Saturday, August 16, 2008

ULU & PARANG

DULU...

SEKARANG...

Gua tak ada hal kalau lu nak sokong atau bantah sesuatu tindakan atau cadangan. Tapi, sokong atau bantahlah ia berdasarkan isu, bukan berdasarkan parti. Tindakan atau cadangan yang sama, walaupun oleh parti politik yang berbeza, harus menerima reaksi yang sama. Kepada mereka yang memberikan reaksi yang berbeza, gua ucapkan: PUNGKOQ HANG!

Sekian, terima kasih.

(Google matrikulasi 10 peratus, mrsm 10 peratus, dan biasiswa JPA 55 peratus untuk ulang kaji.)

Labels:

Tuesday, January 01, 2008

PERCUMA PUNGKOQ HANG

PERTAMA

Ketika mengumumkan yuran sekolah dan buku teks percuma, Menteri Pelajaran kata, "Malaysia adalah negara pertama memberi pendidikan percuma."

Pertama pungkoq hang!

Sebab, masa aku di KYPM dulu, jiran kami budak GMI (German-Malaysian Institute). Mereka kata selepas kursus persediaan di GMI, mereka akan melanjutkan pelajaran di universiti di Jerman. Dan mereka tak perlu bayar apa-apa yuran.

Sejak itu, aku tahu, Jerman adalah negara yang ada pendidikan percuma. Malah pada tahap universiti. Malah untuk pelajar asing.

Oh, mungkin Menteri Pelajaran bercakap benar, tapi budak GMI tu yang bohong. Jadi, aku search "free education" di Wikipedia, untuk memastikan. Dan aku dapat fakta ini:

1. In Sweden and Finland, there is not even a fee for foreign students enrolling at a university (exchange or not), although they may not be eligible for the monthly study allowance and loan most nationals are.

2. Several other European countries, such as England and Germany, have had a history of some forms of free education, as well as Australia.

3. In some developing countries like Sri Lanka education is given free from the primary level up to the tertiary level.

4. Ireland has free education at all levels, including college and university which is also free.

Wah, bukan Jerman saja. Tapi Sweden, Finland, England, Australia, Sri Lanka dan Ireland pun ada. Jadi, pertama apakejadahnya?

PERCUMA

Kemudian, sekolah pun dibuka. Seorang Cikgu yang rapat dengan aku mengadu, mak bapak budak komplen kenapa sekolah kutip yuran, sedangkan menteri kata percuma? Aku pun setujulah dengan komplen mak bapak tu.

Rupa-rupanya, yuran bukan dimansuhkan, tapi ditukar istilah! Semua guru dapat pekeliling Kementerian, tahun ini jangan sebut "yuran sekolah" tapi sebut "pakej bayaran tambahan".

Cikgu: "Encik, tahun ini encik tak perlu bayar yuran sekolah."

Bapak budak: "Yay."

Cikgu: "Tapi encik kena bayar pakej bayaran tambahan."

Bapak budak: "Pundek."

Tahun 2007, yuran sekolah macam ni:

1) Orang kaya
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: RM70.00

Jumlah: RM145.00

2) Orang miskin:
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)

Jumlah: RM75.00

Tahun 2008, kerana semua orang dapat pinjaman buku teks, dan "yuran sekolah percuma", dia jadi macam ni:

1) Orang kaya:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (Pinjaman)

Jumlah: RM87.50

2) Orang miskin:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)

Jumlah: RM87.50

Percuma pungkoq hang!

Orang miskin kena bayar lebih daripada tahun lepas. Apakejadahnya "yuran khas" yang percuma tu? Dan "pakej bayaran tambahan" tu kalau diperincikan, ada macam-macam benda: pakej keceriaan, pakej kebajikan, malah ada pakej 'kegiatan agama dan moral' yang tahun lepas tak kena bayar pun.

Masa Perhimpunan Agung Pemuda AMNU, menantu PM cakap pasal subsidi minyak, "Orang bawa kereta mewah isi petrol RM1.92 seliter, pakcik bawa motor kapcai pun isi minyak seliter RM1.92. Ini tidak adil!"

Habis, dasar "pendidikan percuma" ni, adil gila babi nak mampos? Orang kaya bayar kurang daripada tahun lepas, orang miskin pula kena bayar lebih.

PEMBOHONG

Menteri Pelajaran pembohong. Tapi, adakah kerjaya politiknya akan ranap kerana dia berbohong?

Tidak. Di Malaysia, bab membohong, salah guna kuasa, dan rasuah tak akan meruntuhkan kerjaya politik mana-mana Menteri. Sejarah telah membuktikan, majoriti rakyat Malaysia tak kisah.

Tapi, kalau politikus ada skandal seks, ya! Memang runtuh kerjaya politik. Mesti letak jawatan atau dipecat kalau ada skandal seks atau dituduh ada skandal seks. Walaupun skandal seks tidak menjejaskan wang cukai yang rakyat bayar. Nasib engkaulah Chua Soi Lek.

Labels:

Tuesday, June 12, 2007

BANJIR & KITARAN AIR

Aku menunggu tren di KLCC untuk ke Wangsa Maju, malam Ahad itu, selepas menonton Shrek 3 (tidak selawak Shrek 2, tetapi lawak jugalah). Bergema pengumuman "stesen Masjid Jamek ditutup kerana banjir, para penumpang diminta menggunakan alternatif lain untuk ke sana". Alternatif lain untuk ke sana? Oh ya, selain LRT dan bas, perkhidmatan bot dan helikopter juga disediakan di KLCC.

Esoknya, berita banjir besar melanda KL memenuhi dada akhbar (siapa yang mula-mula menggunakan kalimah "dada" untuk halaman akhbar? -- Kalau dinda menjadi "akhbar", biar kanda menjadi "berita" yang memenuhi dadamu... nyam nyam!). Khabarnya air naik sampai masuk ke dalam ruang solat Masjid Jamek. Tinggi tu tebing sungai Kelang/Gombak, tapi air boleh melimpah sampai masuk masjid.

Apa masalahnya dengan KL ni? Tak cukup parit? Tak cukup longkang? Bukan. KL ada banyak longkang dan parit. Terutamanya di kawasan KLCC dan Bukit Bintang, pada hari minggu:



Masalah di KL adalah, dia tak ada tanah untuk menyerap air. Kalau kita rujuk buku sains sekolah rendah, tajuk "Kejadian Hujan dan Kitaran Air", kita akan mengetahui bahawa: Apabila air hujan turun, air ini sebahagiannya akan mengalir ke parit, sungai, tasik dan laut. Sebahagiannya akan meresap ke dalam tanah.

Tetapi di KL, macam mana air hujan nak meresap ke dalam tanah? Hujan jatuh menimpa ke atas batu-batan, simen dan tar. Setiap inci tanah kita bangunkan. KL hampir tak ada tanah lapang berumput.

Okay, Dataran Merdeka ada rumput, tapi berapa dalam tanah di bawah rumput dataran tu? Macam tanah dalam pasu saja. Sebab di bawah dataran tu ada tempat letak kereta dan ruang niaga, berlantai dan berdinding batu (yang juga ditenggelami air setiap kali banjir).

Sungai Kelang/Gombak pun tebing dan lantainya kita simenkan, jadi macam longkang. Air hujan yang masuk ke dalam sungai tidak menyerap ke dalam tanah, tetapi bertakung dan melimpah.

Terowong SMART dan kolam takungan banjir hanya tindakan "membesarkan sink" supaya air bertakung tak melimpah. Ia dibina dari konkrit juga. Ia tak menyerap air ke dalam tanah. Kita perlukan kawasan tanah lapang untuk bertindak sebagai "lubang sink".



Air bertakung kerana sink tersumbat. Kita dok besarkan sink supaya air tak melimpah. Lubang sink, masih tersumbat juga.

Labels:

Wednesday, March 14, 2007

RALAT ENTRI DI BAWAH

Ada kesalahan fakta rupanya dalam entri sebelum ini.

Respon Saharil pada entri di bawah: "Tapi, kalau ambik semua subjek, macam mana nak duduki exam paper yang serentak?"

Hmm... ya tak ya jugak ek? Tak puas hati punya pasal, aku search kat internet dan jumpa ini:

"Dalam peperiksaan SPM, terdapat 104 mata pelajaran ditawarkan kepada calon. Jadual waktu peperiksaan SPM 2005 membenarkan calon mengambil sehingga 25 mata pelajaran, dan pada tahun 2005 ramai calon mengambil sebanyak 18 mata pelajaran." [sumber]

104 subjek. Bukan 97. Aku baru perasan, dalam rujukan aku sebelum ini (borang kemasukan USM), ada lagi ruang boleh isi di bawah kod mata pelajaran yang 96 itu: "Mata Pelajaran lain Selain di atas". Maksudnya, ada lebih daripada 96.

Ada 104. Campur Bahasa Iban tahun depan, 105. Tapi, paper maksimum seseorang calon boleh ambil bergantung pada jadual waktu peperiksaan. Pada tahun 2005 misalnya, 25 sahaja.

Harap maklum.

Labels:

97A1 ANYONE?

Dulu-dulu SPM orang ambil 9 atau 10 subjek.

Enam subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam (atau Pendidikan Moral).

Tiga atau empat subjek elektif mengikut aliran. Aliran sastera: Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Seni, Geografi, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan. Aliran sains: Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.

Selain subjek aliran sastera dan sains, di sekolah agama ada subjek seperti Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islam dan Pendidikan Al-Quran & Sunnah. Di sekolah Cina ada Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina. Di sekolah vokasional pula ada Lukisan Kejuruteraan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Membuat Roti & Patisserie dan sebagainya.

Kelemahan sistem ini (memilih subjek mengikut aliran atau sekolah) adalah, pelajar lepasan PMR yang masih blur (tak tahu nak ambil bidang apa di universiti) mungkin tersilap memilih aliran/sekolah yang tak sesuai dengan potensi sebenar mereka.

Maka, SPM sistem terbuka diperkenalkan. Pelajar boleh mengambil seberapa banyak subjek yang mereka suka, tak kira aliran, tak kira sekolah (boleh belajar sendiri jika subjek itu tak ditawarkan di sekolahnya). Dan, bila keluar result, pelajar blur tadi boleh lihat subjek mana yang dia score untuk memilih kursus di universiti.

Tetapi, bila sistem ini diperkenalkan, pelajar yang tak blur pun (yang dah tahu dia nak jadi doktor, ahli farmasi, etc) turut ambil berbelas-belas subjek. Berlumba-lumba untuk dapat seberapa banyak A yang boleh. Supaya dapat masuk paper/tv dan jadi model iklan pensel.

Memang, ada segelintir pelajar genius yang boleh dapat straight As. Tapi, ada juga pelajar yang berpotensi dapat 8A akhirnya dapat 16B. Kalau nak buat medic, subjek sains kena dapat A. Kalau nak buat law, english dan sejarah kena dapat A. Kalau dapat semua B?

Kenapa budak-budak remaja berebut nak dapat banyak A1? Pada hemat aku, salah satu sebabnya, adalah sebab yang sama kenapa budak-budak remaja berebut nak masuk Akademi Fantasia -- glamour/populariti. Ini adalah naluri asas remaja. Dalam kedua-dua kes (banyak A1 dan masuk Akademi Fantasia), ibu bapa menggalakkan anak-anak -- sebab mereka pun nak tumpang glamour jugak :)

Sekadar berkongsi, senarai subjek SPM yang ditawarkan (semua aliran/sekolah):

01 Bahasa Melayu
02 Bahasa Inggeris
03 Matematik
04 Sains
05 Sejarah
06 Pendidikan Islam
07 Pendidikan Moral
08 Fizik
09 Kimia
10 Biologi
11 Sains Tambahan
12 Pendidikan Seni
13 Kesusasteraan Melayu
14 Geografi
15 Matematik Tambahan
16 Prinsip Perakaunan
17 Perdagangan
18 Ekonomi Asas
19 Sains Pertanian
20 Ekonomi Rumah Tangga
21 Lukisan Kejuruteraan
22 Reka Cipta
23 Teknologi Kejuruteraan
24 Pengajian Kejuruteraan Awam
25 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
26 Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
27 Tasawwur Islam
28 Pendidikan Syariah Islam
29 Pendidikan Al-Quran & Sunnah
30 Teknologi Elektrik
31 Teknologi Elektronik
32 Teknologi Automatif
33 Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara
34 Teknologi Bengkel Mesin
35 Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
36 Pemasangan & Kawalan Elekrik
37 Menservis Radio dan TV
38 Auto Asas (Kerja Elektrik & Diesel)
39 Lukisan Geometri & Elektrik
40 Lukisan Geometri & Elektronik
41 Lukisan Geometri & Mesin
42 Lukisan Geometri & Fabrikasi
43 Lukisan Geometri & Automatif
44 Lukisan Geometri & Binaan Bangunan
45 Lukisan Geometri & Penyaman Udara
46 Asas Pemprosesan Maklumat
47 Asuhan Kanak-kanak
48 Mengasuh & Bimbingan Kanak-kanak
49 Kerja Kayu dan Bata
50 Servis Penyejukan & Penyaman Udara
51 Kerja Kimpalan
52 Kerja Menggegas & Melarik
53 Pengeluaran Tanaman
54 Pengeluaran Ternakan
55 Penyediaan & Perkhidmatan Makanan
56 Persolekan & Mendandan Pakaian
57 Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian
58 Membuat Roti & Patisserie
59 Hortikultur Hiasan & Lanskap
60 Pengurusan Ladang
61 Bahasa Cina
62 Bahasa Tamil
63 Kesusasteraan Cina
64 Kesusasteraan Tamil
65 Bible Knowledge
66 Bahasa Perancis
67 Bahasa Arab (Komunikasi)
68 Bahasa Arab Tinggi
69 Bahasa Punjabi
70 Pendidikan Muzik
71 Teknologi Binaan Bangunan
72 Teknologi Katering
73 Teknologi Seni Kecantikan
74 Rekaan Fesyen & Membuat
75 Teknologi Bakeri & Konfeksioneri
76 Teknologi Maklumat
77 Pengajian Agroteknologi
78 Literature in English
79 Katering & Penyajian
80 Pengurusan Makanan
81 Pengajian Keusahawanan
82 Pengajian Pakaian
83 Pengetahuan Sains Sukan
84 Pembinaan Domestik
85 Membuat Perabot
86 Menservis Peralatan Elektrik Domestik
87 Rekaan & Jahitan Pakaian Pakaian
88 Landskap & Nurseri
89 Tanaman Makanan
90 Seni Reka Tanda
91 Kejenteraan Ladang
92 Fundamentals of Programming
93 Programming & Development Tools
94 English for Science & Technology
95 Produksi Multimedia
96 Grafik Berkomputeran


Dan, menurut surat khabar, Bahasa Iban akan dijadikan sebahagian subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2008 (klik sini).

Berdasarkan pemerhatian, pelajar yang dapat 17A1 ambil subjek dari pelbagai aliran: sains, sastera, agama dan vokasional. Aku tak pasti sama ada pelajar Islam boleh ambil subjek Pendidikan Moral dan Bible Knowledge. Kalau boleh ambil, maka tahun depan (bila Bahasa Iban diperkenalkan), seseorang calon SPM boleh dapat sehingga 97A1.

Bayangkan, dengan A1 sebanyak itu, berapa banyak kontrak iklan kau boleh dapat?

RALAT: Setakat ini, ada 104 subjek ditawarkan (bukan 96). Dan, jumlah maksimum subjek yang boleh diambil oleh calon bergantung kepada jadual peperiksaan. Jadual SPM 2005 misalnya, hanya membenarkan 25 subjek diambil. Rujuk entri di atas. Harap maaf.

Labels:

Tuesday, March 13, 2007

GURUH DI LANGIT

Sebelum result keluar, surat khabar kata Nadiah Amirah dapat 19A1 dan potong rekod Nur Amalina. Hanya kerana pegawai Kementerian Pelajaran telefon dia minta biodata.

Result SPM dah keluar. Nadiah Amirah tak dapat 19A1, dan dia tak potong rekod A1 Nur Amalina (17A1). Dia tak potong rekod A1 Chin Shiang Jin, Esther Elizabeth Jack, dan Chong Huey Ee (15A1) juga.

Nadiah dapat 14A1. Ahmad Atiq dan Nicholas Pang Tze Ping dulu pun dapat 14A1.

Tidak dinafikan, result 14A1 itu hebat, dan melayakkan Nadiah menjadi model iklan pensel seperti Nur Amalina dan Ahmad Atiq. Tetapi, saya cukup tak berkenan dengan tindakan surat khabar menyiarkan berita dengan tajuk "Nadiah Amirah peroleh 19A1 SPM 2006" sebelum result keluar.

Labels: