4.7.03
MAKAN FREE
Kami makan tengah hari kat Seksyen 2. Aku, Pika, Meor dan Syahril.
Syahril: Aku ada idea, macam mana kita boleh makan free.
Aku: Macam mana?
Syahril: Kita lekat sticker TV3 kat video cam. Lepas tu kita bawak video cam tu ke mana-mana tempat makan yang kita pergi. Kita cakap kat tauke dia, "kami dari rancangan Jalan-Jalan Perut Lapar datang nak buat rakaman". Kita buat-buat ambik gambar, interview tauke dan customer. Sure dapat makan free punya.
Aku: Hahaha.
MISTERI BOSANTARA
Atas permintaan ramai, Jongkang Jongket mempersembahkan sebuah segmen baru -- MISTERI BOSANTARA.
(Sila baca segmen ini dengan suara ala-ala Zainal Ariffin Ismail.)
Dalam episod kali ini, kita akan menyingkap misteri Si Tanggang, anak derhaka yang disumpah oleh ibunya menjadi batu. Ramai yang beranggapan kisah Nakhoda Tanggang adalah kisah dongeng. Yang sebenarnya tragedi Tanggang benar-benar berlaku. Tanggang dan enam anak kapalnya kekal dalam bentuk batu sehingga ke hari ini, menjadi pengajaran buat kita semua, generasi demi generasi.
Khas buat para penonton Misteri Bosantara, kita paparkan GAMBAR EKSKLUSIF SUMPAHAN TERSEBUT.
# MJ | Permalink |
|