|
Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku Anda!
Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Buku Anda!
Pelajari
rahsia bagaimana menerbit dan menjual
sendiri buku. Buku pertama di Malaysia dalam bahasa
Melayu yang memberi panduan praktikal
bagaimana menerbitkan buku. Sebelum ini, bisnes buku hanya
menjadi rahsia di kalangan penerbit buku. Kini,
rahsia itu dibongkar
oleh seorang pengurus penerbitan sebuah syarikat penerbitan buku
terkemuka Malaysia. Berpengalaman menerbitkan lebih daripada
250 judul buku bukan-fiksyen
untuk pasaran terbuka di kedai buku.
Kini Anda Juga Boleh Berbisnes Buku Secara Kecil dari
Rumah atau
Pejabat!
Tuan-tuan dan puan-puan,
- Pernahkah anda
menerbit buku dengan mana-mana penerbit sama ada
penerbit universiti, penerbit kerajaan, penerbit swasta ataupun
penerbit luar negara?
- Bagaimana pengalaman anda
menerbit buku dengan penerbit yang anda pilih?
- Adakah pengalaman menerbit buku itu
menggembirakan anda?
- Atau adakah anda mengalami
pengalaman pahit yang menyebabkan anda
patah semangat dan serik
hendak menerbitkan buku lagi?
- Bagaimana pula dengan anda yang baru hendak
berjinak-jinak dalam dunia
penulisan buku? Tahukah anda apakah
liku-liku yang perlu anda lalui sebelum
anda berjaya menerbitkan buku?
Jika anda seorang
pensyarah, pasti anda pernah mendengar pelbagai
pengalaman menerbit buku daripada rakan-rakan pensyarah lain. Jika
anda seorang penulis
ataupun baru hendak berjinak-jinak
dalam dunia penulisan buku, anda juga tentu pernah mendengar
kisah pahit manis
menerbit buku.
Yang pastinya, kisah duka dan pahitlah
yang paling banyak diceritakan kepada anda. Pelbagai rungutan
seperti rasa BOSAN,
KECEWA,
MARAH, dan
TIDAK PUAS HATI
diluahkan kepada anda oleh rakan-rakan yang pernah menerbitkan buku.
Sasaran rungutan mereka itu adalah satu iaitu terhadap penerbit buku
mereka.
Bagaimana pula dengan diri anda sendiri? Pernahkah anda melalui
pengalaman-pengalaman pahit menerbitkan buku anda? Pernahkah anda
berasa...
BOSAN
-
BOSAN kerana
MENUNGGU PERSETUJUAN DARIPADA
PENERBIT untuk menerbitkan buku. Ada
yang terpaksa menunggu berminggu-minggu. Bahkan ada
yang berbulan-bulan menantikan jawapan. Berapa
banyak masa dihabiskan mengadap komputer semata-mata
menulis emel kepada editor bertanyakan jawapan.
Berapa banyak e-mel yang tidak berjawab dihantar
kepada penerbit? Berapa banyak kredit h/p yang
dibelanjakan menelefon penerbit. Yang paling
mengecewakan, selepas 9 bulan menanti, jawapannya
ialah, "Manuskrip anda tidak dapat diterbitkan."
-
BOSAN kerana
MENUNGGU BUKU TERBIT DI
PASARAN. Sudahlah semasa menantikan
jawapan persetujuan mengambil masa berbulan-bulan.
Selepas persetujuan diperolehi, terpaksa pula
menunggu buku terbit. Kalau setakat 4 hingga 5 bulan
boleh sabar lagi. Ini ada yang ambil masa sampai 4
hingga 5 tahun baru buku terbit. Bayangkan jika buku
itu mengenai isu semasa. Apabila terbit, buku itu
bukan lagi mengenai isu semasa tetapi isu lapuk.
KECEWA
- KECEWA kerana mendapati
KULIT BUKU TIDAK SECANTIK
seperti yang diharapkan. Ada yang kata cantik itu
subjektif. Tetapi kalau 10 orang yang tengok kulit buku
anda dan mengatakan kulit buku itu tidak cantik,
maknanya kulit buku anda memang tidak cantik.
- KECEWA kerana apabila membelek halaman buku anda
yang baru terbit, didapati layout atau
REKABENTUK HALAMAN TIDAK KEMAS DAN
LANGSUNG TIDAK MENARIK. Nampak macam
penerbit buku anda main-main sahaja. Langsung tidak
serius mengenai rekabentuk kulit dan halaman buku.
- KECEWA kerana apabila mula baca dari halaman ke
halaman, baru anda perasan
BANYAK EJAAN YANG SILAP.
Sepatutnya, penerbit mengambil berat isu ejaan dengan
memastikan editor menyunting terlebih dahulu manuskrip
yang dihantar sebelum diterbitkan.
- KECEWA kerana selepas habis baca buku itu, barulah
anda perasan, ada BANYAK
PERENGGAN DIBUANG dalam buku anda itu di
mana perenggan itu anda anggap sebagai sangat penting.
Ada juga kes di mana bab di dalam buku juga turut
dibuang.
- KECEWA kerana EJAAN
NAMA ANDA PADA KULIT BUKU SILAP. Anda
sendiri hairan bagaimana ejaan nama anda boleh silap.
Apabila anda tunjukkan pada rakan-rakan buku yang baru
terbit itu, rakan-rakan mentertawakan anda. Alangkah
malunya anda ketika itu.
- Yang paling MENGECEWAKAN sekali ialah, meskipun buku
terbit, anda tidak gembira bahkan berasa kecewa kerana
perkara-perkara di atas. Mengapa ia berlaku? Tidak lain
dan tidak bukan kerana
PENERBIT TIDAK MENGHANTAR PRUF
KEPADA PENULIS sebelum buku diterbitkan.
Sepatutnya, penerbit yang profesional akan hantar pruf
terlebih dahulu untuk diperiksa supaya tiada kesilapan
berlaku.
MARAH
- MARAH kerana PENERBIT MENIPU ANDA.
Semasa anda menyerahkan manuskrip kepada penerbit bagi
dinilai, mereka berkata buku anda itu tidak boleh dijual
dan tidak laku di pasaran. Kalau jual pun hanya setakat
satu kali cetak sahaja. Tidak lebih daripada itu. Namun
begitu mereka menunjukkan rasa kasihan kepada anda dan
mereka tawarkan untuk membeli manuskrip anda dengan
bayaran lump sum. Dalam erti kata lain, anda
hanya dapat satu kali bayaran sahaja. Hak cipta
manuskrip itu secara automatik menjadi hak milik
penerbit. Kata mereka, jika anda tidak jual kepada
mereka, tiada penerbit yang akan ambil manuskrip anda
itu. Akhirnya anda bersetuju dibayar RM800 untuk
manuskrip itu. Selepas 3 tahun, anda mendapat maklumat
daripada individu tertentu yang bekerja dengan penerbit
itu bahawa buku anda menjadi buku best-seller dan sudah
dicetak berbelas-belas kali sejak ia diterbitkan.
Barulah anda sedar sebenarnya anda sudah ditipu
penerbit.
- MARAH kerana PENERBIT
TIDAK BAYAR ROYALTI. Apabila sampai masa
penerbit perlu membayar royalti kepada anda, penerbit
tidak tunaikan. Pelbagai alasan diberikan semata-mata
untuk tidak membayar royalti kepada anda. Tetapi anda
tengok tauke penerbit anda itu bukan main bergaya lagi.
Pakai kereta besar siap dengan drebar lagi. Bukan
setakat satu, bahkan ada lima kereta besar. Hari ini
kereta BMW, esok MERCEDES, lusa JAGUAR, tulat VOLVO,
selepas itu TOYOTA CAMRY. Seolah-olah duit memang
berlebih-lebih. Tetapi royalti penulis tidak mahu bayar.
Bukan anda seorang bahkan hampir semua penulis yang
menerbitkan buku dengan penerbit anda itu tidak menerima
royalti.
TIDAK PUAS HATI
- TIDAK PUAS HATI kerana
KADAR ROYALTI YANG RENDAH.
Penerbit lain tawarkan kadar royalti sehingga mencecah
20% daripada harga buku. Tetapi penerbit buku anda hanya
memberikan 8% sahaja daripada harga buku.
- TIDAK PUAS HATI kerana
PENERBIT LAMBAT BAYAR ROYALTI.
Selepas lebih setahun buku anda diterbitkan barulah
penerbit membayar royalti. Itupun bukannya dibayar
sekaligus. Tetapi bayar beransur-ansur macam bayar
instalment kereta.
- TIDAK PUAS HATI kerana
PUBLISITI DAN PROMOSI BUKU ANDA
LANGSUNG TIDAK DIBUAT. Sampaikan ramai
di kalangan rakan-rakan anda tidak tahu bahawa anda ada
terbitkan buku. Akibatnya, buku anda tersadai di stor
penerbit sebab tidak ada orang hendak beli.
- TIDAK PUAS HATI kerana
PENERBIT TIDAK BERI LAYANAN
SEWAJARNYA kepada anda sebagai penulis
buku. Tidak pernah pun penerbit mengadakan satu majlis
makan-makan sebagai meraikan penulis yang sudah
menghasilkan buku best-seller kepada penerbit. Penerbit
buat untung berlipat kali ganda. Tetapi, hendak belanja
penulis minum pun kedekut.
|
Bagaimana tuan-tuan dan puan-puan? Pernahkah anda
mengalami perasaan seperti di atas? Jika jawapan anda YA bagi salah
satu daripada perasaan di atas, anda patut cari jalan alternatif
bagi menerbitkan buku anda. Pastinya anda sudah serik menerbitkan
buku dengan penerbit anda dahulu.
Macam-macam pengalaman pahit dan duka yang anda alami. Meskipun anda
percaya tidak semua penerbit buku lain bersikap seperti penerbit
anda dahulu. Tetapi pengalaman lampau anda menyebabkan anda patah
semangat hendak menulis dan menerbitkan buku anda yang seterusnya.
Jika begitulah keadaannya, mengapa tidak anda
TERBIT SENDIRI BUKU ANDA! Tahukah anda apa
kelebihan jika anda menerbit sendiri buku. Mari kita sama-sama lihat
KELEBIHAN MENERBIT SENDIRI BUKU.
|
KELEBIHAN
TERBIT SENDIRI BUKU
1. Mendapat
Lebih Banyak Duit
Umumnya, apabila anda menerbit manuskrip dengan mana-mana
penerbit, anda akan dibayar royalti. Ada penerbit yang
menawarkan royalti sebanyak 10
peratus daripada harga jualan buku. Mungkin
ada yang lebih tinggi sehingga mencecah
20 peratus. Secara
umumnya, penerbit-penerbit buku di Malaysia menawarkan
royalti antara 7 hingga 20 peratus, bergantung pada
kedudukan dan prestasi syarikat penerbitan.
Bagaimana royalti dikira? Sebagai contoh anda menerbit judul
A dengan penerbit B. Harga buku ialah RM20. Peratus royalti
yang ditawarkan pula ialah 10 peratus daripada harga buku.
Katakan buku anda dicetak sebanyak 2,000 naskhah dan
semuanya habis terjual dalam tempoh setahun. Maka royalti
anda seperti berikut:
Royalti buku anda =
Peratus royalti x harga jualan x jumlah terjual
= 10% x RM20 x 2,000
=RM4,000
Ini bermakna, royalti yang bakal anda terima
bagi tahun pertama buku itu diterbitkan dengan penerbit B
ialah RM4,000. Atau dengan kata lain setiap buku anda yang
terjual, anda mendapat RM2.
Mari kita lihat berapa yang bakal anda perolehi jika anda
terbit sendiri buku itu. Andaikan harga buku itu masih sama
iaitu RM20. Anda berjaya menjual terus kepada pengguna dalam
tempoh setahun sebanyak 2,000 naskhah. Jadi pendapatan kasar
anda ialah:
Pendapatan kasar = Harga buku
x jumlah terjual
= RM20 x 2,000
= RM40,000
Ini adalah pendapatan kasar sahaja. Bagi mendapat pendapatan
sebenar, anda perlulah menolak kos-kos yang terlibat dalam
menerbit dan memasarkan sendiri buku anda itu. Sebagai
contoh, kos membangunkan buku itu seperti kos membuat
rekabentuk halaman dan kulit, membuat filem, mencetak,
promosi, membina laman web, penghantaran dan lain-lain.
Andaikan jumlah kos yang perlu ditolak RM10,000. Maka
pendapatan bersih anda ialah RM40,000 – RM10,000 = RM30,000.
Jadi yang mana lebih banyak? Jika terbit dengan penerbit
anda mendapat RM4,000
setahun. Tetapi jika anda terbit sendiri, pendapatan anda
ialah RM30,000
setahun. Sudah tentu terbit sendiri lebih untung.
2. Lebih Cepat Dapat
Duit
Satu lagi kelebihan terbit sendiri buku ialah, anda tidak
perlu tunggu antara 6 hingga
12 bulan bagi mendapat hasil jualan buku
anda. Ini kerana jika anda menjual terus kepada pengguna
tanpa melalui orang tengah, anda terus menerima bayaran. Ini
berbeza jika anda menerbit dengan penerbit buku. Anda
terpaksa tunggu sehingga tempoh tertentu sebelum dibayar
royalti.
Industri buku sebenarnya ialah
industri kredit.
Semuanya berasaskan hutang. Dan hutang itu perlu dijelaskan
dalam tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika penerbit
menjual buku kepada kedai buku, kedai buku diberi tempoh
mungkin 60 hari, 90 hari,
ataupun 120 hari sebelum perlu membayar
kepada penerbit. Ini bermakna penerbit perlu menunggu
sebelum buku yang dijual dibayar harganya oleh kedai. Sebab
itulah mengapa penerbit mengambil tempoh lama sebelum dapat
membayar royalti kerana jualan yang dibuat bukan berbentuk
tunai.
3. Buku Terbit
Lebih Cepat
Biasanya, apabila penerbit bersetuju menerbit buku anda,
penerbit akan memaklumkan bahawa buku anda akan terbit dalam
tempoh 18 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima
ataupun dari tarikh perjanjian penerbitan ditandatangani.
Ada penerbit memberi tempoh 12
bulan dan mungkin ada yang sampai
2 tahun.
Seorang pensyarah IPT tempatan pernah memberitahu, sebuah
penerbit besar mengambil masa hampir
5 tahun sebelum menerbitkan
manuskrip beliau. Bayangkan jika buku anda tulis itu
mengenai isu semasa ataupun buku mengenai teknologi, sudah
tentu apabila terbit, buku anda dianggap sebagai sudah tidak
relevan.
Mengapa ini berlaku? Sebelum penerbit mengambil keputusan
menerbit ataupun tidak manuskrip yang anda hantar, mereka
perlu membuat kaji selidik pasaran terlebih dahulu. Mereka
juga perlu menilai mutu manuskrip anda dengan cara melantik
penilai luar. Selain itu, penerbit perlu mengira untung rugi
jika mereka menerbit manuskrip anda. Ini sudah tentu
mengambil masa.
Apabila manuskrip anda sudah diterima, penerbit perlu
mengatur jadual penerbitan
buku anda. Ini termasuklah melantik editor, membuat
rekabentuk halaman dan kulit, membuat indeks, mencetak dan
sebagainya. Biasanya, penerbit kecil yang hanya menerbitkan
20 judul setahun, mampu menyingkatkan tempoh terbit buku
anda. Tetapi jika penerbit itu adalah penerbit besar yang
menerbit 200 hingga 300 judul
setahun, masa yang diambil lebih panjang. Ini kerana
penerbit besar perlu membuat belanjawan terlebih dahulu di
samping menyediakan pelan pemasaran yang baik. Selain itu,
penerbit mungkin mengalami masalah tenaga kerja editor yang
tidak cukup berbanding judul yang banyak bagi diterbitkan.
Apabila anda menerbit sendiri buku anda, sudah tentu anda
tidak mengalami masalah seperti di atas. Segalanya terpulang
kepada anda. Katakan anda hendak menerbit buku rujukan
bacaan pelajar anda sebelum semester bermula, anda pasti
dapat menerbitkannya kerana anda sendiri penerbitnya.
Bayangkan jika anda menyerahkan buku kepada penerbit. Belum
tentu ia dapat terbit pada masa yang anda inginkan.
Masalah ini sering terjadi kepada pensyarah-pensyarah IPT
yang mahu buku mereka diterbitkan oleh penerbit besar.
Akibatnya mereka terpaksa
menunggu bertahun-tahun lamanya. Mungkin
juga buku mereka cepat terbit tetapi tidak kena pada
masanya. Sebagai contoh, buku terbit apabila semester hampir
tamat.
4. Jualan Buku
Dapat Dilipat Gandakan
Apabila anda menerbit buku dengan penerbit, anda perlu tahu
bahawa bukan buku anda seorang yang diterbitkan. Terdapat
beratus-ratus
lagi buku oleh ramai penulis lain yang diterbitkan. Oleh
itu, anda tidak boleh terlalu berharap penerbit akan
mempromosikan berhabis-habisan buku anda kecuali anda adalah
selebriti hiburan, tokoh
politik ataupun orang ternama.
Biasanya, penerbit mempunyai
bajet yang terhad bagi tujuan
promosi. Bagi
menjimatkan kos promosi, penerbit terpaksa memilih buku yang
mereka sasar dapat menjadi best-seller sahaja. Bagi buku
yang penerbit sasar menjadi
best-seller, mereka mempromosi buku itu
lebih daripada buku-buku yang lain.
Poster-poster khas dibuat bagi judul
yang dipilih berserta foto wajah penulis. Pendek kata
penerbit tidak akan teragak-agak berbelanja besar bagi buku
yang ditulis oleh selebriti, tokoh politik ataupun orang
ternama kerana mereka yakin buku-buku ini boleh menjadi
best-seller.
Bagi buku biasa
pula, mereka akan mempromosi buku-buku secara set. Sebagai
contoh, jika ada 7 buku mengenai kesihatan oleh 7 penulis
berbeza, mereka akan mempromosikan buku itu sebagai set buku
kesihatan. Maka dibuat poster yang memaparkan 7 kulit buku
berlainan judul oleh 7 orang penulis yang berlainan dalam
satu poster. Foto wajah 7 penulis itu langsung tidak diletak
pada poster. Dengan kata lain 7 penulis itu
berkongsi bahan promosi.
Ini dapat menjimatkan kos penerbit.
Apabila senario mempromosi penulis ataupun buku tertentu
sahaja, sudah tentu ada buku
yang akan tercicir daripada segi promosi.
Ini menyebabkan tidak ramai pengguna tahu mengenai buku itu.
Secara tidak langsung jualan buku kurang.
Sebaliknya, jika anda sendiri menerbit buku anda,
tanggungjawab promosi semestinya di bahu anda. Anda kenal
siapa sasaran pembeli buku yang anda tulis dan di mana anda
perlu mempromosikannya. Anda tidak perlu sibuk mempromosi
buku orang lain.
Jika sebuah buku sahaja yang anda terbit, anda boleh fokus
sepenuhnya mempromosi buku anda sama ada dengan memberi
ceramah, bengkel, mempromosi di internet, melalui emel dan
banyak lagi cara. Sudah tentu promosi habis-habisan yang
anda lakukan dapat menarik minat ramai pengguna membeli buku
anda. Tidak mustahil jualan buku anda berlipat kali ganda
daripada jualan yang boleh dibuat oleh penerbit.
5. Kuasa
Penerbitan di Tangan Anda
Prof. Madya Dr. Hashim (bukan nama sebenar) berjaya
menerbitkan sebuah buku berjudul Prinsip Pemasaran dengan
salah sebuah penerbit besar di Kuala Lumpur. Beliau cukup
gembira dengan terbitnya buku itu. Ini membuka peluang
beliau naik pangkat ke jawatan profesor satu hari nanti.
Namun begitu, beliau tidak
berpuas hati dengan kulit bukunya itu.
Semasa membuat pruf buku itu, beliau ada mencadangkan kepada
penerbit supaya menukar kulit buku yang dibuat oleh artis
grafik. Ini kerana gambar yang digunakan tidak sesuai.
Begitu juga jenis tipografi yang digunakan tidak begitu
menyerlah. Beliau mengharapkan penerbit dapat menerima
saranan beliau agar ditukar gambar dan tipografi. Tetapi
akhirnya, apabila terbit, beliau dapati kulit bukunya masih
memakai gambar dan tipografi yang sama.
Pernahkah anda mengalami senario seperti di atas. Lazimnya
penerbit memiliki kuasa penuh
dalam menentukan saiz buku, rekabentuk kulit dan teks dalam,
harga, judul, jumlah cetakan dan lain-lain. Biasanya ini
termaktub dalam perjanjian penerbitan. Mengapakah penerbit
hendak memegang kesemua kuasa penerbitan?
Jika penerbit tidak memegang kuasa penerbitan sepenuhnya,
besar kemungkinan, buku penulis tidak akan terbit ataupun
lambat terbit. Apa tidaknya, masing-masing memiliki cita
rasa yang berbeza. Penulis hendak putih, penerbit hendak
hitam. Akhirnya penerbit terpaksa mengguna
kuasa veto
bagi menyelesaikan masalah.
Walaupun demikian, masih ada penerbit yang bersikap tolak
ansur dan bersedia mendengar dan menerima cadangan penulis.
Ini bergantung pada bagaimana penulis dapat melembutkan hati
penerbit.
Adakah perkara seperti ini akan berlaku jika anda terbit
sendiri? Sudah tentu tidak. Anda
bebas menentukan rekabentuk kulit buku
anda, berapa harganya, saiz, tebal, warna, jumlah cetakan
dan sebagainya. Itulah lebihnya jika anda sendiri menjadi
penerbit buku anda.
6. Potongan dan
Tolakan Cukai Pendapatan
Tahukah anda, royalti
yang anda terima hasil daripada jualan buku dikecualikan
daripada dikenakan cukai. Jumlah maksimum royalti yang
dikecualikan cukai
ialah sebanyak RM20,000.
Oleh itu, jika anda menerbit buku dengan penerbit, hasil
royalti anda dikecualikan cukai.
Tetapi, apabila anda menerbit sendiri buku anda, anda bukan
sahaja dikecualikan cukai bagi royalti yang diterima. Bahkan
anda berhak menolak belanja yang dikeluarkan daripada cukai
pendapatan.
Apabila anda menerbit dan menjual sendiri buku anda, anda
dianggap menjalankan
perniagaan. Pendapatan yang anda perolehi
hasil menjual sendiri buku dianggap sebagai pendapatan
berpunca daripada perniagaan. Oleh itu, sebarang
belanja yang
anda keluarkan dalam
menjalankan perniagaan boleh
ditolak cukai.
Sebagai contoh jika anda menggunakan rumah kediaman anda
sebagai premis perniagaan, segala bil air, elektrik, cukai
tanah, cukai pintu, sewa, faedah pinjaman, kos ubahsuai dan
selenggara rumah boleh ditolak daripada cukai pendapatan.
Begitu juga jika anda mengguna kenderaan, segala belanja
petrol, tol, kos membaiki dan menyelenggara serta insurans
boleh ditolak.
Selain daripada itu, antara belanja lain yang boleh ditolak
cukai ialah bil telefon, belanja hotel, gaji pekerja, derma,
belanja keraian, komputer, dan lain-lain lagi.
Namun begitu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mensyaratkan,
sebelum individu layak menolak belanja perniagaan daripada
cukai, dokumen dan bukti
bertulis perlu ada sebagai sokongan. Jika
tidak, belanja yang dibuat tidak boleh ditolak dan anda
mungkin dikenakan penalti. Antara contoh dokumen itu ialah
resit, inbois, dan lain-lain.
7. Meningkatkan
Semangat dan Motivasi Diri
Bayangkan diri anda berjumpa daripada satu penerbit ke
penerbit yang lain, akhirnya tidak ada satupun penerbit yang
hendak menerbitkan manuskrip anda. Bahkan lebih teruk lagi,
anda mungkin dihina dan diejek
oleh penerbit mengatakan manuskrip anda tidak layak
diterbitkan.
Bagaimanakah perasaan anda ketika itu? Sudah tentu anda
berasa terhina. Semangat dan
motivasi diri pasti jatuh merudum. Dan lebih
teruk lagi, mungkin situasi itu mematahkan semangat anda
bagi terus menulis buat selama-lamanya.
Jika anda menerbit sendiri buku anda, tidak ada isu
manuskrip anda ditolak oleh penerbit. Tiada siapa yang
hendak menghina anda. Apabila buku anda terbit, sudah tentu
anda berbangga kerana hasil penat lelah anda, akhirnya buku
anda terbit seperti yang dirancang dan dikehendaki. Secara
tidak langsung, ini dapat meningkatkan semangat anda bagi
terus berkarya dan berusaha mempromosi buku anda kepada
pengguna.
8. Boleh Terbit
Apa Sahaja Buku yang Anda Mahu
Anda tidak perlu lagi risau sama ada buku yang anda tulis
boleh terbit ataupun tidak. Ini kerana anda terbit sendiri.
Anda yang keluarkan belanja.
Anda bukan mengharap belas kasihan daripada penerbit.
Penerbit mungkin menolak buku anda kerana sasaran pembacanya
yang kecil. Akan tetapi anda lebih tahu siapa sasaran
pembaca anda. Apabila anda terbit sendiri buku anda, sudah
tentu anda akan berusaha memasarkan buku itu
bersungguh-sungguh kepada pembaca sasaran. Ini termasuklah
melalui internet, kedai buku, mail order dan sebagainya.
Dengan cara menerbit sendiri juga membolehkan anda berkongsi
idea, ilmu, maklumat, pengalaman dan kreativiti dengan lebih
ramai orang.
9. Menjadi
Pakar dalam Bidang yang Anda Tulis
Sesetengah individu menulis buku kerana mahu dianggap pakar.
Apabila anda menerbit sendiri buku, secara
automatik anda dianggap pakar
dalam bidang yang anda tulis. Anda akan dihormati kerana
berkongsi ilmu yang ditulis. Ini secara tidak langsung
membantu anda memperoleh pendapatan tambahan sebagai
penceramah, jurulatih,
konsultan dan sebagainya.
Jika anda memiliki bisnes, buku anda itu pasti dapat
membantu memperkenal dan
memperkembangkan lagi bisnes serta dihormati
oleh para pelanggan. Dengan kata lain, buku anda menjadi
alat pemasaran yang berkesan dan efektif. Buku anda secara
tidak langsung mempromosi diri anda sebagai pakar dalam
bidang yang dipilih. Ini membantu anda mencapai matlamat
yang diimpikan. |
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagaimana sekarang? Sudah lihat apa kelebihan menerbit sendiri buku
anda? Percaya ataupun tidak, menerbit sendiri buku
bukan perkara baru di luar negara
seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Banyak buku terlaris
asalnya diterbit sendiri oleh penulisnya. Sebagai contoh, buku
What Colour Is Your Parachutte?
diterbitkan sendiri oleh Richard Nelson Bolles pada tahun 1970. Buku
ini sudah terjual lebih 8 juta naskhah, dan purata 1,000 naskhah
sehari terjual serata dunia dan diterjemah ke dalam sepuluh bahasa.
Jika anda pengurus, anda mungkin pernah mendengar ataupun membaca
buku The One Minute Manager.
Buku hasil tulisan Kenneth Blanchard dan Spencer Johnson ini juga
salah satu contoh buku yang diterbit sendiri. Buku ini antara buku
terawal kategori bisnes yang memperkenalkan teknik pengurusan
praktikal dalam bentuk cerita.
Pada awalnya kedua-dua penulis menerbit sendiri buku ini bagi
digunakan dalam seminar yang mereka anjurkan. Selepas mengambil kira
pendapat dan cadangan daripada peserta seminar, buku itu disemak dan
diperbaiki. Akhirnya mereka berjaya menjual sendiri sebanyak 20,000
naskhah sebelum diterbitkan oleh sebuah penerbit komersial dan
akhirnya berjaya menjadi salah satu buku best-seller.
Satu lagi buku oleh Dr. Spencer Johnson yang beliau terbitkan
sendiri ialah Who Moved My Cheese?
Buku setebal 94 halaman yang hanya mengisahkan 4 ekor tikus ini
berjaya menjadi karya best-seller kategori bukan fiskyen di
Publishers Weekly selama 64 minggu. Buku ini pernah menduduki carta
buku best-seller di kedai buku MPH tahun 2007.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Di Malaysia sendiri, semakin ramai penulis yang menerbit sendiri
buku mereka. Antara penulis yang menerbit sendiri buku mereka ialah
Sasterawan Negara Dato’ A. Samad
Said melalui syarikat yang ditubuhkan sendiri
iaitu Wira Bukit Sdn. Bhd. Sebelum ini kebanyakan karya-karya beliau
diterbitkan oleh penerbit-penerbit besar seperti Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anda mungkin kenal dengan penulis novel
Ahadiat Akashah yang
terkenal dengan novel beliau Budak Setan satu masa dahulu. Nama
beliau tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penulis
novel paling banyak di Malaysia iaitu melebihi 70 judul. Pada
awalnya beliau juga menerbit novel dengan penerbit tempatan. Selepas
itu beliau mula mempelajari teknik menerbit sendiri buku dan
menerbitkan dari rumah beliau sendiri. Selain novel sendiri, beliau
turut menerbitkan novel penulis lain.
Seorang lagi novelis yang kini sedang meningkat naik namanya ialah
Faisal Tehrani.
Akibat tidak berpuas hati dengan jualan buku beliau yang diterbitkan
oleh salah sebuah penerbit terkenal, beliau mengambil keputusan
menerbit sendiri novel beliau berjudul Tunggu Teduh Dulu. Beliau
berjaya menjualnya secara terus kepada peminat beliau melalui
internet.
Terkini sesiapa yang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
mungkin ada yang singgah di booth penerbit baru
KarnaDya yang
ditubuhkan pada Ogos 2005. Individu di sebalik KarnaDya ialah Aina
Emir, penulis novel terkenal. Pada awalnya beliau hanya menerbit
sendiri novel-novel terbaru yang beliau tulis. Sekarang beliau sudah
mula menerbitkan novel-novel tulisan penulis lain. Ini termasuklah
novel remaja yang kini hangat di pasaran.
Pernahkah anda mendengar nama
Azizi Ali? Beliau adalah seorang konsultan
dalam bidang kewangan peribadi dan sudah menerbitkan beberapa buah
buku mengenai kewangan peribadi. Buku-buku itu beliau terbitkan
sendiri di bawah syarikat beliau iaitu TrueWealth Sdn. Bhd. Syarikat
beliau juga turut menerbitkan buku-buku hasil tulisan penulis lain.
Blogger
seperti Tok Rimau,
Sinaganaga,
Mat
Jan, kumpulan
Sindiket Soljah,
Geng Mak Itam,
Papakerma dan
Pink
Platun sudah menerbitkan
sendiri berjudul-judul blook dan antologi fiksyen seperti Ayah
Kita Bos, Jongkang Jongket, Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Goblog, Pink
Platun, Kudeta, Kalashnikov, Sajak-Sajak Suci, K-Eight, Gangguan
Teksual, dan Sabotaj.
Di kalangan pensyarah IPT
pula, memang ramai yang mengambil inisiatif menerbit sendiri buku
sebagai rujukan pelajar mereka. Sebenarnya, jika anda seorang
pensyarah dan mengajar banyak kelas bagi satu-satu subjek setiap
semester, inilah peluang buat duit. Ini kerana menerbit dan menjual
buku rujukan kepada pelajar IPT memang mudah. Anda tidak perlu
pening kepala memikirkan bagaimana hendak menjual buku yang
diterbitkan kerana pembelinya sudah ada. Cuma perlu wajibkan sahaja
setiap pelajar membeli buku yang anda terbitkan itu. Anda juga
sebenarnya membantu mengelakkan pengaliran keluar wang negara kepada
penerbit dari luar negara akibat membeli buku rujukan terbitan
mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sudah pasti anda begitu bersemangat sekarang hendak menerbit sendiri
buku yang anda tulis. Tetapi ada juga yang masih
ragu-ragu sama ada mereka boleh
menerbit buku ataupun tidak. Mengapa? Anda tidak percaya anda boleh
lakukannya? Tidak dapat dinafikan, ramai yang tidak yakin mereka
boleh terbitkan sendiri buku.
Yang pastinya, perkara utama yang berlegar di fikiran anda sekarang
ialah soal kos menerbit. Mengikut
cakap-cakap orang kos menerbit buku menelan belanja berbelas-belas
ribu ringgit. Ada yang sampai angka puluhan ribu ringgit. Benarkah
begitu?
Perkara kedua yang mungkin bermain di fikiran anda ialah,
“Bagaimana hendak terbit sendiri buku
sedangkan ilmu dan pengalaman menerbit buku pun tidak ada.”
Jangan risau tuan-tuan dan puan-puan. Kini sudah terbit satu buku
yang membongkarkan rahsia bagaimana hendak menerbitkan sendiri buku.
Ia memberi panduan langkah demi langkah bagaimana hendak
menerbitkan buku.
Buku ini ditulis oleh seorang pengurus
penerbitan di salah sebuah syarikat penerbitan buku
di Kuala Lumpur yang sudah menerbitkan lebih daripada
250 judul sepanjang beliau
berkhidmat di situ. Apa yang beliau tulis berdasarkan apa yang
beliau buat sebagai pengurus penerbitan dalam menerbitkan buku-buku
yang dihantar oleh penulis bagi diterbitkan.
Anda akan belajar bagaimana:
- Menyunting
manuskrip
- Membuat rekabentuk halaman
buku
- Membuat rekabentuk kulit buku
- Memohon ISBN dan CIP daripada
Perpustakaan Negara Malaysia
- Menulis blurb di belakang
kulit buku
- Berurusan dengan pencetak buku
- Membuat anggaran kos menerbit
dan kira-kira untung rugi
- Mempromosi buku
- Menjual dan mengedar buku
- Membuat e-book
SIAPA
PENULIS BUKU INI?
En. Nazrul Samsudin
atau nama sebenar beliau Mohd Nazrul Shamizan b. Mohd Samsudin
adalah Pengurus Penerbitan di PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
(PTS Pro) Syarikat yang beliau uruskan ini fokus menerbitkan buku
kategori bisnes, pengurusan dan pendidikan dalam bahasa Melayu untuk
pasaran di kedai buku dan juga sektor sekolah. Beliau berasal dari
Kota Bharu, Kelantan.
Jika anda ke kedai-kedai buku utama seluruh negara seperti MPH,
Popular dan lain-lain, perhatikan di rak-rak buku bisnes dan
pengurusan, kebanyakan buku dalam bahasa Melayu diterbitkan oleh PTS
Pro.
Latar Belakang Pendidikan
Beliau adalah pemegang:
-
Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang (Kepujian) dari
UIAM pada tahun 2002
- Ijazah Sarjana
Undang-undang Perbandingan juga
dari UIAM pada tahun 2004
- Sijil Pengurusan Syarikat
dari Pusat Undang-undang, Kulliyah Undang-undang, UIAM pada
2003.
Pengalaman Kerja
Sebaik tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, beliau terus
dipelawa oleh Pengerusi PTS sekarang iaitu Puan Ainon Mohd. bagi
menyertai PTS. Berikut antara jawatan yang pernah disandang beliau
semasa berada di PTS.
- Jurulatih Kanan, PTS
Consultants Sdn. Bhd. (Jun 2002 –
Ogos 2002) - bertugas merangka modul program kem motivasi dan
melatih fasilitator.
- Editor Perolehan, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. (September
2002 – Jun 2004) - merancang dan membangunkan judul buku,
menjalankan penyelidikan, mengendalikan bengkel penulisan di
institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi mencungkil
penulis berbakat, memantau, mendorong dan memotivasi penulis.
- Pengurus Pengeluaran, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. (Julai –
Disember 2004) - mengatur jadual penerbitan buku, menyediakan
kos penerbitan, ber-urusan dengan pencetak buku, memantau kerja
editor pengurusan, menentukan rekabentuk halaman dan kulit buku.
- Pengurus Penerbitan, PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. (Januari 2005
– sekarang) - memantau operasi penerbitan secara keseluruhan,
meluluskan judul dan manuskrip yang bakal diterbitkan,
menyelaraskan jadual penerbitan, menyediakan bajet penerbitan,
menyelaraskan aktiviti promosi dan pemasaran buku.
- Pegawai Undang-undang, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. (2005 –
sekarang) - menasihat syarikat mengenai perkara berkaitan
undang-undang hak cipta dan merangka perjanjian penerbitan
syarikat.
Sepanjang bertugas di PTS, beliau berjaya mengurus
dan menerbitkan lebih daripada 250 judul buku pelbagai kategori.
Antara buku yang beliau sendiri bawa masuk dan menjadi bestseller
ialah Rahsia Bisnes Orang Cina
oleh Ann Wan Seng
yang diterbitkan pada 2006 dan sehingga hari ini tercetak lebih
daripada 30,000 naskhah dan menjadi bestseller di Indonesia dan
terjual lebih daripada 40,000 naskhah di sana.
Beliau juga sekarang bertanggungjawab menguruskan penerbitan buku
terjemahan oleh penulis-penulis terkenal di peringkat antarabangsa
dalam bidang bisnes dan pengurusan ke dalam bahasa Melayu. Antaranya
ialah buku oleh John C. Maxwell,
Brian Tracy,
Philip Kotler dan
Peter Drucker. Beliau
bertanggungjawab membuat urusan bagi mendapatkan hak terjemahan
melalui agen-agen yang dilantik penulis-penulis berkenaan.
Kelayakan lain
Selain pengalaman kerja, berikut kelayakan dan pengalaman lain:
- Jurulatih Kelas
Penulisan Popular, UNITAR Kelana Jaya
– (Ogos 2005 – sekarang) - melatih para pelajar dengan teknik
penulisan berkesan, teknik adaptasi, teknik terbit sendiri buku,
ilmu hak cipta dan dunia penerbitan di Malaysia.
- Pengurus Projek
- menerbitkan buku-buku terjemahan Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad (ITNMB)
pada 2003-2004 di mana PTS dilantik sebagai kontraktor.
- Pengurus Projek
– menerbitkan buku Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia berjudul “Jejak
Langkah Cenderasari ke Putrajaya” - 50 Tahun Pengalaman
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 2008.
- Pengurus Projek
- menerbitkan Prosiding
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa pada
2006, 2007 dan 2008.
APA KATA MEREKA?
|
“En. Nazrul Samsudin mempunyai
6 tahun pengalaman
menerbitkan buku. Ini termasuklah pengalaman
membina judul buku bestseller,
membimbing dan membangunkan penulis,
menyunting,
merekabentuk halaman dan kulit buku,
menyediakan kos penerbitan,
berurusan dengan pencetak,
mempromosi dan juga mengedar buku yang
diterbitkan. Pengalaman praktikal menerbitkan buku
yang beliau ada cukup berguna bagi sesiapa yang berhasrat
menerbit sendiri buku.”
PROFESOR EMERITUS DR. ABDULLAH
B. HASSAN
Profesor Bahasa Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
|
"Dengan terbitnya buku ini diharapkan dapat menjadi
jalan alternatif kepada para penulis
bagi menerbit buku mereka seterusnya
merancakkan lagi industri
penerbitan buku di Malaysia."
ARIEF HAKIM SANI B. RAHMAT
Setiausaha Kehormat
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)
|
"Jika anda berhasrat menerbit sendiri buku, inilah
buku rujukan terbaik
yang boleh
anda jadikan panduan."
SAYID MUNAWAR B. SAYID MOHD
MUSTAR
Pengacara Segmen Resensi Buku RTM1
|
BAGAIMANA
HENDAK MENDAPATKAN BUKU INI?
Buku ini diedarkan secara
terhad. Jika anda ke kedai
buku seperti MPH, Kinokuniya dan Popular, anda tidak akan temuinya.
Apatah lagi jika anda ke kedai buku di Jalan Tunku Abdul Rahman,
langsung tidak ada.
Buku ini hanya boleh dibeli secara
ONLINE. Ia diterbit
sendiri oleh penulis melalui syarikat yang beliau
tubuhkan. Beliau juga menjual sendiri buku ini di internet dan juga
melalui ceramah dan bengkel yang beliau adakan. Beliau tidak menjual
buku ini melalui kedai buku yang merupakan cara menjual buku secara
tradisonal.
Beliau cuba buktikan bahawa, penulis yang menerbit sendiri buku
mereka pun boleh berjaya. Bahkan kuantiti buku yang dijual boleh
mengatasi kuantiti yang mampu dijual oleh penerbit buku sedia ada di
Malaysia.
Dapatkan buku “Buat Duit dengan Terbit
Sendiri Buku” ini sekarang. Anda hanya perlu
membelanjakan RM40
(termasuk kos penghantaran dengan Pos Ekspres). Selepas membaca buku
ini dan mempraktikkan apa yang diajar,
anda mungkin dapat buat untung RM40,000
dengan menerbit dan menjual sendiri buku yang anda tulis.
CARA
BAYARAN
1. Pindah wang (RM40)
melalui internet ataupun deposit wang melalui mesin ATM.
Bank : MAYBANK
Nama syarikat : MNS INFOBIZ CONSULTANCY
No. Akaun : 5620 1200 2771

2. Apabila wang RM40
sudah dipindah atau deposit, emelkan:
Ke syafizan@pts.com.my
NOTA:
-
Buku yang dipesan akan dihantar menggunakan Pos Ekspres.
-
Bayaran RM40 itu termasuk kos penghantaran dengan Pos
Ekspres.
-
Penghantaran menggunakan Pos Ekspres untuk alamat di Malaysia
sahaja.
-
Penghantaran hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat.
-
Bayaran yang diterima sebelum jam 12 tengahari hari bekerja,
buku akan dihantar pada hari itu juga.
-
Bagi bayaran yang diterima pada hari cuti, penghantaran akan
dibuat hari pertama bekerja pada minggu berikutnya atau hari
bekerja keesokan harinya.
-
Tempoh penghantaran adalah berdasarkan poskod alamat yang
diberikan. Zon A - Sehari bekerja berikutnya, Zon B - 2 hari
berikutnya, dan Zon C - 3 hari berikutnya. (Sila rujuk terma dan
syarat Pos Ekspres)
-
Apabila buku dihantar, anda akan menerima e-mel makluman beserta
no. tracking. Anda boleh mengetahui status penghantaran buku
melalui laman web www.pos.com.my dengan mengisi no. tracking
yang diberikan.
|