pun takpe. yang penting mama dan baby selamat" papa cuba tenangkan mama yang sedikit kecewa
staf nurse minta baju dan pampers untuk anas. papa beri baju berwarna biru.
"nie memang dah tahu ke anak lelaki.. baju warna biru" tegur staf nurse. papa senyum.
papa bingung sikit. semua orang menegur kami akan mendapat bayi lelaki. tetapi masa scan doktor kata perempuan. tapi kami tak kisah janji baby sehat. itu paling utama.
dalam jam 255 pagi. mama masuk bilik pembedahan. jam 353 pagi, anis selamat dilahirkan. alhamdulillah. diluar hospital hujan masih turun tiada henti-henti. membawa kesejukan malam. mendamaikan hati yang resah. ku bersyukur atas anugerah-Mu ini Ya Allah.
papa tak dibenarkan masuk ketika pembedahan. papa nampak doktor keluar dan menuju arah papa. dia kata pembedahan dah selamat. baby besar dan mungkin itu menyebabkan sukar untuk keluar. anis lahir dengan berat 4.15 kilogram.
dalam jam 5 papa dibenarkan melawat anis. pertemuan pertama memang mengharukan. papa tanya staf nurse.
"anak lelakikan .."
"kenapa .. tak percaya ke .. " dia terus buka pampers dan menunjukkan jantina. alhamdulillah. perempuan. seronok staf nurse tu dapat menyakat papa.
papa pegang anis dan qamatkan.
Allahu Akbar Allahu Akbar.
Asyhadu alla illahaillallah.
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.
Haiyaalas solah Haiyaalal falah.
Qadqamatis solah Qadqamatis solah.
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.
selesai pertemuan singkat papa dan anis. kemudian papa keluar. menunggu mama dimasukkan ke wad. sekitar jam 6 pagi. mama dimasukkan ke wad 6C katil 21.
papa pulang ke rumah dalam rintik hujan. memandu dengan senyuman. alhamdulillah segalanya selamat.
papa balik rumah tokmek. basuh uri dengan tokmek. tengahari papa datang jumpa mama. bantu mama tukar pakaian.
selepas update blog nie. papa nak solat asar dan kemudian ke hospital.
buat puteriku anis. kau adalah anugerah Allah yang tak ternilai. kami akan jaga kau dengan penuh kasih dan sayang. semoga kau jadi anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirat.
papa, mama dan abang anas
5.00 petang 31-10-2009
kuarters guru sungai buloh
Alhamdulillah. Bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan. Bulan penuh barakah dan keampunan. Ya Allah jadikan hambaMu ini hamba yang sentiasa bersyukur dan patuh pada perintahMu. Amin.
semoga rohnya dirahmati Allah dan tabahkan hati keluarganya untuk menerima ketentuan Allah ini. sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambanya ini dan dipanggil dalam keadaan yang sangat baik. amin.
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
setiap kali ramadhan. opis aku bermurah hati mengadakan majlis berbuka di hotel singgahsana, dimana rabbani menjadi artis jemputan semenjak 18 tahun dahulu.
01. Almond London
02. Tart Nenas
03. Chocolate Chips
04. Asam Manis
05. Kuaci Labu
06. Nestum
07. Coconut Almond
08. Japanese Cookies
09. Biskut Oats - BARU
10. Biskut Cappuchino - BARU
musim H1N1. memang menakutkan. takut gak sebab jadi orang berisiko tinggi nie. aku gemok. umie tengah pregnant. anas budak kecik.
Ya Allah. Selamatkanlah keluarga kami.
BERKONGSI MAKLUMAT H1N1
Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
APA YANG ANDA PERLU TAHU
Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.
Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari . Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit . Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4 . H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan . Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) . Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' . Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru - paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi .
Siapa Yang Berisiko
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak -
kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan - golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas .
Simptom - Simptom
Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma
Langkah - Langkah Kawalan
1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika
terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda - tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap
persekitaran badan yg telah mengambil ubat - ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test
kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan
seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama - sama menghadapi outbrake ini. Sama -
samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.
Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.
sudah masuk hari ke-9. memang perit betul rasanya. mengadap komputer nie 15 minit pun tak mampu. pedeh mata. tepaksa online gak takut ada emel penting. hehe manalah tahu ada orang nak kasi jobs ke. hehhhee
oklah nak gi klinik kesihatan. sambung cuti. doktor kata kalau 10 hari tak baek jugak. nak refer kat pakar. mintak2 cepatlah baek. tak tahan dah nie. huhu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ini hari keenam sakit mata. tiada tanda nak sembuh lagi. ubat makan dah habis. tinggal ubat titis ajek. tapi cam takde perubahan ajek.
mula-mula kena mata kanan. semalam berjangkit pulak kat mata kiri. adeh. pedeh mata. berair ajek.
nampak gaya aku cuti lagi untuk beberapa hari nie. update blog nie pun cepat-cepat. pedeh mata tengok skrin komputer nie lama-lama.
sian anas. 2 minggu lepas dah kena sakit mata. semalam pun kena lagik. berjangkit kat nuseri. patutlah papa pegi keje smlm rasa gatal2 mata nie. mungkin berjangkit sket agaknya.
ari nie papa amik cuti sebab tak nak antar anas ke nuseri. karang berjangkit pulak dengan orang lain. mama ada mesyuarat ari nie.
esok mama lak amik cuti. jaga anas. tapi anas janganlah nakal2 sangat. sian mama. mama penat sebab dalam perut mama ada adik anas. anas kena la paham ye.
kejap lagi anas tido. papa kasi titik ubat ye kat mata anas.
hehe. tadi aku cari contoh surat berenti keje. terjumpa pulak surat yang nie. agak kelakar. hehe.
sumpah surat tu aku bukan cari untuk aku. ada kawan mintak tolong carikan. aku masih belum resign melainkan diresignkan. hehe.
bos. jangan fired saya. saya akan cuba untuk datang awal dan mematuhi peraturan kompeni. kesianlah saya. anak nak masuk dua bini baru sorang.
atau kalau ada mana2 kompeni nak pakai pekerja. amiklah saya. tak yah timbang kilo sebab saya nie berat. boleh kawtim punya. saya berjanji akan berkeja dengan rajin.
kepada kawan2 yang ada masalah dengan opis. jangan salah guna kan kemudahan internet untuk menghentam majikan anda. nak kena denda ke?
kepada yang berchatting tu. kalau nak bergossip pasal majikan. jangan save pulak perbualan anda. bahaya. hehe.
sebenarnya aku baru ajek nak tulis pasal majikan aku. tapi aku tulis yang baik-baik ajek. kita kena sayang majikan kita kerana merekalah yang menjaga kebajikan dan bertanggungjawab keatas kita semasa kita dipejabat.
kita kena bekerja dengan ikhlas. kerana setiap pekerjaan itu adalah tanggungjawab kita kepada kompeni. setiap kebaikan yang kita buat ada ganjarannya.
setiap sen gaji yang kita terima akan menjadi berkat. amin. yang penting kita kena rajin. soal gaji dan kebajikan itu tanggungjawab kompeni.
yang penting kita kena jadi seorang yang bertanggungjawab tak kira pekerja atau majikan. paham peranan masing-masing.
sebelum ingatkan tanggungjawab orang lain. mari kita muhasabah diri. kita pikirkan tanggungjawab kita dulu. kalau anda tak jalankan tanggungjawab anda. anda mungkin takkan cium bau syurga.
peringatan ini ditujukan khas kepada diri saya sendiri dan sesiapa yang mahu menerima kebenaran entri ini.
tips muhasabah diri
letakkan tangan dikepala. pejamkan mata. imbas kembali perjalanan hidup anda. tindakan anda. adakah anda dilandasan yang betul. tetapi jika anda ternampak awek cun atau jejaka yang hensem. cepatlah bangun. mesti dah telelap. jangan jadikan alasan muhasabah diri untuk tidur.
Seorang bekas pekerja bank didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah menyiarkan tajuk blog berunsur lucah dan menjatuhkan maruah bekas ketua jabatannya.
Hakim Zaki Abdul Wahab memerintahkan Seah Boon Khim, 26, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu, lapor Bernama.
Zaki menjatuhkan hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Seah bahawa beliau telah berhenti kerja di Eon Bank Berhad dan memohon maaf atas kesalahan itu kerana pada masa kejadian beliau melakukannya dalam keadaan tidak sedar.
"Saya jatuhkan hukuman ini selepas mendengar pengakuan dan rayuan awak, bagaimanapun saya perlu mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan penyalahgunaan teknologi internet ini sehingga boleh menyebabkan pelbagai gangguan," hakim dipetik berkata.
Seah didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu
http://www.xanga.com/hokongchan67 untuk menghantar dokumen yang jelek dan sumbang bertujuan menyakitkan hati Ho Kong Chan, ketua jabatan audit dalaman di Eon Bank.
Mengikut fakta kes, pada September 2007, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM menerima aduan daripada majikan tertuduh mengenai perkara tersebut.
Siasatan mendapati Seah secara sedar membuat dan memulakan
penghantaran komen-komen yang jelek dan sumbang melalui laman web itu dengan niat untuk menyakitkan hati majikannya.
Menurut agensi berita itu lagi, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No 19 A-26-3 Level 6, UOA Centre 19, Jalan Pinang, Kuala Lumpur kira-kira 1.33 tengah hari pada 13 Ogos 2007.
Seah didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998, yang boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa SKMM Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek. Seah membayar denda itu.
semalam aku layan tenis wibledon 2009. final antara roger federer dan andy roddick. game mula dalam jam 9 malam camtu. memang sangat sengit.
aku tengok jam dah kol 1 pagi. dah masuk set kelima. pergh. memang semangat kental betul.
tapi yang hampehnya.
bila aku tengok jam kali kedua. dah kol 2 lebih. game masih tak habis.
tapi kenapa ada 4 orang player lak nie. adeh. aku tetido rupanya. game federer - roddick dah abis rupanya. dah masuk game utk bergu.
hampehnya. bila masa la aku tetido. so aku cuma tahu federer menang tengok berita jam 700 pagi. uhuks.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ROGER Federer melompat meraikan kejayaannya menewaskan Andy Roddick pada perlawanan akhir tenis lelaki Wimbledon di London, semalam. REUTERS
LONDON - Roger Federer melakar sejarah tenis dunia dengan merangkul kejuaraan Grand Slam ke-15 selepas muncul juara Wimbledon menerusi kemenangan dramatik ke atas Andy Roddick pada perlawanan akhir, semalam.
Selepas dipaksa bertarung lebih empat jam, bintang Switzerland itu akhirnya menumpaskan Roddick 5-7, 7-6 (8-6), 7-6 (7-5), 3-6, 16-14 untuk menjulang gelaran Wimbledon keenam.
Kemenangan bersejarah itu tidak datang dengan mudah, sebaliknya Roddick memaksa Federer beraksi dalam pertarungan akhir Wimbledon paling panjang sebelum mengaku kalah.
Federer, 27, yang mengumpul enam kejuaraan Wimbledon, lima gelaran Amerika Syarikat, tiga trofi Terbuka Australia dan satu Terbuka Perancis mengatasi rekod 14 kejuaraan Grand Slam yang sebelum ini dikongsi bersama legenda tenis Amerika Syarikat, Pete Sampras.
Malah, kemenangan ini juga membolehkan bintang Switzerland itu merampas kembali takhta No. 1 dunia daripada jaguh Sepanyol, Rafael Nadal, pemain yang mengecewakannya dalam saingan akhir, tahun lalu.
Selain Sampras, turut menjadi saksi kejayaan bersejarah Federer di Kelab Seluruh England semalam ialah legenda tenis Australia, Rod Laver dan bintang tenis Sweden, Bjorn Borg.
Sebelum turun ke gelanggang, Federer sudah pun melakar sejarah dengan muncul pemain pertama melangkah ke final Wimbledon selama tujuh tahun berturut-turut.
Bagaimanapun semalam, Roddick memberikan tentangan yang mendebarkan apabila mengejar rapat Federer pada setiap set, malah memberi kejutan awal dengan memenangi set pertama.
Pada ketika Roddick mempamer semangat juang luar biasa, Federer mula menunjukkan ketahanan mental dan fizikal kental untuk mengecewakan pencabar dari Amerika Syarikat itu.
Bagi Roddick, kekalahan ini meranapkan impiannya untuk merangkul gelaran Grand Slam kedua selepas muncul juara Terbuka Amerika Syarikat 2003.
Ini juga adalah kekalahan ketiga jaguh Amerika Syarikat itu di tangan Federer dalam perlawanan akhir Wimbledon selain turut kalah pada 2004 dan 2005. - AFP
takziah buat keluarga afdzal. semoga tabah menghadapi.
arwah nie sama2 kerja dengan aku di mimos. dia dari kompeni quantum biz. walaupun duduk satu bilik tapi kitaorang jarang sangat bersembang. masing-masing sibuk dengan kerja sendiri.
petang semalam baru ajek dia ngan hamid ajak aku minum. tapi aku tak turun sebab baru ajek naik.
kali terakhir nampak dia masa dia naik dari minum. malam tadi dalam jam 9 dapat mesej dari bos di mimos.
"We rcvd unfortunate news that afdzal had an accident n passed away."
kemalangan motorsikal di MMR2 sekitar jam 5-6 petang.
Innalillah. memang tak disangka-sangka. sangat mengejut. walaupun aku tak rapat tapi terasa sebab dah kerja sama-sama.
pagi nie aku dan bad menghadiri pengebumian arwah di gombak. semoga rohnya mendapat keberkatan dari Allah. Al-Fatihah.
aku rasa ini perkara paling paling paling bodoh dibuat oleh menteri. apa yang pasti penyiaran URL laman web lucah yang disekat adalah perkara paling bodoh dan bangang.
ini kerana laman web atau blog lucah tersebut cuma disekat di pejabat kerajaan. so orang gomen takleh lah nak surf kat pejabat.
kat rumah boleh layan. orang guna broadband leh layan. tapi tak tahulah sama ada internet provider boleh block atau tak. aku cuba beberapa URL tadi. semuanya aktif. ops aku cuba utk test ajek. kalau tengok pun tertengok. uhuks.
dengan adanya senarai URL ini. peminat2 web lucah boleh berterima kasih kepada menteri yang menyiarkan url-url ini. daripada tak tahu dah jadi tahu.
kepada pemilik laman lucah yang diharamkan. bersedialah untuk tambah bandwith. lepas nie sure web korang akan meletup dan hits akan jadi berganda2. mungkin block anda terpaksa ditutup bukan kerana lucahnya tetapi kerana ramai sangat pengunjung. hehe.
sepatutnya kalau nak haramkan. make sure semua web nie dah tak boleh access. tapi bukan mudah nak buat camtu terutamanya kalau web tu menggunakan free hosting dan lokasi diluar malaysia.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
39 laman web, blog diharamkan
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengeluarkan senarai laman web dan blog yang diharamkan kerana memaparkan kandungan berunsur lucah dan melanggar peraturan undang-undang di negara ini.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Teresa Kok (DAP- Seputeh), Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata sebanyak 39 laman web dan blog telah disekat dan tidak boleh dilayari di semua pejabat kerajaan.
pagi tadi mama bagi duit untuk papa beli barang dapur. biasanya papa guna duit papa tapi beberapa menjak nie. maybank tak kasi papa keluarkan duit. tak tahu la kenapa. sapa2 yang paham. paham ajelah.
antara barang2 mama suruh beli adalah susu untuk mama. mama sekarang tengah mengandungkan baby 4 bulan lebih. abang anas seronok betul. tak sabar nak tunggu baby keluar.
"anas... abang long" kata anas setiap hari
inyaAllah bulan 11 nanti kita baby akan bertemu mama, papa dan abang anas.
berbalik kepada cerita beli barang dapur. mama pesan suruh beli susu anmum. papa pun amiklah anmum. papa tak perasan anmum tu untuk ibu yang tengah menyusukan. bukan untuk ibu yang sedang mengandung. aduh. camne boleh silap beli nie.
tengah kering2 nie. nampak gaya esok kena guna duit mama lagi untuk beli susu yang betul. susu yang dah beli tu boleh guna masa nak menyusukan baby nanti.
oklah baby. papa nak tidur dah nie. semoga perjalanan baby dipermudahkan Allah. amin.
tersebutlah satu cerita semasa hari raya tahun lepas. dari satu perbualan membawa kepada sesuatu yang agak melucukan. watak dalam perbualan ini bukanlah watak sebenar dan tidak ada kaitan ngan yang hidup atau hampir mati.
lokasi : rumah CIK DAUN
MIE bertanya "cik dahun... ko hujung minggu free tak? kalau free boleh jenjalan ngan kitaorang."
CIK DAUN kata "aku ujung minggu semuanya dah occupied."
MIE balas "oooooo... macam tu"
kemudian cik dahun terus bersembang ngan RUDY... tak lama kemudian kelihatan PIKOR cuba berbisik pada MIE
" MIE ... occupied tu apa ?... aku tengok ko angguk ajek tadi" tanya PIKOR pada MIE dengan series
" aku pon tak tahula... yang penting kena angguk biar nampak tahu..." jawab MIE ... lepas tu MIE dan PIKOR gelak bersama-sama tanda tak paham... hehehhehehhe... tebongkarnya satu rahsia...
malunya... kalau PIKOR tak tanya ari tu... konpom takde sapa yang tahu MIE juga tak tahu apa itu occupied...
aminah abdullah yang bertanding kerusi dewan undangan negeri telah menang. menang untuk undi pos. syabas.
Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
jelas undi pos memang tidak akan memihak kepada pembangkang. nampak sangat golongan beruniform seolah-olah terpaksa mengundi selain pembangkang. uhuks.
BERITA PENUH
KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
penanti by election mansor victoryManakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.
Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.
Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.
Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).
Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).
collect data dari website. ada format tertentu. ada beberapa cara nak collect. untuk data-data yang susunan tak standard. kena manually collect. copy paste masuk excel.
kalau data2 yang standard. biasanya data2 yang dipanggil dari database. guna software KAPOW. software nie memang powerful. kita just set data2 nak dicollect. nanti run dan dia akan collect semua data. guna robot.
lepas data2 dah dicollect. kena masukkan dalam column yang betul dalam excel file. kat sini kena buat kerja-kerja pembersihan. huruf pelik2 akan dibuang. dah siap kena export pulak sebagai text delimeted.
akhir sekali utk buat NT files. n-triples. lebihkurang mcm xml. n-triples nie konsepnya subject object predikat. entah aku tak paham sangat pun. hahahahaa. untuk generate data2 nie guna software TOPBRAIDCOMPOSER.
pening ngan keje nie. huhu. tapi demi rezeki anak-anak. aku akan berjuang.
aku dah jadi konpius skrang nie. huhu. korang dengarlah sendiri. semua dibawah disalin dari laman web pisau.net. apa yang aku rasa PKR cam kantoi ajek. uhuks.
dari logik akal. tak logik langsung PKR nak tawarkan sebegitu pada aminah nie. sbb PKR dalam zon selesa di dun penanti. tapi dalam politik semua leh jadi. politik memang kotor.
PKR N12: Ekslusif: Bukti Gambar & Rakaman Cubaan Rasuah oleh Pimpinan PKR kepada Calon Bebas Aminah Abdullah
Bukti Gambar Kehadiran 2 orang pemimpin PKR di rumah calon bebas Aminah Abdullah .
1.Ini lah bukti rakaman perbualan antara calon bebas Aminah Abdullah bersama wakil PKR agar dia menarik diri, perbualan berkisar hal dalaman parti PKR peringkat negeri Pulau Pinang,pergolakan 2 kumpulan pemimpin PKR .
Di dalam perbualan ini terdiri daripada:
A. Aminah Abdullah
B. Mohd. Rofi Osman (suami aminah)
C. Chia Kah Peng (lawyer) MT PKR
D. Peter Lim - Pegawai Khas Exco YB Lau Chu Kiang
E: En Ayam dan kawan kawan.
list dalam kenangan pada YM aku semakin bertambah. maaflah kepada sesiapa yang takde dalam list tu. mungkin aku terlupa nak update atau mungkin aku memang takde YM mereka.
adios dan gud luck pada yang pergi.
yang masih survive tabahkan hati kuatkan semangat.
setelah 96 hari. akhirnya nizar jamaluddin disahkan menteri besar perak yang baru. alhamdulillah. dengan perkembangan yang sedia ada, tak terlintas langsung keputusan mahkamah akan memihak kepada nizar. syukur syukur. :)
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan permohonan diumumkan. - foto The Star oleh ONG SIN HOONG
KUALA LUMPUR: Selepas 96 hari, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai Menteri Besar sah, tetapi keputusan hari ini belum memberi petanda jelas sama ada krisis politik Perak yang memasuki bulan ketiga akan menemui jalan penyelesaian.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3.45 petang tadi.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan SUK Perak.
Ratusan penyokong Nizar berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah hari tadi dengan kawalan keselamatan ketat.
ALASAN MAHKAMAH
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.
Selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham untuk menangguhkan keputusan pengesahan kedudukan Nizar sebagai MB Perak tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan.
Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang tadi, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang DUN.
Beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) membawa 31 ADUN termasuk tiga wakil rakyat Bebas menghadap Sultan Perak telah menyebabkan bukti yang menunjukkan Nizar kehilangan undi majoriti itu datang daripada pelbagai sumber.
REAKSI NIZAR
Dalam reaksi segera, Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kuala Kangsar, dijangka esok pagi bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.
Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh Zambry selaku Menteri Besar sejak Februari lalu akan dikaji semula kecuali keputusan untuk mengadakan sidang DUN pada 7 Mei lalu yang berakhir dengan kekecohan.
"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah," katanya.
Nizar juga memberitahu mesyuarat Exco akan diadakan segera.
"Kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac lalu," katanya.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut 6 Februari berikutan krisis politik Perak.
PERMOHONAN
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.
Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga ADUN daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.
Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.
Sultan Azlan berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar baru pada 6 Februari.
Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.
Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
Zambry juga diwakili oleh Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.
thumbdrive sony 240GB??? korang tak percaya. sekarang percayalah. dengan berlagaknya aku memilikinya satu. minggu lepas abah aku belikan masa dia pergi bercuti di beijing. masa dalam kereta amik dia kat airport. dia citer ada beli thumbdrive jenama sony 240GB. aku cam tak percaya ajek. aku kata dalam hati. mesti abah aku dah kena tipu nie.
+ aku check properties. memang SAH 240 GB. wow. aku kagum.
+ aku cuba copy files. memang takde masalah. buat folder pun boleh.
+ aku cuba eject/remove. pun berjaya takde masalah.
+ aku cuba cucuk semula dan HAMPEH. kosong. macam takde apa2. aku cuba 2-3 kali. copy files, eject dan cucuk semula -> kosong. memang sah dah kena tipu.
+ aku cuba format. takleh. kuar error. hahahaahahahahaha aku sudah insaf dan tak berlagak lagik.
sedehnya kena tipu ngan orang cina kat negara cina sana. aku rasa memang derang target kat pelancong. huhu.
sudah awal bulan lima. yang keluar lagi banyak dari yang masuk. nak buat camne. huhu.
KERETA
kalau tak bayar karang kena tarik pulak. huhu.
ASB
asal ada duit ajek. automatik BSN akan tarik. huhu. susah tul.
BANK RAKYAT
nie lubang paling besar. huhu. sib baik dah potong gaji. tapi tulah. tak tahulah duit tu sampai ke tak kat bank rakyat.
PTPTN
kalau tak bayar nanti interest naik lagi. sampai bila nak tangguh bayar.
ASTRO
kalau tak bayar. memang tak tengok tv lah. kawasan sini pakai arial biasa. memang tak dapat channel langsung.
CELCOM BROADBAND
kalau tak bayar nanti kena potong. lepas nie downgrade pakej 68 ajek. penting gak untuk kerja sampingan dan update blog cam sekarang nie
AIR
kalau tak bayar nanti bau masam. baik bayar kerana kos beli minyak wangi lagi mahal.
API
kalau tak bayar nanti bergelap. harga lilin pun makin mahal sekarang nie.
TELEFON
aku bayar untuk telefon rumah mak ayah. sebagai satu sumbangan membantu meringankan beban.
takpe aku cari gak duit untuk semua nie.
usaha usaha usaha.
terima kasih kepada isteri tercinta kerana menghulurkan tangan meringankan beban. nanti gaji abang bayar balik. siap ngan dividen nya sekali ek.
wah sudah sebulan berlalu. bermakna sebulan juga aku dimomos kerana urusan kerja. kalau ikut rancangan, sampai hujung tahun aku dan kawan-kawan kena station kat momos nie.
bukan aku tak suka station kat sini. aku suka. at least aku rasa aku semakin hensem walaupun lilitan perut aku masih maintain. maintain lebar. dulu aku selalu pakai sandal, sekarang aku sudah pakai kasut. dulu baju asik tekeluar ajek, sekarang baju sudah masuk dalam. kadang-kadang seluar masuk dalam baju. sesedap rasa.
cuma buat sebulan ini. aku rasa agak penat. terasa jauh benar perjalanan dari sungai buloh ke momos nie. dulu aku pernah ulang alik sungai buloh ke cyberjaya. jauh tapi tak terasa sangat. masa tu aku muda remaja lagik. sekarang dah berubah. aku cepat penat. smlm masa balik aku rasa bontot kebas. lama sangat duduk atas motor. nak bawak kereta tak sanggup nak redah jem. kalau ada roti boleh jugak sapu jem tu. (sorilah .. tak kelakar ek?)
kat momos nie aku nak senaraikan beberapa lagu yang selalu aku nyanyikan dalam hatiku yang sepi ini. aku sudah jadikan kompilasi. antaranya.
subhanallah. aku duduk mengadap pc update entri ni. menarik nafas panjang. memikirkan bermulanya esok hari. sudahkah aku bersedia menghadapinya. atau aku masih mahu memulakannya dengan langkah yang masih sama. langkah yang boleh dijangka dimana ia akan berhenti dan terus berulang tanpa henti. aku mahu rehat.
dah 3 hari anas demam. panas. semalam pergi klinik. 40 darjah celcius. tinggi gak. doktor masukkan ubat ikut bontot. tapi anas tak kebah-kebah. malam tu masih panas. papa dan mama dah risau. takut gak sebab baru nie ada kes denggi kat kuarters nie.
petang tadi bawak anas pergi pusat kesihatan sungai buloh. doktor suruh ambik darah. anas menangis kuat. maaflah papa terpaksa pegang tangan anas kuat-kuat. sebab pegawai kesihatan tu tak nampak urat anas. kena masukkan jarum dan tolak kiri tolak kanan tak jumpa. ooo dia lupa baca bismillah. lepas baca bismillah baru jumpa. sebab tu kalau kita nak buat apa-apa. kena mula dengan bismillah. disudahi dengan alhamdulillah. barulah hidup aman sejahtera.
bawa darah ke makmal. mintak-mintak takde apa-apa. dapat ajek result. terus jumpa doktor semula. dia kata dalam darah anas ada kuman jahat. doktor suruh makan antibiotik. biar kuman mati.
tapi anas susah sangat nak makan ubat. doktor kata campur ajek dalam susu kalau terpaksa. hmm korang ada petua tak camne nak kasi anak mudah makan ubat? kalau ada kasi kongsilah. :)
balik dari pusat kesihatan. anas dah ceria. dah segar bugar.
maknanya esok bolehlah papa pergi kerja. dah 2 hari papa cuti. sekarang papa kena kerja kat mimos. bukan kerja dengan mimos. tapi buat kerja kat sana. penat gak naik motor. nak naik kereta tak sanggup. dengan jem tahap gaban episod lapan.
oklah papa nak tidur dah nie. anas tak tahu lah kol berapa tido malam nie. anas susah nak tidur awal. jom anas kito tido.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
* kredit foto Fajaril.net & izani.co.uk
Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga. Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian.
Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. InsyaAllah semua sumbangan akan disalurkan terus kepada Fajar melalui akaun banknya. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.
hari ini membaca entri fajar tentang hari terakhir amir yusuf. membuatkan hati rasa meruntun hiba. berlinang air mata. hanya doa dapat dipanjatkan. semoga amir yusuf dirahmati Allah
dipetik dari blog fajar | seluas angkasa
-------------------------------------------------------
rudi
06-Mar-2009 9:26 pm
Salam. Amir Yusuf lebih disayangi dan kini pulang ke pangkuan-Nya jam 12.51 pm waktu Glasgow. Al Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat sentiasa.
dapat sms dari rudi semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat. sepi rasanya. sebak. tiada kata mampu diucap.
hanya doa semoga fajar dan anis diberikan ketabahan dan kekuatan meneruskan perjuangan ini. semoga roh amir yusof diberkati Allah. amin
hari ini genap nordin 31 tahun. walaupun begitu perangai nordin macam budak-budak. cuma 2-3 menjak nie nordin selalu kurang sehat.
hari nie genap 3 minggu nordin batuk. tapi alhamdulillah sudah beransur kurang.
terima kasih pada umie dan anas yang sentiasa membahagiakan kehidupan nordin. kalian umpama cahaya dalam hati ini. yang terang bersinar.
terima kasih pada kawan-kawan yang mengucapkan epi besday. ucapan kalian akan lebih bermakna kalau disertai dengan cek kosong siap bertandatangan atau sebuah beg penuh dengan duit atau voucher untuk makan dihotel.
tetapi ada sesuatu yang lebih bermakna. itulah dinamakan persahabatan. chewaaaah. ayat poyo lak aku rasa.
tak kisahlah. yang penting doa kan aku berjaya dunia akhirat. kalau ada kerja kosong ke freelance ke bagitahulah.
Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.
bodoh punya menteri. sangat sangat bodoh. menteri memanglah sedap sbb tak payah bayar tol. rakyat yang terasa sangat sangat. tunggulah ko dah tak jadi menteri nanti baru ko tahu.
takkanlah md zin takleh tanya dulu ngan paklah dan najib.
mdzin : saya nak umumkan kenaikan tol. apa pandangan paklah?
paklah : alah ko umumkan ajek. nanti aku cubalah bela rakyat. tapi skrang aku tak kisah sangat. ye lah 2-3 minggu lagi nak berenti. nanti pandai2 la najib buat menjawab. hahaahaha.
mdzin : oklah cengitu
paklah : nanti aku leh jadi hero. lagi pun dekat2 pilihanraya nie. gile ke nak naikkan tol. dah la kat 2 bukit tu cam tak lepas ajek. nanti sedap la anwar buat isu. hahahaa
semuanya ada perkiraan. aku tak kisah tapi tolonglah jangan membodohkan rakyat.
Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.
Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan.
Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya jam 5.30 petang ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan.
Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut.
buat anakanda amir yusof. semoga dipermudahkan Allah segala urusannya.
buat fajar dan anis sekeluarga. semoga tabah hadapi dugaan-Nya.
sudah terlalu lama tidak menjengah blog fajar sehinggalah diberitahu oleh seorang rakan lama. apa yang yang sedang dihadapi. satu ujian yang cukup besar. terdiam seketika.
berat mata kami memandang berat lagi bahu kalian menanggungnya. setiap kali membaca entri fajar. terasa kesedihannya. setiap kali menatap wajah amir yusof. terasa kesakitannya. Ya Allah. selamatkanlah amir yusof dan tabahkan hati kedua ibubapanya. amin
hari nie aku tak nak tulis apa-apa. cuma nak copy paste petikan entri dari blog dr abu hassan abdullah. semalam lihat beliau dalam astro awani. kagum dengan hujah yg cukup mantap. jom baca.
Perak dan Politik Belukaraya
Dengan kata lain seperti kehidupan di alam belukar raya, di mana enau melepaskan pucuk masing-masing untuk masing-masing melebihi yang lain dalam memperolehi kesenangan sehingga sanggup membunuh ribuan pepohon kecil yang bernaung dengan ikhlas di bawah.
Akhirnya saya mengatakan jalan terbaik nan paling bijak dan non popular ialah YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin membubarkan sahaja DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK agar sebuah proses demokrasi yang lebih kudus dapat berjalan seterusnya akan membolehkan rakyat sekali lagi berfungsi memilih kerajaan yang dipercayai oleh mereka.
Anarkis Demokrasi - Tragedi Kebijakan Politik Melayu di Perak
MELOMPAT BERLOMPAT wakil-wakil rakyat (politikawan non moral) seperti yang ditunjukkan dalam krisis politik Perak adalah naratif yang sangat malang bagi sebuah peradaban masa lalu, masa kini dan masa depan.
Kita tidak boleh membiarkan politik kemakaran menjadi perilaku kepolitikan di negara ini. Cukuplah Uganda, Zimbabwe, Somalia, Rwanda maka sesungguhnya ahli politik yang ‘TIDAK BERMARUAH DAN TIDAK BERHARGA DIRI” mesti diberi pengajaran dengan MENGGUBAL PERUNTUKAN KHAS DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI AGAR MEREKA DIBERI HUKUMAN PENJARA”. Satu peruntukan AKTA PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI perlu diwujudkan, dan saya amat bersetuju bagi diwujudkan MAHKAMAH PERLEMBAGAAN.
Buat YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Barisan EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak diharapkan bersabar, dan menggunakan segala kebijakan dan keimanan agar dengan jauhari dan budiman dapat menerima segala ketentuan, bersama sebuah kepercayaan sikap yang pemimpin beramanah lagi bertanggung jawab akan ditempatkan juga di suatu hari nanti dalam sejarah peradaban masyarakat.
Firman Allah yang bermaksud: Surah Al Maidah
Ayat 1
“Hai orang-orang yang beriman! Tepatilah semua janjimu!”
JANJI DITAFSIRKAN SEBAGAI:
Tiga macam janji:
1. Janji antara manusia dengan Tuhan atau sebaliknya.
2. Janji manusia terhadap dirinya sendiri.
3. Janji manusia terhadap sesamanya.
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
"Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.
Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.
"Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.
Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.
Sungguh malang kerana guestbook yang disediakan amatlah mengecewakan. Tak tahulah siapalah tukang buatnya. Ini laman web sultan sepatutnya lebih baik.
Untuk perhatian anda. Guestbook utk laman web sultan perak ini menggunakan servis yang percuma. Komen yang dimasukkan dihadkan kepada mungkin 20-30 komen sahaja. Ini bermakna komen yang awal akan terpadam secara automatik. Dan tak boleh dibaca lagi. Ibarat angin lalu sahaja.
Jadi disini aku akan copy paste beberapa komen yang aku rasa menarik. Manalah tahu tiba2 sultan perak terbaca ke. Aku juga cuba save seberapa banyak mungkin single page html. korang leh donlod dari link dibawah.
KOMEN YANG DIPETIK DARI GUESTBOOK WEB RASMI SULTAN PERAK ANTARA JAM 400 - 700 MALAM
kenapa saya save komen ini? ini kerana saya merasa simpati dengan mereka yang memberikan komen. tak sampai 5 minit komen mereka pun hilang disebabkan guestbook yang dibina HAMPEH.
pada peringkat awal. komen diberikan agak bagus. lama-kelamaan ada yang mula mencarut atau sengaja bikin kecoh. aku cuba filter setakat boleh. dan aku tak bertanggungjawab langsung atas tulisan/komen yang menggunakan ayat2 yg kasar dan bodoh.
Sayang sungguh Tuanku menitahkan MB Nizar yang hebat ilmu dunia dan akhirat melatak jawatan. MB Nizar sgt dikagumi oleh semua lapisan masyarakat kawan dan lawan. Peribadi baik memanda Menteri mengharumkan kerajaan negeri Tuanku.
Kami di Pahang sangt mengidamkan MB seumpama MB NIzar. Dengar kata, solat subuh disurau masjid di Perak kini meriah dengan ramai yang bersama bersolat Subuh apabila memanda Menteri Tuanku bersama mereka setiap hari berjamaah bergilir disurau dan masjid seluruh Perak.
Ampun Tuanku, Mohon pertimbangkan kembali titah Tuanku..
Hamba pacal yang hina memohon Tuanku menitahkan satu pemilihan semula yang lebih adil dalam menentukan kepimpinan yang lebih mantap di Negeri Perak Darul Ridzuan ini.
Hamba memohon supaya tidak suatu masa nanti akibat dari kesilapan besar Tuanku,akan ada disetiap solat jumaat hamba-hamba Tuanku menebalikan tangan mereka apabila doa untuk Tuanku dibacakan.
Hamba tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi hamba rasa semua rakyat Perak lebih bijak dan matang dalam menentukan kepimpinan yang mereka mahukan.
Patik sebagai anak Perak dengan ini ingin memohon keizinan Tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri agar pilihan raya rasmi dapat diadakan. Patik sebagai anak Perak berharap agar sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan selama 51 tahun kita bermederka ini tidak dirosakkan oleh 4 orang ahli DUN yang tidak taat dan setia pada parti itu.
Patik yakin bahawa Tuanku akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi sistem demokrasi berparlimen di negeri Perak di samping mengekakalkan kemakmuran dan kemajuan negeri Perak.
I am a loyal Perakian. Although working outside the state for many years, I still think Perak is the best state to live in Malaysia.
The current political situation in Perak really cause concern to all Perakian and in fact Malaysian in general. We don't want corrupted leaders as our representative. We don't want leaders who just think of themselves, without taking care of the poor.
Political situation in Perak shows the true faces of these leaders who is not firm in their decision and commitment for their own party. There is also complication of corruption charges involving 2 of the leaders.
I don't know until when this drama will end and all representatives can give their 100% focus to revive our country economy and accelerate the development of the country.
As a rakyat for Malaysia, I think each of us believe strongly that there is a BETTER TOMORROW for our belove country. We can lead the region and maybe the world in term of economy growth, technologies, etc.
I would prefer Perak state have a reelection if there is really no other choices. Leaders that leap party should be sacked immediately! They are not qualify to be our wakil rakyat!
Ampun Tuanku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuanku,
Patik ingin memberikan beberapa panandangan tentang DUN Perak.
1. Pada 8 Mac, rakyat secara majoriti mudah telah memilih gabungan PKR, PAS dan DAP. Oleh itu inilah gabungan yang mendapat mandat rakyat.
2. Perpindahan sokongan oleh beberapa Adun dr Pakatan ke BN hanya membawa mandat individu bukannya mandat rakyat. Justeru hak itu memilih sewajarnya dipulangkan kepada rakyat.
3. Dengan kemelut 28 BN, 28 Pakatan dan 3 Bebas, pelbagai implikasi undang2, moral dan legal akan timbul. Maka rakyat yang seharusnya membuat pilihan.
Kami memohon jasa baik tuanku untuk membubarkan DUN akan rakyat membuat pilihan.
Ampun Tuanku.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tuanku,
sesungguhnya saya penuh sedar, sesuatu yg Allah kurniakan tentu ada kebaikkannya, walaupun hati ini terlalu sedih dgn apa yg berlaku, kerana satu-satu mb yg bijak, berilmu dan taat beragama terpaksa mengosongkan kerusi, apa boleh saya kata, biarlah ramai mengutuk beliau mengatakan beliau boneka, tetapi disudut hati saya, saya tahu ir nizr seorang yg berkhidmat kerna Allah, biarkan dia pergi, pemergiannya tentunya dari Allah juga,
saya masih ingat sewaktu hadir ke majlis tazkirah yg diberi oleh beliau, beliau berkata...hari ini sementara saya ada kuasa saya menyeru kpd saudara2 supaya mendekati diri dengan masjid, menunaikan zakat....dll.
terima kasih tuanku
mungkin esok atau lusa saya akan diketemukan dengan seorang lagi mb seperti ir nizar
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum DYMM Tuanku,dengan penuh sedih saya mendengar berita BERNAMA bahawa DYMM Tuanku telah menolak permintaan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak kini 3.55pm 5 Febuari 2009. Saya harap DYMM Tuanku masih boleh menimbang semula keputusan ini selagi Kerajaan baru BN masih belum dilantik memandangkan keputusan ini cukup tidak popular dan bertentangan dengan lunas-lunas keadilan. Walaubagaimanapun ditinjau walaupun sukar dibuktikan persepsinya ialah Adun yang melompat tersebut memang telah dibeli dan atau diugut ,sekiranya tidak bagaimana mungkin kedua mereka meninggalkan jawatan Exco dan Timbalan Speaker.Dengan itu sahaja integriti Kerajaan baru ini telah hancur sebelum era nya bermula. BN pun sudah bertahun-tahun memerintah Perak dibawah dua MB sebelum ini jelas gagal membangunkan Perak.Rakyat Perak sudah jelas mahu menukar selera.. Dengan nama Allah dengarlah rintihan rakyat wahai Sultan ku..Daulat Tuanku!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baginda Sultan Perak,
Tolonglah pertimbangkan dengan bijaksana, jangan jadi kerbau yang dicucuk hidung. Rakyat telah memilih dan hak mereka wajib dihormati.
Bubarkan DUN dan adakan pilihanraya.
Raja Adil Raja Disembah.
Raja Zalim Raja Disanggah.
Benarlah kata Jebat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ampun Tuanku,
Dengan keputusan yang dibuat oleh Tuanku,maka patik dapat melihat bahawa Tuanku langsung tidak mengambil kira kehendak rakyat negeri Perak.
Tuanku, patik merayu kepada Tuanku agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan membenarkan rakyat negeri Perak menentukan kerajaan baru tetapi bukan ditetukan oleh seseorang sahaja walaupun perlembagaan membenarkan demikian.
Keputusan bijaksana Tuanku akan dicatak dalam sejarah politik Malaysia seperti mana semasa Tuanku menjadi Ketua Hakim Negara suatu ketika dahulu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
lihatlah wajah2 pemimpin malaysia hari ini. riak muka penuh makna.
baca blog tun mahathir. point nombor 7.
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
wow makin rumit masalah di perak. adun dap jelapang yg juga timbalan speaker dah jadi calon bebas. kemungkinan ada lagi 2 adun dari dap akan menjadi calon bebas.
BN - 27 vs PR - 27 vs BEBAS - 5
dah seri
04/02/2009 3:16pm
PUTRAJAYA 4 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu, dijangka kembali ke pangkuan UMNO hari ini.
Pengumuman mengenainya akan dibuat petang ini. - Utusan
BN - 28 vs PR - 26 vs BEBAS - 5
kalau confirm. maka BN akan bentuk kerajaan baru di perak.
04/02/2009 3:19pm
IPOH 4 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada pukul 5 petang ini.
harap2 biarlah diadakan pilihanraya bagi negeri perak. itu yang terbaik.
dua-tiga hari nie. kecoh dengan dun negeri perak. macam2 cerita ada.
selepas pilihanraya umum 8 mac
BN - 28 vs PR - 31
selepas ADUN BN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR
BN - 27 vs PR - 32
selepas ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas
BN - 27 vs PR - 30 vs BEBAS - 2
akan ada kemungkinan dua ADUN bebas tadi akan menyertai BN
BN - 29 vs PR - 30
kalau ini terjadi. maka kedudukan PR di Perak sangat kritikal. bila2 masa kerajaan PR di Perak akan tumbang.
speaker dun perak, sivakumar kata adun behrang, jamaluddin dan adun changkat jering, osman dah letak jawatan. kedua-dua adun pulak nafikan dan menyatakan masih ahli pkr.
kedua-dua adun kata surat tanpa tarikh tu ditandatangani mac 2008 selepas pilihanraya.
boleh dikatakan memang kedua-dua adun tadi akan menyertai BN. atas perkiraan itulah. kerajaan PR mendesak SPR mengadakan pilihanraya kecil.
disini SPR juga memainkan peranan dengan menolak permohonan PR dengan alasan surat peletakan jawatan kedua-dua adun tadi mencurigakan sedangkan spr tiada hak sebegitu.
rancangan membawa masuk kedua2 adun nie dah lama. kalau ikut perkiraan memang BN akan berjaya menguasai Perak. nasib baik ADUN Bota masuk ke PR. kalau tak memang dah habis lah PR di Perak.
tunggu dan lihat ajelah apa akan berlaku seterusnya.
tapi aku ada dengar pasal bulan 3 nie. akan ada satu cerita besar.
walaupun sudah beberapa hari berlalu. kemeriahan annual dinner ITIS Groups of Companies masih dirasai.
15 FAKTA MENAREK + 1 BONUS CERITA SEDEH | ANNUAL DINNER ITIS GROUPS OF COMPANIES
01 SPONSOR
Annual dinner ITIS tidak menggunakan duit syarikat sebaliknya mendapat sponsor dari pelbagai kompeni. Ini adalah hasil usaha gigih pihak izan finance dan suami yang bertungkus lumus mendapatkan sponsor dan seterusnya menjadikan majlis ini satu kenyataan.
02 MC & ARTIS
Saleh Yaacob menjadi MC pada malam tersebut. Selain beliau, Shamsul Ghau-Ghau juga termasuk dalam senarai pemilihan MC. Selain Amy Search, Hattan turut termasuk dalam senarai artis jemputan pada peringkat awal. Amy siap promote makan kat kedai cina kat belakang care4 wangsa maju.
03 KAD JEMPUTAN
Kad jemputan dan layout direka khas oleh zamil dengan bantuan rakan2. Memang cantik dan kreatif.
04 SKRIN
Terdapat 2 skrin digunakan pada malam tersebut. Skrin sebelah kiri memaparkan slideshow wajah2 staf ITIS Groups. Skrin sebelah kanan adalah paparan background annual dinner dan juga untuk mengumumkan calon yang bertanding dalam pelbagai anugerah. Cadangan asal adalah untuk memancarkan projektor ke skrin tengah tetapi ada masalah bayang2 kerana projektor diletakkan dibawah. Jika projektor boleh digantung diatas masalah selesai.
Jadi untuk tidak menampakkan ruangan tengah kosong. Satu cadangan untuk meletakkan belon telah dibuat. Satu usaha yang berjaya dan belon yang disusun nampak menarik. Namun masalah bayang2 tetap terjadi bila mana ada anak2 staf yang kreatif membuat pelbagai tayangan percuma animasi pendek pada paparan projektor.
05 BELON
Pada peringkat awal. Belon ditiup secara manual menggunakan mulut. Takkan menggunakan lubang hidungkan. Agak memeritkan dan lenguh rahang mulut. Nasib baik tidak lama kemudian pihak hotel ada menyediakan tempat mengepam belon.
Orang yang paling banyak mengepam belon adalah suami nani. Orang bertanggungjawab menyusun belon atas pentas adalah abg lubis dibantu committe yang lain. Terdapat juga 2-3 orang yang takut dengan belon. (Gambar kecil : orang takut belon sedang dibuli. gambar diblurkan utk melindungi identiti mangsa.)
06 DR TENGKU
Dr T sebenarnya baru sampai dari UK. Penerbangan mendarat di KLIA pada jam 6 lebih dan jam 8 lebih tiba dirumah. Walaupun dalam keadaan agak penat. Beliau tetap menggagahkan diri menghadiri majlis. Terima kasih Dr. T.
07 KAI & ISABELLA
Kai sebenarnya bukan tak tahu lirik lagu Isabella sebaliknya dia agak panik dan tergamam. Mungkin juga sebelum ini kai sudah berdangdut bersama Saleh Yaacob dan od, membuatkan masih teringat lagu dangdut tersebut agaknya.
08 TEMA | TRADISIONAL
Tema pada malam tersebut adalah pakaian tradisional. Ada yang memakai pakaian arab, jepun, jawa, india, cina dan pelbagai. Ada juga yang memakai songket pengantin suami isteri, memang anggun. Boleh dikatakan majoriti memang cantik dan bergaya pada malam itu. Tetapi ada juga yang terlupa tema dan hanya memakai t-shirt. Hmmm mungkin itu pakaian tradisional dikampung dia. Siapa tahu?
09 TABUNG GAZA
Pada malam tersebut. Satu pungutan derma untuk Tabung Gaza telah dilancarkan oleh Dr T. Saleh Yaacob menyumbangkan derma sebanyak 4k dan Amy Search sebanyak 2k. Terima kasih semoga anda berdua diberkati Allah.
10 MEJA
Setiap meja ditandakan dengan tag ITIS, MEDIACAL, ANIMATRIX, DIRECTOR, COMMITTE dan 2 meja untuk artis dan pengacara majlis. Namun begitu masih ada staf yang tersalah meja. Mungkin kurang perasan.
11 GRAND FINAL
Modo yang memenangi cabutan bertuah hadiah LCD TV 32 inci sebenarnya sudah memiliki LCD TV. Jadi LCD TV yang dimenangi nya telah dihadiahkan kepada keluarga terchenta di ipoh. entah2 dia antar rumah awek dia kot.
12 TERLEPAS
sebenarnya ada seorang staf mendapat hadiah dalam cabutan bertuah. namun kerana dia takde semasa nombor dipanggil. nombornya telah diskip dan kalo mengikut teori keber'tuah'an, barangkali bukan modo yang sebenarnya menang tv tersebut. tapi ini tak bermakna ada unsur2 tidak puas hati dgn kemenangan modo tersebut. oleh irfan.
13 BESDAY KAK ANISAH
Kak Anisah mendapat kejutan kek harijadi. Masa Salleh Yaacob umumkan mula2 dia nampak blur ajek. Bila Salleh Yaacob turun dan menuju arah dia. Dia dah mula senyum. Epi belated besday kak nisah.
14 PALING SIBUK
Team Media merupakan team paling sibuk bertugas pada malam tersebut. Memang tak sempat makan. Dan hasilnya gambar2 yang sangat cantik. Terima kasih buat anda. Roy juga adalah salah seorang dari team media.
15 SOUND SISTEM
Pada mulanya committe bercadang menggunakan sound sistem yang disediakan hotel sahaja. Namun begitu atas nasihat orang yang menjaga sound sistem tersebut yang menyatakan sound sistem hotel tak gempak dan sesuai utk speach sahaja. Untuk show tak mantap. Jadi satu sound sistem telah dibawa dari luar. Siap dengan lampu lagik. Berdasarkan persembahan malam tu. Memang tak sia2. Kualiti sound memang sedap.
BONUS : CERITA SEDEH | THUMBDRIVE JOBENG HILANG
Roy pinjam thumbdrive jobeng untuk bikin video anugerah. Pada malam tu, dia mintak tolong kapi copykan ke dalam laptob utk dipancarkan masa anugerah nanti. Roy naik bilik utk mandi. Lepas dah turun; makan2; gelak2 dan amik gambar. Roy terlupa pasal thumbdrive tu.
Sehinggalah pagi semalam jobeng jumpa roy dan tanya pasal thumbdrive dia. Roy dah pucat. Kelihatan makin putih. Roy mula tanya kapi, kapi pun tak ingat. Cari dalam beg laptob pun takde. Tanya sham, sham pun tak tahu. Roy dan kapi kerana rasa bersalah nak belikan baru utk jobeng.
Petang tu roy nak pegi jumpa kapi. Tapi jobeng nampak. Jobeng tanya lagi pasal thumbdrive dia. Roy terpaksa tipu kata mende tu ada kat dia dan nanti dia kasi. Jobeng dah sengih2.
Rupanya yan yg jumpa masa kemas2 dan kat belakang tu ada tulis nombor jobeng. So dia pas kat jobeng dan jobeng pun ada modal untuk mencuakkan roy. Jobeng sangat suka, roy jiwa merana. Hahahaa.
Cerita nie aku tulis semula dari ym aku dan roy. roy: nie sajer nak kongsi citer
roy: kes penganiayaan jobeng terhadap aku
kalau ada perkara menarek yang aku terlepas. harap boleh inform supaya boleh dimasukkan dalam blog.
Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
azalina othman seorang yang lemah ingatan rupanya.
pagi tadi aku tengok atma asia di channel astro awani. tajuk berita CALON PAS JANGAN TAMAK. merujuk kepada calon pas dalam pilihanraya kecil kuala terengganu iaitu mohd abdul wahid endut yang mahu bertanding merebut kerusi parlimen. sedangkan dalam masa yang sama beliau menjadi ADUN untuk Wakaf Mempelam. salah satu DUN dalam parlimen kuala terengganu.
kenapa bila pas ADUN pas bertanding kerusi parlimen; ia akan jadi isu?
lemah ingatan azalina rupanya. lupakah dia pada pilihanraya kecil permatang pauh. dimana ariff shah menjadi calon parlimen dalam masa yang sama menjadi ADUN untuk kawasan seberang jaya. mungkin dia tak tamak sebab dia calon BN.
apa bezanya? tolonglah buat hujah yang lebih bijak sket. lu pikirlah sendiri.
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: "TANGISAN GAZA ".
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal 'sekangkang kera' iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-14, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.
Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur'an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.
Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.
Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:
Maksudnya: Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh
Muslimin Yang DiMuliakan Allah,
Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.
Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:
Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu
Muslimin Yang DiMuliakan Allah,
Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.
Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:
Pertama: menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan yang akan menyalurkannya melalui Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra;
Kedua: bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan, syarikat minyak atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;
Ketiga: negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;
Keempat: menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan
Kelima: tanpa jemu, kita hendaklah memastikan bahawa penjenayah pernag Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.
Muslimin Yang DiMuliakan Allah,
Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo'akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.
sudah beberapa minggu gaza bermandikan darah. ratusan orang menjadi korban kerakusan rejim yahudi. kini serangan darat pula dilancarkan.
semalam aku lihat muka depan utusan. ratapan seorang ayah melihat mayat 3 anaknya yang masih kecil terbujur kaku. aku tak sanggup tengok lama kerana sedih dan marah. dalam utusan hari ini pula. dipaparkan gambar mayat seorang kanak-kanak yang hanya nampak kepalanya sedangkan badanya tertanam dalam runtuhan tanah dan bangunan. aku tak sanggup nak letak gambar tu kat sini.
TIADA SIAPA MEMBANTU
walaupun sudah ramai yang terkorban. kebanyakannya orang awam terutamanya kanak-kanak. tetapi masih tiada bantuan yang sewajarnya. negara-negara arab terus leka dengan kemewahan hasil minyaknya. sibuk memikirkan projek-projek mega yang mahu dilaksanakan.
mereka lupakah pada tanggungjawab sebagai orang Islam. negara-negara arab tak bersatu. negara lain pun tak berani nak bantu. ini kerana dibelakang israel yang kecil tu ada amerika yang sentiasa memberikan sokongan.
tidak penting siapa jadi presiden amerika. obama sekalipun pasti akan menggunakan dasar yang sama. tiada ada bezanya obama ngan bush. cuma obama mungkin belum kena baling dengan kasut lagi.
MENGENAL SIAPA YAHUDI
Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.
Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.
Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.
Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".
Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.
Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.
Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .
Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam
Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.
Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.
Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.
Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .
Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.
Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.
Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.
Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:
Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.
Mengapa Yahudi Ditindas?
Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.
Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Disebut dalam Talmud lagi:
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.
Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi
Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.
Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.
Penutup
Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.
Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#
SELAMAT TAHUN BARU 2009
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1430
Entri terakhir untuk tahun 2008. Semoga tahun akan datang lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.
Price: RM 1
Lokasi : Kg Kubu Gajah, Sg Buloh. Terletak antara Kg Merbau Sempak dan Kg Paya Jaras Hilir
Harga : RM1.00 / ikat
Sayur segar dipetik setiap pagi dari ladang.
Penghantaran percuma bagi pembelian melebihi RM5 untuk kawasan Subang Suria, Kg Paya Jaras, Kg Kubu Gajah, Kg Merbau Sempak, Shah Alam Seksyen 6,7,8,9. Untuk Shah Alam penghantaran dibuat antara jam 5.00 - 6.00 pm.
Sayur-sayuran yang ada ialah bayam, sawi, kailan, salad, pucuk paku, pucuk ubi, limau kasturi.
GERAI JUALAN TERLETAK DI JALAN KUBU GAJAH.
Call Ros Saidi:
aku bukan penjual sayur. cuma aku tertarik dengan strategi pemasaran orang yang jual sayur nie. aku tak pernah terpikir dia akan iklan kan kat internet. tak sengaja terjumpa masa surf www.mudah.com.my. gerai jual sayur nie kat kg aku. memang setiap kali aku balik. gerai nie mesti buka.
pertama kali tengok dulu. aku cakap dalam hati. berapa lama lah boleh bertahan agaknya gerai nie. tapi sampai sekarang masih bertahan. aku respek. yang penting semangat dan usaha tanpa henti.
nanti balik aku nak singgah. aku nak kasi tahu dia.
"tadi saya masuk internet. terjumpa maklumat gerai nie. itu yang saya singgah."
pada 11 disember 2008. kami sekeluarga pergi cuti-cuti di port dickson. hari pertama menginap di ilham resorts. memang cantik pemandangannya. dapat penthouse yang mengadap pantai. cuaca pun alhamdulillah cantik.
check in dalam jam 2 petang. dalam kol 3 dah turun. gian nampak kolam renang. bukannya reti berenang pun. hehe. aktiviti petang sukaneka. lari dalam guni. timbus pasir. terompah tempurung. aku asik kalah ajek. mungkin fizikal kot.
malam ada bbq. tempat dah disediakan. memang best. esoknya bangun pagi. hujan lebat. dalam jam 8 berenti. terus mandi lagi kat kolam renang. nak mandi kat laut tak best sebab pantai kotor. tercemar ngan rumpai laut.
dalam jam 10 pagi. lepas mandi manda. kami tracking pulak menuju ke rumah api tanjung tuan. 870 meter jaraknya. takdelah tinggi sangat tapi penat jugaklah. lagi penat bila dah sampai diatas. tengok-tengok rupanya boleh bawak kereta. penat aku berjalan.
takde apa sangat. tak boleh masuk dalam rumah api pun. amik gambar kat luar ajek. perjalanan turun. kami ikut jalan untuk tracking. masa naik tadi ikut jalan tar. laluan kenderaan.
ikut jalan tracking nie. kami hampir sesat. tesalah lorong. terjumpa tempat yang kononnya ada tapak kaki hang tuah. pegilah usha kejap. pastu sambung perjalanan. akhirnya kami keluar kat rachado resorts. 150 meter dari ilham resort. sib baik tak sesat jauh. kalau kuar kat bandar pd. kan naya. nak kena naik bas pulak balik ke resort.
kelam kabut juga check out. bergerak pula ke palm springs untuk malam kedua. tu aku cerita lain. jom tengok gambar.
semalam petang aku tengok game malaysia vietnam. tengok kat tv ajek. nak gi stadium passport takde.
game menarek jugak. aku respek safee sali ngan indra putra. memang perform sangat.
GOL PERTAMA VIETNAM
keeper agak ke kanan sket. so bila striker vietnam remat ke kiri. cam tak boleh nak kejar dah. kalau ikut boleh save gak tu.
GOL PENYAMAAN MALAYSIA
gol nie oleh indra putra. safee sali dah merembat dengan gerakan turning yang cantik. keeper tepis dan kena palang. melantun dan indra putra sambar kasi gol.
GOL KEDUA VIETNAM
gerakan dari kawasan d. rembatan yang agak kencang ke sebelah kiri gawang. memang susah juga nak save.
GOL PENYAMAAN MALAYSIA
hasil freekick oleh indra putra. memang mantap.
GOL KEMENANGAN VIETNAM
huhu. maleh nak citer gol nie. mengecewakan. keeper malaysia si helmi tu dah tekeluar. mungkin sbb dan minit 80 lebih. semanagt membara. pemain vietnam nie cerdik dan berpandangan jauh. dia nampak keeper dah tekeluar. dia terus sepak kuat-kuat. si helmi nie tengok ajek sebab dia ingat dia boleh tangkap bola tu. sekali bola tu melantun melepasi dia. terus masuk gol. huhu. memang satu kesilapan yang susah nak diterima. apapun sebelum nie helmi banyak juga save. cuma kesilapan akan orang lebih ingati.
dulu tahun 2006 kalau tak silap aku. vietnam pun dah kena gol macam nie. memang lebihkurang. masa tu lawan ngan malaysia gak. keeper malaysia syamsuri talib paling power. dia sepak dan bola melantun melepasi keeper. jadi untuk rekod gol camnie. kira malaysia seri 1-1 ngan vietnam la.
dalam bola sepak nie. kalau kalah coach akan salahkan player. FAM pulak kalau kalah akan salah coach. jadi penonton lagi best. leh salahkan sapa-sapa ajek. hehe.
lepas nie lawan thailand. agak sukar tapi malaysia boleh. :)
isnin kita akan menyambut hari raya aidiladha. bersama-samalah melaksanakan ibadah korban.
aidiladha tahun ini juga aku membuat akikah untuk anas. 2 ekor kambing. sunat muakad untuk anak lelaki. alhamdulillah ada rezeki lebih sedikit kali ini.
kenapa anak lelaki afdal 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan 1 ekor kambing. dari apa yang aku baca. ini untuk menunjukkan lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar dalam kehidupannya.
akikah ini aku buat melalui ustaz hajar untuk program korban dan akikah di kemboja. sambil bersedekah kepada golongan fakir miskin disana. semoga yang bersedekah dan yang menerima sedekah sama-sama diredhai Allah. amin.
isnin lepas. dalam jam 845 malam. aku dan 2 orang adik nak keluar, main badminton. aku pandang ke langit. nampak bulan tengah senyum. wow. aku rasa kagum. aku takde kamera nak amik gambar. gambar dibawah aku amik dari http://mydarksky.org/. kebetulan tuanpunya web juga dari sungai buloh. jadi gambar yang dia amik memang sama seperti yang aku lihat malam tu.
fenomena ini terbentuk hasil gabungan planet venus, jupiter dan bulan sabit yang membentuk senyuman.
umie,
hari ini ulangtahun perkahwinan kita yang ke-empat. alhamdulillah kita masih bersama dan bahagia selalu. walaupun kadang-kadang ada juga gaduh-gaduh. tapi itu lumrah dalam sebuah perkahwinan. maafkan abang. abang memang garang macam singa. abang mudah marah dan juga mudah sejuk.
umie,
anas pun sudah 2 tahun lebih. makin banyak bercakap sekarang nie. selalu menyanyi ajek. tak tahu bahasa apa. dia suka jerit kuat-kuat. anas memang bijak. malam-malam abang suka peluk anas kuat-kuat. geram tul.
umie,
abang sentiasa doakan agar perkahwinan kita ini kekal bahagia selamanya. Allah telah memberikan kita anas sebagai amanah. semoga selepas ini ditambahkan seorang lagi. sian anas main sorang-sorang.
umie,
kita tak tahu apa terjadi esok hari. kerna esok adalah sesuatu yang misteri. hidup kita ini tidaklah terlalu mudah dan tidaklah terlalu sukar. kita ambil yang ditengah. sederhana. semoga esok mendatang dengan lebih keceriaan dan kegembiraan. amin.
umie,
selamat ulang tahun perkahwinan. jadilah kau ibu yang mithali dan isteri yang solehah. doakan supaya abang boleh menjadi suami yang soleh dan ketua keluarga yang berjaya. amin.
minggu lepas. seperti biasa aku ke masjid menunaikan solat maghrib berjemaah. biasalah yang datang pun kebanyakan dah veteran.
bilal sudah qamat. aku pun segera menuju kehadapan memenuhi saf. disebelah aku seorang pakcik tua yang agak uzur.
kami solat seperti biasa. selepas duduk tahyat awal kami bangun untuk rakaat ketiga. aku lihat pakcik disebelah meneruskan solat dalam keadaan duduk. solat aku dah tak khusyuk. kesian pakcik nie. mungkin dia tak larat agaknya. tapi kesian lagi aku sebab dah hilang khusyuk dalam solat.
selesai memberi salam dan berdoa. aku menghulurkan tangan pada pakcik disebelah. dia senyum ajek.
"pakcik tak sehat ke? tiba2 terus solat duduk tadi.." tanya aku dengan muka kesian
"pakcik sehat cuma kain pakcik nak terlondeh. kalau pakcik berdiri takut terlondeh pulak." jawab pakcik dengan jujur dan senyum
hehe. rupanya ada sebab. yelah kalau terlondeh lagi bahaya. silap-silap terganggu satu jemaah.
kisah ini diolah dari pengalaman ayah aku masa kemasjid minggu yang lepas.
UPDET 24 NOVEMBER 2008
beberapa hari lepas ada pengumuman jersi baru malaysia. tak banyak beza dengan jersi dahulu cuma tukar dibahagian lengan baju ajek rasanya. warna hitam. yang salib tu takde. alhamdulillah. untuk melihat jersi baru. boleh refer di forum harimaumalaya.com
-----------------------------------------------------------
aku dapat gambar nie dari forum harimaumalaya.com. menurut info. ini adalah jersi terbaru skuad bola malaysia yang baru ajek kalah 1-4 ngan myanmar malam tadi. huhu.
pertama kali aku tengok. memang bahagian paling fokus adalah gambar salib. memang jelas. semalam dah kecoh kat buletin utama tv3. tak tahulah mungkin ini baru prototype ke apa. yang penting designer tu memang ada motif teselindung ke atau tak perasan. kalau tak perasan. konpom designer tu rabun. hehe.
apa la agaknya respons FAM. ada orang kata takkan mende kecik camnie nak kecoh2. pada aku mende kecik2 nie lah kena kecoh sebelum jadi besar. sebab tu orang buat pepatah. api dikala kecil menjadi kawan. bila dah besar menjadi lawan. ingat boleh menang ke nak lawan ngan api. bila tak boleh lawan kena panggil bomba. bomba datang berlumba-lumba. kalau lambat hanguslah la pulak tempat terbakar tadi. tengok. kesan dari isu kecil camnie. sapa yang susah. bomba jugak.
malas nak merepek panjang. ini malaysia. kena la jaga sensitiviti orang lain. jangan buat mende yang boleh jadi isu camnie. tak syok.
sabtu lepas. sekolah umie ada perkhemahan perdana untuk murid tahun 4, 5 dan 6. umie terlibat dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang diadakan. aku pulak duduk rumah jaga anas.
"mama mama .." anas dah mula nangis..
aku tengok jam dah pukul 11 lebih. aku pun tukar pakaian. pakaikan anas kasut. aku pun keluar rumah dan menuju ke arah padang sekolah. anas siap pakai spek mata lagik. aku nampak umie dihujung padang.
dengan langkah yang gagah dan perut disimpan kedalam. sesak juga napas aku sementara nak sampai ke hujung padang. tak kisahlah janji langkahku nampak gagah dan macho gitu. seganlah sebab cikgu-cikgu pompuan ramai kat situ.
anas dah sengih-sengih nampak mama dia. umie pun dah sengih-sengih nampak aku. langkahku makin hampir.
aku tengok. lor terbalik la pulak. camne aku leh tak perasan nie. aku nampak cikgu-cikgu pompuan tu dah gelak-gelak. mesti aku akan jadi bahan cerita derang.
"abang sajek pakai baju terbalik.. " aku dah takde alasan nak bagi. rasanya mahu ajek aku betulkan baju kat belakang pokok. atau aku berlari dengan laju pulang ke rumah.
arghhh sungguh malunya. aku rasa kegagahan dan kemachoan aku lebur dalam sekelip mata. huhu.
hari ini genap usia anas 2 tahun. anas makin nakal dan menghiburkan. makin manja. nak kena dapatkan adik untuk anas nie. sian dia main sorang-sorang. nampak gaya papa kena kerja lebih masa.
hari nie papa pergi kerja lambat sket. kol 9 lebih papa dah pegi kedai basikal kat sg buloh. papa sama-sama tolong tokei kedai tu buka kedai. dah lama anas nak main basikal. papa belikan satu untuk anas. mesti anas suka. weekend nie boleh la bawak anas pegi main basikal dia.
anas,
selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2 daripada papa dan mama. semoga anas jadi anak yang soleh dan mengembirakan papa dan mama. terima kasih kerana menjadi permata dalam hidup kami. semoga jadi permata yang bersinar dan menerangi hidup kami. amin.
papa & mama
kemaskini 4 november 2008
gambar anas dan basikal baru dia. baru tangkap pagi tadi. seronok tul dia. smlm papa balik dari main badminton. tengok anas tengah tido ngan basikal. kaki anas tak sampai. jadi tadi sebelum papa pergi kerja. papa dah turunkan sket tempat duduk tu. nanti bolehlah anas kayuh perlahan-lahan.
semalam. isnin. selepas menghadiri jamuan deepavali bersama rakan-rakan di area sekinchan. aku pun pulang. aku berjalan kaki untuk pulang.
jalan agak sibuk. kereta laju-laju. motor pun laju-laju. aku dengan selamber melintas dengan perlahan. tiba-tiba aku nampak ada satu motor menghampiri. kemudian aku dengar ada kereta membunyikan hon. aku panik. aku melompat sekuat hati ke depan.
dangggggggg.....
aku dilanggar kereta dan tercampak. tubuhku longlai. pandangan mata semakin kabur. akhirnya semua menjadi gelap. noktah.
inilah nasibku seekor monyet yang gagal melintas jalan dengan selamat.
penggunaan aku merujuk kepada monyet. pembaca yang sedang membaca walaupun membaca dalam konteks monyet tiada kaitan dengan monyet dalam cerita diatas.
BERITA HAIRAN
SEKINCHAN. 27 OKTOBER 2008: Sebuah kereta yang dipandu encik nordin secara tidak sengaja telah melanggar seekor monyet yang sedang cuba melintas jalan. Encik nordin memohon maaf kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Segalanya berlaku dengan pantas sekali. Nak mengelak takut terbabas. Nak membrek ada kereta yang juga sedang laju dibelakang. Maafkan encik nordin wahai monyet. Dia bukan sengaja dan sungguh menyesal atas apa yang berlaku.
pada isnin tepat jam 230 pagi. paksu telah menghembuskan nafas terakhir. perginya paksu sesuatu yang mengejutkan.
isnin lepas paksu masih bekerja. aku tak berapa pasti puncanya. aku dengar ulser dan kegagalan buah pinggang berfungsi. paksu ialah suami maksu iaitu makcik umie paling bongsu. umie memang rapat dengan maksu. setiap kali raya kami pasti kesana.
ini gambar terakhir diambil dirumah maksu. tapi paksu tak nak bergambar sekali. tak sangka rupanya selepas ini memang kami takkan bertemu lagi dengannya.
semoga Allah tempatkan rohnya dikalangan orang beriman. amin. al-fatihah.
Tahniah atas kemenangan saudara sebagai Pengarah Terbaik FFM21 baru baru ini. Malah filem “Kala Malam Bulan Mengambang” dinobatkan Filem Terbaik?
1. Bagaimana rasanya dapat mengalahkan empat filem saingan lain yang hebat kesemuanya?
- saya tidak merasakan ianya mengalahkan filem-filem yang lain. ianya diPILIH dari filem-filem yang lain.
2. Bagaimana pula reaksi saudara apabila ramai yang kritik kemenangan tersebut sedangkan filem saudara diletak lebih sebagai filem ‘underdog’ dan kemenangan itu mengejutkan ramai?
- siapa yang kritik ya? saya perlu tahu terperinci individu yang mengkritik untuk saya menjawabnya. kalau datangnya dari seorang sutradara yang keresahan, saya tidak perlu menjawabnya.
3. Di manakah saudara rasa kekuatan filem ini sehingga berjaya menjadi Filem Terbaik?
- saya cuma filmmaker yang hasilkan filem tanpa apa-apa rasa untuk menjadikannya filem terbaik. kekuatan atau kelebihan filem saya bukan saya yang menentukannya. terpulang kepada audience untuk menilaikannya.
4. Saudara sering disifatkan umum sebagai pengarah ‘merapu’ atau pun pengarah ‘lok lak’ dengan membawa lawak bodoh dalam filem filem komedi saudara. Apa komen?
- adakah anda seorang yang bijak pandai? jika anda mengaku ya maka memang bodoh lah filem saya. tapi dari susunan soalan anda yang kononnya pedas ini, ternyata anda bukan seorang intelek malah bodoh seperti saya juga.
5. Apakah saudara mengarah mengikut ‘story board’ ataupun mengikut keadaan semasa ketika di set?
- menggunakan storyboard.
6. Tidak kah cara ini akan menyukarkan pihak produksi dan pelan asal?
- jika dilokasi keadaan sekeliling lebih menyumbang kepada keberkesanan content filem itu, ianya tidak dipandang sukar.
7. Sebagai pengarah yang percaya sesebuah filem Malaysia harus melibatkan pelbagai kaum, bagaimana saudara menerapkan unsur ketuanan melayu di dalam karya saudara? Adakah sekadar memakai kain pelekat itu sudah mencukupi?
- ya. berbanding dengan filem yang anda kagum langsung tidak mempedulikan roh melayu.
8. Pada pandangan anda apa bezanya membuat filem sebagai ilmuwan berbanding sebagai pembikin filem?
- perbezaannya hanya terpahat di carta boxoffice. tapi mungkin terlalu berat untuk anda memahaminya kerana anda bukan seorang ilmuwan.
9. Bukankah menerokai pemikiran ilmuwan itu mampu mengangkat ilmu perfileman itu sendiri sehingga menjadikannya berkualiti?
- memang. tetapi adakah seorang yang berkajang lulusannya dapat menghasilkan filem yang berkualiti? dan siapa yang boleh mengatakan ianya berkualiti? anda? saya rasa tesco ada sale hari ni. tak pergi tenguk ke?
10. Apakah saudara anggap filem saudara berkualiti?
- itu kena tanya para ilmuwan. sebab kita berdua dari golongan bodoh. saya dengan filem saya, anda dengan soalan anda.
11. Bagaimana kah mengukut sesuah filem itu sebagai yang berkualiti?
- di Malaysia? si pengukurnya pun mengalami impotensi yang serius masakan dapat mengukur dengan baik.
12. Adakah saudara sendiri mempelajari ilmu perfileman? Di mana? Atau anda belajar mengarah melalui pengalaman bekerja?
- melalui pengalaman.
13. Boleh ceritakan serba ringkas latar belakang anda sebelum terjun ke bidang perfileman? Saudara pernah berhijrah ke Germany, untuk apa saudara ke sana?
- tidak relevant.
14. Pernahkah saudara merajuk dengan dunia perfileman tempatan? Jika ya kenapa?
- masalah peribadi
15. Setiap filem yang anda hasilkan dikatakan sarat dengan mesej dan kadangkala berbau sinis malah anda harapkan penonton berfikir untuk memahaminya. Tetapi sedarkan saudara bahawa penonton yang ke pawagam tidak mahu berfikir panjang, Mereka semata mahukan hiburan ringan, Bagaimana rasanya untuk saudara mengubah persepsi penonton ini?
- susah untuk membuat apa-apa perubahan kepada persepsi penonton maupun kepada mereka yang terlibat. banyak sangat sikap double standard pada masyarakat malaysia. dalam temuramah ini pun jelas kelihatan kain yang terselak.
16. Barangkali ada cerita yang ingin saudara filemkan tetapi masih belum tercapai disebabkan keadaan. Apakah corak filem tersebut?
- memang ada tapi tahap mentaliti anda tidak sampai untuk saya mencurahkannya. anda umpama penanya terpaksa yang minda sedang berfikir lauk apakah yang akan anda beli on the way balik ke rumah karang. tidak. bukan ini caranya untuk saya luahkan apa yang belum saya capai.terlalu suci buat saya itu.
17. Adakah ia lebih mencabar dari “Kala Malam Bulan Mengambang; yang saudara sifatkan sebagai mahakarya saudara sejak menjadi pengarah?
- ia lagi hebat dari 'congkak' kalau anda begitu ghairah ingin mengetahuinya.
18. Akhir sekali bagaimana saudara melihat industri perfileman tempatan? Mampukah filem Malaysia berada gah di persada filem antarabangsa?
- ianya semakin berkembang dan dengan kepekaan anda yang bertanya soalan seperti seorang surirumah yang gersang sudah tentu ia mampu berada gah di persada filem antarabangsa.
19. Bagaimanakah caranya saudara rasakan untuk menembusi pasaran antarabangsa?
- bolehkah filem kita adakan content yang menitikberatkan permasalahan sex, perkauman, ugama, politik haluan kiri atau pro yahudi? jika anda jawab ya, maka akan berkembang pesat lah filem Melayu di litar antarabangsa!
20. Bagaimana peranan Finas dalam membantu industri perfileman tempatan? Adakah memadai atau perlu lebih agresif? Apakah saudara rasa Finas perlu lakukan demi meningkatkan pasaran filem tempatan?
- Finas sudah melakukan segala-segalnya yang termampu. kini cuma pembikin filem yang harus menyahut seruan untuk mempelbagaikan lagi pasaran filem tempatan....dan kurangkan soalan tabloid driven jika ianya datang dari badan seperti FINAS.
21. Selama mana saudara akan berkarya?
- sehingga Finas beri keizinan.
22.Mungkin kah ada cita-cita yang masih belum tercapai?
- saya ingin jadi Ahmad Idham tetapi belum tercapai.
Tarikh : 17 oktober 2008 - Jumaat
Masa : 8.00 malam - 12.00 malam
Menu : nasi dagang, Mee rebus mee sup, tapai, dadih, air bikarbonat. air basuh tangan disediakan
Jemput datang kerana kami ada mengadakan makan-makan. kenapa buat malam? ini kerana kebanyakan cikgu2 yg dok kuarters nie tak available pada hujung minggu kerana banyak rumah terbuka. lepas abis kerja. bolehlah terus ke kediaman kami. kalau sesat boleh call saya. kalau tak sesat. alhamdulillah.
DARI TOL SG BULOH
kuar tol sg buloh. belok kiri. 100 meter lepas tu amik simpang kiri kemudian naik fly over atas tu. jangan ke kiri pulak sbb ke kiri tu menghala ke kg melayu subang. lepas trafik light kedua belok kiri dan anda akan jumpa sekolah kebangsaan sg buloh. sebelah sekolah tu kuarters guru sg buloh. parking kat luar pun takpe sbb dalam tu mungkin banyak kete. pastu menapak terus. rumah mie depan surau.
DARI TOL HOSPITAL SG BULOH
kuar tol hospital sg buloh. jumpa trafik light dan belok kanan. terus ajek. dlm 100 meter ada trafik light dan belok kanan dan anda akan jumpa sekolah kebangsaan sg buloh. sebelah sekolah tu kuarters guru sg buloh. parking kat luar pun takpe sbb dalam tu mungkin banyak kete. pastu menapak terus. rumah mie depan surau.
DARI PAYA JARAS
jumpa the store belah kiri. terus lagi sampai jumpa kuil hindu belah kiri. pastu naik flyover dan belok kiri. lepas trafik light kedua belok kiri dan anda akan jumpa sekolah kebangsaan sg buloh. sebelah sekolah tu kuarters guru sg buloh. parking kat luar pun takpe sbb dalam tu mungkin banyak kete. pastu menapak terus. rumah mie depan surau.
KALAU NAIK TRENS KOMUTER
naik trens lagi mudah. turun kat KTM sg buloh. naik cab dalam RM2 rasanya. atau call ajek nanti saya amik. kalau saya amik 50 sen ajek cas.
raya kembali lagi. tiada istilah balik kampung untuk aku kerana aku tiap-tiap hari balik kampung. rumah mertua aku pun depan rumah aku ajek.
malam raya tahun nie aku tidur rumah depan. pagi tu raya bersama keluarga mertua. lepas mandi aku cari baju raya. alamak tertinggal kat rumah mak aku pulak. dengan bertuala aku balik rumah mak aku amik baju raya. tema tahun nie kaler oren. adik-adik aku cakap 2 kilometer dah boleh nampak. aku cakap aku matahari. warna oren tu memang menyerlah.
raya pertama aku beraya dikawasan kampung ajek. petang tu pergi rumah mertua adik aku kat puchong dan lepas tu ke rumah makcik aku di ampang.
kali nie meriah sket lah sebab anas pun dah besar. makin nakal. makin seronok. sepupu anas pun makin ramai.
tengoklah gambar-gambar raya kat bawah nie.
selamat hari raya buat semua yang membaca blog ini. semoga ceria dan gembira selalu.
ini kisah aku masuk wad kerana denggi. kali pertama masuk wad setelah usia menjangkau 30 tahun.
rabu 16 julai aku pergi check kat hospital sungai buloh. aku dah 4 hari demam. platelet darah aku 26. bacaan yang agak rendah. normal 150 - 450. doktor cakap kena masuk wad.
malam pertama di wad 4a memang akan meninggalkan kenangan pahit. malam pertama aku sudah kehilangan henpon kesayangan. masa terjaga jam 1 pagi, sedar2 henpon sudah kena kidnap. sungguh kecewa rasanya. ini bukan denggi tapi ada orang dengki. setan tul. aku tak berani nak tuduh sapa2 sbb tak nampak. padahal jam 1230 malam tu, baru ajek misi amik tekanan darah. takkan dia teramik ngan telepon aku sekali.
kalau nak nombor mintaklah. mungkin nak berkenalan ke. tapi jangan la curi tipon aku tu. huhu.
malam pertama aku tak boleh tidur. bukan kerana henpon hilang tapi kerana lapar yang amat. nak makan tak boleh nak makan. lidah rasa pahit ajek. minum air kosong macam minum air paya rasanya. payau ajek. itupun asik nak termuntah ajek.
esok pagi. bangun dengan kemalasan. rupanya pagi ada nurse praktikal. semua india dari satu kolej. itu tak kisah sangat. cuma derang nie kalau nak sembang. sembanglah dalam bahasa yang aku paham. boleh jugak join sama. derang nie pantang mintak tolong. memang rajin.
lepas mandi. lepak2 makan biskut. pastu ada 3 orang doktor pelatih. interview aku. cam best gak. macam2 soalan yang ditanya. antara soalan paling best.
"najis encik tenggelam ke berapung?" aku cakap. malaslah aku citer. rasa cam mengaibkan diri sendiri pulak. aku nak ajek jawab separuh tenggelam separuh timbul. arghh sangat buduh soalan tu. dia ingat aku takde keje ke nak tengok mana yang tenggelam yang terapung.
petang umie datang. tapi anas takleh masuk sbb kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk sbb pengudaraan kurang bagus. banyak virus. aku pun bawaklah air yang entah berapa botol masuk dalam badan tu keluar. lepak kat tempat sekuriti.
malam kedua aku tidur lena. walaupun nurse yang cun-cun selalu mengganggu tidur aku. nak check tekanan darah la nak amik darahla. aku takut lama2 derang nak mengorat aku pulak. aku mengaku aku tak hensem. mungkin manis ada.
siangnya berlalu dengan kebosanan. aku suh umie beli suratkhabar. abis semua aku baca. pengistiharan muflis pun aku baca.
esoknya aku dipindahkan ke wad 7b. wad untuk pesakit denggi yang hampir baik. aku rasa terharu kerana dipindahkan ke wad yang aku boleh katakan wad antarabangsa. sebelah aku bangladesh, kat depan myanmar dan sebelahnya india. semua baru sampai. tak boleh cakap melayu sangat.
tidur malam aku tak lena. aku takut ada yang bangun dan cekik aku sampai mati. esoknya sungguh membosankan. aku bangun tidur dan termenung. yang lain2 juga merenung sepi. nak bersembang tak boleh. masing-masing tak paham. aku rasa macam warga asing jugak. arghhhh bosan gila.
pagi tu nurse datang lagi. amik darah. urat tangan aku dalam. tak nampak. dia amik jarum dan cucuk. dia cucuk dan corner kiri corner kanan jari salur darah tapi tak jumpa. dia cuba lagi sekali. tak berjaya jugak. aku rasa dah ada jalanraya dlm tangan aku. akhirnya dapat jugak setelah beberapa kali mencuba.
petang sabtu tu. nurse masuk dan cakap semua boleh keluar. yahuuuuu. Tuhan ajek tahu betapa gumbiranya.
untuk semua kes denggi. tiada sebarang caj dikenakan. lepas setelkan discharge. aku amik MC kat kaunter wad. aik. dia kasi MC setakat ahad 20 julai ajek. huhu. peliknya biasa dapat seminggu. huhu. tapi takpelah yang penting aku dapat keluar dari wad.
pesanan untuk anda. jika jumpa nyamuk. tampar kuat2 sehingga nyamuk tersebut mati. jika nyamuk tak mati, mungkin ada orang lain akan mati disebabkan kegagalan anda membunuh nyamuk tadi. huhu.
ini kisah yang aku copy paste dari emel. ending yang menarek.
Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.
Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, 'Kenapa dengan sudu tuh?'
'Sebenarnya' , dia menerangkan, 'bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif'.
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. 'Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang'.
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum
pelayan tadi blah, aku tanya, 'Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?'
'Boleh, apa salahnya!' Selepas itu dia merendahkan suaranya. 'Tak semua orang perasan benang ni.'
'Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi 'Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?'
'Sebenarnya, ' dia membisik, 'saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi.'
huhu.. sungguh bijak tips2 di atas .. sapalah yang kasi tips nie ek ..
1. nak beli yang terpakai? aku alang-alang beli biar berbaloi. mahal sket takpe janji pakai lama dan ada jaminan. beli yang terpakai, kalau rosak ko nak gantikan ke?
2. tanam sayur? aku dok kuarters guru. takde tanah. nanti aku buat batas dan tanam sayur kat padang bola sekolah. bukan setakat sayur. padi pun aku leh tanam.
3. mancing? nie tips paling bijak aku pernah dengar dan aku syak orang kasi tips nie memang suka mancing. aku jangkakan lokasi2 mancing akan penuh sesak pada hujung minggu. dan akan ada polis jaga. setiap seorang hanya dibenarkan memancing 5 ekor ikan sahaja.
4. jual akhbar, majalah atau baju tak digunakan? jual akhbar dan majalah tu ada logiknya. jual baju tak digunakan? aku pernah tanya kedai bundle. derang tak terima kerana derang dah ada pembekal sendiri. aku akan cuba jual baju/seluar terpakai kat ebay atau lelong.com.my. atau sapa2 nak baju terpakai. boleh contact aku. semua pakaian dibasuh bersih dan bebas dari penyakit berjangkit.
5. had penggunaan garam dan gula? yang nie aku setuju. memang bagus.
terima kasih atas tips diatas. sangat bagus utk diamalkan.
pagi tadi aku antar umie kat pejabat pendidikan gombak di selayang mall. ada mesyuarat.
sebelum drive. aku singgah kat seben eleben. beli coke buat hilang dahaga. masa nak bayar. ada sorang mamat kat depan aku. aku rasa melayu dan Islam. dia beli sekotak rokok dan 2 tin arak. jenama quinness kalau tak silap aku.
muka selamber ajek. tak tahu malu langsung.
aku rasa nak boikot ajek seben eleben sbb bersubahat jual air2 setan camtu. huhu.
selasa 3 jun 2008. aku pulang kerja tengahari sebab hari sebelumnya stayback. sampai di petronas NKVE menghala utara. seorang pekerja pam minyak menyapa.
"tak lama lagi harga mintak naik bang?"
"tu la pasal. dengar citer bulan ogos. itu kalau ikut menteri cakaplah"
huhu. rupanya tak sampai ogos. lusanya 5 jun 2008 naik mendadak sebanyak 78 sen menjadikan harga petrol RM2.70 dan diesel RM2.58 naik seringgit.
pergh nie langkah paling drastik oleh kerajaan. sebelum nie paling tinggi pun 30 sen. itu 2 tahun lepas. smlm aku tengok berita. menteri kewangan ke-2 cakap. ada kemungkinan lagi hujung tahun nie akan naik lagik.
smlm ketua pemuda PAS mencadangkan elaun menteri dipotong. laju ajek shahrir samad menyatakan tak rasional.
kalau betul2 nak support rakyat. kena setujulah. apa sangatlah elaun tu. ingat lagi masa minyak naik 30 sen 2 tahun lepas. elaun wakil rakyat turut naik.
tolonglah pikir nasib rakyat bawahan nie.
cuba kita lihat perbandingan harga petrol negara2 pengeluar minyak nie. malaysia paling tinggi. tolonglah jangan tipu rakyat. jangan bandingkan dengan negara bukan2.
pada suatu petang. sedang umie pulang dari pasar. dia nampak ada orang mengekori dari belakang. dia jalan laju-laju. orang tu pun jalan makin laju.
sampai kat satu tempat. semakin dekat. dia cuba menutup mulut umie. umie cuba melawan. keadaan semakin cemas. umie seorang yang bijak. dia gigit tangan pencuri tu sekuat hati.
"aduhhhhhh. apa gigit tangan abang nie" aku menjerit kesakitan
"ye ke. saya mimpi ada orang jahat nak tangkap saya. saya gigit tangan dia kuat2" erk. saya tergigit tangan abg ke? huhu sori2 ..
adeh kebetulan masa tu tangan aku kat mulut bini aku agaknya.
kalau sapa2 ada videonya. kasilah kat aku. nak tengok gak riak muka menteri yang kurang cerdik nie. huhu. aku copy paste dari emel.
Minyak Petronas Hanya Untuk Jet? Lawak ler...
SEDUTAN RANCANGAN:HUJAH TERBITAN TV9
"Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan", kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan di TV9 ..Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita.
Dr. Agus: Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia , harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?
Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cubalihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand , harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ........
Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ........
Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat .......
Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat .........? (Soalan cepumas...)
Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ......... (Jawapan Cepugangsa)
Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri . Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja.
Semua tindakan undang-undang yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap individu di Selangor akan digugurkan, kata exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan, Ronnie Liu.
"Saya telah meminta semua yang dipertua majlis tempatan mengumpulkan semua jumlah kes tersebut. Kita telahpun memutuskan apa juga saman terhadap individu, akan digugurkan.
"Manakala tindakan undang-undang yang difailkan terhadap kita (kerajaan negeri), kita akan minta mereka tarik balik supaya semuanya diselesaikan di meja rundingan," katanya.
Liu, 50, memberitahu demikian kepada Malaysiakini dalam satu wawancara di pejabatnya di Shah Alam semalam.
"Sehingga ini, kita telah menarik balik perintah pemindahan terhadap penduduk, seperti di Papan di Pandamaran (Klang) dan di Kampung Berembang.
"Dan mengenai isu kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang, kami telahpun menasihatkan peguam kedua belah pihak supaya menangguhkan dahulu semua tindakan," katanya.
sekian ketua pemuda umno nie. baru nak mencadangkan datuk seri anwar ibrahim ditawarkan kembali masuk umno. dah kena maki dan dihalau dari dewan. tengok inilah gayanya orang umno. takde maknanya.
makin teruk krisis kat terengganu sekarang. kerana nak pertahankan deris jusoh. satu UMNO pakat derhaka pada sultan. dulu masa lim kit siang cakap nak pulau majlis pelantikan MB perak. kecoh dan ramai yang jadi pembela sultan. skang senyap. mulut dah kena gam gajah.
aku terbaca kat satu blog kelmarin. UMNO sekarang ibarat meludah ke langit, terkena balik muka sendirik. buat malu ajek. carilah penyelesaian cara elok. ini tidak. cara yang mereka sifatkan tak bermoral tu la yg nak dibuat jugak.
bangsa lain dok tengok ajek. dok gelak2 ajek. orang melayu yang katanya amat taat kini sudah jadi perdurhaka. sadis sungguh.
Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih.
Antara yang sempat IB perhatikan ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.
Pertama, apa erti perkataan tersebut? IB rasa, dalam loghat Terengganu, “natang” itu ialah untuk “binatang”.
Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.
Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.
Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?
Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?
IB hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.
Tapi kalau perkataan “NATANG atau BINATANG” ini ditujukan kepada pihak yang sedang dibantah keputusannya kerana melantik ADUN Kijal, YAB Ahmad Said, selaku Menteri Besar Terengganu, manusia yang derhaka ini mesti “disula” dengan serta merta! Heret mereka ke Balai Polis terdekat dan buat laporan bahawa perbuatan manusia berkenaan adalah satu penderhakaan!
Sesudah itu, kirimkan salinan laporan polis itu kepada Hishamuddin Hussein selaku Ketua Pemuda UMNO dan Khairy Jamaluddin selaku Naibnya. Beritahu kedua-dua “hero?” Melayu ini bahawa inilah waktunya kalau mereka mahu menghunus keris untuk menyula Melayu-Melayu yang derhaka kepada Rajanya!
Dan, jangan lupa kirimkan salinan juga kepada Abdullah. Katakan kepadanya, kalau beliau tidak bertindak tegas untuk menurunkan kain rentang itu, maka beliau perlu diheret sama dalam tuduhan berkenaan kerana bersekongkol dengan Melayu-Melayu derhaka.
isu MB terengganu memang panas. umno telah durhaka pada sultan secara terang-terangan. bakal mb yang dilantik pun bukanlah seorang yang bagus. cuba tengok video nie. macam nie ke orang yang nak memimpin.
semua orang tahu. pihak istana tak mahukan idris jusoh jadi MB. sebab banyak sangat mende yang dia buat membelakangkan sultan dan terlalu banyak pembaziran dilakukan. masing-masing dengan agenda tersendiri. wang rakyat dirompak.
buringlah ngan kepimpinan pak lah nie. entah apa-apa.
bacalah artikel2 nie. jangan baca dan terus terima. tapi baca dan fikir-fikirkan.
ini surat mukhriz kepada pak lah. surat yang ditulis penuh keikhlasan demi memastikan umno terus mantap. huhu. apalah tindakan yang bakal dikenakan kepada mukhriz nie agaknya.
Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 mencatatkan satu keputusan diluar jangkaan. Tsunami telah berlaku. 4 negeri telah ditawan oleh pembangkang dan Kelantan terus berjaya dipertahankan.
TSUNAMI MELANDA
Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor berjaya ditawan oleh pembangkang yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP. Kelantan berjaya dipertahankan oleh PAS.
Jumlah majoriti juga merosot. Wilayah Persekutuan dikuasi oleh pembangkang. BN hanya menang di Putrajaya, Labuan dan Setiawangsa sahaja.
Inilah yang terjadi apabila rakyat bersuara. Jangan terlalu dicabar sangat rakyat generasi sekarang. Itu yang dikatakan oleh Dr Agus, seoarang penganalisis politik.
YANG TEWAS
Beberapa menteri kabinet tewas antaranya Samy Vellu, Shahrizat dan Zainuddin Maidin. Banyak juga timbalan menteri dan exco2 yang tewas.
YANG DAPAT KENANGAN PAHIT
Samy Vellu kalah di Sungai Siput. Tempat tradisi BN. Yang menariknya, kekalahan tersebut menjadi hadiah harilahir yang cukup pahit.
Shahrizat pula kalah ketika sambutan hari wanita. Menteri wanita yang kalah. huhu.
lagu nie khas utk samy bellu
YANG KALAH DAN SEDAR
Koh Tsu Koon, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang mengaku kalah dan atas rasa bertanggungjawab. Rela melepaskan jawatan. Berjumpa dengan Guan Eng, bakal Ketua Menteri Pulau Pinang dan berharap peralihan kuasa dibuat dengan baik.
Shahrizat juga menerima dengan hati terbuka dan menyerahkan kawasan Lembah Pantai kepada Nurul Izzah dalam suasana yang baik.
YANG KALAH DAN MASIH TERTIDUR
Pastinya Pak Lah. Walaupun menang di Kepala Batas. Tapi kegagalan BN mendapat 2/3 dan kehilangan 5 negeri merupakan satu kekalahan yang amat besar. Pak Kata dia tiada tekanan untuk meletakkan jawatan. Nampaknya Pak Lah masih tertidur. Masih tak sedar penolakan rakyat.
Samy Vellu juga masih tidur. Jelas presiden MIC sudah ditunjukkan jalan keluar. Tapi masih buat tak paham. Masih nak mengetuai MIC.
YANG TERDIAM DAN TERDUDUK
2 bekas MB yang terdiam sekarang ialah Tajul Rosli (bekas MB Perak) dan Khir Toyo (bekas MB Selangor). tiada sebarang komen. Mereka pasti tengah memikirkan strategi untuk bercakap dalam dewan undangan negeri. Bukan tak pernah masuk dewan DUN cuma kali ini atas kapasiti pembangkang.
Hmm sapa2 ada jumpa Khir Toyo. Pesan kat dia supaya pulangkan kunci pejabat MB. Ada orang dah nak masuk. Mintak dia kemaskan barang2 dia.
Bekas MB Perak, Tajul Rosli menangis dan enggan berjumpa wartawan. Tapi incik boleh kasi kemas itu rumah MB. Ada orang mahu masuk ye.
LALUAN UNTUK ANWAR IBRAHIM
Semalam aku tengok TV. Akan ada satu tempat bakal dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk memboleh beliau kembali ke parlimen. Tempat tersebut belum diputuskan. Apa yang menarik adalah siapakah calon BN yang sanggup untuk bertanding. Huhu.
ANTARA PUNCA KEKALAHAN BN
Pada pandangan aku. Antaranya puncanya adalah dari kelemahan Pak Lah sendiri. Menantu kesayangan, Khairy Jamaluddin juga faktor besar. Dengan kempen ala-samsengnya. Membuatkan rakyat rasa muak. Bukan setakat rakyat tapi juga pemimpin BN. Cuma mereka tak dapat nak luahkan sebab dia menantu Pak Lah. Beranikah Khairy untuk bersuara di parlimen yang dipenuhi pemimpin pembangkang yang cukup berpengalaman dan berkaliber. Klik untuk mengali siapa Khairy. Web http://antikhairy.blogspot.com juga patut dibaca.
Kenaikan harga minyak dan harga barang antara punca utama. Selain kempen2 BN yang agak melampau menggunakan media arus perdana membuatkan orang meluat.
Hari mengundi pada hari Sabtu antara punca peratusan keluar mengundi merosot. Kalau Ahad konpom cuti. Sehinggakan ada satu kes, seorang pekerja telah diberhentikan kerana masuk lewat kerja. Lewat masuk kerja kerana pergi mengundi dahulu.
SPR DAN GELAGATNYA
Ada rungutan dari sesetengah pengundi dibeberapa tempat. Ada ke patut, tempat pembuangan undi untuk golongan tua diletakkan ditingkat 2 sekolah. Aku rasa mungkin ada pakcik makcik yang nak mengundi BN, tapi sebab kena naik tangga. Derang dah undi pembangkang sebagai tanda protes.
CERITA MENGUNDI KAT PAYA JARAS
Aku mengundi di SK Merbau Sempak. Aku pegi dalam jam 11 pagi. Masa nak pegi tu kena lalu pondok bas dulu lepas tu baru pondok PAS. jumlah jiran2 dekat rumah. lepas tu baru jumpa pondok BN lak. jumpa pulak sedara2 umi. Hehe. Kami buat neutral ajek. Aku mengundi disaluran 6 dan bini aku saluran 7.
Yang kelihatan penuh adalah petugas2 BN. Macam pesta. Kereta dan van memunggah pengundi. Walaupun tanah perkuburan tak jauh dari pusat mengundi. Alhamdulillah hantu2 yang keluar pengundi untuk menjadi penngundi hantu.
Kat DUN Paya Jaras dimenangi oleh Bushro dari BN. Satu-satunya Bush yang ada diMalaysia. Parlimen Subang dimenangi oleh Sivarasa dari PKR.
SELEPAS PILIHANRAYA
Dah abis berkempen dan dah selesai mengundi. Poster, bendera dan macam2 lagi. Kenalah ditanggalkan. Kat Paya Jaras masih banyak poster BN. Agaknya sebab dah kalah dan menjadi milik pembangkang. Derang malas nak clearkan mende2 tu.
HARAPAN KEPADA KERAJAAN BARU SELANGOR
Masa kempen dulu banyak juga janji yang dibuat. Harap2 dapatlah ditunaikan. Kerana kuasa rakyat sangat besar sekarang nie. Tahniah dan selamat menjalankan tugas. :)
selamat mengundi buat semua rakyat malaysia yang layak. inilah peluang untuk kita menunjukkan kuasa rakyat.
malaysia negara demokrasi walaupun pilihanrayanya berata sebelah. media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah. stesen televisyen, radio dan suratkhabar setiap hari memaparkan kempen dan janji pemimpin barisan nasional. hingga naik bosan. huhu.
oklah esok kita keluar ramai-ramai mengundi. biarlah ada kejutan.
2-3 malam nie aku asik nampak bulan penuh ajek. paham2 ajelah.
ini apa yang aku jumpa masa melayari web harakahdaily.net. aku dah muak baca utusan meloya dan berita hairan. semua tak abis2 dengan cerita berat sebelah.
kat artikel bawah nie. ada 11 nama yang agak ajaib. aku tak pasti sama ada pengundi masih hidup atau sebaliknya. 11 nama nie yang dijumpai. banyak lagi yang belum jumpa.
baru aku tahu. rupanya orang tertua kat dunia adalah dari malaysia. dan mereka bakal mengundi 8 mac ini.
Ini adalah maklumat yang saya baru terima daripada seorang rakan, hasil siasatan rambang di lawan web semakan daftar pemilih SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp.
Saya mendapati terdapat sekurang-kurangnya 11 orang penduduk di Selangor yang berumur 120 tahun dan ke atas layak mengundi!
Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Itu pun hasil siasatan rambang, bermakna kemungkinan terdapat lebih ramai). Buktinya layarilah lawan web http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp dan masukkan nombor ic ini.
Tiada masalahnya kalau mereka ini masih betul-betul hidup. Tetapi, bagaimana kalau mereka sudah lama mati?!
Pertama kali melihat senarai tersebut, saya menyangka semua calon ini hanya calon remaja biasa kerana saya menyangka angka 85 di hadapan kad pengenalan mereka bermaksud mereka lahir pada tahun 1985.
Tetapi, setelah menyemak senarai itu di laman web SPR, sebenarnya mereka lahir pada tahun 1885!!
Kepada mereka yang berkenaan, silalah laporkan perkara ini kepada mereka yang berkuasa atau 'forward'kan e-mel ini kepada mereka kerana saya tidak mempunyai akses, terima kasih.
kisah nie berlaku dalam 2 minggu lepas. ini cerita yang aku dengar dari adik aku.
sedara suami adik aku melangsungkan majlis perkahwinan anaknya di USJ subang jaya.
pom pom pang pang pom pom pang .. bunyi kompang. pengantin sedang berarak.
* ini sekadar gambar hiasan
semua orang bersesak-sesak untuk melihat pengantin. tapi tak semua rupanya yang berminat melihat pengantin.
dalam kesesakan itu. dengan bunyi kompang yang agak kuat. ada 1 atau beberapa orang menyelinap masuk ke bilik pengantin di tingkat 2 rumah. dalam masa yang pantas. wang hantaran telah dikebas. bukan itu sahaja. wang tunai adik pengantin, barang kemas yang diberi pinjam oleh saudara mara turut dikebas.
banyak ribu jugalah kerugian. malam mereka buat solat hajat supaya dilembutkan hati perompak tu. pulangkan semula.
aku pun tak tahu apa cerita terbaru. nanti aku tanya adik aku.
jadi pengajaran begini.
pertama : pastikan bilik pengantin sentiasa dikunci atau jangan dibiarkan kosong.
kedua : tak digalakkan orang menumpang bilik air atau menumpang solat. kalau ada bajet sediakan bilik air mudah alih kat luar. nak solat sila ke surau berhampiran.
ketiga : pasang cctv kat bilik pengantin. tapi jangan lupa tanggalkan pada masa malam. kalau tak haru jadinya. huhu.
semalam. tengok astro ria. kebetulan ditayangkan satu cerita melayu. tajuk dia kalau tak silap aku "nick F1 muthu mania". lakonan allayarham loloq dan radhi khalid sebagai watak utama.
cerita nie kalau tak silap aku citer lama. cuma ditayangkan kembali. sbb kat last citer tu ada diselitkan takziah kepada arwah loloq.
pada aku astro nie memang tak sensitif. tak perlulah tayang citer tu pada masa sekarang. cuba la pikir perasaan isteri, anak2 dan saudara-mara arwah. huhu.
al-fatihah buat loloq dan datuk ishak baharom. semoga roh mereka dirahmati. amin
sabtu 19 januari 2007. aku balik ke rumah umie. dekat ajek ngan rumah mak aku. tiba-tiba jam 10 pagi ummi call. ummi kata abang E meninggal.
aku cam blur-blur jugak. sebab sepupu aku tu takde sakit apa cuma aku tahu dia memang ada asma. aku pun ada asma.
aku dan umie begegas pulang. ummi dan abah pun bersiap. kami bertolak ke rumah arwah di ampang. sampai disana jenazah dah ada cuma belum dimandikan.
abang E atau nama penuhnya mohammad azam seorang yang menguruskan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam. dia dan isterinya, kak miah juga menjual sayur di pasar. kalau peniaga pasar kat ampang tu. kebanyakannya kenal.
seminggu sebelum tu memang abang E dah tak berapa sehat. selalu semput. doktor suruh dia berehat. keesokan harinya dia nak jugak ke tapak pasar pagi. nak tinjau keadaan ajek.
kak miah cerita pagi tu. dalam jam 8 lebih. ketika sedang duduk tengok orang berniaga. abang E mengadu sakit dada dan pergi sendiri ke klinik berhampiran. tak lama kemudian pembantu klinik tu panggil kak miah sebab keadaan makin teruk.
arwah menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital dalam dakapan isteri tersayang. meninggalkan 5 orang anak yang cerdik dan comel.
ramai saudara mara dari pahang hadir. pak sedara, mak sedara dan sepupu-sepupu arwah kebanyakannya datang. arwah memang seorang yang baik dan banyak membantu adik beradiknya.
arwah dikebumikan di tanah perkuburan kampung tengah ampang. hampir 100 orang saudara dan sahabat handai memenuhi kawasan perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir. kubur ditandakan dengan nombor 2033.
gambar diambil pada 15 disember 2007 ketika majlis perkahwinan sepupu aku di pahang.
al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah.
ari semalam. lepas majlis kenduri kawen kawan umie di sungai buloh. kami pegi ke jom heboh di perkarangan stadium shah alam. bukanlah minat sangat nak pergi cuma nak tengok. best sangat ke jom heboh nie.
sampai kat sana dalam kol 4 lebih. ada signboard menuju ke parking jom heboh. kereta punyalah banyak. orang pun penuh. majoriti melayu dari kecik sampailah ke level veteran.
orang berniaga pun ramai. aku tertarik nak pergi sebab nampak ada iklan booth dryper kat situ. bolehlah dapat murah. sekali lagi mahal la pulak. siut tul. orang ramai so kami pusing situ kejap ajek.
selebriti pun ramai gak. yang kapel pun ramai. masa nie lah nak peluk pinggang awek. itu siang. kalau masa konsert malam tu. tak tahulah tangan tu kat pinggang ke kat mana.
umie kata dahaga. pegilah beli air. cilaka sungguh dan sangat mencekik darah. biasa ari satu bekas tu RM1 ajek. tapi dia jual RM1.50. tak berkat la ko meniaga kalau ramai yang maki. haha. pastu makan bakso. kosong ajek dah kena RM4. haha. memang tak sesuai. so next time tak perlulah makan kat tempat-tempat camtu.
masa nak keluar dari stadium. kete beratur gak. rupanya kena bayar parking lak. RM2 lak. apa ke jadah ari ahad pun nak kena bayar parking. majlis bandaraya shah alam nie memang sajek amik kesempatan sungguh. hampeh tul.
itulah kali pertama dan terakhir aku ke jom heboh. takdelah best mana. maksiat banyaklah. huhu.
Kerajaan bayar RM242j kepada Prolintas, Plus, Sprint serta Jambatan Pulau Pinang
KUALA LUMPUR: Kabinet semalam bersetuju tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya tahun depan, manakala kenaikan kadar tol di enam lagi lebuh raya hanya memberi kesan minimum kepada pengguna.
Empat lebuh raya yang tidak mengalami kenaikan tol itu ialah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (Prolintas) serta Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi dan Damansara Link.
Kadar tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, pula dinaikkan antara tujuh hingga 50 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2010.
itu cerita pasal tol. macam aku penunggang motor. tol mungkin tak memberi kesan sangat. huhu. tapi adakah harga minyak akan naik? itu yang jadi persoalan. naik tetap naik cuma berapa.
zaman pemerintahan tun mahathir dulu. kalau naik pun tak banyak. 2-3 sen ajek. tapi zaman pak lah nie naik banyak. kenaikan terakhir tahun lepas sebanyak 30 sen.
cuba tengok video nie. petikan ucapan datuk husam musa mengenai kenaikan minyak. menurut beliau harga minyak akan naik 70 sen. tapi itu andaian beliau berdasarkan maklumat yang didakwa diterima dari putrajaya. kesahihannya kita tunggulah pengumuman daripada pak lah nanti.
sebenarnya kenaikan tol dan minyak nie cukup memberi kesan kepada rakyat biasa. terutamanya mereka yang makan gaji dan tinggal dibandar.
untuk yang berjawatan tinggi mereka tak perlu risau kerana minyak dan tol dibayar oleh syarikat. kalau menteri-menteri lagilah tak pernah risau. silap-silap sejak jadi menteri tak pernah pergi isi minyak sendiri.
yang terlopong tak boleh nak buat apa. kamilah. rakyat biasa. cakap banyak pun tak guna. ibarat anjing menyalak bukit. tapi apa kaitan anjing ngan kenaikan tol dan minyak nie?
aku rasa sedikit malas hari nie. kelopak mata rasa cam bengkak ajek. alahan agaknya. nie aku copy paste ajek satu citer yang aku jumpa masa cleanup pc ex-staf kat sini. kelakar gak.
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia.
polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
ini kawan saya. encik hafez namanya. berasal dari puchong selangor. setelah bertahun-tahun mencari penyelesaian untuk men"slim"kan badannya. akhirnya satu kaedah menakjubkan ditemui.
* tanpa diet * tanpa senaman * tak perlu makan dan muntah semula * boleh slim dalam masa 30 minit sahaja * tak perlu membuat pembedahan sedut lemak * tidak mengandungi bahan-bahan terlarang * dijamin selamat
dapatkan segera Adobe Photoshop dari kedai-kedai menjual CD Perisian. dapatkan yang original. setelah memiliki CD tersebut sila install di komputer anda. Gunakan teknik liquify untuk menjadikan anda slim, gagah dan sasa.
jika encik hafez boleh berjaya. anda juga boleh. jika anda menghadapi kesukaran menggunakan produk tersebut. boleh hubungi pakar kami iaitu encik shukri nasaruddin. tiada caj dikenakan untuk pengurangan 2 kilogram pertama. servis caj boleh dirunding asalkan anda slim dan nampak tampan serta menawan. kepada semua wanita. tolong beratur ye jika nak berkenalan dengan encik hafez.
!! HATI-HATI DENGAN PRODUK TIRUAN !!
TESTIMONIAL OLEH ENCIK HAFEZ teknik ini telah digunakan di syarikat2 yang jual ubat kuruskan badan... jadi jgn percaya dgn iklan2 tersebut
ini merupakan gambar terkini encik hafez selepas 3 bulan dan mendapat sentuhan daripada encik Shahrin Affendy. pakar dalam membina bisep dan trisep. lebih gagah dan macho. err akak yang pakai skirt kat belakang tu. jangan tolak-tolak ye. semua akan dapat tandangan encik hafez. bak kata tukang masak srikandi. "yang penting kena sabar".
hari nie 16 november bersamaan besday jobeng yang ke 28 nie.. jadi aku buat satu peraduan best .. dimana joe beng? .. cuba teka yang mana satu joebeng .. untuk joebeng .. semoga panjang umur murah rezeki .. cepat-cepat dapatkan adik untuk adeeb :)
gambar nie direkacipta oleh saudara Izmi yang ensem. ala2 felix gitu.
* klik utk besarkan gambar
** gambar nie semasa company trip di a famosa resorts melaka
aku juga mengambil kesempatan nie utk ucapkan besday kepada Zaizuraizham Bin Abd Rahim 11 November 1984, Juliana Binti Adam 12 November 1981, Norizan Zainol 18 November 1979, Hasliza Talib 21 November 1973, Mohd Shukri Saidin 22 November 1985, Hisham Abdul Halim 28 November dan Banulata d/o Dava Sitham 28 November 1974.
saya ingin mengucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka kami. sambil tu buat sekali potong kek sempena ulang tahun kelahiran anas yang pertama.
menu utama hari tu ialah nasi dagang dan beehun sup. sampingan roti jala, ayam drummet, dadih dan kuih raya. pencuci mulut pisang dan buah tembikai.
dalam jam 12 tengahari. izmi dan suk sampai. tak lama lepas tu od. dan lepas tu makin ramailah. hehe. maaflah pada yg terlajak jalan sampai ke atas bukit dan nampak rumah tol. hehe.
dalam jam 3 petang. mintak abg shafie bacakan doa selamat untuk anas. semoga jadi anak yang soleh. anas pun tak berapa sehat hari tu. demam nak tumbuh gigi la pulak. tambah lagi 2 kat atas.
terima kasih kepada kawan-kawan opis yang datang antaranya izmi, suk, od, bariah, sheikh, bad sekeluarga, farihna, banu, roy, bobby, apis, anne sekeluarga, khai dan kawannya, syukri, kapi dan isteri, nani, buah hati nani dan kawan nani, mai, abg lan sekeluarga, wawa, wanji, aan, ira sekeluarga, jifat dan wanshah sekeluarga.
terima kasih kepada od dan izan yang kasi hadiah mainan untuk anas. dan juga kepada kawan-kawan yang kasi duit raya pada anas.
juga kawan-kawan masa belajar dulu. chai sekeluarga dan as sekeluarga.
juga kepada kawan-kawan sekolah umie.
mak aku cakap dia nampak ada kawan aku pakai songkok. nampak bagus aje budaknya. macam ustat kata mak aku. dia tak perasan kot roy pakai rantai besi ari tu. hahaha.
terima kasih kepada mak angkat yang datang dari puchong dan juga jiran-jiran berhampiran.
ada jugak kawan-kawan yang tak dapat datang walaupun aku mengharapkan mereka akan datang. mungkin boleh hadir dimasa akan datang. insyaAllah.
maaflah kalau ada tersalah kata atau tingkah laku yang menjolok mata.
20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
semalam aku kepenatan sungguh. umie pagi lagi dah ke sekolah. ada hari kantin. kol 7 dah keluar. aku dok rumah jaga anas. nasib baik pagi tu lepas makan. anas tido. dapat jugaklah aku tido.
dah la sabtu tu sekolah ganti. nak jalan raya pun tak dapek. huhu.
jam sebelas umie balik dari sekolah. aku dan anas ikut ke sekolah. umie kata kol 1 dah abis rasanya. bestnya. bolehlah pegi beraya rumah kak elaira dan rumah izan.
ye sangat la kol 1. kol 4 lebih baru abis. buring tul. tercegat ajek aku mati kutu dok situ. anas pulak takde nak penatnya. asik nak main ajek.
balik rumah memang dah penat. rancangan nak beraya ke rumah kak elaira dan izan terpaksa dibatalkan. huhu.
malam tu aku tapau nasi goreng ayam dan sup ayam. sian umie tak larat nak masak dah. seharian kat sekolah. umie ngan anas tido awal.
aku lak berjaga kononnya nak tengok arsenal lawan liverpool. baring kat sofa. dah la game tu lambat. kol 12 baru mula. kat luar hujan renyai. aku bukak mata dah kol 3 pagi. tv dah rancangan ragbi pulak. siut tul.
aku tengok result game tu pagi tadi ajek. seri
arsenal 1 liverpool 1
banyak gak peluang arsenal tapi gagal menembak tepat. meriam masuk air agaknya. maklumlah malam tadi hujan renyai.
meriam arsenal akan meletup lagi. arsenal dan liverpool masing-masing belum tewas dalam EPL.
liverpool ada kelebihan bermain ditempat sendiri. tetapi prestasi goyah mungkin menyukarkan mereka mencapai kemenangan. arsenal pula sedang di puncak dengan 12 kemenangan berturut-turut.
weekend nie ada game EPL yang menarik. arsenal yang mantap akan bertemu ngan liverpool yang baru kalah ngan besiktas. haha. jangan marah ek.
isnin nanti aku updet sapa yang menang. kalau arsenal menang. aku updet cepatlah. kalau kalah tu. huhuhuhu la.
ramalan aku
Arsenal 2 Liverpool 0
hehe. tak berani nak kata leh menang besar. karang kalah banyak lak yang mencaci. hahahaha.
nie respons dari ym
mot_de_pass: Arsenal 2 Liverpool 0
hisham: LIVERPOOL 4 ARSENAL 2
hisham: TORRES 2 GOL GERRARD 1 BABEL 1
hisham: FABREGAS 1 EBOUE 1
hisham: OK??
madlistudio: arsenal 2-1 liverpol
dolah: aku chelsea
dolah: tp susah gak nak kata.. arsenal makin kuat... liver plaks... kalau jumpa lawan kuat dia kuat....
dolah: aku leh cakap... arsenal win 1-0
dolah: van persie
saya dan keluarga mengucapkan selamat hari raya buat semua yang sedang melayari blog ini. seminggu bercuti membuatkan kepala otak saya menjadi tepu.
ini sinopsis cerita hari raya pada tahun 2007 ini.
12 OKTOBER 2007
pagi jumaat aku keluar dengan ummi ke pasar paya jaras. beli daging dan ayam. pergh orang punyalah ramai. lagi ramai orang dari ayam.
13 OKTOBER 2007
bangun pagi raya. mandi sunat aidilfitri. kemudian solat sunat aidilfitri bermula jam 830 pagi. masjid kubu gajah penuh. aku rasa kampung aku tu kampung antarabangsa. kemboja, pakistan, bangladesh, indonesia dan macam2 negara ada.
balik rumah. bermaaf2an semoga diampunkan segala dosa.
14 OKTOBER 2007
otak sudah mula tepu. nak beraya semua orang balik kampung. buring. akhirnya aku pegi beraya kat the store ajek.
15 OKTOBER 2007
dok rumah tengok tv ajek.
16 OKTOBER 2007
beraya ke rumah makcik dan kawan abah di ampang.
17 OKTOBER 2007
cadang nak balik pahang. tapi sebab kurang sehat kensel ajelah. :)
18 OKTOBER 2007
aku lupa apa aku buat.
19 OKTOBER 2007
beraya ke rumah mak angkat dipuchong. balik tu singgah rumah andy di shah alam.
20 OKTOBER 2007
beraya ke sungai besar rumah makcik umie.
21 OKTOBER 2007
kawan2 gengjurnal datang beraya ke rumah.
22 OKTOBER 2007
dah mula keje. ari pertama keje hujan lebat. huhu.
lagi beberapa hari kita akan menyambut hari raya aidilfitri. jadi saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua kawan-kawan dan pembaca. mohon maaf salah dan silap. terlanjur kata. terpukul dengan kuat ke. semoga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang mubarak pada tahun hadapan. amin.
jemputlah datang beraya ke rumah saya di sungai buloh. tahun nie saya beraya kat sungai buloh ajek. takde kemana-mana. cuma tahun nie malam raya tido kat rumah umie. hehe. kawen sekampung nie mudah ajek. cuma takdelah feel balik kampung sangat. sebab tiap-tiap hari aku balik kampung.
raya kali nie juga amat bermakna dengan kehadiran anas. makin cergas anas sekarang nie. semalam shopping beli baju raya untuk anas. bapak anas beli t-shirt ajek selai. huhu.
perancangan raya tahun nie sekadar ziarah sedara mara kat area situ jugak. raya ketiga mungkin balik rumah makcik umie kat sungai besar. ziarah kawan-kawan. kemungkinan besar juga aku dok ajek kat rumah tengok tv.
oklah. selamat hari raya. kepada yang memandu tu. selamat memandu. kalau mengantuk rehat dahulu. siapakah yang paling gembira menyambut raya? jawapannya adalah aidil dan fitri. :)
inilah rupabentuk headphone yang aku pakai sekarang nie. penyambungnya sudah patah jadi aku gantikan dengan getah.
"woi beli barulah .. " kata kawan aku
"kedekutlah ko nie .. buang ajek" kata sorang lagi kawan aku
"kawan-kawan .. jom kita kutip derma sket .. belikan mie headphone baru" kawan yang prihatin
yang pertama kali tengok. ada yang ketawa sebab derang rasa kelakar. pada aku takdelah kelakar mana pun. huhu.
mende elok lagi rasa sayang nak buang. bahagian utamanya masih elok. pom pom bunyi dia. masih sodap didengar. lagi banyak dah dia berjasa. dari aku tahun 2003 lagik. tak pernah mengecewakan.
cuma skang aku kena tukar getahnya 3 - 4 bulan sekali. kadang-kadang sakit gak bila getah tu terbelit ngan rambut aku. huhu.
puasa tahun nie lebih bermakna dengan kehadiran anas. ini juga kali pertama anas berhari raya. tahun nie kami pakai baju raya kaler biru. anas pun dah ada baju raya. cuma tak tahulah besar sket agaknya baju tu.
dah seminggu puasa nie. setiap kali sahur anas pasti bangun. dia pun nak sahur sama. makin lasak anas skrang nie. punyalah payah nak tido. asik nak main ajek. tak sabar nak tunggu raya nie. huhu.
kuih batang buruk berbentuk silinder dengan inti yang diperbuat daripada serbuk kacang hijau.
* gambar ini adalah bentuk sebenar kuih batang buruk yang dijual (500gram). kat dalam ada antara 85 - 90 ketul kuih.
sempena aidilfitri yang bakal menjelma. saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan juga mengambil kesempatan untuk menjual kuih batang buruk kepada yang berminat dengan harga berpatutan.
500gram = RM12
tarikh akhir untuk order adalah 28 September 2007.
untuk pos. kena tambah RM7. huhu.
saya menolong kawan adik saya menjual batang buruk ini. batang buruk ini dibuat dimuar johor. bewarna kekuningan. enak dimakan. cair didalam mulut. dijamin sangat sedap. tiada jaminan wang dikembalikan. huhu. order segera untuk mengelakkan kesesakan.
ATAU
anda tak mahu beli tapi mahu buat sendiri. saya kasilah resipi ini. tapi kalau nak buat leceh sikit. baik korang beli ajek. dijamin sedap. kalau korang buat. tak tahu lagi sedap ke entah apa rasanya. yelah. kalau nak buat jugak. amiklah resipi nie.
Bahan Inti:
01. 200g kacang hijau
02. 180g gula kaster
Penyedian inti: Kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga berbau harum. Bila sejuk, kisar dengan gula hingga hancur, ketepikan.
Penyediaan
Gaul tepung, kelapa goreng, tepung beras, telur, serbuk penaik, garam dan marjerin hingga sebati. Masukkan air dan uli menjadi doh. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 30 minit. Ambil sedikit, canai hingga nipis. Kemudian potong lebar anggaran 2cm (panjang 3.5-4cm). Lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan. Doh mesti keras sedikit agar gulungan tadi kekal bentuknya. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Bila sejuk, sumbat dengan inti. Lecehkan nak buat. Baik korang beli ajek. Fikir-fikirkan.
update pada jam 07:25 malam. satu gempa bumi dirasai semasa aku di tingkat 4 opis aku di subang square ss15 subang jaya. kuat juga gegarannya. esok kita tengok kat berita.
aku tulis 3 cerita dalam satu entri. maklumlah jarang updet. sekali updet biar banyak sket.
Majlis Konvokesyen Andong di UIA
majlis konvokesyen adik umi iaitu andong (nama panggilan keluarga) di uia pada 26 september 2007. cuaca panas terik hari tu. anas lak asik nangis.
family day sekolah umi pada 1-2 september 2007 di glory beach resort. hehe. sebab sekolah punya jadi penginapan dan makan sendiri tanggung.
sampai petang sabtu ada telematch. meriah jugak. ada makan buah lagik. buah langsat tembilai epal oren dan lai. makan buah tu bukanlah untuk acara telematch tapi untuk dimakan.
malam ada dinner tapi bukanlah sesuatu yang best utk kami. sebab anas demam. baru ajek nak suap nasi. anas dah muntah susu. punyalah banyak. abis baju aku ngan umie. alih-alih kitaorang naik kat apartment. tak makan pun. demam panas tul. aku beli makanan kat luar ajek. huhu.
balik dari pd. esoknya ke langkawi pulak. dari 3 - 5 september 2007. penat jugak. ada review lesson btp tasawwur. tengahari tu kitaorang berempat ke LCCT. ceo kami encik mazmi yang hantar. memang sempoi ceo kitaorang.
sampai kat LCCT jakun jugak. maklumlah kali pertama nak naik kapal terbang. sebelum nie aku biasa naik jet laju ajek. tak sama jet laju ngan kapal terbang.
teruja sungguh aku nak naik kapal terbang. jantung dub dab ajek. berdebar-debar. dah la aku nie gayat kalau tinggi. masa kapal terbang langgar awan. aku dah pejam mata dah. siut bergegar-gegar. kalau jet laju takde begegar camnie. huhu.
lcct ke langkawi cuma 50 minit. mata asik memandang ke bawah ajek. macam tengok bumi kat google earth ajek. memandang ke bawah memuji kebesaran Allah.
kat langkawi takde jalan mana-mana sangat. pagi selasa tu check laptob pegawai penilai btp. dah setel baru jalan-jalan. sekadar shopping ala-ala kadar kat pekan kuah ajek. rabu aku ngan izmi balik dulu. jifat ngan ustat hajar balik jumaat.
rabu dalam kol 1250 tengahari bertolak pulang dari langkawi. sampai di lcct jam 150 petang. abang lan amik kami kat lcct. cuaca panas tul ari tu.
selamat menyambut bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan. syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini.
selamat berpuasa dan bersolat sunat tarawikh buat kawan2 semua. semoga ramadhan kali ini menjadikan kita hamba Allah yang bertakwa. amin.
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
beberapa minit lagi menjelang detik 1200 tengah malam kemerdekaan malaysia ke 50. selamat hari merdeka. cuma skrang nie aku masih dipejabat. menyiapkan prototype untuk tender kementerian pendidikan.
ini hasil kerja rakan-rakan opis aku yang kreatif. teringat dulu-dulu kat majalah ujang ada peraduan camnie. bikin dialog. kalau menang dapat hadiah langganan percuma.
jemputlah baca dialog-dialog yang direka oleh rakan-rakan saya. :)
minggu lepas anas demam teruk. demam tumbuh gigi. sekarang anas dah ada 4 batang gigi. 2 atas gigi kapak dan 2 kat bawah. kalau suh dia gigit jari. terasa jugak sakitnya.
jari anas pun asik dalam mulut ajek sekarang nie. air liur asik meleleh ajek. terasa lain agaknya bila gigi dah mula tumbuh.
tak lama lagi bila gigi anas dah banyak. nak kena cari berus gigilah. gigi kena jaga elok-elok ye anas. jangan jadi cam papa. berlubang sana-sini. hehe.
ini antara gambar anas terbaru. makin lasak anas sekarang nie. sebab tu badan dia makin susut. anas sekarang dah kenal orang. bila orang lain amik dan mood dia kurang baik. nangislah.
anas besar nanti jadilah anak yang baik dan soleh. amin.
asik cuti ajek. betul ke MC? atau dok lepak kat rumah sambil layan dvd. oklah aku citer sket pasal apa aku cuti.
hari nie aku datang kerja dalam mood sederhana. kurang selera makan tak menjadikan aku kurus. timbang tadi masih maintain gemok.
minggu lepas aku hanya datang kerja 2 setengah hari dan 2 setengah hari cuti. isnin aku migrain lagi. mungkin sebab aku selsema teruk membawa kepada migrain. bedenyut sungguh kepala aku nie rasanya. selasa aku half kerana masih pening. tengahari tu aku rasa macam dah ok sket. so aku amik half-day dan pergi keje sebelah petangnya.
rabu khamis aku kerja seperti biasa. stayback hingga tengah malam memang memenatkan. dulu masa muda-muda aku rasa ok ajek.
jumaat aku cuti lagi. amik EL sebab anas demam teruk. makan kemudian termuntah. memang kesian sungguh. aku cakap kat umie. kita pergi hospital sebab kalau kat klinik dia kasi ubat biasa ajek. sampai kat hospital derang tak terima. derang suh pergi pusat kesihatan. kalau nak ke hospital. kena ada surat refer.
so kami pun ke pusat kesihatan sungai buloh.masa sampai orang dah ramai. itu aku sedia maklum. kalau aku tahu. terus ajek ke pusat kesihatan tadi.
sampai kat pusat kesihatan jam 900 pagi. tunggu no giliran, tunggu jumpa doktor, tunggu check suhu, tunggu check darah dan tunggu amik ubat. semuanya amik masa 3 jam lebih.
masa nak balik pintu utama ditutup sebab ada kerja pencucian. kena keluar ikut kantin. masa kat kantin, anas termuntah pulak. punyalah banyak. makcik kantin tu dok jeling-jeling ajek. lor. nak buat camne. dah budak kecik demam. aku pun amiklah tisu. lap-lap muntah anas. 2 kali lap pun tak abis. tak lama lepas tu barulah orang kantin tu bawak mop. makcik tu masih jeling-jeling.
sian anas. memang lembik tul ari tu. asik merengek ajek. umi pun terpaksa cuti. aku pun cuti sebab rasa tak sampai hati lak tengok anas camtu. anas demam nak tumbuh gigi. skang dia dah ada 1 gigi kapak dan 2 gigi kat bawah.
masa kat hospital. aku sebab sket masa nurse nak amik darah anas. dia cucuk masa mula-mula. takde darah yang keluar. anas tak cukup darah agaknya. cucuk kali kedua baru ada. aku tengok jarum tu punyalah besar.
hari nie anas dah sehat. alhamdulillah.
lepas anas. aku pulak yang tak sehat. batuk dan selsema berlarutan. sabtu malam tu. bila batuk ajek. terasa menarik kat kepala. ahad tu aku memang tak larat sangat. bedenyut-denyut ajek. tengahari tu ada kenduri kawen kawan umie kat meru. ikut puncak alam dekat ajek. kalau ikutkan pening. aku rasa malas ajek nak pegi. tapi kesian lak kat umie.
pegi aku bawak kete. tapi masa balik kenduri, umie pulak yang bawak kete. aku dok belakang sebab rasa pening sangat.
sampai kat rumah terus tido. sapu minyak angin sket. suh umie picit kepala sket. tido sampai ke petang. bangun tido masih sakit. lepas maghrib gi klinik. doktor indon la pulak sebab hari ahad. dia kasilah ubat.
bangun pagi isnin tu. masih takde perobahan. pergi lagi klinik. jumpa doktor rozaida. doktor nie bagus. dia check tu puas hati jugaklah. dia kata urat tegang. balik rumah dia suh aku tuam belakang badan ngan air panas. doktor kasi MC 2 hari.
balik rumah aku pun buatlah apa yang doktor suruh. sejam lepas tu rasa kurang sket sakitnya. hari aku rehat ajek kat rumah. selasa tu dah kurang sket.
dan hari ini aku datang semula ke pejabat setelah 5 hari bercuti.
nak buat camne. sakit tak mintak datang tapi diminta pergi. :)
kelmarin aku ke sungai besar menghadiri majlis perkahwinan kak aquil. antara bloggers yang paling awal aku jumpa.
kebetulan rumah kak aquil dengan rumah makcik umie tak jauh. sambil-sambil pergi majlis kawen. boleh singgah rumah makcik umie.
aku updet ringkas ajek sbb dah kol 6. dah sampai masa untuk pulang.
* jangan betulkan skrin komputer anda. gambar tu memang distort untuk menampakkan efek kurus. gambar bersama kak aquil yang dah bersalin pakaian. untuk kak aquil dan suami. semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. :)
aku nak cerita kisah 2 minggu lepas. baru hari nie sempat aku menulis. 2 minggu nie sibuk betul menyiapkan kerja-kerja kat pejabat nie. petang nie rasa cam ada masa lapang sket. jadi aku merajinkan jari untuk menaip sesuatu.
2 minggu lepas. khamis 5 julai 2007. aku balik dari pejabat sekitar jam 7 malam. sampai dirumah aku terus caj telefon dibilik adik aku. charger telefon tu tempat lain tak nak. kat bilik adik aku ajek dia boleh charge.
mandi solat makan. kemudian main-main dengan anas. jam 1015. adik aku hani telefon. suruh amik kat komuter. aku ngan ummi pun keluar. umie ngan anas tinggal kat rumah.
sampai kat stesen komuter. hani dah ada kat situ. balik tu singgah beli burger. nyum nyum. sedap sungguh beuger sungai buloh nie.
sampai kat rumah. aku ajak umie layan vcd citer pocong2. nampak cover cd tu memang seram.
pergh. memang best citer pocong2 tu. aku leh rekemen la korang tengok. jalan cerita dia memang best. setiap watak ada kaitan.
aku ngan umie tengok melalui celah-celah jari ajek. umie cam takut gak. jadi aku sebagai suami yang memahami. cuba jugaklah untuk buat-buat takut. takkan nak biarkan umie takut keseorangan.
kalau nak bandingkan ngan jangan pandang belakang. pada aku pocong2 nie lagi best sebab jalan ceritanya menarik. jangan pandang belakang terlalu mudah jalan ceritanya.
kol 1230 malam abis tengok cerita tu. masuk bilik tido. ngantuk.
esoknya bangun pagi. siap-siap nak pergi keroje. masuk bilik adik aku. alamak. tipon sudah hilang. sudah kena cilok. ada orang kumpil tingkap rumah aku.
teringat aku satu dialog dalam pocong2.
"pocong yang datang ini hanyalah sebagai satu amaran. sesuatu yang lebih besar akan berlaku"
rupa-rupanya masa aku tengah layan pocong2 malam tu. pencuri sedang membuat onar. dia kumpil tingkap rumah dan mencilok telefon SE810i kesayangan aku. baru nak merasa pakai tipon mahal sket. dah kena curi. beli masa dapat duit overtime ari tuh.
mahal harganya melihat pocong2. telefon aku pulak yang hilang.
adeh. tensen betul hari nie. tipon kesayangan aku hilang secara tiba-tiba. perasaan bercampur-campur skrang nie. geram marah nak gigit telinga orang ajek rasanya.
rasa nak panjat atas gunung dan jerit kuat-kuat. arghhhhhhhhhhhhhhhh sampai nampak anak tekak.
seingat aku semalam. aku sampai kat rumah dalam pukul 715 malam gitu. mandi makan dan buat apa-apa yang patut. bateri tipon dah lemah. masuk bilik adik lelaki aku. charge bateri kat situ. letak telefon atas katil adik lelaki aku.
kol 1010 malam adik pompuan aku call. dia mintak ambikkan kat komuter sg buloh. masa tu tipon masih ada dalam bilik.
balik dari amik adik aku kat komuter. aku terus tengok tv kat depan. layan VCD pocong2. best siut citer tu.
abis tengok tu masuk bilik dan terus tidur.
bangun pagi tadi tipon dah hilang. sapalah yang amik. takkan pocong yang amik.
kat rumah tu yang ada mak bapak aku. umi, aku dan anas ajek. sapa lak yang amik agaknya.
arghhhh tensennya. dah la aku beli masa dapat duit OT dulu. pastu mudah-mudah ajek hilang. dah la duit asik tak cukup ajek.
malas dah nak pakai tipon. sapa-sapa nak kontek aku boleh guna emel, surat atau telegram.
2 tahun lepas aku ada beli tilam. harga tilam mahal jugak. ada yang 2 ratus 3 ratus dan banyak ratus lagi la. tilam nie aku belikan untuk gantikan tilam adik aku yang dah lama.
nasib baik ada tilam yang murah. 1 ratus lebih sahaja harganya. dan jenamanya "nasib baik". ini barang buatan malaysia.
perhatian: tilam ini sukar untuk ditemui kecuali anda bernasib baik. kalau pergi membeli tilam. cubalah tanya. "tokei. tilam nasib baik ada jual ka?". kalau nasib anda baik anda akan dapat tilamnya. kalau nasib anda tak baik. ini mungkin jawapannya. "eh lu jangan main2. kita jual tilam baik2 punya. takda yang nasib2 baik."
sebelum jumaat tadi. aku, jobeng dan suk pergi makan nasi ayam kak laily. lapar jugak sebab pagi tadi tak sarapan.
sampai ajek kat kedai nasi ayam. aku nampak kak laily tengah menyediakan nasi ayam. aik. biar bonar.
aku, jobeng dan suk dah pandang-pandang sesama sendiri. aku rasa orang yang kami sangkakan kak laily bukanlah "kak laily". mungkin pekerjanya. tetapi sepanjang aku makan kat situ. tak pernah aku nampak perempuan lain melainkan akak tu ajek. sebab tu konpiden dialah kak laily. tokei nasi ayam tu.
"lama tak nampak kak.." tegur suk pada "kak laily"
"saya balik indonesia. uruskan persekolahan anak" jawab dia lembut dengan penuh senyuman
jadi memang sah dah salah orang. kesimpulannya.
01. akak yang kita orang sangkakan kak laily bukanlah kak laily tapi pembantu kedai nasi ayam.
02. kita orang tak pernah jumpa pun kak laily yang dah meninggal tu.
rasa cam lega dan seronok gak tengok akak tu ada kembali. dia memang baik. nanti aku tanya apa nama dia ek. :)
aku tengah lapar sekarang nie. hujan kat luar pulak lebat. menaikkan rasa lapar aku. tiba-tiba teringat nasi ayam kak laily yang best tu.
kedai nasi ayam kak laily nie terletak di medan selera mpsj kat ss15. aku dan kawan-kawan selalu jugak menjamu selera kat situ. nasi ayamnya memang sedap. bak kata orang sesedap mata memandang seindah telinga mendengar.
tapi apa pasal pulak aku tiba-tiba nak promosi kedai nasi ayam kak laily nie. aku dapat komisen ke? sebenarnya takde. cuma aku teringat akan kebaikan kak laily nie. kalau mintak nasi tambah. dia tak pernah kira pun. dia kasi percuma ajek. sebab tu perut aku dan kawan-kawan makin bertambah isinya.
kak laily nie bukanlah sedara aku cuma aku rasa payah gak nak jumpa orang yang baik macam nie sekarang nie.
minggu lepas aku pegi makan nasi ayam. kak laily pun dah lama tak nampak. aku tanya kat abg yg jaga tu.
"lama tak nampak kak laily bang?" aku tanya kat abg tu
"kak laily dah meninggal" jawab abg tu tenang
"sakit apa?" aku tanya sedikit terkejut
"macam-macam penyakit. kencing manis. buah pinggang" jawab abg tu lagik
aku pun berlalu pergi. sedeh gak. patutlah lama tak nampak kak laily. semoga rohnya dicucuri rahmat. bulan 2 ari tuh dia meninggal. dah 4 bulan lebih baru sekarang aku tahu. al-fatihah.
notakaki: sebenarnya aku dah tahu pasal pemergian kak laily dari jobeng. jobeng dapat tahu dari nurli. masa aku tanya tu takdelah terkejut sangat cuma nak dapatkan kepastian ajek. betullah dunia semakin kepenghujungnya. orang baik memang Allah sayang.
:) dah 2 minggu aku menjadi orang gomen. seronok ke? seronok jugak sebab dulu memang ada berhajat jugak nak jadi orang gomen. sekarang sudah jadi kenyataan.
aku ditempatkan dikementerian pelajaran malaysia. bahagian cd pendidikan. kiranya tugas aku memastikan cd yang dibuat berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi.
hari pertama dulu cam blur jugak. maklumlah tempat baru. bak kata pepatah lama. masuk kandang harimau mengaum. masuk kandang kambing aku tak nak sebab kambing busuk. tak mandi.
hari pertama kena tunjuk rajin. nak kasi tahu bos bahawa tak sia-sia dia amik aku keje ngan dia.
jadi aku kuar makan lambat sket. dalam kol 115 petang. cafe kat sini hampeh gak. hari pertama tu. lauk dah abis. member aku cakap kat sini memang macam tu. memang cepat abis.
so aku pun minum ajelah. minum segelas tak kenyang so aku minum 3 gelas termasuk 1 gelas air suam. nasib baik air suam dia kira percuma ajek. bila aku tahu percuma. aku tambah lagi 2 gelas.
aku rasa aku updet sampai sini ajek kot. sebab aku rasa mengantuk pulak. suasana memang sunyi. aku takleh sunyi-sunyi nie. ngantuk ajek. mata pun layu ajek. aku ingat nak tidur kejap.
babai
notakaki : aku kat sini untuk sementara ajek. setel ajek keje aku keje la swasta semula.
semalam papa balik lambat. ada nak kena burn cd. dekat kol 1 lebih gak sampai rumah. sejuk anas. papa naik motor pakai selipar. papa tak pakai kasut sebab pagi tu hujan.
menggigil jugak ibu jari kaki papa menahan sejuk malam. sesekali terlelap gak atas motor. nasib baik papa dah set kan auto pilot kat motor papa.
sampai kat rumah anas dah tidur. papa cium anas. bucuk bucuk macam. sama cam papa. lena anas tidur. papa tak nak kacau.
lepas solat isyak papa tidur. lena. papa bangun lambat. badan rasa lesu ajek. masa papa bangun anas dah siap mandi. tinggal papa sorang la yang bucuk bucuk macam.
papa bangun malas-malas. mandi. sarapan. main-main ngan anas kejap ajek. nanti papa tak sibuk. papa bawak anas pegi main layang-layang.
09 Mei 2007
anas anak papa buat apa tu? tengok tu. jari penuh dalam mulut. sebelum masukkan jari dalam mulut. anas kena pastikan jari bersih tahu. papa takut ada kuman ke habuk ke masuk.
papa nak mintak maaf ngan anas. papa sibuk sket sekarang nie. banyak kerja-kerja kat pejabat. sepanjang bulan april hingga mei nie. mungkin papa kena stayback kat pejabat tapi takdelah selalu. kadang-kadang.
anas pun dah makin besar. gelak tawa anas sentiasa dalam ingatan papa. kalau boleh tiap-tiap hari papa nak balik awal. boleh main ngan anas. tapi papa takleh nak balik sebab ada kerja nak kena siapkan.
ada juga masa dah abis keje tapi papa masih takleh balik awal. sebabnya papa tak datang awal jadi balik pun takleh awal. nanti orang HR marah lak. derang kalau marah lain macam anas. takpelah. nanti anas dah kerja. anas pahamlah apa yang papa maksudkan.
wow. sekarang anas dah 6 bulan lebih. dah besar. suka ketawa dan gurau. anas anak yang baik kan. malam-malam anas takde lah nak berjaga malam. papa kena ucap terima kasih kat anas sebab selalu kejut papa solat subuh walaupun papa liat macam tayar nak bangun. :)
anas takleh meniarap lagi. papa paham. mungkin bontot anas berat agaknya. anas jangan risau. papa tak pernah paksa anas untuk meniarap cepat.
makanan pertama anas mestilah susu ibu. masuk 4 bulan anas dah makan nestum beras. kemudian papa kasi up lagi. kasi nestum gandum bermadu. sekarang anas dah 6 bulan. dah makan bubur nasi. cepat-cepat anas besar. tak sabar nak tunggu anas berjalan.
tak sabar nak tunggu anas berlari. nanti bolehlah kita joging sama-sama. papa takde kawan la nak joging. sebab tulah papa gemuk. nanti kita joging sama-sama yek.
dulu masa anas masih dalam perut. masa tu anas dah 8 bulan dalam perut mama. kat kampung kita ada main kutu. ada 28 orang yang main. ramai. papa pun join la sekali. 1 bulan 2 orang dapat.
papa dapat nombor last sekali. nanti bulan 12 anas tolong amikkan duit kutu papa ek. masa tu anas dah boleh berjalan. dapat aje duit tu. kita pegi pekan sungai buloh. papa belikan anas basikal.
anas anak papa. papa ada kerja nak kena buat. nanti papa sembang lagi dengan anas ye. terima kasih kerana membahagiakan papa dan mama. anas permata kesayangan kami.
pada satu hari yang lama dulu. aku pun tak ingat bila. sedang aku melayari internet. aku terjumpa satu blog. dia kasi petua untuk melebatkan bulu dada. aku kasi la petua nie pada kawan aku.
kawan aku pun cubalah petua nie. dia mahu lebatkan bulu dadanya supaya kelihatan gagah dan nampak seperti beruang sket.
tekniknya mudah sangat. amik pisau cukur dan cukurlah pada dada. bulu-bulu dada yang kecil dan tak berapa kelihatan akan dibuang.
kemudian tunggulah beberapa minggu. bulu dada yang baru akan timbul. lebih lebat dan panjang. anda pun boleh cuba.
kawan aku yang cuba cara nie pun ada kasi testimonial. ayat dia lebihkurang macam nie lah.
"lepas aku ikut petua melebatkan bulu dada tu. memang ada perubahan. dalam 2 minggu bulu dada yang baru tumbuh. lebih menyerlah kebuluannya. cuma yang tak bestnya. hanya 3 helai ajek bulu dada baru yang tumbuh"
hi kawan-kawan. nama saya KARIPAP. saya bekerja di satu tempat bernama IMPIANA TEKKUEH. sudah hampir 3 tahun lebih saya bekerja disini. syarikat tempat saya bekerja ini menjalankan perniagaan membuat cd pengajaran membuat kueh khusus untuk kaum ibu.
kawan-kawan saya disini ramai. ada yang dah macam saudara. macam-macam kueh ada disini. kami semua bekerja dengan aman dan damai.
tapi itu sementara. semenjak kemasukan APAM. aman dan damai semakin kurang. APAM yang saya kenali pada mulanya memang lembut seperti sifat apam itu sendiri. lama-kelamaan lembut itu semakin mengeras.
awalnya APAM duduk ditingkat atas. satu hari SERIMUKA, KUEH LOMPAT TIKAM, KUEH KERIA dan CUCUK BADAK sedang review cd pengajaran. CUCUK BADAK pasang speaker agak kuat. maklumlah nak review kenalah pasang kuat sikit supaya jelas arahan dalam cd tersebut.
rupanya APAM tak boleh terima situasi macam tu. jadi dia pun menyuarakan bantahan. dia minta CUCUK BADAK perlahankan sound speaker. CUCUK BADAK kata itu memang prosedur biasa bila review cd. tapi APAM tetap bertegas tak mahu mengalah. akhirnya CUCUK BADAK dengan geram terus off speaker.
suasana agak tegang. banyak kueh lain dah mula tak puas hati. kehadiran POPIA menyelamatkan keadaan. situasi terkawal semula. sebenarnya ada lagi cerita tapi KARIPAP kurang tahu situasi sebenar. jadi setakat itu ajelah ceritanya.
selepas kejadian. APAM mula berpindah ke tingkat bawah setelah mendapat persetujuan daripada TAUFUFA. ini untuk mengelakkan suasana tidak menarik berulang.
duduk pulak berhampiran KARIPAP. mula-mula ada juga berbual-bual dengan KARIPAP.
satu hari LEMPENG datang berjumpa KARIPAP. masa LEMPENG lalu dibelakang APAM. nak dijadikan cerita LEMPENG terlanggar la kerusi APAM. LEMPENG sebut "ops sori". itu menandakan dia tak sengaja.
rupanya itu hanya satu permulaan. APAM pegi membuat air. kemudian dia pergi ke tempat LEMPENG. dia menyuarakan ketidakpuasan hati disebabkan kes pelanggaran tadi. LEMPENG yang nipis jadi semakin menebal.
kes terlanggar kerusi pun jadi isu.
dan kelmarin. terjadi lagi perlanggaran. kali ini melibatkan pertemuan KUEH BOM dan APAM sekali lagi.
KUEH BOM datang berjumpa KARIPAP. mengadu perihal kerosakan mesin. semasa pulang. secara tak sengaja telanggar kerusi APAM.
KUEH BOM tak meletup tapi APAM yang meletup. disaat itu jugak KUEH BOM telah menerima leteran dan teguran daripada APAM. mula-mula ingat macam bergurau. rupanya series. KETAYAP, POPIA BASAH, CEKODOK MASIN dan KUEH KOCI hanya memandang. nak masuk campur takut keadaan makin kecoh.
APAM kejar KUEH BOM lari.
sekali lagi kes pelanggaran kerusi menjadi sensasi. menjadi buah mulut masyarakat kueh. menghiasi dada-dada akhbar murahan.
kueh apam memang lembut. tapi tak semuanya lembut. agaknya APAM yang ini tak berapa menjadi. bantat agaknya.
KARIPAP walaupun tak selembut APAM tapi tahan lama. tak mudah basi.
watak dalam cerita ini hanya rekaan dan tidak ada kaitan dengan kueh yang belum dimakan, kueh sudah dimakan atau kueh yang basi. tak baik la kalau pasal kueh pun nak gaduh. wallahuallam.
alhamdulillah demam dah makin kurang. tapi kurang selera makan pulak. rasa pening ajek kepala nie sebab perut kosong. bukan tak nak makan tapi semuanya rasa pahit ajek.
bila kena camnie. dia nak makanan yang mahal2 la pulak. ari tu makan satey. masuk jugak 10-12 cucuk. makan drummet ayamas. habis satu kilo.
ada tips ke nak kasi tambah selera makan?
catatan pada 06 april 2006
demam!! memang tak best bila demam. bila demam mulalah takde selera makan. lidah rasa pahit ajek.
tapi kali ini. aku demam yang lain macam. aku demam cuma waktu malam. masuk maghrib. badan dah terasa seram sejuk. rasa menggigil dah.
dalam kol 9-10 malam. aku dah start tido. selimut tebal2. sejuk yang amat. badan memang panas la.
dalam kol 11-12 aku terjaga. tapi kali nie dia bertukar lak. kat dalam rasa sejuk2. tapi badan dah berpeluh lain macam. macam kena simbah ngan air. berlarutan la sampai kol 2-3 pagi. pastu baru lah leh tido.
penatlah bila kena camnie. dalam 2 minggu nie ajek dah 4 kali gi klinik. dah 2 kali buat ujian darah dan 1 kali ujian air kencing. alhamdulillah ujian tu semuanya ok.
sekarang kalau nak mintak stayback kat opis pun. aku rasa dah tak boleh. sebab aku tak larat nak bawak motor dalam kesejukan malam. terima kasih pada kawan opis yang memahami.
ubat dah makan. takpelah. aku anggap ini ujian. setiap penyakit itu penghapus dosa. :)
tapi bila aku demam nie. selalu gak terlepas isyak dan subuh.
ari nie aku nak cerita satu pengalaman berkaitan harddisk (hdd) atau dalam bahasa melayu cakera keras yang dah rosak tapi nak dihidupkan semula.
satu hari aku nak buka pc. tak boleh nak masuk windows langsung. hdd aku berbunyi-bunyi lain macam. alamak. dah la kat dalam tu ada banyak data. segala file aku bertahun-tahun.
aku bawak hdd pergi kedai komputer. tokei kedai tu periksa. kemudian dia kata aku nye hdd dah rosak. dah tak boleh pakai. hilang semua data. sedeh tul. dah la ada sesetengah data tu takde backup.
beberapa hari kemudian aku pergi lowyat. beli hdd baru. 80gb ajek. aku tak ingat berapa ratus masa tu. balik rumah aku install semula windows. pc aku jadi kosong semula.
aku surf intenet. cari cara camne nak hidupkan kembali hdd aku yang dah rosak tu. kemudian aku jumpa satu penyelesaian yang bunyinya agak mengarut. artikel tu korang leh baca kat bawah nie.
caranya adalah. amik baju atau kain lama. bungkus hdd baik-baik. kemudian tanamkan dibelakang rumah.kemudian masukkan kat dalam peti sejuk kat tempat beku tu. biarkan sehari.
lepas tu. buka peti sejuk dan amik hdd tu. pasangkan kat pc sebagai second harddisk atau kita panggil slave.
kemudian hidupkan pc. insyaAllah data kat harddisk yang rosak tu boleh dibukak semula. aku pun cepat-cepat copy ke hdd utama. tapi 10 minit ajek pastu hdd tu rosak semula.
aku masukkan semula ke dalam peti sejuk. kali nie lebih lama. 4 hari rasanya. selepas tu aku ulang semula step diatas. penat la nak cerita semula. akhirnya berjaya jugak aku copy data-data dari hdd yang rosak tu. caiyok la untuk diri sendiri.
jadi kalau hdd korang rosak. boleh cuba cara nie. walaupun nampak merepek. tapi ia berjaya jugak.
* INFO TAMBAHAN
hdd rosak - jenama fujitsu 40gb
hhd baru - jenama western digital 80gb
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* kiranya cerita aku kat atas nie testimonial untuk artikel dibawah nie la * betul aku tak tipu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Petua memulihkan cakera keras
Oleh puteranetwork
Tuesday 27 July 2004
Beberapa petua yang boleh digunakan untuk memulihkan cakera keras yang telah rosak.
Seringkali jika cakera keras anda tidak dapat digunakan, anda terus menyatakan yang cakera keras anda telah rosak 100%. Sebenarnya masih ada lagi ikhtiar yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan cakera keras anda sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah.
Teknik pemulihan cakera keras
Ikuti beberapa petua di bawah ini dimana semuanya telah terbukti berkesan. Cara dan teknik yang dinyatakan adalah bagi keadaan cakera yang telah lumpuh sepenuhnya. Pendek kata tiada jalan lain lagi yang boleh dilakukan selain dari membuangnya.
Teknik pembekuan
Teknik yang saya belajar ketika menjadi juruteknik komputer, apabila menghadapi masalah seperti "data-read error", jalan penyelesaian ialah dengan membeku cakera keras semalaman. Ini membuatkan data semakin tidak dapat dibaca, tetapi hanya untuk sementara sahaja. Jika data tersebut amat kritikal, anda perlulah menukar terus cakera keras (terutama sekali drive failure).
Caranya ialah dengan membungkus hard drive dengan beg plastik yang kalis air, letakkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam dan terus berdoa.
Kemudian keluarkan ia dari peti sejuk dan terus sambungkan kabel komputer dan hidupkan PC dan lakukan pemindahan data dgn secepat yang mungkin sebelum suhu cakera keras tersebut meningkat.
Teknik hentakan
Antara sebab utama mengapa cakera keras sukar untuk berputar (spin) ialah kerana kepala (head) telah melekat pada piring (platter). Sebagai jalan terakhir, hentakkan hard drive di atas tempat yang keras (lantai) setinggi 8 inci sebanyak sekali hentakan. Insyaallah, tidak dapat tidak 90% masalah tersebut dapat diselesaikan.
Teknik pengkebumian
Teknik nie aku baru tambah sendirik. Bungkus elok-elok harddisk tu dengan kain hitam. Tanam dibelakang rumah. Anggaplah ia sudah pergi meninggalkan kita. Setiap yang hidup pasti akan mati.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- artikel diatas disalin daripada web http://www.ilmuit.com/content.php?article.133
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN : CERITA DIBAWAH MENGANDUNGI UNSUR GELI/JIJIK. WANITA MENGANDUNG TIDAK DIGALAKKAN MEMBACA KERANA TAKUT TERMUNTAH.
aku sibuk sebenarnya dengan kerja-kerja dipejabat. semakin hari semakin sibuk. dah lama rasanya tak updet blog nie. jadi hari nie aku luangkan sket masa untuk updet.
aku nak cerita pengalaman aku ketika naik motor. sebab aku banyak kerja. jadi aku cerita ringkas ajek.
satu pagi yang indah. aku naik motor menuju ke pejabat di subang jaya. tekak rasa sakit. batuk-batuk.
aku terbatuk dan berkahak. nak ludah tak bolehlah sebarang ludah. masa tu masih diawal perjalanan. lagipun kat situ area kawasan kedai dan rumah orang. segan lak. lagipun masa tengah laju mana boleh meludah. nanti silap-silap terkena muka sendirik.
sampai kat satu trafik light. aku perlahankan motor sebab nak meludah. dah penat mulut aku menahan air ludahan dari keluar.
aku tarik napas panjang. tuishhhh. aku meludah dengan kuat. sekali merecik kena muka sendirik. aku belajar sesuatu hari itu.
meludah ketika diatas motor boleh dilakukan. tapi kenalah buka visor helmet dulu. aku amik sweater tu dan lap air ludah berlendir-lendir bercampur kahak kehijauan yang melekat pekat kat visor helmet tu.
hari tu aku pergi kerja dalam kesejukan. tak tergamak nak pakai sweater yang aku gunakan mengesat air ludah tu.
sekarang kalau aku rasa nak meludah ketika naik motor. aku akan beri signal dan berhenti ditepi jalan. aku akan buka helmet dan kemudian meludah dengan begitu sopan. mungkin orang akan kata. eh eh sopannya mamat tu.
derang tak tahu berapa banyak air ludah yang berlendir dan berkahak hijau sudah menyembur kat muka aku.
tengahari tu. bapak aku terjumpa satu kertas didalam peti surat. bil TNB rupanya.
kebetulan bapak aku terbaca sesuatu yang menarik disitu.
"JIKA ANDA MENGALAMI GANGGUAN ELEKTRIK. SILA HUBUNGI KAMI DI 0366668888 UNTUK BANTUAN"
bapak aku pun telefonlah orang TNB. dalam setengah jam kemudian. satu van sampai. orang TNB pun keluar dan cek misteri.
periksa punya periksa. rupanya ada wayar kat satu kotak elektrik diluar tu dah rosak. ia menyebabkan laluan elektrik menjadi lemah terutamanya diwaktu malam.
orang TNB pun tukarlah kotak elektrik tu. lepas dah siap tu. orang TNB tu cakap.
dan malam semalam. kami tidur dalam cahaya yang indah. tiada lagi lampu berkelipan.
misteri lampu buka padam selesai juga dengan satu penjelasan yang saintifik dan bukannya mistik.
JAWAPAN KEPADA SOALAN DIATAS
dengan suara yang terketar-ketar dan nafas tercungap-cungap.
"encik. boleh saya mintak tumpang bilik air?" tanya orang TNB cepat-cepat.
"bo..." belum sempat bapak aku jawab boleh. orang TNB dah ada dalam bilik air. sambil kedengaran jelas sesuatu sedang memasuki mangkuk tandas. tak lama kemudian kedengaran bunyi flush.
"arghh lega. terima kasih encik. dari tadi menahannya nie" kata orang TNB sambil mengurut perutnya
patutlah masa buat keje tadi orang TNB tu berpeluh lain macam. tengah menahan sakit perut rupanya.
sebenarnya ada sesuatu aku nak kasi tahu. yang sebenarnya lepas orang TNB tu siap buat keje. bapak aku ucap terima kasih dan orang TNB tu pun beredar dari situ. yang lain-lain tu aku tambah ajek sebenarnya. bukan menipu cuma berimaginasi.
selamat hari lahir. itu ucapan yang biasa kita ucapkan kepada orang yang menyambut ulangtahun kelahiran.
kalau kita nak sebut harijadi. aku rasa tak tepat sebab kita tak tahu bila masa roh kita dimasukkan kedalam jasad. jadi selamat hari lahir lebih bertepatan.
ada orang sambut hari lahir dengan meriah. siap buat parti lagi. ada orang sambut dengan keluarga ajek. sederhana.
betul ke usia semakin bertambah bila kita menyambut hari lahir? sebenarnya usia kita semakin berkurangan. semakin lama semakin dekat menghampiri penghujung hidup.
bila kita leka dan lalai. masa berlalu dengan pantas tanpa disedari. begitulah kehidupan kita. dunia ini semakin lama dirasakan semakin indah. sedangkan usia dunia semakin tua.
manusia semakin leka dengan dunia. semakin melupakan asal kejadian. indahnya dunia membuatkan kita lupa keindahan syurga yang kekal abadi.
Tuhanku. aku tak layak kesyurgaMu dan aku tak sanggup kenerakaMu. Ya Allah ampunilah dosa2ku.
selamat hari lahir untuk diriku. dah meningkat usiaku tak selari dengan amalanku.
andaikata aku mati dalam masa terdekat. kemanakah akan aku dicampakkan? masyaAllah. tak mampu terbayangkan oleh diriku.
terima kasih pada yang ucap besday aku 5 mac yang lalu. seluruh keluargaku. rudi. amyz. nett. roy. apish. dan rakan2ku yang lain.
gambar nie dibikin oleh roy. dapat masa majlis harilahir utk staf bulan januari februari dan mac. 29 kat belah kanan tu bukan umur saya tetapi tarikh majlis diadakan iaitu 29 februari 2007. harap anda tak terkeliru pulak.
misteri lampu buka padam. misteri yang sudah berlaku beberapa minggu kebelakangan ini.
menjelang malam. sekitar jam 8 malam ke atas. mulalah lampu sekejap padam kemudian buka semula. umi nak buka komputer pun tak berani sebab komputer akan selalu restart.
kelmarin abah panggil wan majid. wan majid nie orang yang pasang cable elektrik untuk rumah. mana tahu ada apa-apa fius atau main switch rosak ke.
ajaibnya bila wan majid sampai. lampu tu ok pulak. takde la dia main buka padam. wan majid periksa main switch. dia kata ok. takde apa apa masalah. malam itu lampu dah ok.
tapi esoknya dia main buka padam semula.
semalam abah pergi rumah pakcik kab. jiran sebelah rumah. abah cerita pasal lampu tu. pakcik kabkata rumah dia dah kena setahun yang lepas.
pakcik kab orang kuantan. jadi satu hari dia balik kuantan dan jumpa ada orang alim. orang alim buat sesuatu. akhirnya lampu kat rumah dia dah kembali normal.
sebenarnya banyak lagi misteri. lain kali aku sambung cerita lagi.
kencing ditepi koridor. itulah tajuk entri hari nie. tapi sebelum tu aku citer mende lain dulu.
tiba2 teringat lak zaman dok asrama masa sekolah menengah dulu.
masa tu dah nak dekat spm. jadi lepas lepas minum malam. sambung balik studi kat bilik studi ramai2. nak jadi cerita rasa mengantuk yang amat.
aku pun lelapkan mata kejap.
dang dang. bunyi pintu bilik studi berlaga ditiup angin kuat. aku terjaga. b*** betul budak2 nie. derang tinggalkan aku sorang2 dalam bilik studi. dah la gelap. patutlah aku tido lena. hujan lebat dengan angin yang kuat.
aku terus lari balik dorm sambil menyumpah seranah kawan2 aku yang jahat tu. pergh seram tul. dah la kawasan sekolah aku tu banyak kejadian seram.
bilik air kat hujung sekali. belakang bangunan tu kawasan pokok bakau. memang seram.
pernah ada budak pergi kencing kat tepi koridor sbb takut nak pergi bilik air tengah malam. kalau aku pun tak sanggup nak pergi. dia punya bau. pergh. punyalah hancing. macam bangkai.
esoknya kecoh gak la. mencari sapa la punya kerja tu. tapi sampai sekarang tak dapat jawapannya. misteri tinggal misteri.
pernah dulu aku masuk bilik air asrama. demn. ternampak kepala la pulak. sib baik kepala paip. hahaha. kelakar tak? aku buat lawaklah.
ini bukan cerita aku. ini cerita anak sedara aku. dia kata dia nampak hantu.
aku cuba bercerita dari dalam diri anak sedara aku.
TAJUK KARANGAN : SAYA NAMPAK HANTU
Patu satu pagi yang dingin. Saya bangun awal dan bersiap-siap untuk kesekolah. Saya menaiki bas sekolah pak cik syafie. Jam 650 pagi saya keluar dari rumah. Saya duduk menunggu di atas kerusi berhampiran sliding door rumah nenek saya ini.
Rumah pak cik syafie didepan rumah nenek saya ini. Dalam 50 meter jaraknya. Jadi bila budak-budak sekolah dah ramai. Barulah saya kesana. Jika tidak saya lebih selesa duduk dikerusi berhampiran sliding door ini sahaja.
Tiba-tiba saya ternampak air menitik dari bumbung rumah. Mula-mula satu titik. Kemudian dua titik. Kemudian makin banyak titiknya.
Saya pandang ke atas. Saya ternampak sesuatu diatas atap. Saya terpaku kaku diatas bangku. Saya nampak kepala dengan rambut yang panjang mengurai. Muka penuh luka dan darah. Hitam mukanya. Mata merah menyala. Saya tak sempat tengok kukunya.
Saya terus lari masuk semula ke dalam rumah. Saya takut. Atuk tanya kenapa tak pergi sekolah lagi. Saya jawab saya dahaga. Saya kejutkan adik untuk temankan saya ke rumah pak cik syafie.
Beberapa hari kemudian barulah saya cerita pada mama, atuk, nenek, pak ngah dan mak ngah. Kami semua menjadi seram.
lepas anak sedara aku cerita mende nie. aku tetiba rasa cam seram ajek. semalam ada bola pun aku tak tengok. seram la pulak.
budak-budak tak menipu biasanya.
sebelum ini ada juga aku dengar cerita. jiran sebelah rumah balik kerja malam. takdelah tengah malam sangat. sekitar jam 11 malam ajek.
dia baru balik dari kerja. lalu berhampiran pokok jambu dekat rumah dia. dekat pokok jambu tu pulak ada tiang letrik.
masa motor dia sampai kat tepi pokok jambu tu. tiba-tiba dia macam ternampak cam bayang kat atas pokok. rupanya mende tu tengah bergayut kat situ. rambut panjang mengurai. jiran aku tu tak pandang lama. terus parking motor dan masuk rumah.
sekarang nie kawasan hutan belakang rumah aku dah terang. sebab tengah buat longkang besar. aku syak mende-mende tu dah takde tempat tinggal dan mula cari tempat tinggal baru.
aku staf berjiwa bos. ops. aku kena letak tanda soal supaya tajuknya lebih sesuai.
aku staf berjiwa bos? jawapannya tidak. aku mahu jadi staf berjiwa staf. baru la orang panggil sedar diri sket. hehe.
andaikata kalau satu hari nanti aku jadi bos. aku mahu jadi bos yang baik. sentiasa mengambil berat kebajikan pekerja. memberi sokongan kepada yang senior memberi galakan kepada yang junior.
aku mahu pastikan syarikat aku berkembang dan sentiasa berada dilandasan yang betul. aku respek bos aku sekarang kerana mereka memang menunaikan tanggungjawab dengan baik.
kat opis aku sekarang. ada kuliah agama yang dibuat setiap minggu. bagusnya sebab kat opis lain tak mungkin ada.
perhatian : entri ini bukan untuk membodek dan mintak naik gaji daripada bos. tapi kalau bos nak kasi. sumpah saya tak nak. tak nak tolak rezeki la. hehe.
seronok saya kerja disini kerana kebanyakan bos berjiwa staf. takde nak beza-beza kedudukan. boleh makan sama-sama.
tapi sumpah saya benci bila ada staf yang berjiwa bos pulak. i tak suka tahu. benci benci benci.
entri nie takde kaitan dengan yang hidup atau akan mati. dengan yang gemuk kurus atau sedang-sedang. dengan yang tinggi rendah atau tak tinggi tak rendah. yang berjanggut panjang bermisai lebat atau takde janggut dan misai. tapi sapa makan cili memang terasa pedasnya. yang mana satu pilihan anda? staf berjiwa staf ATAU staf berjiwa bos ATAU bos berjiwa staf? ATAU bos berjiwa bos. jawapannya ada dalam diri anda. jadilah orang yang baik dan sentiasa berbakti kepada diri keluarga masyarakat dan bangsa. merdeka merdeka merdeka. :)
belum habis cerita gatal. ada cerita baru yang agak misteri dirumah aku. semalam lampu sekejap padam sekejap buka. berulang-ulang sepanjang malam.
nak kata tak cukup power mungkin juga. nasib baik tv tak buka padam. kalau tak mesti dah rosak. aku lihat rumah jiran aku. lampu ruang letak kereta. ok ajek. takde padam bukak. tutup semua lampu cuma tinggalkan satu lampu buka. masih buka padam.
dah la masa tu tengok tengok supernatural. dalam citer tu ada tunjuk babak lampu buka dan padam. menurut watak dalam citer. kalau kejadian camtu. maknanya ada roh jahat. ish tak sedap telinga mendengarnya.
petang kelmarin. semua keluar. tinggal aku dan anas dalam bilik. cuaca panas. aku pun baring sebelah anas yang tengah tido. buka kipas. bila aku terjaga. aku tengok kipas tu perlahan ajek pusingnya. macam takde power. tak logik kalau takde power sbb siang. lampu mana ada buka.
aku andaikan ada masalah kat wiring rumah tu. mungkin selepas 10 tahun ada wayar yang kena gigit tikus agaknya.
pada aku itu tak misteri sangat kalau nak dibandingkan cerita minggu lepas. masa tu dah kol 11 malam lebih. dah nak masuk tidur. tiba2 mak aku tanya. umi ada uzur ke. aku kata takde.
mak aku kata ada kesan tompokan darah dekat bilik air depan. tompok darah yang sudah kering. sampai sekarang tak dapat dijelaskan. seram jugak rasanya.
ada lagi satu cerita. ketika itu malam juga. mak aku ajak aku temankan buang sisa makanan kat belakang rumah. memang gelap. selesai buang sisa makanan. aku ngan mak berjalan memasuki rumah. masa tu aku terpandang ke arah pokok jambu jiran aku. ternampak cahaya bergerak dan hilang. seram. aku diam-diam takut. masuk rumah basuh kaki dan tidur.
ooo ini ada lagi satu. sabtu kelmarin. rumah aku takde air. dari jam 4 petang. pinggan mangkuk dah penuh kat sinki. pagi ahad tu pun masih takde air. masa semayang subuh (subuh gajah) tu. aku dapat instinct. entah2 ada orang tutup meter air.
aku suruh adik aku tengokkan. memang betul tutup. meter air jiran aku pun ditutupnya. siapa la punya kerja tu. aku rasa itu mesti kerja budak-budak kemboja yang tak pergi sekolah tu. tapi kalau bukan kerja budak kemboja. kerja sapa?
korang pernah dengar tak lagu dikir barat tajuknya penyakit gatal oleh cikgu naim? tak pernah dengar? tak apa cuma lagu tu ada kaitan sket dengan apa yang tengah berlaku kat rumah aku nie.
keluarga aku kat sg buloh semua kena penyakit gatal. bukan menggatal. tapi gatal yang makin digaru makin sedap. kadang2 sampai pejam2 mata menggaru. punyalah best. kemudian baru terasa pedihnya sbb tempat yang digaru dah melecet.
dah hampir 3 minggu begini. mak aku tanya jiran2. mereka kata takde gatal apa2pun. pada awalnya aku sangkakan ini berpunca dari sumber air. tapi bila jiran2 kata tak gatal. aku semakin bingung.
aku cuba pikir semula. aku rasa ini mungkin berpunca dari hama2 dan habuk2 kesan dari penebangan hutan belakang rumah aku. 3-4 minggu lepas mereka terangkan hutan tu. nak buat longkang besar. memang besar projek tu. bagus jugak dah terang. jadi takdelah monyet2 nak lepak situ lagik.
berbalik kepada cerita gatal tu. memang gatal sungguh terutama dibahagian kaki dan bontot. memang gatal. kalau kat rumah. memang dah macam kera. tergaru2 sana dan sini.
kesian anas. dah la kecik lagik. abis berbintat badan dan muka. aku rasa dia pun gatal cuma dia takleh nak garu sbb dia kecik lagik.
bila kat opis nie dia kurang sket. sbb ada keje agaknya. satu lagi kalau nak garu2 kenalah cover. kalau kantoi malu lak karang. tapi bila aku dah tulis kat blog nie. memang bodoh jugak. sbb aku cam kantoikan diri sendiri. tapi takpelah. aku cuma nak cerita pasal memang gata
tapi yang paling aku tak tahan. kalau gatal masa naik motor. adeh. tensenya. jadi tepaksalah aku naik motor dan gerak bontot ke kanan dan ke kiri. nak garu mana boleh sbb tengah naik motor. takkan nak berhenti kat tepi jalan pulak semata2 nak menggaru.
adeh. tensen sungguh.
sebenarnya ada misteri juga disebalik kegatalan nie. seluruh keluarga gatal. akak aku kat serting gatal. adik aku kat melaka pun gatal. adik aku kat kuala pilah pun gatal. mak aku takut ada org dengki dan kenakan keluarga kami.
semoga keluarga aku dilindungi Allah dari sebarang musibah dan kecelakaan. amin.
hari nie aku akan mulai sibuk hingga tak tahu la bila nak lapang semula. banyak storyboard dah visualize. mamalia penggodam (MMP) tinggal aku sorang ajek untuk projek sains tahun 5 nie. :)
jadi mungkin blog nie akan jarang sket updet untuk memberi laluan kepada kerja2 dipejabat.
aku sebenarnya tengah buat satu ruangan khas utk penulis tamu. insyaAllah kalau ada masa aku siapkan dan jemput korang jadi penulis tamu kat sini.
menurut info2 dan bacaan aku di internet. untuk tayangan malaysia. babak mimpi tersebut telah dipotong. tapi kenapa dipotong? aku rasa sebab tv3 takut akan dikritik hebat jika menunjukkan cerita itu hanya mimpi.
kawan aku cerita. ada seorang makcik kat rumah dia. meniaga kedai runcit. bila waktu tayangan BPBM. dia akan tutup kedai. jadi bayangkan sudah setahun lebih dia membuat kerja yang sama. jadi kalau makcik tu tahu itu mimpi. pasti dia frust. hahahaha. orang kata dalam VCD ada yg bahagian mimpi tu. :)
kemaskini pada 2 februari 2007 lepas solat jumaat
maaf kerana info yang diberi tidak tepat. dalam episod terakhir tadek pulak mimpi. ches. sapa la yang buat cerita nie. ataupun mungkin derang buat 2 jenis ending. satu mimpi dan satu lagi kematian watak jahat dan yang baik beroleh bahagia. :)
kemaskini pada pagi 2 februari 2007
Sekadar mimpi si Bawang Putih?
Sudah hampir 100 episod drama Bawang Merah Bawang Putih dipertontonkan di TV3. Hujung bulan ini, akan berakhirlah drama yang sentiasa dinanti-nantikan oleh tiga juta penontonnya itu.
Memang tidak dapat dinafikan Bawang Merah Bawang Putih telah mencipta fenomena baru sehingga menjadi sebuah drama yang sentiasa diperkatakan dan dibincangkan oleh penontonnya.
Dan pada pertemuan di sebuah rumah kenalan meraikan Aidiladha minggu lalu, drama itu masih juga menjadi tajuk perbualan.
Hangat diperkatakan ialah apakah kesudahannya? Masing-masing memberikan pendapat dan alasan.
Tapi kemudian kehangatan perbincangan itu dinoktahkan oleh pembantu rumah itu yang baru datang dari seberang.
“Semua pertelingkahan dalam cerita itu cuma mimpi si Bawang Putih (Alya). Nanti di hujung cerita, ditunjukkan keluarga itu sebenarnya baik-baik saja. Mereka bahagia. Bawang Merah (Siska) dan Bawang Putih sebenarnya memang akrab dan ibu bapa mereka masih hidup,” begitu cerita pembantu itu tersenyum.
Dan hati Kak Tim hingga saat ini memikirkan apakah betul cerita si pembantu itu? Kalaulah betul? Aduhai!
Apa pun Kak Tim akan terus menontonnya sebab Kak Tim syok menyaksikan lakonan si ibu tiri dalam sinetron itu.
KAK TIM: Menanti tayangan Ratapan Anak Tiri yang akan menggantikan slot Bawang Merah Bawang Putih.
+ barulah sekarang aku dapat jawapan. kenapa cerita nie boleh ditayangkan sedangkan ia mengandungi unsur2 yang bertentangan dengan ajaran Islam. sebab ia hanya mimpi. macam filem mistik arahan razak mohaideen. kenapa boleh lepas? tapi itu mistik punya cerita arr. banyak bodoh la.
+ info disalin dari web utusan melayu dalam ruangan hiburan kelolaan kak tim.
KISAH 1
minggu yang lepas. tiba2 seorang sepupu aku dari kampung telefon. tak pernah2 pulak dia telefon. dia tanya kabar dan kami bersembang2 sekitar 5 minit lamanya.
30 minit kemudian. dia telefon lagi. nak mintak pertolongan. nak mintak pinjam RM200. aku mohon maaf dengan dia sbb aku belum gaji.
aku serbasalah sebenarnya. aku bukan ada duit sangat. insyaAllah kalau gaji nanti aku kasi dia RM50. lagipun bulan depan aku nak bayar insuran kereta. banyak jugak tu.
KISAH 2
ini kisah bini aku pulak. tiba seorang kawan masa sekolah rendah dulu sms. bertanya kabar. 2-3 sms pertama ok lagik. masuk sms selepas tu. dia ada hajat rupanya.
ingin meminjam wang. RM200 juga. dia ada masalah kewangan. bini aku berterus terang menyatakan wang yang ada cukup2 sahaja.
2 kisah ini berlaku pada hari yang sama. inilah kisah RM200.
semalam ada perlawanan bolasepak antara malaysia dan singapura. asean cup.
aku berhajat juga ke stadium tapi 2 perkara membatalkan hajat aku. pertama aku rasa tak selesa nak balik lewat. bila ada anak nie lain sikit perasaannya. kedua aku takut nak parking motor kat kawasan stadium tu sebab aku dengar banyak kes motor hilang. :)
aku tengok juga perlawanan tu kat tv. gol pertama malaysia oleh hardi jaafar. memang cantik.
tapi itu bukan gol yang direncana. gol tak sengaja. asalnya nak buat bola lintang. alih-alih termasuk dalam gawang lak. apa-apapun gol tu memang cantik.
dah hujung perlawanan. singapura pulak score. gol tanduk yang langsung tak dicabar. pertahanan malaysia memang alpa. pada aku gol tu agak mudah. ironinya nama pemain singapura tu noh alam shah. kebetulan main kat stadium shah alam pulak. :)
aku tengok ada satu sepakan sudut tu. pemain malaysia yang nak amik sepakan tu. dah mengah. penat dan takde stamina la tu. kemudian cubaan nak hantar bola ke tengah pun tak sampai. bila la isu stamina nie nak selesai agaknya.
malaysia cuba nak buat bola lintang yang tinggi. pada aku tak perlulah sebab defend singapura orang putih (yang dijadikan warganegara singapura) yang lebih tinggi dari penyerang malaysia. jadi takde maknanya.
minggu depan lawan kat singapura pulak. cuma aku harap team malaysia jangan banyak sangat buat kenyataan kat media. buat malu ajek. keputusan seri dan mensiakan peluang semalam pun. norizan bakar komen sebagai puas hati.
bila aku pikir-pikir semula. team malaysia sekarang tak layak lagi pakai jersi malaysia yang lama tu. derang kena buktikan sesuatu terlebih dahulu. itu pandangan aku la. apa pulak pandangan korang?
ASAK: Pemain Malaysia Hairuddin Omar (tengah) dan pemain Singapura Precious Emuejeraye(kanan) berebut bola pada perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Bola epak Asean di Stadium Shah Alam, malam tadi. Untuk meleraikan masalah perebutan bola ini. Pihak penganjur bersetuju untuk memberikan bola sebiji seorang kepada setiap pemain.
gambar aku amik dari web berita hairan
tiba-tiba aku teringat ngan satu lawak yang aku terima dari emel. aku copy paste untuk korang.
---------------------------------- petikan dari emel -----------------------------------
KENAPA 45 MINIT?
Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?
Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.
Dia menjawab...."Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang. Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.
Persoalan terjawab !!!
Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu
adalah "bola referee"! ---------------------------------- petikan dari emel -----------------------------------
hi kawan-kawan. nama aku nord. aku dari kumpulan mamalia penggodam. aku berada dikawanan mamalia ini sudah 3 tahun lebih usianya. satu tempoh masa yang agak lama untuk aku, mamalia penggodam.
dalam kawanan ini terdapat pelbagai spesis mamalia. tapi yang paling sedikit adalah mamalia penggodam. mungkin selepas ini ia akan dikenali sebagai mamalia pupus.
sebelum ini aku berada dikawanan lain. setelah kawanan itu mengalami masalah kegersangan dan kurang makanan. aku mengikut satu kumpulan mamalia. masa itu kami tak ramai. belas-belas jumlahnya. peristiwa itu berlaku pada tahun yang ke-3. sekarang sudah masuk tahun yang ke-7.
antara tahun-3 hingga tahun-7. banyak cabaran yang kami hadapi demi mempertahankan kawanan ini. suka duka kami harungi bersama.
sudah terlalu banyak perubahan berlaku dalam kawanan ini. kalau masa awal-awal dulu sukar untuk kami mencari makanan. kalau ada pun terpaksa berkongsi beramai-ramai. tapi aku tak kisah kerana aku paham situasi semasa itu.
kalau mahu senang. kena bersusah dahulu.
kalau dulu belas-belas. sekarang penghuni kawanan ini sudah ada ratus-ratus. ada yang aku kenal dan ada yang tak pernah kulihat. kawanan ini semakin mantap. ada juga mamalia dari kawanan lain datang mencari rezeki disini.
kumpulan mamalia yang terbesar disini adalah mamalia gerafik. memang ramai bilangannya. tak terkira dengan jari kaki dan tangan. mamalia eye-di juga ramai. tugas mereka merencana program untuk mamalia-mamalia dalam kawanan ini.
mamalia disini sentiasa bertukar ganti. mamalia penggodam merupakan mamalia minoriti disini. bilangannya pun tak sampai 4. baru-baru ini 1 mamalia penggodam berhijrah ke kawanan lain. akan datang 1 lagi akan berhijrah. aku semakin sedih kerana spesis mamalia penggodam semakin pupus.
nampaknya bebanan tugas mamalia penggodam semakin bertambah selepas ini. mampukah mamalia penggodam yang tinggal meneruskannya. sama-sama kita lihat nanti.
aku harap akan ada mamalia penggodam baru masuk ke kawanan ini. ini kerana aku tidak menjanjikan untuk mampu bekerja lebih masa. selepas kelahiran anak mamalia. aku perlu membahagikan masa dengan lebih adil dan saksama. aku tak mahu anak mamalia membesar tanpa mengenal wajah ayahnya yang hensem dan gagah ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ catatan dipadam kerana mengandungi unsur sensitif --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cuma aku sedikit kecewa bila kadang-kala pengorbanan aku dikawanan ini seolah-olah tiada makna atau tidak dihargai. mungkin itu hanya mainan perasaan aku. mereka baik kenapa aku nak syak yang bukan-bukan. lontarkan jauh-jauh perasaan yang tak baik itu.
ada 2 jenis airmata. satu sedih satu gembira. mamalia penggodam walaupun namanya agak ganas. kadang-kadang keluar juga air mata kerana mamalia penggodam sama macam mamalia lain. punya hati dan perasaan. eh apa aku merepek bab air mata lak nie. tak ganaslah kalau mamalia penggodam nangis. tak sempoilah.
tapi itulah. siapalah aku. cuma mamalia penggodam yang semakin pupus.
cuma satu yang cukup aku sayang untuk tinggalkan kawanan ini. disini semua mamalia seperti adik-beradik. ada yang terlalu rapat. untuk memulakan kehidupan dikawanan baru. mungkin tidak buat masa sekarang. disini walaupun makanan tidak banyak tapi sudah cukup untuk aku bahagia dan gembira. alhamdulillah syukur atas nikmat yang dikurniakan kepada aku dan keluarga.
aku akan terus disini. berbakti selagi ada kudrat. selagi diperlukan.
hidup mamalia penggodam (3 kali) atau nama gelemer MMP.
1. SEMALAM : Sudah menjadi sejarah
2. HARI INI : Apa yang sedang kita lakukan
3. ESOK : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya. .. lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.
notakaki : aku ambil petikan dari emel sebagai entri. menarik sungguh catatan ini dan aku mahu kongsi bersama kalian semua. hari ini aku menulis disini. esok belum tentu lagi.
hari nie aku mula kerja kat tempat baru. aku sampai awal untuk lapor diri. masa mula2 sampai macam blur ajek. opis nie kat kawasan bangunan kedai. aku parking kereta jauh jugak sebab parking penuh.
dalam opis nie ada 7 orang ajek. majoriti perempuan. ada sorang pompuan nie. aku lapor diri kat dialah.
tapi aku tak berapa ingat la muka pompuan nie sebab aku hanya bermimpi.
uish dah pukol 630 pagi. lain macam pulak mimpi aku kali ini. apalah agaknya maksud yang tersirat disebalik mimpi. mimpi cuma mainan tidur. anak patung pulak mainan budak pompuan.
aku dengar suara anas merengek nak ajak bersembang. aku bangun malas. solat subuh. lepas tu sembang ngan anas. aku tak paham dia cakap apa dan yang aku pasti dia lagilah tak paham apa aku cakap.
bawak anas dok luar. tengok berita jam 7 pagi kat tv3. cerita pasal banjir kat johor. teringat ustaz fauzi cakap semalam. banjir nie daripada Allah. sebagai ujian kepada manusia.
jika anda merasa tertipu dengan tajuk entri ini. anggaplah ini ujian. :)
hari ini 16 januari 2007. satu lagi peristiwa bersejarah dalam opis akan berlaku. pada petang ini tepat jam 700 malam di RTM1. siri animasi DANIAL akan mula ditayangkan.
jadi saya menjemput kawan2 yang membaca blog ini untuk bersama2 menonton dan memberikan komen.
saksikan DANIAL yang dibikin oleh anak malaysia untuk tatapan anak malaysia juga. :)
APA KATA MEREKA YANG SUDAH MENONTON
Cik Elaira dari Kelana Jaya
elaira4ever: mie akak tgk DANIAL semalam...besttttttttttttttttt!!!
elaira4ever: mcm ni la katun mendidik anak2 meleysia
elaira4ever: sampaikan tahniah akak pada team Danial
elaira4ever: lawak dia pun sempoi
elaira4ever: VO pun bagus
Dr Shahrom dari Subang Jaya
assalamualaikum. apa habaq? semalam tengok filem animatrix danial kat rtm1 jam 7 mlm. mie terlibat tak dalam produksi filem tersebut?
Mie jawab : saya tak terlibat. saya dalam bahagian courseware. kasi sokongan pada bahagian animasi dan rasa seronok bila hasil dari opis keluar kat tv.
Yadziz dari Putrajaya
kartun ari selasa tu, menarik. kemas.
SENIN ITU ADALAH MIE!! SERUPA!! HAHAHA (tekaan yang salah.. senin tu kawan mie iaitu apis azali)
Reload dari Subang Jaya
reload: peh..company ko buat cartoon? (reply masa promo danial)
Nordin dari Subang Jaya
memang best sangat .. cuma frust jugak pasal RTM suka2 hati potong scene membuat senjata dalam citer tu .. sian animator yang buat penat2 .. apa2pun syabas kepada cik bob dan team animasi yg bekeje dengan keras
Muhamad Fiteri
dari Forum Gengjurnal
cayalah....
nanti aku suruh suku sakat aku duk dpn tv tgok danial.
klau xcukup gak aku jmput tok pghulu sama org kg skali tgok danial.
em....aku nk kena wat kad jemputan la cam ni
jmput org ramai tgok danial kt tv rmh aku...
hehhee.......
apepun.... malaysia boleh
danial boleh....(kartun malaysia 2 beb)
nama aku nordin. aku memang warga malaysia kerana mak dan bapak aku warga malaysia. cuma beberapa insiden menyebabkan aku rasa macam warga asing pulak.
INSIDEN SATU - 1
satu hari yang mendung di petang hari isnin pada tahun 1993. aku dalam bas mini nombor 34. dari bandaraya kuala lumpur menuju ke lembah jaya ampang. balik dari kelas tusyen untuk PMR.
bas mini penuh sesak. aku berdiri dari awal naik hingga akhir turun. sampai dilembah jaya. aku turun dari bas. tiba-tiba ada orang pegang bahu aku dari belakang. lembut tangannya terasa. mungkin ada awek yang nak berkenalan agaknya. dengan dada yang berdebar-debar aku menoleh ke belakang dengan gerak perlahan.
"maaf pak. saya ingatkan kawan saya tadi" sapa seorang lelaki indonesia.
aku senyum ajek. dalam hati cilakak sungguh. ada muka indon ke aku nie. aku terus balik rumah cepat-cepat. nak tengok cermin, ada ke warga asing kat aku nie.
INSIDEN DUA - 2
waktu ini aku baru pindah ke sungai buloh. pengangkutan utama adalah bas. satu hari aku nak keluar ke kuala lumpur. abah hantar aku kat stesen bas. tak ramai yang menunggu.
beberapa minit kemudian bas pun sampai. tambang dibayar masa nak naik tu. letak dalam tong duit dia.
"berapa tambang pergi kl?" aku tanya drebar bas india tu
"dua orang ke?" sambil dia tunjuk mamat kat belakang aku.
aku menoleh ke belakang. ada sorang mamat bangla sengih-sengih sebab tak paham. aku pandang semula kat drebar bas.
"satu orang sajek" aku jawab geram. dia mesti ingatkan aku nie kawan bangla tu. kalau awek lain ceritalah. kalau awek, aku belikan pas bulanan lagik.
teringat pulak masa tingkatan 1 kat bandar jerantut .. ada sorang budak .. sampai sekarang aku ingat nama dia .. haryani othman .. no ic dia * 790618-06-7848 ..
dia selalu kasi surat pada kawan aku untuk dikasi kepada aku .. dalam surat tu dia kata dia suka kat aku .. aku tak tahulah dia suka bahagian mana .. nak kata hensem tak hensem .. putih tak putih .. aku tak berapa kenal dia pun .. yang aku tahu dia dulu sekolah kat sekolah sebelah sekolah aku yang tepi kolah tu .. dia kenal aku pun melalui kawan dia .. kalau dia kata dia kenal aku melalui majalah ke best jugak..
sebab aku dulu pernah keluar majalah .. takdelah glemer sangat .. setakat majalah sekolah ajek .. tapi aku budak lagik.. aku tak layan dia.. kawan aku tu selalulah bacakan surat tu masa kitaorang balik sekolah.. aku sengih2 ajek.. manalah aku tahu apa itu CHENTA .. dia nie chubby sket dan aku masa tu kurus melidi ajek ..
sampailah ada satu kali .. dia punya surat sudah kantoi dengan pengawas .. pengawas tu siap bacakan surat tu kat dalam kelas .. cilakak sungguh itu pengawas .. adeh malu jugak aku .. lepas kejadian tu aku terus pindah ke kuala lipis .. berchenta lak ngan siti nurhalipan .. pastu kami putus hubungan .. aku tinggal ngan makcik aku kat padang tengku dalam daerah kuala lipis .. kat situ pun ada kisah chenta jugak .. tapi yang lain kali cerita la .. aku rasa macam kasanova la pulak ..
lepas sekolah menengah .. aku dapat sambung belajar di utara .. nak jadi cerita terjumpa kawan sekolah rendah aku .. pompuan .. dia pun citerlah .. ingat lagi tak kat haryani .. aku kata ingat .. tak lama lepas tu member aku kasi nombor tipon dia .. dia kata haryani sekarang dah slim river .. aku cuba call dia .. tapi tak dapat .. sampai sekarang aku masih simpan kad nama dia .. buat kenangan
aku call dia bukan sebab dia slim ek .. jangan salah paham pulak .. aku call sebab nak mintak maaf pasal dulu aku tak layan surat-surat dia .. bukan tak nak layan tapi aku tak RETI ..
alhamdulillah ada jugak orang minat kat aku walaupun aku hetam manis ..
* no ic tu aku tipu ajek .. gila kentanglah kalau aku boleh ingat
** ada banyak lagi kisah cinta monyet di forum gengjurnal
tadi pagi. lepas subuh aku tak tido seperti biasa. siap2 sebab nak bawa anas pergi cucuk kat klinik kesihatan. cucuk untuk 2 bulan.
aku tengok jam dah pukul 740 pagi. bolehlah dah pergi nie. 745 baru pintu klinik bukak. kalau lewat nanti orang ramai. sampai kat klinik orang memang dah ramai. rupanya jam kat rumah aku lewat 10 minit. anas dapat nombor 15.
walaupun ramai tapi cepat jugak. sebelum cucuk. kena la timbang dulu. masa sebulan ari tu timbang 5 kilo. skrang dah naik 1.2 kilo. anas sengih2 ajek masa nak cucuk. bila kena cucuk. nangis jugaklah. besar jugak jarum cucuk tu. aku pun rasa nak nangis. misi kasi ubat tahan demam.
cadang nak amik time slip tapi tak dapat sbb orang ramai sangat. jadi takleh nak amik. misi tak ramai yang ada.
nie ada aksi anas depan kamera. video low quality sebab nak kasi loading cepat. :)
kalau korang rasa nak loading tu lambat sangat .. download ajeklah video nie .. kecik ajek .. 1.3mb sahaja.. right click dan pilih save target as :)
sabtu 6 januari 2007. buring betul duduk kat rumah. cuaca tak panas tak redup. angin sepoi2 bahasa ajek. tiba2 aku teringat mak angkat aku masa di Jerantut dulu.
aku belajar mengaji dari Muqaddam hinggalah khatam Al-Quran. aku panggil mak angkat aku tu mak. masa tu pun aku duduk dengan uwan aku di Jerantut Pahang.
teringat masa mengaji. aku pernah cuba main tipu. biasanya kena baca dulu sorang2 kemudian barulah mak duduk depan dan ajar. ada sekali tu aku baca dan aku skip satu muka Al-Quran. kononnya aku baca cepatlah. sekali kantoi ngan mak. hehehee. malunya aku.
aku duduk Jerantut sampai tahun 1990. lepas tu terpaksa ikut uwan pindah Kuala Lipis rumah makcik aku sebab uwan patah kaki. terjatuh. jadi kalau duduk di Jerantut. sapa nak jaga uwan.
terpisahlah dengan mak. kadang2 aku pergi juga ke Jerantut. naik keretapi. singgah pergi kubur arwah aki. singgah juga rumah mak.
tahun 1994 mak pindah ke gemencheh. tak terputus hubungan sebab setiap kali raya aku mesti akan kirim kad raya. hingga hari ini tak pernah miss lagik. kadang2 mak balas tapi 3-4 nie mak dah tak balas kad raya aku. aku telefon rumah tak dapat. dah ditamatkan perkhidmatan.
sehinggalah tahun lepas mak telefon pejabat aku. dia dapat nombor dari kad raya yang aku antar. kad raya opis. mak cerita bapak dah meninggal. meninggal tiba2 dalam kereta semasa nak pergi ke pekan sehari. tap sempat berbual panjang talian terputus. nak telefon balik tak tahu nombornya. mengalir jugak air mata. suara mak perlahan ajek. aku sebak.
bulan lepas aku dapat panggilan dari seorang lelaki. dia kata dia menantu mak. mak nak bercakap dengan aku. mak cerita dia ada di puchong sekarang. tinggal bersama kak ina. anak bongsu mak. lelaki yang telefon tu suami kak ina. mak kata nak datang rumah aku. aku tengah kerja dan sibuk hujung minggu tu. tak dapat aku nak ambil mak dan bawak ke sg buloh.
sabtu lepas aku call suami kak ina. kata nak pergi rumah. rumah dia kat saujana puchong. atas sikit dari bukit puchong. umi,abah, umie dan anas pun ikut sekali. sampai di sana. aku lihat mak cukup gembira. dah 16 tahun tak jumpa. aku sampai cium tangan mak. mak tak berapa sehat. tapi dia banyak bercerita. seronok sebab lama tak jumpa.
insyaAllah nanti aku akan jumpa mak lagi. teringat hadiah mak kasi masa aku nak pindah ke Kuala Lipis.
sehelai sejadah merah buat aku solat.
terima kasih mak dan jugak bapak. semoga roh bapak ditempatkan dikalangan orang yang diredhai Allah. amin.
sekarang dah masuk tahun baru 2007. syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberikan aku masa dan kesihatan untuk sampai ke tahun 2007 ini.
banyak perkara yang aku nak lakukan dalam tahun baru ini. cuma aku tak nak berazam untuk melakukan terlalu banyak perkara. takut tak kesampaian. nak berazam biar fokus.
hari nie 3 januari 2007. genap 2 bulan usia anas. umi pun dah abis pantang. hari nie dah mula mengajar. sian umi. penat. melayan kerenah anas dan bapak anas. tak terbalas jasa umi.
kat pejabat nie pun lengang. ramai yang takde. ada yang menghantar anak kesekolah. hari nie kan hari pertama persekolahan. jadi banyak urusan nak kena selesaikan.
khamis lepas aku dah ambik motor baru. lagenda z jugak cuma yang nie kaler biru. tuan punya nak tukar motor lain. motor nie pun baru lagik. meter pun tak sampai 2000km lagik.
oklah kawan2. selamat tahun baru 2007 dan selamat hari raya aidiladha. semoga hidup kita semua lebih diberkati dan dirahmati Allah. amin.
juri dari 3 negara. malaysia, indonesia dan singapura.
3 juri memilih ima sebagai pemenang. undian sms memilih fiq sebagai pemenang. bila dicampur markahnya. fiq yang menang.
aku cuma muskil. awal-awal dulu kata takde undian sms. tapi tiba-tiba ada pulak. macammana peminat ima kat indonesia sana nak undi. bengong sungguh tv3. nampak sangat tak berapa adil. ops. aku cakap nie bukan sebab aku suka ima. jauh sekali.
yang aku paling menyampah. reaksi suratkhabar. macam-macam tajuk ada. fiq mengharumkan nama malaysia lah. fiq benam ima. adeh. tajuknya ajek dah membuatkan aku muntah hijau.
pada aku tak perlulah hiburan-hiburan macam nie. terlalu melalaikan. kata nak banteras gejala sosial. tapi mereka sendiri yang kasi ruang untuk remaja terlibat dengan gejala sosial.
macam iklan rokok yang ditampal dikotak rokok. merokok membahayakan kesihatan. takde kesan langsung untuk orang yang merokok. hehe.
apabila tiba hujung tahun. pasti akan ada perkara yang besar berlaku. kebiasaannya bencana alam.
2 tahun lepas tsunami melanda aceh dan beberapa kawasan di asia tenggara termasuklah dimalaysia. ramai yang terkorban.
tahun ini malaysia pula dilanda banjir besar. memang besar. tapi kali ini hujan lebat bermula diselatan semenanjung malaysia. menyaksikan tenggelamnya banyak kawasan di majoriti daerah di negeri johor.
tak pernah johor banjir sehebat ini. betullah. kalau Tuhan nak tunjukkan sesuatu. sekelip mata sahaja. ini bencana alam. mungkin juga ada kaitan dengan cara hidup rakyat malaysia sendiri. yang penuh leka dengan hiburan.
lihatlah sekarang. dengan pelbagai rancangan tv. pelbagai rancangan realiti. mentorlah. jomhebohlah. pesta sg nibong pulau pinanglah. terlalu banyak pesta yang mengundang kepada pelbagai masalah sosial terutamanya dikalangan remaja.
jadi tak perlu salahkan remaja sebab banyak pihak yang mendorong atau menyediakan platform untuk menjadikan seseorang remaja leka dan lebih gemar berpeleseran. tanpa arah tujuan.
berbalik kepada cerita banjir. yang tinggal hanya atap. kesian mereka yang terpaksa berpindah ke pusat-pusat pemindahan banjir. ada yang dalam keadaan sehelai sepinggang. talipinggang pun ada yang tak sempat nak pakai menyebabkan seluar menjadi longgar dan nampaklah perut yang boroi.
aku lihat berita pagi tadi di tv3. kawasan segamat. dah 2 hari duduk didewan sekolah tanpa bekalan air. bayangkan macammana keadaannya. nak tunaikan kewajipan kepada Allah pun jadi payah.
malaysia memang negara yang pelik. bila berlaku musibah dinegara luar. pergh. laju dan pelbagai bantuan mahu dihulurkan. bila jadi dimalaysia. macam kurang bantuan. tak sehebat bantuan untuk negara luar.
atau mungkin kenyataan saya tidak berapa adil. mungkin mereka sedang membantu dalam keadaan kita tidak tahu. semoga semua mangsa banjir selamat dan diberikan kesihatan oleh Allah.
ini ujian Tuhan. sabarlah. ada hikmah disebalik musibah.
beberapa hari lepas. kerajaan umumkan tol naik lagik untuk 5 lebuhraya.
memang sudah dijangka. kemudian kerajaan akan membandingkan dengan negara2 lain.
Sammy Vellu turut memberitahu, kadar tol yang dikenakan di negara ini adalah jauh lebih rendah berbanding beberapa negara jiran.
‘‘Bagi Malaysia, kadar tol per kilometer ialah 13.6 sen berbanding Filipina 35.57 sen/km, Thailand (22.6 sen/km), China (27.62 sen) dan Indonesia (14.80 sen/km),’’ katanya.
tak lama lagik. kita tunggu pulak pengumuman untuk kenaikan minyak pulak. caiyok lak. tol naik minyak naik. mesti ramai yang naik tekakan darah nie.
bila harga minyak naik. semua mende samada berkaitan atau tidak, pasti akan turut naik. bila harga minyak naik. macam biasalah. kerajaan akan buat perbandingan dengan negara2 lain.
kemudian media pun akan cari rakyat. tanya wajar atau tidak kenaikan.
ada 2 jenis jawapan. yang satu setuju ngan langkah kerajaan kerana kerajaan sudah bagi subsidi. yang dua tak setuju sebab membebankan rakyat.
yang menjawab nombor satu tadi pastilah orang-orang yang kaya dan takde masalah kewangan. yang nombor dua tu orang yang sederhana dan punya kewangan yang sekadar cukup. jadi bila ada kenaikan. orang-orang yang kat bawah nie yang sangat terasa kesannya.
menteri2 tu ada ke pernah terasa kesan kenaikan. derang semua ada elaun itu ini. macam kat pejabat pulak. kalau kuli2 macam aku nie memang terasa la kesan kenaikan. kalau bos2 takpelah. derang boleh claims macam2 mende. minyak leh claim. tol boleh claim. parking kereta boleh claim. prepaid pun boleh claim.
orang2 yang kat atas memang tak terasa. tapi kami kat bawah nie yang menderita.
tapi nak buat camne. yang kat bawah nie mana punya kuasa. setakat merungut2 macam nie ajelah.
teka teki satu : mende apa yang naik tak turun-turun?
jawapan : harga minyak dan tol
teka teki dua : mende apa yang turun tak naik-naik?
jawapan : air hujan
teka teki tiga : mende apa sekajap naik sekejap turun?
jawapan : hingus yang meleleh kemudian disedut semula naik ke atas
dah lama pakai motor modenas kriss. terlalu banyak jasanya pada aku. dengan rekod 4 kali overhaul. bila ia berbunyi lain macam. seolah-olah mahu rosak lagi. aku buat keputusan untuk beli motor baru. lagipun sekarang aku ke pejabat memang naik motor.
aku pergi kedai motor. bawak kriss. tanya tokei kedai A. berapa dia nak ambil motor aku. dia kata RM 800 ajek. murah sangat. pergi tanya kat kedai B pulak. yang nie tinggi sket. dia amik RM 950.
esoknya aku dan umie pergi tempah motor baru. mula-mula nak ambik Yamaha LC 135. tapi fikir-fikir semula. aku amik Yamaha Lagenda 110Z. amik kaler merah menawan.
beberapa hari kemudian. motor baru pun keluar. WPG 142. cantik gak nombor dia. macam kancil aku WLB 1427. kriss aku hantar ke kedai dengan dengan seribu satu perasaan. terlalu banyak jasa motor tu kepada aku.
motor baru aku jaga betul-betul. aku basuh dan lap selalu supaya nampak baru. bercadang kalau ada duit lebih. nak beli sport rim yang batang tiga tu. nampak elegan dan poyo sket. hehehhee.
rasa selesa jugak bila nak ke opis. opis aku kat subang jaya. orang kata jauh sg buloh ngan subang jaya. pada aku tak jauh sangat. dalam 25 minit sampailah.
habis jugaklah duit aku. bayar tunai sebab tak nak hutang ngan kedai. campur duit trade-in kriss campur duit simpanan sket pinjam duit abah sket guna kredit card sket. akhirnya dapat gak motor baru. alhamdulillah.
13 Disember 2006
pulang dari opis sekitar jam 7 malam. motor aku tiada ditempat letak motor. dah GHAIB entah kemana. uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
penghargaan
terima kasih teramat sangat kepada ajed yang membawa aku ke balai polis subang untuk buat report. kepada roy yang mula-mula macam tak percaya walaupun muka aku tengah cuak kat tempat parking. begitu juga aris. dan terima kasih kembali kepada ajed yang sanggup menghantar aku pulang ke sungai buloh walaupun lesennya dah mati semalam. terima kasih pada dolah yang tipon malamnya bertanyakan cerita motor aku begitu juga syarul yang menelepon keesokan harinya. dan kawan2 yang bertanyakan cerita motor ghaib melalui yahoo messenger.
terima kasih juga kerana menyertakan bersama-sama ayat standard seperti "sabarlah", "ada hikmah disebalik musibah", "takpe, dia nak suruh ko pakai motor lagi besar tu" dan macam-macam lagi. sesungguhnya ayat-ayat membuatkan aku seronok jugak. dah motor tu hilang. nak buat macammana. hehehehe.
yang berubah pada blog ini hanyalah rupanya. isinya masih sama. orangnya masih sama. tetap tak berapa hensem. setelah matahari terbit dan terbenam beberapa ratus kali. barulah timbul rasa
untuk kembali menulis walaupun tak tahu untuk berapa lama. tak malas tak rajin cuma mahu lebih rajin dari malas. mentol ini menyala apa anda meletakkan kursor diatasnya. selepas itu anda boleh klik untuk terus masuk menjengah isi kandungannya. selamat membaca. segala isinya tiada niat menjatuhkan sesiapa. milik peribadi nordin. tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang akan meninggalkan dunia.wassalam
pada 2 tahun yang lepas, waktu dan tarikh yang sama. aku sedang bersiap-siap untuk ke masjid kubu gajah untuk melangsungkan majlis akad nikah.
berpeluh-peluh juga memandangkan cuaca panas. itu belum lagi aku memandangkan wajah tok kadi yang akan menikahkan aku.
masjid dan rumah aku cuma dalam 300 meter sahaja. tak jauh. majlis akad nikah dilaksanakan selepas solat asar. saudara-mara dan jiran terdekat turut ada dimasjid. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. dengan sekali nafas dan lafaz aku dan umi sah bergelar suami isteri. walaupun pada lafaz percubaan aku kantoi. tapi yang tu tak kira sebab cuba test dulu. :)
syukur kepada Allah yang sentiasa memurahkan rezeki dan memberikan kami ruang dan masa untuk terus menikmati kehidupan. kehadiran muhammad anas ridhwan adalah satu anugerah yang tak terbanding harganya.
anas, jadilah kau anak yang soleh, anak yang mendengar setiap pesan dan teguran papa dan mama. jagalah kami setelah engkau dewasa dan mungkin disaat itu kami sudah uzur. jagalah kami sebagaimana kami menjaga kau.
wsalam
SEKARANG
sayang. pada tarikh yang sama. abang masih kat opis. menyiapkan kerja yang macam tak nak siap-siap. sayang tidur dulu. nanti sayang dah abis pantang. abg belanja makan pizza yek.
dulu abg dah janji nak belanja sayang makan piza. tapi tak sempat sebab anas keluar awal 2 minggu. abis ajek pantang. abg tipon pizza suh antar kat rumah. sedap dimakan hingga menjilat ibu jari kaki.
abg tengah burn cd sekarang nie. dah nak balik. jam dah kol 1 pagi. oklah sayang. tunggu abg kat rumah yek.
lupa lak sayang. esok ada 2 orang adik praktikal nak mengucapkan selamat tinggal. sedeh gak abg sebab derang nie baik dan peramah orangnya. untuk ju dan ija. abg mie ucapkan selamat maju jaya. semoga berjaya dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini. peta rumah abg mie dah kasi. jangan tak datang pulak.
humang aiii .. dah lama betul aku tak menulis kat sini .. korang pun tahulah .. aku kan sibuk .. banyak keje kat opis .. aku bukan malas .. diulang bukan malas ..
skang nie masih sibuk yang amat .. 2 minggu yang memeritkan .. weekend pun keje .. jadi aku bukan malas kan ? cuma sibuk
ari tu kak elaira tanya aku .. apsal tak updet blog? aku cakap aku lupa url blog aku .. sebenarnya aku sibuk .. aku tak malas .. cuma sibuk
tengoklah .. bila aku sibuk aku suka tulis berulang-ulang .. bila aku tulis berulang-ulang .. nanti korang kata aku malas lak .. aku tak malas .. cuma aku sibuk
aku bincang dengan basri dan wakdin. bincang ngan basri pasal kat mana nak buat kad tu. bincang ngan wakdin pasal kelebihan kad. aku letak perbincangan ngan wakdin dululah sebab dia yang awal ym aku.
aku ym wakdin dan tok rimau mesej dibawah.
Assalamualaikum
TAJUK 01 : KAD KEAHLIAN GENGJURNAL
Saya merujuk kepada tajuk diatas. 01. Minta pandangan jika gengjurnal ingin membuat kad keahlian gengjurnal. 02. Dalam kad dinyatakan nama, url blog dan nombor ahli dari direktori gengjurnal. 03. Kelebihan pemegang kad. Diskaun untuk barang atau aktiviti tertentu yang melibatkan kos.
Terima kasih Segala pandangan dan soalan boleh emel kepada saya di miecreation78@yahoo.com Terima kasih Bersama Memantapkan GJ
+++ respons dari wakdin
wkdin: setuju sgt
JAWAPAN : RINGKAS DAN PADAT
wkdin: ok.. sebenarnya mie kena buat tu dah lama..
wkdin: win2'
HEHEHE : AKU PUN DAH LAMA PLAN TAPI ASIK TERTANGGUH AJEK. SKANG NAK KENA KOSENTRATE SKET
wkdin: byk boleh buat dgn card tu
wkdin: kalau jadi
mie: antaranya?
mie:
wkdin: byk program affiliate boleh buat
wkdin: cth cam product juwa kacau semua tu
wkdin: jurnal.biz boleh jadi agent
wkdin: macam buku abah mie tu
wkdin: kalau ada card ada discount
mie: ooo
mie: betul gak tu
ABAH AKU : "ABAH SUKA SANGAT KALAU KAD TU JADI. NANTI ABAH KASI KO UPAH"
wkdin: sama juga dgn training
wkdin: katakan ada company nak buat training
wkdin: dia affiliate dgn jurnal.biz enterpise
wkdin: jurnal.biz tolong promo
wkdin: yg ada card boleh dpt discount
mie: oo
mie: banyak gak kemudahan yg saya tak terpikir
TRENENG : ADA DALAM PERANCANGAN. HARAP2 MENJADI
kemudian aku berbincang pulak dengan basri pasal kat mana nak cari tempat cetak kad tu.
mie: kalau gengjurnal buat memberships card? apa pandangan ko?
basrinmd: aku suka
basrinmd:
basrinmd: tapi siapa yg nak commit buat?
basrinmd: duit jugak tu
DUIT?? : ITU KITA AKAN TENGOK KOS. HARAP2 TAK TINGGI SANGAT.
mie: ko rasa dari segi undang2 macammana?
mie: salah ke
basrinmd: cayalah
mie: ?
mie: sbb kita tak berdaftar
basrinmd: undang2 kena aa tanya mat jan, aku mana tau
mie: hehehehhe
mie: betul juga tu
AKU DAH TANYA MATJAN. DIA OKEY AJEK.
basrinmd: aku dah LAAAAMMAA terfikir, tapi tak tau apa hala tuju kad tu nanti
basrinmd: yeyeyeyey syok wooo ada kad
basrinmd: riak
basrinmd: kena pulak kad tu ada barcode dia... sure gempak
basrinmd: takyah cip pun takpe.. janji ada barcode tersendiri
BARCODE : BOLEH DIBIKINKAN
basrinmd: akum bang
basrinmd: aku ada cadangan pasal kad keahlian
basrinmd: apa kata order kosong macam bonus link
basrinmd: nama, no ahli, tarikh kita tulis sendiri
basrinmd: gambar takyah
basrinmd:
mie: betul gak tu
mie: sbb nak print satu2 cam payah gak
SETUJU : YANG NIE AKU PALING SUKA. SEBAB NAK PRINT IKUT NAMA. MESTI MAHAL KOS DIA.
basrinmd: aku cadangkan kita buat lumba design
basrinmd: design depan dan belakang
mie: haah
mie: nanti aku buka topik
mie: wakdin pun kata ok
basrinmd: mie kenalah buat ketetapan
basrinmd: saiz sekian-sekian
basrinmd: logo geju wajib letak
basrinmd: sure size kad kredit
mie: haah
basrinmd: lepas tu umpan aaa hadiah apa2
basrinmd: melancong ke jerman 8 hari ke
basrinmd: aku tak sabar ni nak ada card
basrinmd: huahuahua
ORITE : LEPAS ABIS AKU BUAT ENTRI BLOG NIE. AKU BUKA TOPIK KAT FORUM LAK. HADIAH AKAN DIPIKIRKAN.
basrinmd: tapi untuk control benda ni supaya tak disalah guna, masa tempah mintak printkan no siri
basrinmd: cadangan akulah..
mie: nombor siri berbeza utk setiap kad kan?
basrinmd: ye
basrinmd: sebaik2nya kita survey dulu harga, quantity dan quality
basrinmd: sebab benda ni kalau dah buat.. tahan lama
basrinmd: orang beli sekali je
mie: haah
mie: nak pakai lama
basrinmd: sekali buat tu.. buat yang kaw2
ALANG2 : BIAR PUAS HATI
basrinmd: dalam yellow pages ni ada 4 comapny je yg iklankan kad plastik
basrinmd: autoscan 03-7660 6630
basrinmd: eternal dynamic 037806 4878
basrinmd: paclin 037880 6181
basrinmd: supermosft 8060 2373
mie: ada alamat?
basrinmd: ringkas sangat alamatnya
basrinmd: orang buat kad guna laminate aku dah selalu jumpa
basrinmd: tapi yang macam kad bonus link
basrinmd: takde lagi
basrinmd: autoscan tu kat philieo damansara
basrinmd: 2. eternal dynamik kat 25-3 jln ss23/11 pj
basrinmd: 3. paclin kat 23-1 jln PJU 1/37 pj
basrinmd: 4. supremosft kat 33 jln BP 6/7 puchong
KESIMPULAN : AKU DAH PROMOTEKAN 4 KOMPENI NIE TANPA DIBAYAR. BAGUSKAN AKU?
basrinmd: wei ko tak semayang jemaat ke?
basrinmd:
mie: semayang
mie: aku orang Islam
DAH KELUAR TOPIK : ORANG LELAKI ISLAM WAJIB SEMAYANG JUMAAT MELAINKAN ADA KEUZURAN.
mie: eh kenapa tak gerak ke masjid lagik tu
basrinmd: ko pun sama
basrinmd:
mie: hahha kantoi
KANTOI : BASRI KANTOI LAMBAT PERGI MASJID
+ ini sample kad. aku dalam mood kaler hijau. (aku recycle dari entri yang lepas)
+ aku masih belum dapat feedback dari tok rimau. mungkin dia sudah bercuti agaknya.
aku tanya op pasal nak buat kad keahlian gengjurnal. aku copy paste sket kat sini.
mie: aku rasa gengjurnal pun kena buat memberships kad
opx04: hehehe aku pun
opx04: tapi
opx04: ada berani ke?
mie: berani
opx04: kelab tak berdaftar nih kekeke
SOALAN : BOLEH KE KELAB TAK BERDAFTAR BUAT MEMBERSHIPS KAD?
opx04: mmg idea buat kad tu best la hehehe
mie: hehehe
opx04: kita buat kad je la selamba
mie: selamber
mie: kita bukan nak buat kecoh ke apa ke..
mie: sonok2
mie: bukan kita paksa org bayar
mie: sapa nak bayarlah kos buat kad
RUMUSAN : SAPA NAK KAD. KENA BAYARLAH
opx04: ok
opx04: tapi kalau berani kita belasah je la buat
mie: aku BERANI
mie: tapi kena tanya presiden dulu yek
opx04: haha
mie: tapi kalau ada kad .. mungkin setiap kali aku bukak wallet aku senyum .. eh gengjurnal ada kad membership
opx04: hehehe
opx04: mmg best
opx04: kena buat kad keras
opx04: tak main la laminate2 nih
KESIMPULAN 1 : SEBAGAI KOMUNITI YANG ADA KETUA. APA2 MESTI DAPAT KEBENARAN DAHULU.
KESIMPULAN 2 : KAD KENA YANG KERAS
opx04: so amacam mie
opx04: jadi tak projek membership card kita hehe
mie: mesti jadi
opx04:
mie: lepas raya kita on
mie: ok tak
mie: ?
opx04: okay aja
opx04: kalau kita dapat murah.. boleh buat cepat2
opx04: pas tu kita kasi masa gath
mie: tu la pasal
opx04: kira lagi ramai akan join gath bukan saja sbb nak gathering tp sbb nak amik membership card sekali
opx04: serampang 2 mata punya strategi ni hehehe
TARGET : DAPAT KASI MASA GATHERING MEMANG BEST
mie: aku rasa idea nie terlalu best
mie: ko ada lubang kat mana kita leh buat membership kad nie
opx04: aku xde lubang
opx04: tapi aku cuba2 la carik
opx04: kau takde?
mie: jap aku tanya member aku
BANTUAN : SESIAPA YANG TAHU PASAL NAK BUAT KAD AHLI NIE. DARI SEGI KOS, BOLEH EMEL AKU
opx04: kena ada kos dan design sebelum kita nak promosikan
opx04: atau nak war-warkan aja dulu hari ni?
opx04: then bila dah dapat design+harga baru kita officially bukak tempahan
mie: war2kan dulu
mie: haah
mie: secara legal aku rasa takde salah
opx04: kau lah wawarkan
mie: aku ke
WARWAR : AKU TUNGGU PANDANGAN MT PRESIDEN DAN TIMBALAN DAHULU
mie: katakan kos 1 kad RM 15
opx04: tp kalau dapat yg ada touch n go sekali best tuuuuuuu
opx04: boleh berlagak setahun
mie: kita akan jual RM 18
mie: RM 3 sebagai derma hosting dan aktiviti2
mie: nak kata yuran tak jugak
mie: kira cam sumbangan kepada tabung geju
SAMBIL2 TU : DAPAT KAD DAN SUMBANGAN PADA TABUNG GENGJURNAL
mie: nak letak gambar ke?
opx04: xpayah gambar la kut
mie: haah
opx04: kita bagi design
mie: haah
opx04: design ada logo GJ
mie: simple design
opx04: yep
opx04: then nama ahli
opx04: nombor ahli
opx04: blog address
opx04: bahagian belakang macam kad2 biasa la
opx04: ada terma2 n url jurnal.biz
mie: terma dan syarat ringkas
opx04: yep
mie:
opx04: design tu kita nak open tender ke atau kau je design hehehe
APA ADA PADA KAD : NAMA,URL DAN NOMBOR AHLI. DESIGN OPEN TABLE. BAGI PELUANG AHLI GENGJURNAL TUNJUKKAN APA DESIGN MEREKA MAHU.
mie: ko ada kawan2 lawyer ke apa ke
mie: tanya advise
opx04: xde la pulak kawan lawyer
mie: hehehe
mie: mat jan
opx04: hapa la ko
opx04: MJ ada pun bley lupa
UNDANG2: NANTI AKU TANYA MAT JAN
mie: apa pandangan hang dari sudut undang2
mie: boleh ke gengjurnal buat membership kad
jongkangz: uik online
mie: gengjurnal tak berdaftar
jongkangz: buat ajek membership kad.
jongkangz: kira yuran nanti, kira macam kita "jual" kad tu le, bukan kutip yuran.
mie: haah
jongkangz: "kami tak kutip yuran. kami jual kad. harga kad ni RM20."
jongkangz: contoh (ikon senyum)
MAKNANYA : PROSES NAK BUAT KAD BOLEH DITERUSKAN. APA2PUN PERSETUJUAN DARI MT KITA TUNGGU
+ ini sample kad. aku dalam mood kaler hijau.
+ aku tunggu pandangan dari tokrimau dan wakdin dahulu.
+ jika semua ok. nanti aku buka topik dalam forum dan kita sama2 design kad ahli kita.
+ semalam ahad. aku memanjangkan langkah ke putrajaya untuk berbuka puasa bersama-sama rakan gengjurnal.
+ singgah di kelana jaya. ambil kak elaira. jalan lancar. sampai di alamanda tepat jam 530 petang. menuju ke food court. pegi ke kauter minuman untuk order air bandung yang sedap.
"eh mie.. ko tak puasa ke minum air nie" tegur seorang rakan gengjurnal yang baru datang.
"puasa. sebenarnya dialog nie aku reka ajek. sebenarnya mana ada aku minum" jawab aku dalam hati semasa sedang menulis dialog nie.
+ ramai juga yang datang. sekitar 15 orang gitu. tempat duduk tak cukup. bagus juga. aku biarkan umie makan dulu. sementara aku minum seteguk air dan terus menunaikan maghrib di surau yang terletak di tingkat bawah food court.
+ surau tu tak best sbb ia dalam tempat main boling. dah la derang pasang lagu nasyid apa ntah. aku nak baca Al-Fatihah pun rasa nak tersasul ajek. nak terikut ajek melodi lagu tu. siut tul.
+ lepas solat. aku naik semula ke food court dan order nasi kerabu hitam campur ayam percik kelantan. tak sama macam mak aku buat/ mak aku buat lagi best. kuahnya pekat. harganya rm5.50. oklah untuk tempat yang sebegitu. lepas makan sembang2 sampai 930 malam. terlepas sekali lagi tarawikh.
+ saharil pun ada semalam. dia menulis kata pengantar untuk buku jiwa kacau. dia seorang yang penyegan. dalam masa yang sama dia suka ketawa. aku pun penyegan sebenarnya. aku mahu jadi lelaki melayu terakhir.
// ini gambar aku dan saharil sedang membaca jiwa kacau. op yang ambil gambar ini. jadi aku baca entri op ketika gambar ini diambil. thanks op.
+ aku masuk forum tadi. aku baca thread jiwa kacau. aku jumpa gambar mawi baca jiwa kacau. wow. ini sudah bagus.
//jiwa mawi jangan kacau
+ oklah selamat menyambut hari raya buat semua pembaca. semoga ceria sambut aidilfitri.
+ salam buat semua pembaca blog nordin. esok 5 oktober 2005 bersamaan 1 ramadhan 1426 hijrah.
+ tahun nie pertama kali aku sambut ramadhan bersama umie. aku berazam nak pergi tarawikh sekerap mungkin. tahun lepas hanya beberapa kali aku pergi solat sunat tarawikh.
+ 2-3 menjak nie aku memang takde idea menulis. tapi kalau aku lapang. aku cuba juga tulis sesuatu. janji aku menulis.
+ ini motor KRISS nombor plat WHC 8508. banyak jasa dia dalam kehidupan aku. hari ini aku persembahkan gambarnya dahulu. esok2 aku ceritakan jasa dan pengalaman aku bersamanya.
++ hari ini juga aku ada pengalaman dengan KRISS. buat kali ketiga tayar pancit di lebuhraya. kali ini di lebuhraya guthrie - shah alam. dah la kawasan tu takde jenis penunggang motor yang membawa tiub. panjang ceritanya.
+++ nak jadi cerita tak lama lepas tu datanglah satu motor peronda lebuhraya. dia pun konteklah kawan dia yang bawak jip. derang tolong angkat dan bawakan motor aku ke bengkel motor kat TTDI. alhamdulillah. di saat kesusahan ada yang membantu. terima kasih pada abang2 peronda lebuhraya guthrie highway yang cukup baik.
++++ sebenarnya cerita nie panjang. tapi aku sibuk nak tulis panjang. jadi aku ringkaskan ajek. dan masa balik tu sebenarnya motor aku wat hal lagik. kali nie rantai tercabut pulak lepas tol paya jaras. sib baik leh betulkan sendiri. rupa2nya spoket dia dah haus gila. gigi dah ada yang patah2. teruk tul aku. tak jaga betul2 motor aku. esoknya aku cuti sbb pergi baiki motor.
+++++ terima kasih pada motor aku sbb jasa dia pada aku tak terbalas. nanti balik aku nak mandikan dia. dah lama dia tak mandi. babai.
+ esok 31 ogos 2005. genap 48 tahun negara kita Malaysia merdeka. negara memang terbukti sudah merdeka tapi sebenarnya masih banyak yang masih dijajah terutamanya corak pemikiran kita. merdekakan diri kita.
++ cuti hujung minggu lepas aku ke chini menghadiri majlis kahwin jobeng, rakan sepejabat. ceritanya panjang dan gambarnya banyak. nanti aku kemaskini yek. nak balik rumah dulu. babai.
++ minggu lepas aku baca respons mak dia. fatimah abu bakar. cikgu akademi fantasia. dia pun selalu dok peluk budak2 yang terkeluar dari akademi fantasia. budak2 ke. kalau dah umur 20 lebih tu. bukan budak2 lagik. dah leh jadi bapak budak tu. dia kata peluk2 tu menunjukkan kasih dan sayang.
++ kalau pasal gambar nie. mata dia buta ke. itu dah over sangat. siap cium dan peluk. itu yang ada gambar. yang ada bukti. yang takde gambar tak tahulah. mak dia pun kenalah bukak sket mata tu. kalau anak tu dah gatal merenyam sangat. kahwin ajelah. kurang dosa.
+ tak tahulah gambar nie super imposed ke apa ke. tapi kalau tengok betul2. memang tak super imposed. korang mesti kenal ngan artis pompuan nie kan sbb semalam ada kuar kat paper. tapi muka dia blur la sbb kuar paper.
+ apa la nak jadi agaknya. mak dok ngajar kat akademi fantasia. sekali terlupa nak ajar anak dia apa yang patut dan tak patut dibuat.
tadi aku tengok video yang dirakamkan oleh kumpulan ajaran sesat ayah pin. memang mengelirukan. dalam video tu ada ditunjukkan kawasan penempatan 'kerajaan langit' di besut.
kandungan video tu memang mengarut sangat dan aku tak percaya ramai yang ikut ajaran sesat tu. dalam utusan melayu hari nie pun ayah pin mengaku dia tuhan segala agama.
dalam video tu dia dakwa. agama hindu tu dia yang cipta tapi itu masa dulu. masa dulu nama dia lain. kira kes penjelmaan semula la nie. buduhlah.
malas nak komen panjang2.
/////dipetik dari http://www.nuun.blogspot.com
Laporan Khas Ayah Pin: The Edge (Bahagian pertama)
Sebenar-benarnya, hanya ada satu perkara yang menarik tiga orang wartawan bandar dari Off The Edge untuk meneroka ke ceruk Kampung Bartu 13, Hulu Besut di Terengganu, tempat kediaman Ayah Pin, penjelmaan semula semua lelaki suci dari agama-agama utama dunia. Macam yang didakwanyalah. Memang ramai pemimpin kultus yang mendakwa pelbagai tahap pandangan kenabian atau laluan ketuhanan. Tapi berapa ramai yang ada teko raksaksa setinggi 25 kaki?
Inilah tarikan utama kawasan seluas enam ekar di luar bandar Terengganu di mana Ayah Pin, nama sebenarnya Ariffin Mohamad, menetap bersama pengikutnya. Muncung teko ini seolah-olah pasu bunga raksaksa. Tidak jauh darinya terdapat struktur-struktur berwarna-warni yang lain, termasuk sebuah bangunan kuning berbentuk payung, sebuah perahu nelayan yang dilekapkan, dan sebuah bulan sabit yang besar. Pandangan Disneyland suci ini dapat dilihat dari sebuah dewan tersergam.
Mendefinasikan Ayah Pin adalah satu kerja yang rumit, terutamanya bila soalan ini diajukan terus kepadanya. Definasi terbaik, beliau adalah saluran bumi bagi sebuah pentadbiran syurga yang dinamakannya sebagai Kerajaan Langit, dan kawasan ini serta semua struktur-strukur taman temanya, merupakan replika buminya.
“Kumpulan†Ayah Pin telah mula “beroperasi†sejak tahun 1980an, dan merupakan satu pemangkin bagi sebuah kes mahkamah yang menjadi ujian bagi sempadan undang-undang dalam kebebasan beragama di Malaysia. Pada 1998, empat orang ahli kumpulan Ayah Pin terang-terangan mengumumkan keluar dari agama Islam, yang menyebabkan mereka ditangkap. Dakwaan ketuhanan Ayah Pin sendiri, termasuklah kepercayaan yang satu hari dia akan kembali sebagai Imam Mahadi [siapakah dia?] pada Hari Pengadilan, tidak dapat diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang melabelkannya sebagai seorang yang membawa ajaran terpesong. Semasa penggal pemerintahan PAS sebagai kerajaan negeri Terengganu dari 1999 hingga 2004, beliau dipenjarakan di Kelantan selama 11 bulan dari 2001 hingga ke 2002 kerana ajaran sesat.
Kami dipandu dalam perjalanan sepanjang tujuh jam dari Kuala Lumpur oleh kenalan kami, seorang lelaki bersuara nyaring dan berambut tocang satu yang dikenali sebagai Rosli, yang pernah menjadi pemain dram bagi kumpulan rock Def Gab C. Bekerja sebagai seorang sessionist studio pada masa ini, Rosli merupakan jurutunjuk Ayah Pin di KL, mengiringi media dan pelbagai pihak yang ingin tahu dengan ketulusan seorang eksekutif PR yang profesional. Sepanjang lawatan kami, beliau tidak henti-henti meceritakan dengan panjang-lebar kepada kami tentang protokol kumpulan itu dan cerita tentang Ayah Pin, cepat-cepat menepis sebarang tanggapan salah dan memastikan yang kami sentiasa “memperolehi perkhabaran â€. Kami dijamu dengan VCD pelbagai pengembaraan Ayah Pin, sebuah CD lagu-lagu yang kononnya mendapat inspirasi dari Kerajaan Langit, dan kertas-kertas lirik lagu yang berkaitan dengannya.
Rosli menceritakakan kepada kami bagaimana beliau mendapat satu mimpi yang terang berkenaan Ayah Pin, lama sebelum beliau menemuinya, dan bagaimana beliau merasa terpanggil untuk mencari tokoh ini. Beliau meninggalkan kumpulan rocknya, dan ke sana ke mari bertanyakan orang tentang tokoh di dalam mimpinya itu, sehingga seseorang menunjukkan kepadanya lelaki ini di Terengganu. Ayah Pin menjelma kepada manusia di dalam mimpi mereka, dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mencarinya, ujar Rosli. Di sebuah warung kecil di kawasan itu, beliau menunjukkan gambar-gambar Ayah Pin yang tergantung di dinding ‘berposing’ dengan satu campuran orang yang kelihatannya seperti orang asing. Seorang yang kelihatan seperti orang Afrika-Amerika dikatakan sebagai bekas orang CIA yang mencari Ayah Pin. Banyak lagi gambar-gambar menunjukkan Ayah Pin berposing dengan sami-sami Hindu di Batu Caves, dan dengan sami di Bali.
Setiap hujung minggu Ayah Pin mempunyai “sesi-sesi†berkumpulan, satu pada malam Minggu dan satu lagi pada pagi Minggu, dengan para pengikutnya di dalam dewan besar di tengah-tengah kawasan itu. Dewan tersebut, seperti kebanyakan struktur lain di kawasan itu, dihias terang-benderang dan dibina dengan kasar, dengan langsir merah jambu, tiang roman berwarna jingga, jubin biru dan putih di mana-mana.
Sesinya bermula dengan satu istiadat yang begitu menonjol. Kira-kira 100 orang lebih pengikut yang memenuhi dewan itu berdiri tegak apabila Ayah Pin melangkah masuk, diiringi persembahan acapella yang agak profesional dari seorang penyanyi lelaki – yang pastinya sebahagian dari rombongan Rosli dari industri muzik.
Disaluti jubah biru yang menarik, seluar putih, stokin hitam, dan sebuah turban maharaja yang berhias indah, Ayah Pin menghayun langkahnya, dengan bertongkat di tangan untuk mengambil tempatnya di tengah-tengah dewan di atas sebuah singgahsana bulat dilingkari oleh kisi-kisi yang menerjah. Bau cerut menusuk ke dewan, bila bekas-bekas abu rokok bertukar dari tangan ke tangan. Namun bagi Ayah Pin beliau diberikan rokok Salem Lights, sambil mendekati singgahsananya, merebahkan tongkatnya ke lantai dan mula menyalakan puntung.
Dua orang wanita muda – salah seorang darinya adalah isteri Rosli – mengibar-ngibarkan dedaun kipas merah jambu berusia 61 tahun ke arahnya sepanjang malam. Kaum lelaki dan perempuan diasingkan ke bahagian yang berbeza di dewan yang dihiasi lampu yang samar-samar itu. Singgahsana yang asimetri itu mengadap lantai di satu bahagian dinding, jadi dari tempat Ayah Pin berlabuh, beliau hanya berhadapan dengan kaum lelaki. Rosli, berpakaian kemeja putih yang kemas, seluar hitam dan kot hitam yang canggih duduk bersila di atas lantai berdekatan dengan pemimpinnya.
Mereka yang hadir kebanyakannya adalah orang Melayu, terdiri dari penduduk-penduduk kampung berdekatan dan pelawat-pelawat dari luar yang ditempatkan di pelabagai tempat penginapan sekitar kawasan itu, rumah-rumah kampung yang terbahagi sepanjang jalan negeri. Lewat malam nantinya, kami akan tidur di Rumah Selangor bersama Rosli dan rombongan Melayu bandarnya yang masih muda – orang seperti Ohneh, seorang sesionist studio yang saling tak tumpah seperti adik lelaki Awie, isteri Ohneh yang menawan Mariam, seorang penyanyi yang menyanyi penuh perasaan dan terkawal dengan rambutnya yang diwarnakan perang, bulu mata palsunya yang lentik dan panjang seperti kaki nyamuk; dan Mariana, seorang pelajar manis berusia dua puluhan dengan rambut panjang yang hitam lebat dan pertuturan bahasa Inggeris yang lancar.
Ucapan pembukaan Ayah Pin menampakkan dengan jelas kesedarannya tentang kehadiran media, dan beliau beria-ia menjelaskan reputasinya yang disalah anggap. Beliau bercakap tentang “contact lineâ€nya dari manusia sehinggalah ke langit, membawa berita dari “urusan kerajaan langitâ€. Beliau menegaskan yang beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah manusia di bumi ini dan di langit, bukan menipu mereka.
Sesi berkumpulan berlanjutan dalam suasana senyap-sunyi seolah-olah di dalam koma untuk selama dua jam; Ayah Pin jarang sekali meninggikan suaranya di tengah-tengah malam dengan titisan hujan rintik-rintik itu. Tiada gertak, tiada ancaman mengutuk, tiada seruan untuk bertaubat. Malahan, tiada langsung sebarang bentuk panduan atau pengajaran, tiada kata manis bersifat dakwah selain dari penegasan terus-menerus yang kuasa beliau adalah kuasa Tuhan, mewakili atau penjelmaan semula semua nabi-nabi dan dewa-dewa semua agama.
Beliau mahu semua orang tahu yang beliau tidak menyuruh pengikutnya menolak kepercayaan mereka sekarang. Fahamannya terangkum dalam semua. Tiada agama yang salah, selagi anda percayakan Tuhan. Faktor terpenting ialah memasukkan Ayah Pin ke dalam semua kepercayaan ini, sebagai perantaraan di antara syurga dan bumi. Jika anda menyembah Buddha, beliaulah Buddha. Samalah jika penyelamat anda adalah Christ. Beliau mendakwa “jumlah sebenar†pengikutnya adalah berjuta-juta orang. Dan beliau berada di sini untuk menyelesaikan masalah anda.
Para pengikut yang setia mencurahkan semua masalah mereka kepada Ayah Pin dalam satu sesi soal jawab, biarpun tiada yang begitu serius kecuali permintaan untuk mentafsirkan mimpi mereka. Dan mimpi-mimpi mereka, sudah tentunya, samar-samar dan membingungkan, dilengkapi dengan lembaga-lembaga berbayang-bayang, yang mana ketua di kalangan mereka dijelaskan oleh Ayah Pin adalah tidak lain dan tidak bukan dirinya sendiri, dan ini merupakan tanda dari “kerajaan langitâ€. Seorang lelaki India, di antara segelintir bukan Melayu dalam lingkungan itu, menanyakan tentang anaknya yang berkerusi roda. Ayah melontarkan balik beberapa soalannya sendiri: Bolehkah dia berjalan dengan tongkat? Bagaimana tulang belakangnya? Sudahkah dia cuba berurut? Setelah beberapa pertanyaan lanjut, Ayah berkata, “Ini nanti kita bincang, guna cara lain.â€
Sesi itu berakhir apabila tiada soalan lebih lanjut disuarakan, dan Mariam (bukan perempuan yang gemuk itu) mula menyanyi.
Pengikut-pengikut setianya benar-benar memuliakan Ayah Pin, menunduk dan merapatkan tangan mereka apabila beliau ada. Walaupun pemerhati yang melihat buat pertama kali sukar menjelaskan Ayah Pin sebagai seorang yang berkarisma, seseorang itu tidak sepatutnya memandang rendah pengaruhnya yang mampu menawarkan tafsiran yang kedengarannya berwibawa tentang mimpi dan bayangan yang menghantui mereka ketika tidak sedar. Ayah Pin menghadiri sesi keesokan paginya dengan berpakaian kot coklat, namun tetap dengan tongkat dan turban kepalanya. Soalan-soalan berkisar tentang mimpi juga, dan panduan ketuhannanya diminta. Kemudian kebanyakannya sama sahaja, termasuklah ulangan cerita seorang lelaki India yang meminta nasihat Ayah tentang masalah kesihatannya. Lelaki ini menderita perulangan semula masalah yang pernah dialaminya dahulu, batu karang yang telah pun dibuang secara pembedahan. Ayah mendiamkan diri untuk berfikir seketika, menghisap rokoknya beberapa kali sebelum menyuarakan soalannya sendiri: “Kalau ada rasa, sakit tak? Rasa tak sedap, gitu takde bahaya.†Beliau terdiam sejenak untuk berfikir lagi. “Minum lebih air, ia akan keluar...nanti kita bincang.â€
Kelihatannya tidak sabar-sabar untuk menamatkan sesi dengan suara yang lantang, Ayah Pin mengajukan soalan kepada mereka yang belum bersuara: adakah sesiapa pernah melihat satu susuk tubuh bersebelahan dengan sebuah buku dan pen, di dalam mimpi atau bayangan mereka?
(Sunyi sepi).
Buku itu mungkin tidak begitu jelas, dan tidak terlalu dekat dengan lembaga itu, tambahnya.
(Senyap sepi).
Okey, mungkin tak ada pen, dan bukan seperti sebuah buku, tetapi beberapa dokumen atau kertas, katanya, memandang sekeliling menanti jawapan. “Ada nampak petunjuk?â€
(Sepi).
Sekurang-kurangnya selama satu atau dua minit, sebelum seseorang menyahut, “Yaâ€.
“Ah, ini daripada kerajaan langit yang memberikan kertas kerja untuk ada petunjuk,†katanya. Beliau melambaikan tangannya, menutup mata bertafakur. “Ok, habih.†Mariam mula menyanyi, semua orang berdiri memberi perhatian, Ayah Pin berjalan kembali ke kediamannya. Dan sesi pun berakhir. Kami berpeluang “berbincang†dengan Ayah Pin dari hati ke hati di bilik mesyuaratnya sendiri, sebuah binaan segi lima dengan bumbung tingkap berkubah. Kami duduk di atas sofa vinyl yang tebal, dan dihidangkan minuman, buah anggur dan kuih-muih. Rosli duduk bersama di dalam wawancara itu, seperti seorang penjaga PR.
Ianya bermula dengan baik dan selesa. Beliau dilahirkan pada tahun 1943, di Beris, Kampung Besar Bachok, Kelantan. “Saya tak sekolah, sekolah darjah satu ke dua begitu. Saya tak mengaji ke mana-mana pondok. Bekerja untuk cari makan sahaja.†Ayah diziarahi oleh malaikat pada usia 10 tahun, selepas jatuh sakit beberapa bulan, tidak sedarkan diri dan hampir menemui ajal. Beliau memulakan tanggungjawab ketuhanannya pada usia 30 tahun, apabila beliau diziarahi malaikat sekali lagi. “Saya boleh pergi ke langit sendiri, saya boleh direct sana-sini. Seperti saya nak pergi Kuala Lumpur atas jalan raya, macam tu.â€
Wawancara dengan Ayah Pin
The Edge
Pergi langit dengan jasad sekali ke?
Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.
Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke?
Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi.
Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke?
Tak ada mimpi, dia [malaikat] direct terus. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.
Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa?
Saya berehat. Saya nak cari aktiviti duÂnia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.
Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30?
Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi, orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas diri saya tahu.
Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit, tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal kepada kerajaan langit terus.
Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun 10 hingga 29?
Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit. Saya satu orang sahaja.
Ayah berapa bini sekarang?
Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain. Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.
Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam Berita Harian?
Yang dia ambil pun bukan daripada saya.
Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob. Ayah pernah ikut dia?
Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama dengan dia.
Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang bagi sama dia. Itu saya tak mau. Itu saya keluar. Prinsip saya lain.
Tanah ini milik siapa?
Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.
Macam mana ada duit untuk beli tanah?
Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak tahu nak jadi macam ni. Ini pelan saya untuk membuat kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata separuh lebih dah buat bangunan.
Ayah ugama apa?
Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk mana-mana ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah, macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.
Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan?
Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih, tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan jawapan ini, orang lain — Cina, Melayu, Hindu, orang putih, orang asli — menganggap saya sebagai Tuhan.
Adakah tanggapan itu salah?
Tak salah. Benar begitu. Tuhan melindungi manusia. Dia kalau tak tentu, macam mana boleh anggap? Sebab dia dah tentu bagi dirinya, dah sah bagi diriya begitu. Sebab dia masuk langit, saya menjadi begitu juga.
Apabila sebut dengan nama Tuhan masing-masing, saya akan sampai. Itu dia anggap saya Tuhan. Bagi orang asli seratus peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan naga sekali.
Apakah dakwaan Mahkamah Syariah yang menyebabkan Ayah dipenjarakan tahun 2001?
Saya tak ada salah sebenarnya. Surat daripada kadi menjemput saya ke pejabat untuk bincang. Lepas beberapa kali kita bincang, tak jadi selesai. Sampai ketua polis panggil untuk bincang pun, semua pun tewas pada saya tak boleh buat apa-apa. Kemudian dia akan menipu cara dengan pakat dengan polis untuk buat kes atas saya mencabul orang. Buat cabul, sebenarnya saya tak cabul. Dia tu keluarga siapa ke saya tak tahu, supaya menghasut dia kata saya ni cabul dia. Itu dia tipu dulu.
Lepas itu, bila disiasatnya, ibu bapanya kata Ayah ubat anaknya bila dia sakit kepala di depan 30, 40 orang. Itu isu dulu. Bila siasat, tiada kes, majlis ambil tindakan atas surat kadi yang dihantar kepada saya untuk pergi bincang denganya. Saya tak pergi, lawyer kata surat ni tak perlu pergi, ni jemputan. Lawyer kata dia akan hubung dengan kadi. Selepas itu, apabila saya pergi begitu, dia ambil saya ke balai untuk dibawa reman di bawah majlis.
Dia kata surat tadi engkar mahkamah. Tapi macam mana engkar mahkamah, itu
surat jemputan. Lawyer bincang dengan hakim, kalau Ayah mengaku, dia beri ringan-ringan. Surat ni sebagai kesalahan. Kalau ayah tak mengaku, dia akan membuat beberapa kes lagi. Saya rasa saya tak hina mahkamah. Itu lawyer bagi tahu dia akan berikhtiar untuk saya.
Kadi sudah berhubung sebelum kes ini?
Sudah lama dia berhubung, sejak 1970an lagi. Kali pertama didakwa kes ni la. Surat itu kata hina mahkamah.
Bukan menghina Islam?
Tak ada. Masa itu saya sudah buat surat keluar Islam di pesuruhjaya Kuala Lumpur, sudah keluar Islam. Lepas itu baru dia charge hina Islam.
Mengapa bila kadi, polis mengganggu sejak 1970an, tapi mereka hanya mengambil tindakan pada tahun 2001?
Tak ada kes. Beberapa kali sudah panggil saya bincang. Tiada apa yang boleh buat kes. Lepas itu, kes ini. Sampai sekarang tak boleh buat apa, saya tak tipu orang, saya tak mengajar. Orang cari saya. Saya bukan tak pandai, semua ilmu saya tahu, semua undang-undang saya tahu. Saya mempunyai kuasa sampai begitu. Tapi saya tak boleh mengajar. Saya bertugas atas jawatan saya.
Kalau pengikut anggap Ayah Tuhan dan Ayah tidak menafi?
Nafi ke begitu saya pun tahu saya begitu. Mana-mana bangsa pun tahu. Pertolongan dari langit dalam laut. Kalau ada orang atas kapal terbang, kapal terbang nak meletup, kalau ada orang minta pertolongan, saya akan sampai automatik beri pertolongan. Itu orang anggap Tuhan.
Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat sumpah?
Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa ugama merujuk kepada saya semua.
Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula?
Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham.
Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya?
Memang beza.
Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan?
Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma.
Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan bahawa Melayu mesti jadi Islam?
Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang Melayu sahaja.
Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan, maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.
Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini?
Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua. Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini, barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia untuk buat ni, satu untuk buat lain.
Berapa kosnya tempat ini?
Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.
Dari mana datangnya duit tu?
Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.
Ayah boleh buat US dollar?
Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Mana-mana pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu.
Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja, atas pokok ke?
Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib juga.
Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit atas nama Ayah?
Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada. Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu. Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh bantu.
Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan?
Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Tuhan ni berlainan dengan yang lain. Saya bukan wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing untuk ketahui.
Adakah lelaki dengan wanita sama rata?
Tiada perbezaan.
Nilainya sama, mutunya sama?
Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.
Apa kekurangan perempuan?
Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia, perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki. Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.
Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke?
Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.
Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti?
Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.
Pada penghujung wawancara, Rosli dengan perlahan menanyakan kami, “Off The Edge ini, banyak orang Melayu baca tak?â€
isnin lepas. aku cuti sebab sakit leher. duduk kat rumah tengok dvd citer star wars. nak tengok wayang dah tak boleh. lesen tengok wayang dah mati. bukan umie tak kasi. umie kata kalau aku nak pergi tengok wayang dia tak kisah. cuma itu janji aku. aku janji lepas kahwin tak nak kuar tengok wayang dah.
petang tu aku tungu umie balik sekolah. kemudian keluar pergi bayar bil telefon. ajak umie pergi uia sebab dia kata nak cari jubah. aku pun ikut ajek. sampai kat uia gerai2 jual jubah dah tutup.
pergi sembahyang asar kat masjid uia. lepas sembahyang aku tunggu umie kat kedai2 area situ. ada satu kedai CELCOM. aku pulak jenis suka meninjau nombor2 yang best. aku usha dari luar kedai. wow!! cantiknya nombor. antara nombor2 yang ada. 019-2339494. 013-3995522. 013-3995566. ish. aku kena beli satu nie. aku memang dah lama niat nak tukar nombor. tak lama kemudian umie sampai. aku ajak dia masuk kedai tu.
"bang. nombor nie berapa jual?" aku tunjuk kat satu simpack yg nombornya cantek.
"itu semua display ajek bang" jawab mamat tu selambe.
aku dan umie pun keluar dengan hati yang panas. cilakak betul. aku tak paham motif dia display nombor yang cantik2 tapi sebenarnya nombor2 tu dia takde jual.
ini bukan setakat kes tipu. aku rasa hati aku dah dipermainkan. dekat 15 minit aku usha dari luar dan dok belek2 nombor yang cantek.
aku memang suka. menyedut siput memberi kepuasan. walaupun hasilnya tak berapa banyak.
dekat kedai bawah opis aku nie. nama kedai tu kopitiam. makanan dia dari gazebo. kiranya kopitiam nie anak gazebo la.
tadi aku makan nasi dan siput sedut. memang sedap. aku amik sekor yang besar. aku sedut. yark. aku rasa macam bau telur tembelang masuk dalam mulut. busuk dia memang tak leh tahan. aku luahkan dan letak dalam piring. aku rasa yang sekor tu memang dah busuk. yark. geli aku. sampai tangan aku pun bau busuk.
cuti 3 hari lepas aku ambil kesempatan untuk pulang ke kampung di pahang. adik-beradik belah abah semua ada di sana.
cadang untuk pulang pada sabtu tetapi umie ada mesyuarat disekolah. jadi kami pulang hari ahad pagi.
jam 730 pagi bertolak dari sungai buloh. cuaca agak panas. sampai dipahang jam 10 lebih.
JAM 1030 PAGI - SUNGAI KOYAN
rumah cu ahmad. dia abang kepada abah. abah anak bongsu dari sembilan adik beradik. cu ahmad no 7. kebetulan dia tiada dirumah kerana ada kenduri dikawasan berhampiran. nasib baik makcik aku ada. minum-minum dan sembang kosong.
JAM 1130 PAGI - KUALA MEDANG
rumah makcik nah di kuala medang. dalam 10 kilometer dari sungai koyan tadi. makcik nah adalah adik ummi. dia berkahwin dengan orang pahang. suami dia haji din cerita. dia kata konvoi rakit dan kayak baru berlepas ke kuala lipis. ini sempena satu festival yang jadi acara tahunan. sampai dikuala lipis rakit akan dihias. semuanya ada 100 buah. tengku mahkota pahang akan naik rakit dari kuala lipis hingga ke kuantan pada 8 mei ini.
JAM 1230 TENGAHARI - SUNGAI ULAR JAM 0230 PETANG - BUKIT BETONG JAM 0530 PETANG - PADANG TENGKU JAM 1000 MALAM - JENGKA 11
banyak lagi catatan tapi entah bila aku dapat siapkannya.
umi dan abah ke serting temankan kak ana yang menunggu masa sahaja untuk bersalin anak sulung.
tinggal aku, umie dan abg hakim dirumah. secara tiba-tiba pada jam 4 pagi. aku dan umie dikejutkan dengan bunyi radio. agak kuat diluar bilik.
siapa yang pasang?
ada pencuri masuk rumahkah?
pelbagai persoalan bermain dalam kepala aku. aku yang agak penakut suruh umie keluar tengok siapa yang dengar radio. tidak gentelmen betul aku. tapi umie tak berani. jadi aku yang penakut ini buka pintu perlahan-lahan.
aku hulurkan kepala. aku tengok radio memang dipasang. kuat. aku cuba pandang keliling. tiada sesiapa. aku lari ke arah radio dan tutup. kemudian cepat-cepat aku masuk semula ke dalam bilik dengan pelbagai persoalan.
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
Mula2 aku jumpa web mie. web ada gambar hantu dan benda2 pelik. aku ingat web budak sekolah mana ntah. kelakar betul. (ayat ini disebut didalam hati nett)
SPYZ CERITA TENTANG MIE
petang aku surfing gengjernel site macam biasa. aku tengok mie dah letak aturcara majlis.. bila aku teliti, nampak macam ada sesuatu yg kurang jelas.. 'aktiviti 1' tu apa? 'aktiviti 2' tu apa? dah decide nak buat apa ke belum?. tiba2 timbul plak idea kat kepala aku nak sumbangkan sesuatu utk gengjernal gathering ni.. yelah.. nak sumbangkan duit, aku bukan ahli korporat ke hapa.. nak buat kerja2 urus setia pun aku tengok ramai dah buat dah.. so, aku pun call mie..
sebenarnya inilah kali pertama aku nak bercakap dgn gengjernel.. suspen pun ada.. sbb aku nengok kat gambar, mie ni badan besar.. disergahnya aku kang.. terus tak terkeluar apa nak cakap.. heheh..(jgn marah mie...). aku call h/phone dia.. aku perkenalkan diri aku ahli gengjernel.. " sapa..." dia tanya. " spyz... kenal tak?..". " ohh.. dah dengar nama tu kenallah...". nasib baik dia kenal aku jugak sbb aku rasa dia tak pernah jengah jernel aku (dgn andaian dia tak pernah sign gesbuk aku..). tapi mungkin dia kenal sbb aku pernah sign gesbuk gengjernel nih... aku pun tanya kat dia pasal detail aturcara tuh dan bagi idea aku sikit.. mie kata ok.. lepas tu aku e-mail kat dia 'material' yg aku cakap kat dia tuh.. aku mintak dia call aku utk konfirm sama ada dapat attachment tu ke tidak, sbb fail tu agak besar.. aku takut mailbox dia penuh.. yelah.. webmasterlah katakan. tunggu punya tunggu, tak call call jugak.. sesambil tu aku check gesbuk aku... lahhhh... *refer apa mie kata kat gesbuk pada 8/11/2001, pukul 3.28.pm*... hahahaha... terus aku call mie sekali lagi dan borak2 kejap...
so, hari semalam adalah hari pertama aku bercakap (dlm tepon shj..) dgn gengjernel yg juga webmaster site gengjernel dan mie jugak orang pertama yg tau nama sebenar aku dan mungkin jugak tempat kerja aku... hahaha.. simpan dulu mie.. jgn bagitau org sampai gathering nanti.. ok.. sekian...
hari ini 5 mac 2005. genap 27 tahun aku menghirup udara dibumi Allah ini. aku tak mengadakan apa2 majlis cuma semalam. keluar makan2 bersama ummi, abah dan umie di restoran dekat rumah.
semalam ijah telefon. wish besday sambil ingatkan aku kerja2 dia yang belum aku siapkan. hebat2 budak sekarang. buat assignment tak mahu guna powerpoint. tak canggih. nak guna flash sebab mahu canggih. hasilnya abang dia nielah yang kena buat.
ada juga yang ingat besday aku semalam. terima kasih. teringat 3 tahun lepas. sambut besday ngan kawan2 gengjurnal kat restoran gelas besar di manjalara. seronok. sekarang masing2 dah bekeluarga. makin sibuk dan berat dengan tanggungjawab.
"Selamat ari lahir yg ke 27.. smg dp'jgk' usia & d murahk' rezeki" honey
"Epi besday mie. Semuga ceria dan idup diredhai Allah. Muga dpt cepat mie junior. Hehe" netto
"Slmt hari lahir. Moga pjg umur n murah rezeki" zuri
Kak ana antar mesej bergambar. Amyz dah wish kat bukutamu dan antar kad online. Spyz pun mesej gak. Lewat sehari tapi ok lah. Ingat jugak dia.
Terima kasih pada yang ingat dan yang pernah ingat besday aku. Semoga panjang umur murah rezeki.
Tahun nie pertama kali sambut besday dengan umie. Dah 3 bulan kami kawen. Alhamdulillah kebahagian itu ada dengan kami. Aku harap ia kekal selama2nya. Amin.
sekarang dah masuk bulan 3. ada cuti sekolah minggu depan. jadi ramai kawan2 aku kawen. nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada:
01. pasangan ejat dan cik miera
02. pasangan wawa dan wan-g
03. pasangan kapi dan nani
semoga majlis berjalan dengan baik. semoga ikatan yang terbina berkekalan hingga akhir hayat.
semalam 6 februari. satu tarikh penting bagi mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan semalam.
semalam saya ada 2 jemputan. satu di kg merbau sempak dan satu di jalan peel dekat pudu.
keluar rumah jam 1 petang. pergi yang dekat rumah dulu. kampung sebelah ajek. kawan sekolah rendah umie. makan pulak sekali ngan kawan2 dia. aku ajek lelaki. jadi cam biasalah. kena kontrol macho dan kontrol perut. kena nampak sasa sket. sampai kat rumah pengantin. cuba reverse kereta. masa tu kat bukit. mengundur ke belakang. 3 kali enjin mati. entah apa rosaknya. macam tak cukup power.
semalam pergi tukar hon kereta. cina kedai aksesori tu kata dah rosak. aku pun tukar. dia kata semua rm35. aku mintak kurang dapatlah rm33. dia kata itu murah sebab termasuk upah dan wire. aku tengok kat resit harga hon tu rm10 ajek. upah dia yg mahal sampai rm13. lagi rm10 harga wire. balik kenduri nie kena pergi kedai tu balik. tanya dia apsal. takkan tukar hon bagi kesan pada enjin pulak.
sampai kat kedai aksesori tu.
"apsal saya punya enjin begegar kuat sangat? semalam sebelum saya tukar hon. semuanya ok ajek." aku tanya.
"aiyak. itu hon mana ada kaitan sama itu enjin." jawab cina tu. mesti dia ingat aku cikai sangat pasal kata lepas tukar hon enjin jadi rosak.
"waa.. ini begegar kuat nie... u ada cuci enjin ka?" kata cina sorang lagik.
"tiap2 bulan saya kasi servis ini kereta?" aku jawab
kemudian datang sorang cina tu tengok2. apsal enjin gegar kuat sangat. kemudian aku nampak dia tarik satu wire. masa dia tarik tu seolah2 macam aku tak nampaklah. rupanya masa dia pasang hon tu semalam. dia dah cabut satu wire ke enjin. sebab nak skru hon kat situ. lepas tu dia tak pasang balik. dia pasang cepat2 dan terus blah. tak de pun nak minta maaf ke. cilakak betul.
lepas tu pergi ke majlis kahwin faris dan aida di jalan peel, pudu. adeh. aku sesat lagik. aku betul2 tak familiar kawasan situ. dari sungai buloh jam 230 petang. sesat sesat sesat. sampai rumah pengantin dah jam 400 petang. umie dah tarik muka. :(
masa sampai semua dah kemas2. pengantin pun dah balik rumah. lepas makan2 sket. pergi rumah pengantin kat belakang dewan ajek. jumpalah.
untuk faris dan aida. selamat pengantin baru.
habis majlis terus pulang kerumah. dalam kepenatan akal dan fizikal.
ini adalah promo untuk gangguan teksual 4 (GT4). aku baru sahaja selesai mencari cerita yang sesuai dari koleksi lama untuk dimasukkan kedalam GT4. baru habis cetak. esok pagi hantar ke fotostat. cetak seratus helai depan belakang.
kemudian beli sampul dijamin sampai esok. kalau tak esok lusa mesti sampai. kirimkan kepada tok rimau. harap2 dia tak reject cerita aku yang macam biasa. banyak mengarut ajek.
siapa yang boleh sertai projek gangguan teksual nie? sesiapa pun boleh sertai projek nie. kalau nak tahu lebih lanjut. sila layari web rasmi gangguan teksual.
sabtu 29 januari tu memang banyak aktiviti. dari pagi sampai ke pagi keesokan harinya.
lepas subuh sambung tido. ujung minggu. kol 10 bangun. tak sedar umie ada miss call. mandi dan sarapan. kemudian kuar amik umie kat ibmm lembah pantai. jumpa kak mas di kl sentral. meneruskan kebiasaan sesat jalan. hasilnya 3 kali pusing kl sentral.
masa lalu kat depan muzium negara. ada eksiden. kete kancil dah tebalik. 4 tayar tidak lagi diatas jalan.
EPISOD SATU : PENA
menuju ke rumah pena. ada forum yang menarik. pertama kali sampai ke rumah pena. nasib baik kak mas ada. sampai dah lewat. ramai juga yang ada. panel2 ialah nisah harun, sri diah dan orang kuat gengjurnal, tok rimau. dipengerusikan oleh nazmi.
tajuk yang dibincangkan ialah weblog: ruang idea & ekspresi sastera. tak nak komen pasal tajuk yang dibincangkan cuma aku cukup teruja melihat mereka bercakap mengenai perkembangan blog dan kaitan dengan aliran sastera.
pada aku blog adalah blog. kita boleh tulis apa yang kita mahu. tulis apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. cuma berhati2 dengan bahasanya. kerana mulut badan binasa.
tengok. dalam tak nak komen aku beri komen juga. blog adalah medium bebas dan kita boleh nyatakan pelbagai perkara. tidak terikat dengan mana2 peraturan. bahasa yang digunakan juga ikut keselesaan tuan empunya blog.
setiap blog ada target audiennya. ada orang kata bahasa dalam blog boleh merosakkan bahasa. pada aku. kita perlu pandai membezakan antara bahasa rojak dan bahasa buku. contohnya kalau kita nak buat surat rasmi. takkan nak guna bahasa yang ringkas, bahasa rojak dan sms. sebab kita tahu kalau nak tulis surat rasmi. mestilah guna bahasa buku sebab ia ada format tersendiri.
dan begitu juga kalau kita nak tulis blog. takkan nak tulis guna bahasa buku. nanti orang bosan nak baca. kalau boleh, bila kita tulis blog. kita nak tulis menda yang mudah difahami. kita nak jadi lebih kreatif. cuma jangan kreatif terlebih2 sangat.
sastera dan blog ada halatuju masing2. dan ia akan saling bantu membantu. tahniah kepada ahli2 panel yang cukup bijak membicarakan soal weblog: ruang idea & eksperesi sastera.
lepas habis berforum. ada jamuan ringan. tok rimau sempat promosi GT3. aku beli satu. turun bawah minum. afxzal beri aku satu keping CD Rakaman Gathering di UPM. terima kasih yang tak terhingga.
kalau nak dapat CD. sila berkunjung ke blog afxzal.
EPISOD DUA : PAKWAN
selepas habis berforum. ada yang terus pulang dan ada yang menuju ke rumah basri untuk satu Poolside Party BBQ di Mutiara Subang anjuran grup chating geng mak itam (GMI).
aku, umie dan kak mas pula menuju ke gombak. berkunjung ke rumah kawan umie iaitu pak wan yang baru melahirkan anak kedua. ops. yang melahirkan adalah isteri pak wan.
bukan kami bertiga sahaja. turut serta ialah faris, aida dan wana. pakwan masak mee rebus. sedap.
EPISOD TIGA : MAK ITAM
lepas maghrib. kami menuju ke mutiara subang. faris dan aida juga turut serta. wana terus pulang ke rumah.
Poolside Party BBQ ini sudah lama dirancangkan oleh foundernya geng mak itam (GMI) iaitu basri. pada aku basri cukup agresif dan berkeyakinan dalam menganjurkan aktiviti. keterlibatan dalam aktiviti gengjurnal cukup tinggi.
mutiara subang tak jauh dari rumah aku di sungai buloh. dalam 5 kilometer. aku tunggu di subang suria dan basri jemput di situ. masa sampai di tepi kolam. dah ramai yang hadir. kelihatan rudy dan op sibuk membakar ayam. aku bangga sebab ramai yang datang malam tu. dari yang lama hinggalah yang baru.
aku ambil beehun dan air bandung. memang sedap. yang paling best. masa nilah nak jumpa kawan2. lepak2 disitu sampai jam 11 lebih. kemudian pulang kerumah.
mandi2. lepas tu keluar hantar kak mas ke kelana jaya. selepas tu jalan2 dengan umie. tengok bintang dilangit. balik rumah tidur.
//kredit:gambar gmi adalah hakmilik opx dan gambar dirumah pena hakmilik afxzal.
penatnya petang nie. dah hari selasa rupanya. sepatutnya cuti hari nie. thaipusam. tapi opis aku macam biasalah. kerja.
jumaat lepas hari raya aidiladha. kali nie lebih meriah berbanding tahun2 sebelumnya. semua orang balik. kak ana dan suaminya. et dan suaminya. aku bersama umie. hanie, akram dan ijah pun ada.
tapi hari nie semua dah takde. kak ana dah balik serting ahad lepas. hanie pun dah balik melaka. kak ana yang hantar. et dah balik umah suami dia kat puchong. akram dan ijah dah balik johor. tinggal aku dan umie ajek kat umah. bila abah kuar keje tinggal ummi sorang2 kat umah.
2 ekor lembu dikorbankan tahun nie untuk jalan gajah 8 dan 21. kat masjid sembelih 4 ekor lembu. 2 ekor lembu tu sembelih kat rumah jiran aku. sayang betul sebab seekor tu mati terjerut tali. jiran aku kata dia mati bukan sebab tali tu belit leher dia tapi sebab belit kaki dia. entah. aku tak tahu lak lembu leh mati kalau terjerat tali kat kaki. mungkin dah ajal lembu tu agaknya.
lembu ganti dicari. dapatlah sekor. tapi kecik sket. :) 2-3 hari tu asik makan sup gearbox ajek. memang sedap. panas jugak badan asik makan daging ajek.
okeylah. selamat hari raya aidiladha untuk semua.
bila kita melangkah ke hadapan. pasti ada perkara yang kita terpaksa tolak ke tepi. antara 2 persimpangan kanan dan kiri. kita kena pilih. sedangkan kita tak tahu jalan mana kita nak tuju. kekanan sepatutnya atau kekiri seharusnya. bila mahu buat keputusan kenalah yakin dan tetapkan dalam hati. kalau mahu terus kepuncak. tidak boleh undur walau selangkah. semakin banyak langkah diundur. takkan kemana juga. semoga kita semua berjaya dalam mencari erti kehidupan yang hakiki. bak kata seorang kawan. hidup kita tidaklah terlalu susah dan tidaklah terlalu senang. kita ambil yang ditengah2nya.
Untuk semua pembaca Muslim ! Ada dua product ni contain lemak babi. JAKIM ada hantar surat pada semua retailer supaya Tutup tanda halal kat product tu. Productnya : 1. Dove - syampoo, cuci muka dsbg 2. Pringles - potato chips yang dalam tin panjang tu Harap beritahu kengkawan yang lain KEPADA SEMUA PEMBACA MUSLIM SUPAYA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI LAICI DALAM TIN. KALAU MEMBELI, TELITI DAHULU NAMA PENGELUAR, PERHATIKAN LABEL MAKANAN DALAM TIN YANG TIDAK HALAL. RUPANYA ADA SATU JENAMA YANG MENGETIN BABI DAN JUGA MENGELUARKAN PRODUK LAICI DALAM TIN. PERHATIKAN JENAMA INI.. `NARCISSUS` KALAU TAK PERCAYA BOLEH TENGOK KAT SUPERMARKET.HARAP BERINGAT SELALU SUPAYA DARAH DAGING KITA TIDAK MENGHALANG KITA BERIBADAT "Tolong sebarkan massage ni kpd seberapa kenalan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- JAWAPAN DARI PIHAK JAKIM bertarikh 04november2004
kedua-dua produk dove dan pringles tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM kerana kedua-duanya adalah barangan import walau bagaimana pun tindakan akan diambil untuk memastikan hal sebenar perkara ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SENARAI PREMIS/SYARIKAT TIADA PENGESAHAN JAKIM antaranya ialah:
01. Victoria Station
02. Kam Lun Tai -
03. Lotus Family
04. Starbuck dan banyak lagik
aku tak larat nak tulis semua. jadi boleh lihat dari sumber dibawah ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dari http://www.halaljakim.gov.my
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dah lama isu halal haram dalam makanan nie dibincangkan. ini sedikit pengalaman aku dari seorang kawan yang kerja kat kat sebuah pasaraya besar. seperti kata pesanan yang diforward diatas. pringles adalah tidak halal kerana tiada tanda halal yang dipaparkan. aku sendiri pernah check kat kedai memang tiada tanda halal. menurut kawan yang kerja dipasaraya tu. kalau jumpa yang tanda halal. itu tanda yang dilekatkan sendiri oleh pekerja pasaraya tersebut.
pada aku mudah ajek. kalau kita was2 janganlah makan atau guna.
hari sabtu baru2 nie. aku kerja. sepatutnya cuti tapi ada keje nak kena siapkan. stay kat opis dari jam 1 petang hingga 8 malam.
balik tu singgah kat satu klinik di sungai buloh. amik ubat abah. jadi singgah kat situ dan beritahu nama abah dan no ic. kiranya beli ubat sahaja tanpa jumpa doktor.
dalam masa 5 minit. pembantu klinik tu panggil aku. dia beri 4 jenis ubat. semuanya rm26 ringgit. aku hulurkan rm50.
aku cuba membeli surat khabar kosmo yang berharga rm1.20. hulur rm50. india tu kata dia takde duit kecik. sebenarnya ada tu cuma dia malas nak tukarkan. kalau aku tak beli paper dia. takde rugi sangat. kebetulan masa tu dia tengah mengait baju anak dia agaknya.
aku dah jadi blur. kat sebelah tu ada gerai nasi lemak. aku pikir2. takkan nak makan nasi lemak harga singgit dan bayar rm50. camne nak buat nie.
aku masuk semula kat klinik.
"saya nak tukar tapi kedai tu pun takde duit kecik" kata aku tegas sambil muka series.
"yelah... kita pun takde duit kecik" kata pembantu klinik tu.
"oklah macam tu. saya kensel ajek ubat nie" kata aku.
"tak bolehlah encik sebab saya sudah tulis" kata dia lagik.
kemudian dia kira duit yang ada. memang dia takde duit kecik. duit yang ada pun tak sampai rm20.
"yelah dah saya pun takde duit kecik. nak buat macammana? takkan dari pagi berniaga takde duit kecik... takpelah... itu ubat saya ambik esok...kalau tak nak berniaga tutup ajek klinik nie " kata aku sambil bejalan ke pintu. kebetulan ramai pulak orang hari tu. malu aku.
"encik... tunggu dulu" kata dia
kemudian nampak dia kuarkan duit dari handbag dia. kiranya dia dahulukan duit dia dulu. kemudian dia beri pada aku. aku amik ubat dan duit. terus kuar. aku tak lupa untuk ucap thank u. aku bukan jenis biadap. tapi kalau jenis tak hormat pelanggan. payahlah.
kat malaysia nie memang macam nie. ada ke patut dia takde duit kecik kita pulak kena pegi tukar. sepatutnya dia lah yang kena pastikan ada duit tukar. tak prihatin betul.
ini cerita lama. cerita 26 disember 2004. cerita menang anugerah weblog tercanggih semasa perhimpunan perdana gengjurnal 2004 yang diadakan di dewan sri pulasan serdang.
terima kasih kepada para penaja yang menaja majlis tersebut hingga menjadikan ia hebat.
+ terima kasih pada sya kerana menaja hadiah untuk kategori ini.
+ bersama penerima anugerah catatan weblog terbaik. tulisan dia memang hebat. kalau tak percaya boleh baca sendiri. weblog encikkhairul
"ko datanglah. aku nak masak2. minta tolong umie buatkan kek coklat sama yek. teringin la nak makan kek coklat dia."
petang jumaat tu aku pegi mendermakan pakaian2 lama yang masih boleh dipakai untuk mangsa2 tsunami. kutipan dibuat kat dataran maybank bangsar. lepas tu gerak ke one utama. aku, umie, hanie dan ijah join spyz sekeluarga makan kat arena foodcourt. nak sampai ke ou tu macam biasalah. mesti tesalah masuk jalan punya.
lepas makan spyz sekeluarga balik. kami pergi ke jusco sebab hanie nak cari barang keperluan dia kat kolej. aku pun meronda2 la kat bahagian barangan elektrik. penat jugak. penat menunggu. orang pompuan kalau cari barang memang lama. tapi aku tak kisah. aku biarkan mereka cari barang mereka dan aku suka ronda sorang2. usha awek? takdelah.
balik tu rasa macam nak demam dah. sejuk sangat agaknya kat ou tu. walaupun malam tu tahun baru. tapi jalan tak jem sangat. tiada sambutan diadakan. apa guna kita bergembira dan melihat ramai saudara kita yang dilanda tsunami menderita dan keperitan meneruskan kehidupan.
petang sabtu tu kami sekeluarga bertolak ke rumah kak ana di serting. sampai rumah kak ana jam 8 lebih. kak ana dah masak2. sedap. aku makin gemuk sebab asik2 makan.
ahad tu. pagi pergi rumah sepupu kat bahau. tengahari hantar hanie pulang ke kuala sungai baru. kat kolej teknologi islam melaka. kemudian terus hantar ijah kat pontian johor. dari pontian singgah sebentar di rumah pak matlob di pekan semerah batu pahat.
dalam jam 12 malam bergerak pulang ke kuala lumpur. dari muar aku yang drive. masuk tol tangkak. ummi dan abah dok belakang. sian abah sebab penat drive. aku dan umie duduk depan. mata memang mengantuk. lepas kawasan rehat senawang. ada 2 biji bas kat depan. aku pintas bas tu. kemudian terasa macam tayar pancit. arggghhh sudah. aku cepat2 ke tepi dan bas 2 biji tadi terus. nasib baik cepat kalau tak kena langgar la ngan bas tu. tayar depan belah kanan sudah pancit.
nak kena tukar tayar nie. abah kuarkan tayar spare. aku cuba buka nat pada tayar. ketatnya. aku tak sure nak buka nat tu hala ke mana. setelah 20 minit berjaya juga buka 2 daripada 4 nat tu. yang 2 lagi tu macam sudah haus. masalah jugak nie. aku cuba call plus ronda tapi tak dapat sebab bateri dah weak.
kemudian sebiji kancil datang di seberang jalan. 2 orang india keluar dan cuba membantu. aku rasa lain macam.
"abang apa rosak?" tanya india tu
"tayar pancit" jawab aku
india tu kata dia nak bantu. aku tanya dia dari mana. dia kata dari plus workshop. dia hulurkan lampu suluh dia pada aku dan minta aku suluh sementara dia buka tayar. aku hairan sebab dia tak pakai uniform tapi t-shirt biasa ajek. sorang tu bertopi dan pakai subang ditelinga. aku dah rasa sesuatu akan berlaku.
kemudian dia pun tukarlah tayar tu. payah jugak sebab 2 nat tu macam dah haus. tapi dia bagus. dia tahu macammana nak solve problem tu.
dalam kepala aku bermacam2 perkara akan berlaku. mungkin lepas dia baiki kereta. dia dan kawan2 akan ugut dan larikan kereta kami. mungkin dia akan keluarkan pisau dan rompak kami. mungkin dia akan ketuk kepala aku dengan besi pembuka nat tayar. dan yang paling aku risau takut dia apa2kan isteri dan ummi abah aku.
aku tak nak riak. aku ada talipinggang hitam. aku boleh tendang hingga paras kepala. tapi itu dulu. sekarang aku nak angkat kaki paras pinggang pun tak lepas rasanya.
sambil menyuluh dia buat kerja. bermacam2 perkara main dalam kepala aku. kemudian aku nampak ada sorang lagik india lintas jalan. dia menyertai kawan dia yang berdua tadi.
kemudian mereka dok cakap dalam bahasa tamil. mereka ingat aku tak tahu cakap tamil. aku tahu sebut satu sampai tiga dalam bahasa tamil.
akhirnya siap juga tayar ditukar. aku terus menanti apa akan berlaku seterusnya. lepas siap abah salam ngan india tu sambil hulurkan rm20. upah kerana tolong. kalau tidak kerana dia tolong. payah juga nak tukar tayar tu.
mereka juga salam dengan aku. baru 2 - 3 langkah mereka melangkah. aku nampak mereka secara spontan mengangkat tangan tanda jumpa lagik.
alhamdulillah semuanya selamat. rasa macam mati hidup semula. sebab terlalu banyak kes yang berlaku melibatkan pengguna jalanraya. syukur masih selamat. kita bukan suka buruk sangka tapi perasan takut tu normal bagi orang biasa.
untuk kawan2 india tadi tu. terima kasih banyak2 sebab membantu kami sekeluarga. budi tuan pasti dikenang.
aku dapat beberapa pengajaran disini. ada hikmah agaknya. jangan buruk sangka pada orang. selama nie aku selalu buruk sangka pada orang india tapi tak sangka malam tu. Allah hantar mereka untuk tolong kami. orang melayu jangan haraplah nak berhenti kalau nampak kereta rosak kat tepi jalan.
aku terdetik untuk petik catatan seorang rakan dari malaysia yang mencari ilmu di indonesia. ceritanya tentang tsunami yang melanda. sila baca catatan gigitakbertatoo
di kampus, kawan-kawan yang berasal dari Acheh hampir semuanya tak masuk dept. adik-adik yang masih undergrad tak mampu untuk menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula januari ni. kemarin, aku lalu depan asrama mahasiswa Acheh. suasana di area tu sangat...aku tak tau nak cakap macammana, aura di situ penuh dengan kegelapan, kedukaan,kesedihan, tangisan dan airmata. ada beberapa mahasiswa yang terpaksa dibawak ke hospital sebab depresi teruk lepas tahu keluarganya semua meninggal.
kota yang paling parah terkena gelombang tsunami adalah Banda Aceh dan Moelaboh (baca:Melabuh). di Moelaboh, 80% kota hancur dan dari 50k penduduknya, cuma 20% yang survive, dan sampai sekarang masih isolated. bantuan pun cuma dapat dilempar melalui udara sebab jalan dan landasan kapal terbang hancur. hanya chopper yang dapat mendarat.
masih banyak mayat yang bergelimpangan sebab tak ada orang yang dapat mengurus. mayat yang terendam air mula rosak dan berbau. mana yang sempat diurus, semuanya dikebumikan secara massal. satu padang, di gali lubang, disusun berderet-deret dan ditanam. tanpa nisan dan tanpa nama. Majlis Ulama Indonesia mengelurkan fatwa, korban bencana alam ini mati syahid dan tak perlu dimandi dan dikafankan.
di Banda Acheh, mungkin suatu mukjizat Masjid Raya Banda Acheh masih utuh tak luak dek gelombang tsunami. Padahal sebuah supermarket 4 tingkat tak jauh dari masjid rata dengan tanah. Subhanallah..
sekali lagi, al-fatihah untuk korban yang meninggal dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang berat ini.
masih terasa bahang2 kehangatan gathering 2004 (perhimpunan perdana gj04) yang telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 26 disember 2004.
cuma bahang setiap orang menghadiri gathering pasti berbeza. kalau orang lain rasa seronok dan gembira. aku pun begitu cuma tak berapa seronok. bukan pasal majlis tak best atau apa. sebabnya aku tak dapat menghadirkan diri awal. aku sampai pada jam 4 petang. sejam lebih dari majlis bermula.
cuma yang menariknya. sebaik sahaja aku melangkah masuk. tetiba diumumkan aku sebagai pemenang untuk anugerah weblog tercanggih (aku rasa blog aku biasa2 ajek). terus naik atas pentas. sempat jugak aku menjeling melihat jumlah kehadiran yang aku anggarkan sekitar 130 orang.
terima kasih kepada juri yang memilih aku untuk anugerag weblog tercanggih. ini pesan aku kepada diri sendiri. walau secanggih mana blog tapi kalau malas nak tambah cerita baru. takde maknanya canggih tu. :)
terima kasih kepada 3sya atas sumbangan hadiah. sebuah kapal kayu yang cantik. aku letakkan atas meja solek kat dalam bilik. sayang nak buka plastiknya.
aku dan umie duduk bersama2 ep, kak sri adriani, mawar dan tunang, melati dan beberapa orang lagik. aku jeling2 setiap orang dimeja masing. cadang nak jalan kat setiap meja tapi rasanya tak manis sebab majlis sedang berlangsung. jadi aku tunggu dulu. tak lama lepas tu aku ke meja makanan. cadang nak amik air tapi air takde. makan buah tembikai. jadi air tembikai. sempat jumpa ngan syakirin,poad, napang, op, basri, yadziz dan beberapa orang lagik.
tepat jam 545 petang majlis berakhir. semua sepakat kemas meja susun kerusi buang sampah. masa tu barulah dapat bual2 dan sembang2. sebelum tu amik gambar ramai2. seronok betul.
cuma aku sedikit ralat sebab ramai orang yang tak dapat aku tegur dan jumpa. insyaAllah dimasa akan datang kita ketemu lagik.
semoga gengjurnal terus maju jaya. menurut ucapan penutup tok rimau. ini penggal terakhir dia menerajui gengjurnal. dalam kepala aku merasakan jawatan presiden gengjurnal perlu dipegang sekurang2nya 2 penggal sebelum pemilihan semula diadakan.
aku ingin mencadangkan agar tok rimau dipilih untuk sepenggal lagik. itupun jika mendapat restu jawatankuasa gengjurnal yang lain. sebab aku dapat rasakan kombinasi tok rimau dan wakdin berjaya membawa sesuatu yang baru dalam hala tuju gengjurnal.
semoga gengjurnal terus maju jaya.
* didalam kita bergembira pada ahad tersebut. telah berlaku satu malapetaka yang melanda kawasan perairan pantai di utara. tsunami satu nama yang kerap didengar. kehadirannya disambut riang kerana mereka yang bersorak tidak menyangka ombak akan setinggi 6 meter. setakat ini berpuluh2 ribu nyawa sudah terkorban. sama kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa2 yang beragama Islam. semoga ahli2 keluarga tabah dan tenang menghadapi dugaan ini.
** ``Allah hanya bagi pinjam (nyawa mereka) dan kini Dia ambil balik. Kami reda dengan ketentuanNya,'' begitulah luahan hati Zulkifli Mohd. Noor dalam nada sebak kepada ahli keluarganya.
syukur kehadrat Ilahi atas limpah rahmatnya semuanya telah berjalan dengan baik.
2 disember 2004
+ majlis akad nikah diadakan pada jam 230 petang. dinikahkan oleh ustat mahmud bersaksikan ustat abu dan ustat shafie. dengar khutbah nikah hampir 20 minit sebelum majlis bermula. masa nie dah berpeluh dan masih mengingat sebutan akad. takut kantoi. lain tempat lain bentuk sebutan akadnya. ustat mahmud tanya. nak cuba dulu ke. aku kata nak. masa cuba kantoi. salah ayatnya. alhamdulillah masa yang betul2 berjaya akad dengan betul.
5 disember 2004
+ majlis dirumah perempuan. pakai baju kaler2 emas. bertolak dari rumah jam 145 petang. berkompang. amik2 gambar dan melayan tetamu. sampaikan hidangan pengantin aku jamah sikit ajek sebab nak layan kawan2. tima kasih pada gengjurnal yang hadir.
18 disember 2004
+ majlis dirumah lelaki. sekali dengan majlis adik zuriyati dan aziz. derang dah pegi honeymoon kat cherating. aku? tak sempat lagi nak honeymoon. terima kasih pada semua kawan2 yang datang. rombongan dari opis memang meriah. rombongan gengjurnal juga ramai. dari opis lama dicyberjaya juga. terima kasih.
keluarkan air batu itu dari dalam peti ais dan letakkan di dalam segelas air. tunggu seminit dua, air dalam gelas itu pula yang akan jadi sejuk. tunggu lagi lama; misalnya sejam dua, air dalam gelas itu tidak akan sejuk lagi.
api mancis itu panas.
gores mancis dan biarkan ia menyala. campak mancis itu ke dalam kuali berisi minyak. tunggu sesaat dua, minyak di dalam kuali itu akan menyalakan api yang lebih besar. tunggu lama lagi, kita akan dapat dengar siren bomba.
sabar itu umpama air batu.
bila ada orang datang memberikan kita kesusahan - mahu pukul kita, mahu marah kita, mahu mengejek kita, mahu menuduh kita yang bukan-bukan, usah kita buat apa-apa. senyum sahaja dan kata 'maaflah kalau saya ada buat salah'. sedikit sebanyak, orang yang mahu beri kita susah itu akan terdiam seketika. perlahan-lahan dia mungkin tersedar sendiri apa yang dia cuba buat itu salah. dan mungkin, dia juga akan mahu meminta maaf.
marah itu umpama api mancis.
bila ada orang datang memberikan kita kesusahan - mahu pukul kita, mahu marah kita, mahu mengejek kita, mahu menuduh kita yang bukan-bukan, kita juga berbuat yang sama. atau cukup dengan kita kata 'kau ni apahal? nak kena sepak?'. orang itu tidak akan ambil masa untuk menjawab. terus sahaja dia bercakap menggunakan tangan.
jadi, antara sabar dan marah, yang mana yang lebih baik?
encik s: akom kengkawan....sesape ada bela rabbit or harmsters...nak pinjam buat photoshoot ler.... tolong msg sama aku okeh kalau ada.... pinjam nak bergambor jek..bukan nak buat lauk pon.....
mie: aku ada.. anak patung rabbit dan hamster
mie: leh ke..
mie: ke ko nak yg real
mie: okies...
mie: tak tahu la
mie: kena tanya dulu
encik s: kalau dapat...kaler putih punyer ek
mie: bape ekor nak bawak
encik s: nak pakai..kaler putih, brown ngan warna kelabu
mie: sorilah s.. baru aku ingat jiran aku dah pindah
encik s: takpe...
encik s: nak buat camner....
__________________________________________
untuk encik s... saya minta maaf kerana tak berniat untuk membuat lawak yang tidak sopan sebegitu dibulan puasa yang mulia ini. saya pohon kemaafan. selamat hari raya maaf zahir dan batin
insyaAllah dengan perancangan yang rapi dan tenaga kerja yang mantap. aku yakin gathering kali ini pasti menjadi lebih baik dari gathering2 sebelum ini.
lusa kita dijangkakan mula puasa. maknanya esok malam dah boleh semayang tarawikh la. wow seronoknya. cuma 2-3 tahun banyak kali terlepas tarawikh sebab kebetulan masa bulan puasa nie ada dateline yang nak kena kejar.
tahun lepas. selalu bebuka puasa kat opis. kadang2 pegi bebuka kat masjid taman tun. yang bestnya kat situ. makanan bebuka dibuat secara buffet. asik makan ajek. :)
hari nie aku masuk web nurhidayah.com dan masyuk.com. wow. memang best. banyak ceramah, mp3 nasyid dan kuliah2 yang leh dipindahturun. memang best. aku download satu2. takleh banyak2 sekaligus. naik bandwith derang nanti. esok2 aku sambung download lagik.
+ hari sabtu kini kerja sepenuh masa. sebab kompeni target nak siapkan projek pada masa yang ditetapkan. malam tu budak2 rumah sewa (brickhouse) cadang buat bbq. mula plan nak buat kecil2an sahaja. tapi sambutan sungguh memberangsangkan. hampi 80 peratus staf menghadiri bbq. memang seronok.
majlis makan2 bermula selepas isyak. ada yang membakar ayam dan ada yang menonton malaysian idol final. memang best.
cuma yang tak best. ada antara ayam2 yang siap diperap dibeli dari carefour mengalami kemasaman. tak tahulah sama ada ayam tu masam atau sebab lama sangat peram.
menu lain adalah mee hoon goreng yang sedap, kentang lenyek yang lazat, spagetti yang memang peberet aku dan air laici yang manis2 sedang.
+ pada awal tak rancang nak pergi. last minit setelas melihat jam yang berada didinding rumah. aku gagahkan diri utk sertai potluck gengjurnal di sungai gabai. sebelum tu call ep tapi tak dapat. ingat nak pergi sekali ngan dia. kemudian call spyz. dia ada kat hospital sebab kak shila dah masuk wad. call nett dan amyz. diaorang on the way.
aku sampai di sungai gabai jam 1 tengahari. masa yang sesuai utk makan. walaupun namanya potluck. tapi aku gagal menepati konsep potluck kerana aku hanya membawa sekeping perut yang nampak macam berisi tetapi kosong didalamnya.
lepak2 kemudian jam 3 balik. seperti biasa jika bawak kereta. hobi aku adalah cuba menyesatkan kemana2 sahaja mengikut gerak rasa stereng kereta. akhirnya aku terkeluar di kuala lumpur.
singgah jumpa kawan. cik siti di menara sitibank. kemudian balik ke sungai buloh ikut jalan kepong. singgah di kedai aksesori kereta brothers damansara damai. beli cassette player gantikan arwah cd player yang kena curi. beli yang murah sahaja. lepas nie kalau kena curi juga. entahlah. tak tahu nak cakap apa. mungkin terdesak sangat agaknya pencuri tu.
apa2pun kalau nak curi. janganlah pecahkan cermin kereta. tensen la nak ganti lain. kalau nak curi. pesan awal. aku leh buka tingkap awal2.
okeylah. terima kasih pada semua gengjurnal yang hadir. maaf sebab tak semua aku sempat bertegur sapa.
bak kata kak pnut. mie seorang yang pemalu.
gambar diatas (gengjurnal) aku ambil dari blog andy. terima kasih.
syukur alhamdulillah. seminggu lagi seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. syukur masih diberikan nafas untuk menunaikan puasa.
sudah 2 tahun sambut puasa dalam suasana kesibukan kerja. ini tahun ketiga sambut puasa bersama kompeni nie. tak lama lagi boleh bebuka dan bersahur ngan kawan2 opis. biasanya dekat2 raya pasti keje banyak dan memaksa untuk tidur kat opis.
hmmm. tidur kat opis? aku rasa tak sanggup dah. tapi itulah orang kata. rezeki aku kat sini. jadi mahu tak mahu. hendak tak hendak kena la buat juga. apply masuk gomen payah. aku dah kata kat diri sendiri. aku akan keje kat kompeni nie melainkan 4 perkara berlaku.
01. aku dapat masuk gomen
02. bos berentikan aku
03. tetiba aku jadi kaya
04. meninggalkan dunia
tak lama lagi aku nak kawen. aku takut kesibukan keje menjejaskan hubungan kami nanti. aku harap dia memahami.
kebetulan puasa nie bolehlah jimat sket. baru2 nie aku beli rumah kos rendah dekat area usj menghala ke cyberjaya. semalam peguam telefon suruh bayar yuran guaman. banyak jugak. maknanya bulan nie aku akan bankrap awal.
barang2 kawen banyak lagi tak beli. tapi takpe. aku kan manusia. kalau nak sesuatu kenalah usaha. insyaAllah pasti dapat dengan usaha sungguh2.
azam aku puasa tahun nie. nak puasa penuh. macamlah sebelum nie tak penuh. hehe. nak pegi solat tarawikh banyak dan yang penting nak banyakkan amal ibadat. aku pasti semua orang mahu macam tu.
okeylah. ada banyak lagi keje nak buat. tapi aku dilanda kemalasan. cadang nak buat esok. tapi tak leh la tangguh2. orang kata keje tangguh2 nie keje yang takkan jadi. memang betulpun.
+ graphic designer (5 orang)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Responsibilities:
* Able to work in teams and handling big workload under tight deadlines.
* Hardworking, Creative and Artistic.
------------------------------------------------------------------------------------------------------ lihat iklan ini lebih lanjut
+ multimedia programmer
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Responsibilities:
Design of Computer Based Training (CBT) applications based on customers' requirements and internal technical specification
------------------------------------------------------------------------------------------------------ lihat iklan ini lebih lanjut
boleh apply online atau emel resume pada aku. hmmm. korang percaya ke ada hadiah misteri?
dipetik dari emel. saya tidak dapat kemaskini blog kerana sibuk dengan tugas seharian.
Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda
Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru
Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya
Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda
Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda ...hihiiiiihiii
Sounds funny, but would it be vry nice to have all this in malaysia and all over the globe?
Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran,
menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live di kaca Televison..
Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70% pemenang akan mendapat pakej haji percuma.
Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.
Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan
mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.
Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.
Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam
jam 1115 pagi keluar dari rumah. hantar adik mieyra kembali ke uia. dia sudah masuk semester 2 tahun pertama. naik kereta baru et. best juga.
singgah makan di greenwood kemudian terus ke uia. cari parking dan kemudian tunggu adik mieyra. tetiba enjin kereta mati. alamak. rasanya minyak dah habis. aku tak perasaan. sebab pertama kali bawak kereta adik aku.
aku turun dan bercadang untuk meminjam motor abg pengawal. nak pergi beli minyak. kemudian ada orang tegur. tanya kenapa kereta tak boleh hidup. aku beritahu mintak habis. dan dia tawar diri untuk tolong aku cari minyak. terima kasih kepada encik. hmmm. aku lupa nama dia. yang pasti aku mahu ucapkan ribuan terima kasih.
setelah penat memusing. akhirnya jumpa juga stesen minyak di greenwood. dekat kedai makan yang aku singgah memula tadi. minta diisikan rm10 minyak ke dalam tong. aku janji dengan abg shell tu nak pulang balik tong dan corong minyak dia.
sampai semula ke uia. cuba isi minyak tapi corong tak sampai pulak. corong pendek. tempat minyak dia pulak ada penghalang. kena tolak baru terbuka lubang minyak tu. jadi aku amik kayu dan tekan penutup minyak. kemudian masuk corong dan curah minyak. aku pegang dan mieyra curah minyak.
kemudian kami bergegas pula ke shah alam. mencari wisma mbsa. ada tayangan amal cerita Muhammad Utusan Terakhir. aku tak tahu kat mana wisma mbsa. telefon mat jan yang sedang lepak diLangkawi. matjan kata wisma mbsa sebelah concorde. aku pergi cari concorde. tapi takde wisma mbsa. kemudian telefon et. dia kata wisma mbsa sebelah pkns.
jam 310 petang sampai diwisma mbsa. tayangan baru hendak bermula. sultan selangor pun datang. tayangan amal bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk anak2 yatim.
lepas habis tayangan. jumpa kak mas dan kak zaidah. kami sembang2. makan2 di jamuan ringan.
pulang. hantar kak mas ke kelana jaya. kemudian singgah solat di surau kompleks tabung haji kelana jaya. kemudian pulang ke sungai buloh.
sedikit ulasan cerita Muhammad Utusan Terakhir. ceritanya mudah. cuma aku rasa tak best sebab sepatutnya diletakkan sarikata bahasa melayu. aku bukan paham sangat english nie. berbekalkan sejarah Islam yang aku belajar dulu. jadi mudah untuk paham. tapi macam kak mas kata. kalau ornag bukan Islam tengok. diaorang boleh paham ke?
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.
Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
teringat masa kecik2. pegi masjid bandar jerantut. semayang maghrib. tengah sujud ada bebudak geletek tapak kaki aku. geli betul. memula sabar ajek. masa dah rakaat ketika. masa sujud bebudak tu geletek lagik. aku dengan pantas menendang secara rambang. dengar bunyi gedebuk. bunyi budak tu jatuh. aku bayangkan budak tu melayang kena tendang. abis semayang aku tengok dah takde sapa belakang aku. adakah budak2 tadi benar wujud? atau hanya bayangan perasaan?
+ ini bukan pengalaman nordin. diulang bukan pengalaman nordin. cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang bakal meninggalkan dunia. disalin dari emel yang tidak tahu siapa penulis asalnya.
Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.
Di satu malam yang hening, seorang O/B rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya.
Di tengah malam, baru pulang dari sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol. Puan muda segera menalipon doktor peribadi O/B, dan doktor pun berkejaran bersama beg perubatannya.
Sebatang jarum injeksin dibenamkan keurat O/B. Dan berombak-ombaklah nafasnya, bergelombang dadanya, dilambung ombak hempas menghempas, Tujuh hari tujuh malam O/B bergeletekkan, golek gelentang dipembaringan.
Dan seluruh isi dunia berkumpul di dalam kepalanya, "bangloku, mercedesku, rumah-rumah sewaku, pengarah-pengarahku, wangku di dalam bank, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku". Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal.
Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala, isteri muda? geleng kepala, mau ke G/highland? geleng kepala, mau melancung ke Eropah? geleng kepala, ke Mekah naik haji? geleng kepala.
Habis apa yang engkau mahu...............................?
Oh! Tuhan panjangkan umurku.
Panjang umur? Berapa yang engkau mahu? 100 tahun cukup? 63 tahun tidak cukup? tidak puas hidup? tak kenyang makan maksiat? belum bosan mengumpul dosa? kau mahu panjang umur lagi?
Sedetik lagi sakaratul maut datang, sedetik lagi Izrail datang, sedetik lagi Malaikatul Maut datang.
Kau di ambang sakaratul maut ............................ kau nazak sekarang wahai O/B. Dia semakin tegang dan semakin sendat nafas di dadanya, kedinginan mulai memanjat kakinya, perlahan-lahan menjalar keseluruh jasad dan tubuhnya, dia di lambung resah gelisah dan keluh kesah, keluhan dan rintihan.
Panas, dahaga, haus, panas.................. air dari tujuh lautan mau di teguknya, sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-ususnya. dan syaitan datang berbondong- bondong, meninjak-injak dan mengoda mau 'memurtadkannya'.
Neneknya datang.........kau datang nenek? ............... Kau dahaga cucuku? kau lapar cucu? mau minum? ini bijana penuh air madu, kalau cucu mau masuk syurga minumlah air ini.
Ibu? kau datang ibu?................. ibunya mengoyang-goyangkan buah susunya, ini ibumu nak, air susu ini yang membesarkanmu, 'buangkan Islam', matilah dalam agama Yahudi.
Ayah? kau juga datang ayah?................ matilah dalam agama Yahudi, matilah dalam agama Nasrani, matilah dalam agama Kristian, itulah agama yang akan membawa kau masuk ke syurga katanya.................
Semuanya kini menahannya, "rumahku, mercedesku, wangku dalam bank, saham-sahamku, kuda-kuda lumbaku, padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku".
Sakaratul-maut semakin hampir tiba datangnya, Pak Lebai tua dari rumah setinggan di kaki bukit banglonya dijemput oleh pemandunya dengan kereta mercedesnya, memanjat bukit ke banglonya di puncak desir angin.
Tetapi lidahnya sudah kelu, dan Sakartul-maut kian hampir detik tibanya, tiba-tiba manusia berjubah hitam datang, katanya " mari ikut kami" kemudian
manusia berjubah hijau membawa payung hijau datang, katanya " marilah ikut kami" Datang sinar putih, datang kilatan hitam dan datang cahaya
merah,
Apa ini................................?
apa ini...................................................?
Kedinginan merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut, dan kini seluruh jasadnya di seliputi sejuk, dan akhirnya 'dingin' singgah di 'tenggurukkan'nya, kemudian datanglah Malaikatul-maut di hujung kepalanya. "Hai jiwa yang keji, keluarlah engkau kepada kemurkaan ALLAH..................................."
Maka rohnya berselerakkan keseluruh tubuhnya..............LALU................:
'INNALILLAH HI WAINA ILAI HI RAJIUN'
Para malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya.
"TULISKAN SURATANNYA DI DALAM 'SIJJIN'
PADA BUMI YANG TERBAWAH"
Rohnya lalu dicampakkan, di kembalikan kedalam jasadnya, kemudian datanglah dua Malaikat lalu di 'dudukkan' dia.
SIAPA TUHAN MU?...........................A.............A.............
Aku tidak tahu...........................
APA AGAMAMU?..................................A..............A.............
Aku tidak tahu...........................
SIAPA LELAKI INI YANG DI UTUSKAN KEPADAMU..............................................
A...........A.........Aku tidak tahu..................................
Lalu datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh wajahnya, buruk pakaiannya, busuk baunya......... siapakah engkau?
" Akulah amalanmu yang keji.............................."
Kini dia diazab dan diseksa di dalam kuburnya, menunggu-nunggu doa dari anak- anaknya yang soleh. "Mana doa dari anakku seorang doktor? mana doa dari anakku seorang jurutera? mana doa dari anakku seorang peguam? mana doa dari anakku seorang akitek? mana doa dari anakku seorang profesor?........................................."
DI SATU MASA ANDAKAN DITANYA,
DI MUKA SIDANG MAHKAMAH TUHAN,
KEMANA UMUR HARTA YANG BANYAK,
KEMANA ILMU TUAN GUNAKAN.
JANGAN DI HARAP MEMBELA DIRI,
DENGAN ALASAN DICARI-CARI,
MATA TELINGA TANGAN DAN KAKI,
SEMUA AKAN MENJADI SAKSI.
HIDUP INI HANYA SEJENAK ,
BERAMAL JUA YANG DIBAWA SERTA,
JANGANLAH LALAI KERANA ANAK,
JANGANLAH LUPA DISEBABKAN HARTA.
DARI ITU WAHAI SAHABAT,
PERBANYAK AMAL PETANG DAN PAGI,
KERJAKAN SURUH SEBELUM TERLAMBAT,
JAUHI LARANGAN SEBELUM PERGI.
"SETIAP AMALAN AKAN DIBALAS MENGIKUT APA YANG DILAKUKAN SEMASA KITA HIDUP DI DUNIA INI"
dah lama aku cari sajak nie. pertama kali dengar masa dipusat matrikulasi dulu. dengar sorang2 tapi tak abis. seram dan rasa terkedu. sila dengar di radio.blog
yang baca sajak ini ialah pak dini. ayah mertua bos aku. suara dia memang sedap. banyak terlibat dalam menguruskan artis nasyid. tulisan khatnya memang cantik.
tengahari 12 jun 2004. ambil attok dan terus menuju ke puduraya untuk ambil kak ros.
perjalanan lancar. menuju ke putrajaya. 3 kali tawaf kawasan kompleks kerajaan. memula termasuk ke kawasan taman botani. terpaksa bayar parking rm1 walaupun tak parking. salah jalan.
kemudian termasuk pula ke taman2 sekitar kawasan masjid putrajaya. pusing semula. hubungi spyz minta tunjuk arah. spyz suruh cari kawasan yang ada khemah2. sampai ke kawasan yang ada khemah2 tapi tiada sesiapa.
jadi keluar semula dan termasuk ke jalan utama. pusing lagi kompleks kerajaan sampai penat. telefon spyz. dia kata tempat yang masuk tadi betul. kembali ke tempat yang ada khemah2 tadi. baru la nampak diaorang kat pondok paling hujung.
sampai2 aku terus jadi makanan. perut bukan bekeroncong lagi tapi sudah sampai tahap heavy metal. kemudian keluar ngan atok dan toksik. cari barang2 untuk acara fear factor.
sekitar jam 4. majlis memperkenalkan diri. ramai yang datang. shukur alhamdulillah. semuanya sporting dan sport rim.
ACARA 1 : GEJU IDOL
gengjurnal idol. cadangan asal ialah sesiapa yang volunteer. tapi tiada yang berani memperdengarkan suara. jadi ajk membahagikan peserta kepada 3 kumpulan. setiap kumpulan menghantar 1 wakil. yang menjadi hakim ialah kak ros, dona, tipah dan mie.
persembahan grup1
diketuai oleh spyz. nyanyi lagu seiring dan sejalan. agak mendatar. spyz menjadi penyanyi utama.
persembahan grup2
wanita2 gengjurnal. mendendangkan lagu dia nyanyian sheila majid. sedap suara diaorang. harmoni.
persembahan tok rimau dan kak tin
tok dan kak tin nyanyi lagu untukmu kekasih nyanyian ebiet g. ade. suara flat. tabik untuk tok sebab berani tampil memperdengarkan suara.
persembahan rudi dan napang
diaorang nyanyi memang best. tajuk lagu aku tak tahu sebab lagu jepun. menang anugerah geju idol.
ACARA 2 : KAPAL TERBANG KERTAS
acara yang dimenangi oleh akak kanak2 iaitu cik daun.
ACARA 3 : STRAWKU SAYANG
acara dibahagikan kepada 3 grup.
ACARA 4 : FEAR FACTOR versi gengjurnal
untuk yang mampu menahan loya.
terima kasih kepada yang datang. lama dan baru. dari pelbagai generasi gengjurnal. harap anda tidak serik untuk menyertai lagi projek anjuran gengjurnal.
semalam 10jun2004. pergi tengok teater ngan kawan2 opis dan kawan2 jurnal.
seronok tengok gelagat kanak2 yang kiut miut belaka. semuanya comel2. teater nie sesuai untuk ditonton bersama keluarga. santai dan tak payah nak pikir apa2. :)
+ dapat juga amik gambar walaupun gelap. kalerfull betul.
hari rabu 09 jun 2004. aku dipanggil untuk menghadiri ujian khas untuk jawatan pegawai tadbir dan diplomatik gred m41.
memula rasa antara dua. nak pergi ke taknak. orang dok kata pada aku. ptd tu payah. aku pulak memang malas nak pegi.
bangun pagi tu. lepas subuh dok temenung. nak pegi ptd ke nak pegi opis. pikir2 maka aku pun pegi la ptd tu. kat sek. men. keb. raja abdullah, jalan kepong.
petang sebelumnya dah pegi tengok dah sekolah tu ngan umie. jadi pagi tu takdelah sesat. sampai kat sekolah tu jam 830 pagi. orang dah ramai. rasanya adalah dalam 200 lebih yang amik ujian tu. dengar cerita tahun nie seramai 20xxx yang ambik ujian ptd tu.
kalau berjaya ujian nie. baru dipanggil untuk assesment. kalau berjaya yang tu baru dipanggil interview. ada sorang kawan baru tu cerita. dia amik ujian nie kali kedua. kali pertama tahun lepas. dia berjaya pegi assesment tapi tak dipanggil interview. tahun lepas yang amik ujian 18000 dan yang dapat dalam 300 ajek. payahkan.
soalan2 dia terbahagi kepada 5 bahagian/seksyen.
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
+ 60 soalan dalam masa 45 minit. berjaya siapkan. soalan2 sejarah dan kenegaraan. dia tanya cukai dikutip oleh siapa. kerajaan negeri ke kerajaan tempatan. aku blur. korang rasa apa jawapan dia.
Seksyen B - Daya menyelesaikan Masalah.
+ 40 soalan dalam masa 45 minit. payah sebab soalan matematik yang perlukan pengiraan. masa memang tak cukup. aku sangkut kat satu soalan hampir 5 minit dan beri kesan pada soalan lepas tu. hampeh betul rasanya. 5 soalan terakhir aku tandakan B. takkanlah antara 5 tu takde jawapan dia B.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
+ 20 soalan berdasarkan petikan teks bahasa melayu dan english. ok.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
+ 3 soalan pilih 1. aku jawab tajuk mengenai isu rasuah. sebut nama pak lah supaya penanda kertas kagum.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris.
+ juga 3 soalan jawab 1. aku tak tahu nak jawab mana satu. tapi sebab wajib jawab. aku jawab soalan no3. bagaimana National Service Training dapat membantu memajukan negara dimasa depan. aku bukan tahu sangat tapi aku cuba goreng2. aku rasa apa yang aku goreng hangus.
untuk lebih lanjut mengenai PTD. sila ke laman web spa
sabtu 5 jun 2004. kami sekeluarga menuju ke genting highlands atau didakwa sebagai kota keriangan. dah lama tak menghabiskan masa sebegitu beramai2. sementara ijah dan akram ada dirumah. minggu depan ijah sudah pulang ke pontian dan akram pula dapat masuk utm.
jam 800 pagi bertolak dari rumah. sampai dihentian putra gombak jam 820 pagi. ambil trip jam 845 pagi.
pakej untuk hujung minggu adalah rm27 seorang dan hari2 biasa hanyarm20.
naik bas dan sampai di awana jam 930 pagi. punyalah ramai orang. aku rasa dah tensen tengok orang ramai. tapi takkan nak balik pulakkan. beratur panjang. adalah dekat 45 minit beratur sebelum dapat naik skyway atau nama glemer dia gondola.
sampai kat genting jam 10lebih. genting masa tu panas terik. manusia punyalah ramai. aku rasa dah silap perhitungan. sepatutnya takleh pegi weekend ke genting.
kesimpulannya hujung minggu bukanlah masa yang sesuai untuk ke kota keriangan. dan rasanya ia bukan tempat sesuai untuk bercuti bersama ibu dan ayah. kesian ayah aku. dah pening2.
01. hari esok selepas semalam
memula nordin ingat cerita nie ada kaitan dengan cerita jins samsudin. esok masih ada ataupun esok untuk siapa. jangkaan nordin meleset. sebab ini cerita dari amerika. cerita kemusnahan malapetaka.
apa yang menarik cerita ini ialah kawasan yang teruk dilanda hanya sekitar newyork. bak kata aziz m. osman dalam segmen wayang kita. banyak dosa agaknya.
jalan cerita pada nordin biasa ajek. disebalik kemusnahan. ia menceritakan kegigihan seorang ayah menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kawasan ais di newyork.
nordin kasi 3 bintang dari berjuta bintang dilangit
02. aku cinta padamu
hani dok promote cerita nie. dia kata cerita nie sedih. nordin pun layanlah ngan ijah. tapikan cerita tu memang best betul. best sangat2.
pelakon dia majoriti pelakon kl menjerit. nisdawati, danny, julia hana dan hasnul.
kisah 2 lelaki kasanova masa belajar kat u. dan kisah sedih seorang wanita yang dipermainkan 2 lelaki tersebut. akhirnya lelaki tadi insaf dan mahu menebus kembali dosa2 silam.
memang best sangat.
nordin kasi 4.5 bintang dari berjuta bintang dilangit
03. jembalang jamilah
hani pinjam dari kawan dia. cerita dia ala2 ju-on. cuma yang nie hantunya bernama jamilah dan berusia 9 tahun.
masa dia berusia 9 tahun. ayahnya meninggal dan dia tak boleh terima. dia masih harap ayahnya pulang. kemudian jamilah hilang secara misteri.
kemudian banyak peristiwa ngeri berlaku dikampung dusun. penggambaran dibuat sekitar ulu perak.
takdelah seram sangat. tapi aku melihat dari celahan jari jugak. takut jamilah keluar tiba2. ala nordin bukan takut sangat. cuma kesian kat hani dan ijah takut. jadi kenalah buat2 takut. menghidupkan mood cerita seram.
nordin kasi 4.5 bintang dari berjuta bintang dilangit
04. hero yang terlampau
malas nak komen. cerita dia memang melampau. melampau over sangat2. bila over kelakar maka jadi tak kelakar langsung.
kisah seorang lelaki bernama ibrahim lincoln yang mahu jadi hero. kelakuannya telah menimbulkan huruhara. antara dia meletupkan jamban2 dikampungnya. itu antara sinopsis yang aku baca di belakang cd.
takde kelakarnya.
nordin kasi 1.5 bintang dari berjuta bintang dilangit sebab tengok tak abis lagi dah tetido
sebak menahan sedih. ummi dan abah cukup gelisah memikirkan kepulangan ijah semalam. sebab kali ini kepulangan ijah tak seperti sebelum ini.
kali ini crispy tiada lagi menunggu ijah pulang. tidak seperti biasa.
ijah belajar di mrsm pontian. sebelum pulang ijah tanya crispy. apa crispy buat? sudah makan belum?
ummi jawab. cripsy tidur. jawapan yang sama seperti minggu lepas ketika ijah telefon mohon doakan berjaya dalam peperiksaan.
semalam ketika dipuduraya. ijah sebuk tanya hani. crispy gemuk tengah buat apa. hani sebak. crispy ada dirumah. jawapan yang antara dengar dan tidak.
semalam aku pulang sekitar jam 900 malam. zuri kata ummi ajak makan kat kedai depan sana. sambil makan malam bersama ijah. aku beri alasan aku penat. baru pulang kerja. sebenarnya aku tak nak lihat kesedihan ijah. aku tak mahu menangis lagi.
aku tanya zuri. ijah sudah tahu belum perihal crispy. zuri jawab belum.
aku seorang dirumah. basuh muka. solat dan makan. kumpulkan baju-baju kemeja untuk direndam. mononton tv sebentar.
tak lama kemudian. bunyi kereta masuk. aku pun cepat-cepat masuk bilik untuk tidur walaupun tak mengantuk.
aku tak mahu lihat keadaan ijah yang sedih. aku baring. aku dengar pintu kereta dibuka. suara ijah menegur seekor kucing liar yan gemar merayap kerumah kami.
kemudian terdengar ijah cari crispy. kemudian aku tak dengar apa ummi beritahu ijah. aku tak nak dengar ijah terus menangis. aku terus pejamkan mata. rapat-rapat.
selama ini crispy jadi sumber ilham ijah. jadi peneman ijah mentelaah pelajaran hingag berjaya dalam PMR. setiap kali pulang sekolah pasti crispy tunggu bawah pokok jambu.
semoga ijah terus tabah dan kuat walaupun tanpa crispy.
hari nie aku berjaya capture video dari projek kem lambaian danau 2004. semalam dah buat dah tapi tersalah format. movie jadi pecah2 seperti pecahnya kaca apabila terhempas kelantai.
nanti aku nak pas pada wakdin. dia akan combinekan dari aku dan tokrimau. mungkin akan jadi 2 cd rasanya. kami cadang nak jual cd2 tersebut sebagai penampung sebahagian besar kos2 hosting dan domain.
untuk beberapa minggu ini. rasanya banyak minggu. aku terlalu sibuk dengan kerja. sibuk yang amat sangat.
ada orang tanya aku. rileks. amik cuti dan pegi rehat2. masalahnya bukan tak mahu. tapi kerja diopis banyak dan aku rasa itu satu tanggungjawab. walaupun kena kerja sabtu ahad.
aku seronok dengan kerjaya aku sekarang. semuanya best dari bos kepada kawan2 sepejabat.
cuma sekarang aku rasa cukup penat. dan aku nak rehat untuk beberapa hari.
aku nak cover semula masa2 yang aku abaikan. untuk keluarga aku. untuk kawan2 aku. dan yang paling penting untuk dia yang tersayang. maaf, saya tak berniat untuk mengabaikan awak. cuma tugasan terlalu banyak untuk diselesaikan. saya harap awak mengerti.
suasana meja aku pada 21 mei 2004. yang sebelah kanan tu remy. boleh lihat aksi remy disini.
semalam sebelum tidur. aku nampak lipas kat ruang tamu. biasanya crispy akan kejar. tapi semalam lipas tu bebas begerak sana dan sini.
semalam sebelum tidur. aku terlalu banyak memikir. memikirkan crispy yang sudah hilang. itu baru crispy yang hilang. aku sudah rasa rindu sangat2. aku tak tahu bagaimana jika aku kehilangan lagi selepas ini. mungkin kehilangan yang lebih besar.
sebab kita tak pernah diberitahu oleh Tuhan apa yang terjadi pada esok hari. sesungguhnya esok hari terlalu misteri untuk kita pikirkan.
cuma aku bersyukur kerana sebelum ini aku sudah merasai banyak kehilangan. kematian dan perpisahan pernah berlaku. andaikata ia berlaku lagi. aku redha. siapalah kita untuk menghalang urusan Tuhan.
setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. cuma kita sendiri yang perlu renung dan cari kenapa ia berlaku.
Tuhan. berikanlah aku peluang untuk hidup lagi esok hari. supaya aku mampu jadi hambaMu yang lebih kenal erti syukur dan iman.
18 mei 2004
catatan ini aku tujukan khas untuk crispy, seekor kucing putih yang banyak berjasa kepada keluarga nordin.
crispy dilahirkan dalam 3 tahun yang lepas. ibunya bernama omeng. ayahnya tak tahu siapa. pakciknya bernama obong. abangnya bernama crunch. ada 4 ekor semuanya.
ibu dan abangnya berwarna putih manakala pakciknya berwarna hitam. ijah adik aku amat sayang kepada semua kucing.
tak lama kemudian crispy dapat 3 ekor adik baru menjadikan jumlah 7 ekor dalam rumah kami. disebabkan kurang tenaga dan peruntukan untuk menjaga mereka. maka omeng dan 3 ekor anak yang masih kecil diserahkan kepada saudara diampang. maka tinggallah obong, crunch dan crispy.
kami sekeluarga cukup gembira dengan kehadiran mereka. mampu menjadi penawar suka dan duka.
tapi gembira itu tak selamanya berpanjangan. pada suatu, obong sikucing hitam balik kerumah dalam keadaan berdarah. mengikut pemerhatian. obong dilanggar kereta. kami merawatnya di klinik haiwan sekitar jinjang. kelihatan obong sangat2 menderita.
pada suatu ketika. kelihatan obong sangat nazak. sepatutnya aku kena bawa dia ke klinik. disebabkan ada banyak kerja dipejabat. aku terus kepejabat pagi itu. abah kerja dan et masih belajar. petang itu obong mati. kami sekeluarga sangat2 sedih. aku rasa terkilan sebab tak dapat utamakan obong.
seminggu lebih ijah asyik bersedih. ijah kata pada ummi. supaya doakan obong masuk syurga. ijah letak bunga dalam bekas berisi air. kemudian ijah siram kubur obong. ijah sayang sangat pada obong.
beberapa bulan lepas. crunch pula hilang dari rumah. langsung tidak pulang2 sampai sekarang. kami tak tahu bagaimana nasib crunch. kami harap dia selamat. biarlah orang curi asalkan dia selamat.
tinggallah crispy bersendirian.
beberapa hari lepas crispy duduk ditengah2 jalan. ketika aku pulang di langsung tak endahkan. aku terpaksa turun dari kereta dan angkat crispy ke tempat lain. baru boleh aku masuk untuk parking.
aku mengerti. crispy sunyi. seperti manusia juga. pasti kesunyian jika tinggal sorang2. beberapa malam lepas. crispy asik meminta mahu keluar. dia mengiaw ditepi tingkap. minta dibukakan dan mahu keluar.
crispy mula berubah sikap. dia tak kelihatan gembira. dia tak suka dipegang2 lagi. dia mahu bebas. dia tak mahu duduk dalam rumah lagi. aku tahu crispy juga sunyi. aku mengerti kerana aku juga seorang yang selalu hidup dalam kesunyian.
kesunyian terlalu sebati dalam kehidupan aku.
malam sebelum kld. aku tidur diruang tamu. jam 2 pagi crispy kejutkan aku. dia mahu keluar. ummi sudah pesan. jangan biarkan crispy keluar. ummi taku dicuri orang atau dilanggar kenderaan.
jadi aku biarkan sahaja crispy duduk ditepi tingkap.
esok pagi2 aku bangun. menuju ke melaka untuk menyertai kawan2 gengjurnal di kem lambaian danau. aku cukup gembira disana.
telefon aku tinggalkan dalam kereta. bila aku periksa. sudah ada 3 panggilan tak berjawab dari rumah.
aku telefon semula. abah yang angkat. abah dalam nada sedih beritahu. crispy sudah tiada. abah cerita. petang itu sekitar jam 5. crispy batuk dengan kuat. kemudian mulut berdarah. abah risau dan masuk ke bilik untuk pakai baju. abah nak bawa crispy ke klinik. ummi juga bersiap2. abah telefon et dan hani. minta balik. bila abah keluar. abah tengok crispy sudah keras. sudah kaku.
crispy sudah tiada. yang tinggal hanya kenangan. ijah dan kak ana masih tak tahu. abah tak kasih beritahu sebab ijah sedang periksa. kak ana pula disabah. takut dia susah hati.
semalam ijah telefon. minta restu ummi sebab nak periksa. ijah tanya crispy sedang buat apa. ummi dalam nada sebak kata crispy sedang tidur. ummi sedih sangat. walaupun ummi geli bila pegang kucing. tapi ummi boleh pegang kepala crispy.
kini kami sekeluarga kembali kesunyian.
selamat bersemadi untuk crispy. terima kasih atas segala kasih sayang yang kami terima. kami terlalu merindui saat2 crispy masih ada.
benar kata orang. kasih dan sayang semakin terasa setelah ia kehilangan. kadang2 semasa kita ada semua itu. kita jarang menghargainya.
terlalu banyak mende berlaku dalam masa satu hari. dan apa yang berlaku memang sudah diduga dan aku tidak salahkan sesiapa.
ada 2 pilihan yang bermula dengan huruf K. keje dan kld. kedua2nya sama penting. keje satu tanggungjawab. kld pula satu projek mega yang sudah lama aku tunggu. cuma masalahnya aku kena pilih salah satu. tapi aku degil. aku mahu pilih kedua2nya. aku berjaya pegi kld separuh hari dan aku berjaya juga sampai diopis. aku rasa aku sudah bikin kecoh. orang cari aku suruh buat keje tapi aku kat melaka.
nanti orang akan kata. aku tak bertanggungjawab pada kerja. aku tak boleh bagi komitmen pada kerja. aku malas untuk komen. nanti orang kata aku berkira. takpelah.
pagi 15mei aku tak berapa sehat sebenarnya. demam dan pening kepala. mungkin banyak sangat keje kat opis agaknya. tapi kld punya pasal. aku gagahkan jugak diri ke melaka.
petang rakan sepejabat mesej. dia kata bantuan diperlukan. jadi demi keje. aku gagahkan juga diri pulang ke opis. insyaAllah selepas 3-4 hari nie, dapatlah rehat sikit.
aku dah buat keputusan pilih kedua2nya. jadi aku kena tanggungjawab atas apa yang berlaku.
beberapa peristiwa penting 15 mei 2004
+ aku buat keputusan mengejut untuk join kld dimelaka. aku tak sampai hati nak hampakan harapan kawan2.
+ kereta azah sangkut kat kilometer 137. kipas gagal berpusing. jadi kena tarik.
+ gengjurnal datang dari seluruh malaysia.
+ aku terpaksa pulang awal. jam 1230 malam dari melaka. mengantok lalu aku tido diperhentian senawang. sambung drive dan sampai diopis jam 400 pagi. aku tak kisah sebab seperti aku cakap. ini penyakit aku yang cari.
+ petang tadi abah tipon. abah kata kucing kesayangan adik dan keluarga mati mengejut. mungkin keracunan makanan.
nanti aku ulas panjang2. masa perbincangan malam tadi. aku tak cakap apa2. aku bukan tak mahu cakap. cuma aku gugup sangat2 kalau cakap depan ramai orang.
terima kasih kepada kem lambaian danau melaka yang sudi menerima kunjungan kami. terima kasih kak G dan pengurusan kem.
sudah 2 malam tido kat opis. sedar2 hari ini dah masuk jumaat. rasanya baru lagi jumaat. banyak keje nak kena siap. banyak mende nak buat. itu ini.
esok sabtu 15 mei 2004. esok ada acara penting. projek kld dimelaka. adeh. aku teringin sangat nak pegi. tapi nak buat macammana.
mungkin takde rezeki agaknya untuk jumpa kawan2. takde rezeki nak jumpa kak G. aku awal2 lagi tak konpomkan ngan sesiapa pasal kld. sebab aku tahu bila keje boleh siap. insyaAllah 18 mei nie siaplah semuanya.
lepas tu aku nak rehat. nak jalan2. nak abiskan masa ngan dia. lama tak jumpa dia. untuk awak, terima kasih sebab paham kerjaya saya.
nordin nak pergi ikut projek kld anjuran gengjurnal. tapi apakan daya. kita merancang Tuhan menentukan.
ada deadline yang perlu dikejar. makin dikejar makin laju dia berlari. 18mei dah kena siap projek nie. sabtu ahad nie memang kena keja. melainkan ada keajaiban.
kepada yang pergi kld. selamat beriadah dan bergumbira. semoga dapat pengalaman baru.
yeop: taktahulah tuan doktor... bangun pagi tadi saya rasa ada mende begerak2 dalam perut...
dr.ahmad: takpe biar saya cuba check... hmmm... memang ada pergerakan dlm perot cik yeop nie... mcm ada anak kucing ajek...
yeop: betul ke doktor... sebab semalam saya ada tepijak sekor kucing kat umah... tak perasan... menjerit kucing tu... entah2 kucing tu dah masuk dalam perut saya...
dr.ahmad: betul jugak tu... dia nak balas dendam la tu...
yeop: so camne nie doktor... nak makan pun payah camnie... saya makan ajek... mesti masuk dlm perot kucing tu jugak...
dr.ahmad: saya rasa mcm nielah... awak balik... dan cuba buat apa yang saya suruh... rumah awak kat mana?
yeop: kat puchong sana...
dr.ahmad: dari klinik nie sampai puchong awak balik jalan kaki...
yeop: gila ke doktor... takkan dari ampang jalan kaki balik puchong... matilah saya...
dr.ahmad: ala... itu sementara ajek... itu taktik sebenarnya... awak jalan ajek dulu... nanti kucing dlm perot awak tu bosan ngan perjalanan jauh tu... dia mesti keluar dari perot awak...
yeop: betul jugak tu...
dr.ahmad: bila kucing tu keluar... awal naiklah bas...
JADI YEOP PUN IKUTLAH NASIHAT DOKTOR... DIA PUN MULAH BERJALAN PERLAHAN2 DARI AMPANG MENUJU PUCHONG... 4 HARI KEMUDIAN DIA SAMPAI JUGA DIRUMAHNYA DIPUCHONG...
YEOP MASUK KE RUMAH... TETIBA TELEFON BERDERING... RING RING RINGGO...
dr.ahmad: alo yeop... awak kemana... banyak kali saya call... tapi awak tak angkat
yeop: saya baru sampai doktor...
dr.ahmad: awak berjalan dan baru sampai... kucing tu dah keluar ke.... ?
yeop: haah... kucing tu dah keluar... saya sampai rumah ajek dia keluar... saya tanya kucing tu apsal baru nak keluar... dia kata dia tetido masa saya berjalan tu... bila dia bangun ajek... dah sampai... sebab tu dia keluar...
dr.ahmad: ooo... pandai gak kucing tu...
ini kisah bohong sahaja. harap2 tidak jadi kenyataan.
pagi tadi adik aku telefon rumah. ucap selamat hari ibu untuk ummi. bagus betul dia. dia ingat untuk ucapkan hari ibu untuk ummi.
aku? entah. aku tak ambik tahu sangat hal2 mcm nie. perlu ke nak sambut hari ibu. sebab tiap2 hari aku sayang ummi dan umie.
"Kepada semua baca kisah asal usul pengertian "HARI IBU" yang sebenar. Kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU PADA TUHAN" yang menjadi amalan orang GREECE terdahulu. Ini semua sumber dari kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Saya bertaubat, kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu tak akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak anak akan saya beritahu........jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, kalau kita kasih,sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya tak perlu cuma pada hari hari tertenu saja, setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntunt. Harap di sebarkan kepada kawan-kawan atau saudara mara tentang sejarah HARI IBU ini."
semalam 3mei2004. satu tarikh yang cukup bersejarah dalam keluarga nordin. kak ana selamat dinikahkan dengan pilihan hati dari muar. nama abang ipar nordin ialah hakem. tidak pernah bekerja dimana2 mahkamah.
dalam keluarga nordin. kak ana anak sulung. nordin nombor 2. nordin anak lelaki sulung. kat bawah nordin ada lagi 4 orang. selepas nie mungkin giliran nordin pula kawin. insyaAllah. itupun dengan izin Tuhan.
majlis semalam cuma majlis akad nikah. lembu2 dankambing2 tidak terlibat dalam majlis semalam. yang datang hanyalah saudara-mara terdekat. kenduri besar akan diadakan bulan 8 nanti.
untuk kak ana dan abg hakem. selamat pengantin baru. semoga berkekalan hingga akhir hayat.
semalam spr gengjurnal dah umumkan keputusan pilihanraya2004. satu keputusan yang menarik. kombinasi yang menarik antara yang lama dan baru. nordin doakan agar kepimpinan baru nie mampu memajukan dan menjayakan segala agenda gengjurnal. insyaAllah.
pada masa kenduri tempohari. nordin lihat majoriti ajk tertinggi ada. tok rimau ada. wakdin ada. fuad walaupun tak terpilih ada. seronok lihat situasi macam nie.
keputusan pilihanraya gengjurnal 2004
---------------------------------------------------------------- .. presiden tok rimau
http://www.tokrimau.tk
... timbalan presiden wkdin
http://wkdin.ikiemasane.com
... setiausaha spyz
http://spyz.blogspot.com
... bendahari agung
** dipilih dari jawatankuasa yang terpilih
salam takziah nordin ucapkan kepada saudara dr.shahrom atau mesra dengan panggilan ep diatas pemergian isteri tercinta. arwah isterinya sudah sebulan lebih berada di icu hukm. al-fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. insyaAllah.
nordin dapat sms yang menyatakan isteri ep meninggal pada tengah malam semalam. pagi ini nordin menziarah dan sempat solat solat jenazah di masjid subang jaya. ramai juga rakan2 jurnal yang menghadirkan diri. arwah dikebumikan di tanah perkuburan seksyen 14 petaling jaya.
untuk ep. salam takziah semoga tabah menghadapi ujian Allah.
//sempat salam dan peluk ep tadi. nordin tahu dia seorang yang tabah dan baik hati.
... jam 3 petang dimasjid klcc
selepas pulang dari tanah perkuburan. nordin singgah dipejabat sebentar kerana masih ada kerja yang belum siap. jam 230 bertolak menuju masjid klcc dalam hujan renyai2.
sampai tepat jam 3 di masjid klcc. kelihatan sudah ramai yang ada. orang2 kuat gengjurnal juga ramai. seronok nordin tengok bila semua ada.
jam 330 bacaan yassin dan tahlil arwah diadakan. diketuai oleh imam masjid klcc. selesai bacaan doa, diadakan sedikit jamuan ringan. hampir 35 orang juga yang hadir. seronok dapat jumpa ramai orang.
malam ini nordin masih dipejabat. menyiapkan kerja2 yang pada sesetengah orang cukup mudah. bagi nordin tidak begitu. disebabkan kelembapan dan kebodohan yang ada. kerja yang mudah menjadi susah.
tak tahulah sampai bila nordin terus dilanda masalah kebodohan ini. mungkin nordin kena mula diam dan hanya buat kerja supaya dia dapat jadi orang yang pandai.
semoga nordin berjaya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat diopis dan dirumah.
Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."
hari ini nordin akan mengajar anda teknik mencakar harimau. pasti korang semua dah dengar teknik cakaran harimau yang dikupas dengan baik oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood.
teknik mencakar harimau ini berbeza sekali dengan teknik cakaran harimau.
BAHAN2 YANG PERLU ADA
+ harimau yang sudah cukup umur dan mampu mengeluarkan kuku sepanjang 1 inci. buat yang masih baru. anda digalakkan menggunakan anak harimau atau kalau tak konpiden. boleh gunakan kucing jantan sahaja. kalau tak berani juga sila beli patung2 harimau yang boleh didapati dikedai berdekatan.
7 TEKNIK MENCAKAR HARIMAU
(sila ambil perhatian. teknik ini merbahaya. jangan lakukan jika anda tidak yakin)
TEKNIK01.
+ mulakan dengan menggosok bahagian leher dan sekitar telinga harimau sehingga dia mampu tersenyum geli2 gitu.
TEKNIK02
+ dari leher urut hingga tengkuk kemudian turun sampai ke bahagian buah pinggang harimau. (anda dilarang mengusik buah pinggangnya).
TEKNIK03
+ urut bahagian kaki harimau dimulakan kaki hadapan. urut sehingga kuku harimau terkeluar. ambil gunting untuk memotong kuku yang panjang dan tajam. kebersihan harimau amat penting untuk memastikan ia tidak pupus. kemudian ulang kaki belakang harimau.
TEKNIK04
+ kemudian kita mula semula dibahagian kepala harimau. picit2 mesra sekitar mata. tarik2 manja misai harimau sehingga dia geli2. ulang sampai penat.
TEKNIK05
+ bahagian ekor harimau memainkan peranan penting untuk memastikan perjalanan darah yang sempurna. ambil sikat yang dan sikat bahagian ekor harimau. untuk menampakkan kelainan. anda boleh ambil riben dan ikat dibahagian ekor harimau. lihat betapa gediknya harimau berjalan dengan riben diekor.
TEKNIK06
+ bahagian bawah ketiak harimau perlu dipastikan sentiasa harum. ketiak yang busuk boleh menggagalkan usaha memikat harimau betina. ambil dettol dan ubat gegat sebanyak mungkin dan tumbuk halus2. kemudian sapukan dibawah ketiak harimau.
TEKNIK07
+ sesudah selesai semua teknik. kita sampai kepada teknik yang terakhir. teknik ini penutup kepada semua teknik diatas. ambil harimau. eh silap. ambik buah limau dan potong kepada beberapa bahagian. makanlah bersama2 harimau.
teknik ini untuk memastikan harimau anda sehat dan cergas bertenaga. jangan salah gunakan teknik yang diajar. catatan ini saya ambil dari seorang rakan yang telah mati dibaham harimau setelah dimenghabiskan teknik ke-06.
ps||cerita ini rekaan semata2. tiada kaitan dengan harimau yang hidup dan harimau yang akan mati. yang penting ia tiada kaitan dengan tok rimau.
untuk kesejahteraan keluarga anda disarankan membaca teknik cakaran harimau yang betul dan ada logo sirim. sila klik link dibawah untuk lebih jelas.
Ada 3 orang member kamcheng nordin, naza dan ajed pegi becuti kat pulau tioman.... sampai kat sana, diaorg pun pegi laa kat area ekek nak cari resort tempat persantaian diaorg barang semalam cuma... riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....
since diaorg ni member kamcheng giler.. depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal.. masing2 keluarkan sorang RM10... kira tong-tong 3 org laaa..... so bila dapat kunci jer... depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik..... lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion... so satu bilik cuma RM25 je...
minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... on the way nak pulangkan duit tu.. si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5.. mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg...
pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea... dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan... maknanya... mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9.... total depa bayar.... RM9.00 x 3 =RM27... mamat bell boy tu amik RM2... so total semua sekali RM27 + RM2 =RM29 >> mana pegi lagi singgit....?????????????
tolong nordin dan kawan2 cari lagi duit singgit tu. siapa dalang disebalik kehilangan duit tersebut. bellboy atau ada konspirasi jahat antara nordin dan kawan2. hulurkan bantuan anda di guestbook.
rasanya anda sudah tahu nama saya nordin. saya ambil nama ini sempena watak nordin dalam filem buli yang diarahkan oleh afdlin shauki. cuma kali ini nordin tidak dibuli lagi. malah dia yang membuli orang dengan tulisannya. :)
nordin sudah bekeluarga dan mempunyai seorang cahaya mata. berasal dari teluk intan perak. kehidupan nordin cukup bahagia. nordin dan isteri sekampung.
peristiwa 2 tahun lepas merubah hidup nordin dari seorang periang menjadi pendiam. bahagia tinggal impian. kejadian tersebut berlaku semasa dia sekeluarga pulang beraya di teluk intan.
memandu pada waktu malam memang memenatkan. tumpuan mata kena tepat. sedikit terlalai padah akibatnya. 25 kilometer lagi kedestinasi.
jam sudah 3 pagi. kereta semakin berkurangan. selepas tol ipoh. kereta tiba-tiba hilang kawalan. nordin cuba mengawal stering tetapi gagal. mungkin kelajuan menyebabkan ia semakin sukar dikawal. depan gaung. kereta nordin meluncur kedalam gaung.
beberapa jam kemudian pasukan bomba menghulurkan bantuan. terdengar suara disekeliling. mata nordin separuh terbuka. dia koma.
tiba dihospital teluk intan. nordin dimasukkan ke unit kecemasan. pendarahan dikepalanya agak banyak. keadaan nordin kritikal. dia masih koma.
4 hari kemudian. nordin perlahan-lahan membuka matanya. kelihatan ibunya disebelah. dimana isteri dan anaknya. apa nasib mereka. hidupkah atau bagaimanakah? ligat berputar pelbagai soalan dalam kepala.
"mak. mana milah dan anak saya???" tanya nordin kepada ibunya.
mak nordin hanya diam. raut mukanya menampakkan sesuatu yang tidak baik.
"makkkk. mana mereka mak???" tanya nordin hampir menjerit.
mak nordin mengusap kepala nordin perlahan-lahan. bila sampai dibahagian telinga terus dipulas sekuat hati.
"bangun. dah masuk maghrib nie. tido lagi lepas asar. mengarut aje. bila masa kawin entahlah pulak" kata mak nordin.
sebagai anak yang baik. nordin terus bangun dan mandi. selepas peristiwa itu nordin tidak tidur lepas asar lagi.
kalau nak tidur. dia akan tidur lepas zohor membawalah ke isyak.
itulah kisah pahit nordin yang telinganya dipulas ibu sendiri. semoga jadi iktibar.
nama saya nordin. ini siri permulaan. sebelum itu. assalamualaikum saya ucapkan kepada semua. saya nak kata baru dalam dunia blog tidak juga. cuma baru menulis. sudah lama menjadi pemerhati.
beberapa hari lepas saya mendengar satu temubual dalam radio satu rtm. sembang tentang weblog. tetamu yang dijemput adalah mat jan dan peanut. sungguh menarik sekali perbualannya.
baru2 ini saya mendapat emel dari seorang insan yang mendakwa dirinya buta (blind person) dan berminat menulis weblog. bagaimana dia menulis tanpa nampak apa yang ditulis. jadi buta bukan penghalang untuk kita menulis. teknologi yang canggih membolehkan mereka yang buta juga menulis.
saya tidak menulis panjang untuk episod pengenalan ini. sila berikan tunjuk ajar.
setelah kerap membaca catatan dan luahan orang lain. kini saya cuba kongsi apa jua kisah + cerita yang ada. semoga jadi pengajaran dan panduan buat saya menghadapi kehidupan yang penuh dugaan ini. salam perkenalan dari saya.