|
Thursday, October 27, 2005 |
|
GATHERING RAYA GHOPLAH JINGGA
Tarikh: Hari Raya Kedua Tempat: Caveman BBQ Park, Sungai Petani Masa: 8:00 PM
Sungai Petani dipilih kerana terletak di tengah-tengah zon utara (Perlis, Kedah, Penang, Perak). Penulis dan pembaca blog, terutama yang sebelah utara, dijemput hadir memeriahkan majlis. Boleh makan-makan, boleh sembang-sembang, boleh kenal-kenal.
Caveman BBQ Park mengamalkan konsep makan dalam taman. Bakar BBQ di bawah pepohon nan rendang, di bawah sinaran bulan purnama, ewah! Ada ayam, daging, ikan, etc. Harga: ikut banyak mana kita makan. RM5.00 boleh makan, RM10.00 boleh kenyang, RM15.00 boleh muntah.
Bagaimana ingin ke sana?
"Hang keluar plaza tol Sungai Petani Utara, hang belok kiri, ke arah bandar. Hang terusss saja sampai nampak Tesco sebelah kiri. Lepas traffic light kat Tesco tu, tak sampai 1 km kemudian hang akan nampak pintu gerbang Caveman BBQ Park," ujar Purbe dengan nada girang.
 Kalau nak pergi, contact Purbe di 0164062768 atau shalaqkuz@yahoo.com. Sebarang pertanyaan atau cadangan, tinggalkan komen di sini.
Terima Kasih.
# posted by Mat Jan @ 11:24 AM |
|
|
|
|
|
BULAN LEPAS
|
|