Thursday, March 20, 2008

KETUA WANITA


KETUA WANITA
Lagu: Melly Goeslow
Lirik: Mat Jan
Vokal: Rafidah Aziz (featuring Pak Lah)

(ikut tune lagu "Pencinta Wanita")

Ku ke depan dalam sedu-sedan
Tahan Tok Det nak letak jawatan
Kurang lebih ya seperti ampu
Ku harap dia faham maksudkuuu...

Bila Pak Lah menggantikannya
Tok Det buat palat pula denganku
Dia kata aku seleweng AP
Betapa gilanya orang tua tuuu...

Aku memang Ketua Wanita
Namun ku bukan menteri
Yang sedia beri seribu AP
Kerana mencintai kroni

Aku memang Ketua Wanita
Yang menang pilihanraya
Tapi aku tak dipilih semula
Oleh Pak Lah jadi menteri
Padaku... ternyata... Pak Lah tu... juga dah gilaaa...

Biiila Pak Lah menggantikannya
Tok Det buat palat pula denganku
Dia... kata aku seleweng AP
Betapa gilanya orang tua tuuu...

Aku memang Ketua Wanita
Namun ku bukan menteri
Yang sedia beri seribu AP
Kerana mencintai kroni, kroni...

Aku memang Ketua Wanita
Yang menang pilihanraya
Tapi aku tak dipilih semula
Oleh Pak Lah jadi menteri
Padaku... ternyata... Pak Lah tu... juga dah gilaaa...

(Pak Lah:)
Kamu memang Ketua Wanita
Namun kau bukan menteri
Aku nak sikit populariti
So, aku tak pilih kau lagi

(Back to Rafidah:)
Aku memang Ketua Wanita
Namun ku bukan menteri
Yang sedia beri seribu AP
Kerana mencintai kroni

Aku memang Ketua Wanita
Yang menang pilihanraya
Tapi aku tak dipilih semula
Oleh Pak Lah jadi menteri
Padaku... ternyata... Pak Lah tu... juga dah gilaaa...

Ketua Wanita...
Tak jadi menterinya...
Pak Lah dah gila...

NOTA:

1) Bacaan tambahan: Rafidah terkejut nama digugurkan.

2) Aku meraikan kemasukan Shahrir Samad (ahli parlimen BN kegemaranku) dan Zaid Ibrahim ke dalam kabinet. Juga meraikan pengguguran Rafidah Aziz.

3) Tapi, kemasukan Muhammad Muhd Taib? Hmmm...

Labels:

Tuesday, August 08, 2006

DIARI SEORANG YAHUDI



(ikut tune Diari Seorang Lelaki - Pretty Ugly)



Dari semalam ku bedil
Kampung kat sempadan Israel
Ku lancarkan bom dan mortar
Pilihan terbaik kita

Ku hantar serangan udara
Hapuskan segala warga tua
Kanak-kanak dan wanita

Benar Lubnan ku tempur
Setiap detik ku gempur
Tok Arab kelilingku
Hanya buat tak tahu

OIC diam saja
Amerika pejam mata
PBB buat tak reti
Ku bunuh setiap hari

Terjaga dari tidurmu
Terima hadiah dari aku
Memang ku tahu kau rindu
Dihempap runtuhan batu

Ku sediakan special menu
Malam ini engkau 'kan dijamu
Dengan peluru berpandu

Benar Lubnan ku tempur
Setiap detik ku gempur
Tok Arab kelilingku
Hanya buat tak tahu

OIC diam saja
Amerika pejam mata
PBB buat tak reti
Ku bunuh setiap hari

OIC PBB
Bagai anjing dan babi
Arab Saudi
Jilat pungkoq Amerika

Palestin dibenam
Lubnan pula dihentam
Kuku besi rejim Yahudi
Terus menguasai

Benar Lubnan ku tempur )
Setiap detik ku gempur )
Tok Arab kelilingku    )
Hanya buat tak tahu    )
                       ) 3x
OIC diam saja          )
Amerika pejam mata     )
PBB buat tak reti      )
Ku bunuh setiap hari   )

PBB buat tak reti
Ku bunuh setiap hari

PBB buat tak reti
Ku bunuh setiap haaa... riii...

Labels:

Monday, May 08, 2006

RELAKU REMPIT

(ikut tune lagu Relaku Pujuk - Spider)



Ku dikejar polis-polis bodoh
Bila motorku hampir kat selekoh
Enggan dilokap enggan disuruh
Ketuk ketampi sampai subuh

Aku bukan mat rempit yang tewas
Bisa ditangkap walau ku terbabas
Biar dikepong kanan dan kiri
Ku kan tetap dapat lari

Tiada polis yang dapat potong
Hebatnya kapcaiku
Gila punya laju

Biar kereta polis menghimpit
Ku dapat menyelit
Relaku rempit

Janganlah kau salahkan aku
Terus merempit menggadai nyawaku
Aku berlumba ni hobi saja
Macam kumpul setemmm jugaaa

Usahlah polis hampir
Di hadapanku lori hadir
Melanggar hingga aku jatuh
Dari motorku... Ohh... Ohh...

Apakah kali ini
Bisa ku bangkit dan berlari
Setelah kaki patah lapan
Mati akuuu...

Labels:

Wednesday, March 01, 2006

BLOGGER TERHEBAT

Lagu tema JURING II. Ikut tune "Pria Terhebat" (Sheila on 7).

Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam browsermu
Kerna melalui blogku
Aku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah mampu
Menulis komentar sosial pun aku dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas yang tercipta untukku
Tapi adakah aku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

Labels:

Tuesday, January 24, 2006

KEDAI MELAYU

"Kedai Melayu" asalnya aku tulis dalam entri "Kas-Kas Kos-Kos II" (13/08/05).

Seorang pembaca Jongkang Jongket telah merakam lagu itu dalam bentuk mp3, dan menghantarnya kepada aku melalui email.

Atas permintaan dia, yang tak mahu namanya disiarkan, dalam ID3 tags mp3 ini kat ruangan "Artist" aku isi "Pembaca Jongkang Jongket".

KEDAI MELAYU

Lagu: Munief (Warner Chappell (M) Sdn Bhd)

Lirik: Mat Jan

Penyanyi: "Pembaca Jongkang Jongket"

Track 02, album "Jadi Kaya Atau Mati Mencuba".

(KLIK PLAY)

Siapa bilang kedai Melayu tidak mahal
Tak mencekik darah, makanan memikat
Kalaulah murah tak mungkin aku tak singgah
Kalaulah sedap tak mungkin aku tak lahap

Aduhaaaiii... ambil order lambatnya
Hantar pun lewat juga
Bila makanan tiba
Aduh tersilap pula

Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia
Tiada yang selembap servis kedai orang kita
Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia
Tiada yang selembap servis kedai orang kita

Waktu kita makan, kucing panjat meja
Waktu kita bayar, tiada wang kecil pula!

(Seperti biasa, boleh di-forward kepada kawan-kawan selagi tiada pindaan dibuat terhadap fail mp3 ini (contoh: nama fail, data ID3, dsb). Boleh disiarkan di laman lain, tapi simpan di server sendiri untuk mengelakkan kecurian bandwidth. Terima kasih.)

Labels:

Wednesday, January 18, 2006

B-L-O-G


Bean & MJ. Gambar oleh: Easy

Kali pertama dipersembahkan secara langsung, oleh Mat Jan dan Bean, di Dewan Presinct 8 Putrajaya pada 01/01/06.

Versi MP3 ini dirakam oleh Mat Jan dan Ayi pada 17/01/06. Rakaman kedua yang lebih mantap akan dibuat bila Bean balik Penang :)

Muzik oleh: Curtis "50 Cent" Jackson.

Lirik oleh: Mat "5 Kupang" Jan.

Dari album sulung Mat Jan, "Jadi Kaya Atau Mati Mencuba".

(KLIK PLAY)

B.L.O.G.

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja
Asyik membaca si Rimau, si Dubuk, si Naga
Si Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffa
Mengadap monitor PC sampai berpinar mata
Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam Jongkang Jongket
"Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?"
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai makan mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y'all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!

M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.

(Boleh di-forward kepada kawan-kawan dengan syarat nama fail "Mat_Jan_-_B-L-O-G.mp3" dan data ID3 tags tidak dipinda. Boleh disiarkan di blog/laman web lain dengan syarat fail MP3 ini disimpan di server sendiri, jangan link terus dari sini, itu mencuri bandwidth. Terima kasih.)

Labels:

Monday, August 15, 2005

MARILAH JEREBU


(Nyanyi ikut tune lagu "Marilah Maria" -- Def-Gab-C)

(Klik "PLAY" untuk dengar "Marilah Maria")



Dahan ranting jiran marak terbakar
Datang asap ke rumah kami mencemar
Maka menang Jabatan Alam Sekitar
Di dalam carta laman web paling popular

Bukannyaaa... laman tu ada blue punya gambar
Popularrr... kerna I-P-U diuar-uar, uarrr

Hari ke hari bertambah buruk
Tepu udara dengan debu dan habuk
Oh jerebuuu... orang yang sihat pun batuk-batuk
Jerebuuu... orang sakit asthma lagi teruk, terukkk...

Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu
Marilah jerebu
Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu
Marilah jerebu

Habuk, jelaga, debu dan abu
Asthma, sesak nafas, radang paru-paru
Mata pedih, penglihatan pun kelabu
Gangguan kesihatan pasti kan berlaku

Oh jerebuuu... bukan jejas kesihatan saja
Jerebuuu... ekonomi pun terjejas juga, jugaaa...

Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu
Marilah jerebu
Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu
Marilah jerebu

Jerebuuu... hidup ini akan susah!

Oh... Abah terpaksa declare darurat
Tutup sekolah juga tutup pejabat
Untuk kami duduk rumah rehat-rehat
Bernafas lega tanpa dada rasa ketat

Oh jerebuuu... Abah berunding rentas sempadan
Jerebuuu... Abah dan jiran pun tandatangan
Akhirnyaaa... ada pelan tak ada tindakan
Jerebuuu... kita jumpa lagi tahun depan, depannn...

Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu
Marilah jerebu
Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu
Marilah jerebu

NOTA:

1) Pelan tindakan menangani jerebu dipersetujui oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 1997. Pelan itu mendapat bantuan RM4.56 juta dari Bank Pembangunan Asia.

2) Perjanjian Asap Antara Negara Sempadan ASEAN ditandatangani pada November 2003 antara Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Meskipun pelbagai rundingan, persidangan, pelan dan perjanjian, saban tahun kita masih menikmati jerebu.

Labels:

Monday, October 18, 2004

BUKAN ORANG BIASA


BUKAN ORANG BIASA
(nyanyi ikut tune lagu "Bukan Cinta Biasa" - Siti Nurhaliza)

Begitu banyak lebuhraya
Ada retak dan tak rata
Tapi Menteri Kerja Raya
Bukanlah orang biasa

Projek-projek yang berbeza
Beri kontraktor yang sama
Ku tak ingin rakyat tahu
Tetapi mereka selalu bertanya

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri Kerja Raya
Tak perlu dipaksa
Tak perlu ditanya
Kerna ku yakin tiada jawabnya ohhh...

Walau ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang cedera
Tapi biarlah terkorban nyawa
Akan aku salahkan takdir-Nya

MRR2 keretakan
Pantai Timur tidak rata
Utara-Selatan runtuh
Hospital diserang kulat pula

Diriku bukan orang biasa
Diriku Menteri yang lama
Tak ingin berhenti
Tak ingin berganti
Peduli apa orang nak kata

Andai ku mahu repair semua
Ku beri kontraktor yang sama
Highway kan runtuh telah diduga
Jangan harap ku letak... jawatannn

Labels: