Friday, July 06, 2007

SINDIKET SOLJAH MASUK PAPER



Baca Naskah Sindiket Soljah aktiviti sastera alternatif

Oleh Azman Ismail

MALAM Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan yang Kita Suka (Maskara) mungkin terlalu asing kepada khalayak sastera di negara ini. Namanya juga terlalu asing dan pelik.

Namun, majlis tersebut merupakan program alternatif yang mampu memperkayakan kegiatan sastera di negara ini. Ia memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan, tidak mahu mapan, tidak dikenali dan sebagainya untuk bertukar-tukar pendapat.

Selain itu, program baca naskhah tersebut juga bertujuan menjadikan sastera sebagai medium pertemuan antara penulis daripada semua aliran dan mengukuhkan tali persahabatan serta mewujudkan persefahaman ideologi, pemikiran, taraf, agama dan keturunan.

Tidak ada acara formal. Antara pembaca dan penonton bebas berinteraksi menerusi pembacaan naskhah sama ada fragmen daripada novel, antologi puisi, nyanyian dan muzik.

Sesiapa sahaja boleh mencurahkan kreativiti yang terpendam. Sebagai satu ruang berkarya, melontarkan idea dan mungkin juga mempromosikan karya masing-masing.

Sehubungan setiap peserta atau penonton tidak dibebankan dengan persoalan kewangan. Mereka boleh datang menikmati semua pertunjukan atau persembahan tanpa perlu membayar apa-apa.

Bagaimanapun, majlis tersebut dan Maskara tetap mempunyai orientasi tersendiri dalam memartabatkan sastera tempatan sekali gus mengeratkan hubungan antara penulis berbilang kaum.

Dengan kata lain, Maskara dan program membaca naskhah tersebut cuba mencari ruang-ruang dan peluang-peluang baru untuk menyatukan penulis-penulis tanah air tanpa ikatan ideologi, aliran dan latar belakang.

Sementara itu, pada majlis Baca Naskhah Sindiket Soljah yang berlangsung di Rumah Pena, Kuala Lumpur baru-baru ini lebih 20 penulis dan penggiat sastera muda mengambil bahagian.

Ia melibatkan pembacaan cerpen, fragmen novel dan deklamsi sajak yang dipetik daripada antologi dan novel Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss serta Jongkang Jongket.

Antara pembaca naskhah pada majlis tersebut ialah Amir Mukhriz yang membaca cerpen Gadis Pemburu Cinta yang dipetik daripada antologi Kudeta, Nida (Cerekarama) dan King Binjai (Dinding).

Panaharjuna pula membaca 40 Bingkisan Hati manakala Jigo membaca cerpen Peluru Tak Bermata yang dipetik daripada antologi Kalashnikov.

Persembahan dan majlis baca naskhah tersebut turut diserikan dengan persembahan muzik oleh Izzi dan Materabak.

Sumber: Utusan Malaysia, 05/07/07

Labels: ,

Monday, June 04, 2007

GETARAN JIWA KE RAJUK YANG PANJANG

Bermula dengan getaran jiwa. Berakhir dengan rajuk yang panjang. Sesi MASKARA dua hari lepas, boleh dikatakan, agak berjayalah. Dengan kehadiran lebih kurang 30 orang. Kepada yang tak hadir, inilah apa yang berlaku pada malam itu:

SESI 1
  • Izzi dan Materabak main gitar lagu "Getaran Jiwa".

  • Amyz membaca "Gadisku", nukilan Nureffa dalam buku Pink Platun.

  • Amir Mukhriz membaca "Gadis Pemburu Cinta" (cerpen beliau dalam antologi Kudeta), dan sajak Abdullah Jones "Encik, Anak Saya Hilang" dan "Ruang Terluang".

  • Nida membaca "Cinta Bukan Semudah Bicara", tulisan Nett dalam buku Pink Platun.

  • King Binjai membaca "Dinding", karya beliau dalam majalah Narayuda.
REHAT
  • Makan mi goreng dan minum teh.
SESI 2
  • Cik Daun membaca "Winter '97", nukilan beliau dalam buku Pink Platun.

  • Zafran (Panaharjuna) dan Amyz berduet membaca sedutan novel "40 Lukisan Hati", karya Zafran.

  • Izzi & Materabak main gitar lagu "Bohemian Rhapsody".

  • Jigo membaca "Peluru Tak Bermata", cerpen beliau dalam antologi Kalashnikov.

  • SM Zakir mendeklamasikan sajak beliau "Aku Menjadi Palsu".
SESI 3 (Bonus, tiada dalam aturcara asal)
  • Saharil Hasrin Sanin membaca "Elektrohabitat", cerpen beliau dalam antologi LCCU.

  • Mat Jan, pengacara majlis, membaca petikan novel beliau (yang separuh siap dan belum berjudul).

  • Sinaganaga dan Mat Jan berduet membaca "Rajuk Yang Panjang", dari buku Ayah Kita Bos.
TAMAT

Selain baca-membaca, gitar-menggitar, dan makan minum, para penulis juga menjual buku masing-masing. Gambar? Tengah tunggu Fadz upload :)

Sekian terima kasih.

Labels: