19.7.03
TAKTIK
Salah satu taktik pensyarah untuk meng-interesting-kan kuliahnya adalah dengan mengaitkan subjeknya dengan topik KAHWIN. Pensyarah Contract akan mengaitkan istilah Contract seperti offer, acceptance dan invitation to treat dengan istilah merisik, meminang dan sebagainya. Pensyarah Company akan mengaitkan proses menubuhkan syarikat dengan proses melahirkan anak. Kena ada at least DUA ORANG baru boleh buat syarikat (samalah jugak kalau nak buat anak).
"Kalau kamu nak anak, apa benda pertama yang kamu kena buat? Kamu kena cari suami," kata puan pensyarah kepada seorang pelajar perempuan.
"Zaman sekarang ni, tak ada suami pun boleh ada anak!" kata aku seorang pelajar lelaki.
"Kamu tengok, macam mana dia punya mind? Kotor!" puan pensyarah menyindir pelajar lelaki tadi.
"Maksud saya, pompuan tak ada suami boleh ambik ANAK ANGKAT. Haa, mind siapa yang kotor sekarang ni?" pelajar lelaki tadi membuat sindiran balas.
Pelajar - 1. Pensyarah - 0.
FAMILY MAN
Pensyarah lain perlu kaitkan subjek dia dengan topik kahwin untuk meng-interesting-kannya. Tapi pensyarah FAMILY LAW tak perlu buat macam tu sebab subjek dia memang pasal KAHWIN.
Waktu kena pilih SATU elektif antara Famliy Law, Banking Law, Intellectual Property (IP), Industrial Relation, dan Public International Law (PIL) dulu, buntu jugak kepala aku. Ada tiga subjek yang aku minat -- Family, IP dan PIL. Setelah fikir masak-masak, aku ambik Family. Tak ramai lelaki ambil subjek ni, jadi kawan-kawan pompuan cakap aku ni "FAMILY MAN".
Walaupun tak ambik IP, aku tahu sikit-sikit pasal copyright, patents dan trade marks. Sebab aku ada koleksi kertas kerja tentang IP dari dua seminar yang aku pergi, dan aku belajar pasal "IP & internet" dalam subjek Cyber Law. Kalau pasal PIL, aku rujuk kawan aku yang ambik subjek tu, Pika. Dia boleh bercerita pasal kes Pulau Batu Putih, Pulau Sipadan, dan sebagainya bila-bila masa di mana sahaja.
Kenapa aku ambik Family Law? Sebab paper Family Law 1 (Islamic Family Law) ada melibatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah. Dalam subjek Dr Shad (Constitutional Law) dan subjek Ustaz Azam (Undang-Undang Perlembagaan Islam), aku belajar banyak tentang PERCANGGAHAN dan PERTINDIHAN bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil -- dalam kes kesalahan seksual, kes murtad dan sebagainya. Aku ambik Family Law ni sebab nak cari lebih banyak percanggahan/pertindihan lagi -- dalam kes kahwin/cerai pulak. Konflik bidangkuasa Syariah/Sivil ni memang topik yang aku minat.
Semester lepas belajar Islamic Family Law, semester ni belajar Civil Family Law pulak. Dulu sebelum belajar Islamic Family Law, kalau ada NGO wanita yang menentang poligami, mesti aku cop diorang "menolak hukum". Tapi lepas dah belajar Islamic Family Law, persepsi aku berubah. Lain kalilah aku cerita panjang lebar secara ilmiah...
(Wahh... aku support monogami. Kalau Shahrizat baca ni, dia akan ambik aku jadi menantu. Dan perempuan feminis dalam Sisters in Islam akan berebut nak jadi isteri aku ;P).
# MJ | Permalink |
|