|
Friday, September 02, 2005 |
|
PROMO TRIP KE LANGKAWI, BUMI MAHSURI
MAI OOOO..MAI KITA PAKAT PI LANGKAWI Bila? berapa tambang? apa yg ada? sila baca entry yg di cilok ni sampai abih dulu noooo....
Kami (geju laa) akan mengadakan trip ke Pulau Langkawi pada pertengahan bulan Sept 2005. Rujuk perkara yg berikut :- Tarikh : 16, 17 & 18 September 2005 - 3 hari 2 malam Destinasi : Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman Harga : RM200 (pengangkutan bas & feri pergi/balik, penginapan utk 3 hari 2 malam dan sewa/minyak kereta)
Hanya utk warga kota metropolitan! kita akan bertolak dari Hentian Duta dengan menaiki bas Transnasional* pada pukul 10.30pm, Khamis 15 September 2005 iaitu pada malam Jumaat dan menuju ke Jeti Kuala Perlis. Dijangka akan sampai pada pukul 7.00 pagi hari Jumaat, 16 September 2005. Kita akan bertolak pulang pada sebelah petang pada hari Ahad, 18 September 2005 dan dijangka sampai di Kuala Lumpur pada pagi Isnin, 19 September 2005.
oghang utagha sekelian! kita akan berbincang dr semasa ke semasa.buat sementara waktu, purbe mencadangkan agar kita suma pakat pi tidoq umah tok dia.so pagi2 buta ari ari jumaat yang berkat tu, kita bertolak ke Jeti Kuala Perlis. sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar yang segera.
Di bawah ini adalah info yg anda patut ketahui mengenai trip ini... Tambang Bas dari Hentian Duta, Kuala Lumpur ke Kuala Perlis :- Pergi : RM27.90 (Transnasional) Balik : RM27.90 (Transnasional) Jumlah : RM55.80 Tambang Feri (Kuala Perlis - Kuah, Langkawi) :- Pergi : RM15 Balik : RM15 Jumlah : RM30
Dan utk sesiapa yg berminat dan ada duit lebih utk naik kapal terbang, ni ada info sket... Tambang Air Asia :- Pergi = RM99.99 + RM30(tax) = RM129.99 (11.30am flight 16 Sept) Balik = RM89.99 +RM30(tax) = RM119.99 (5.30pm flight 18 Sept) Jumlah = RM249.98
Tambang MAS :- Pergi = RM121 (termasuk tax) (flight 8.30am 16 Sept) Balik = RM121 (termasuk tax) (flight kul 5.30pm ada, 7.20pm ada, 8.30pm ada, 9.20pm pun ada utk 18 Sept) Jumlah = RM242
Contoh Tentatif secara kasar :- Khamis, 10.30pm : Bertolak menaiki bas dari KL ke Jeti Kuala Perlis Hari Pertama Jumaat, 7am : Sampai di Jeti Kuala Perlis. 8am : Sarapan. 9am : Naik feri ke Pekan Kuah, Langkawi 10 - 10.30am : Sampai di Pekan Kuah 11am - 12pm : Round2 kat Pekan Kuah dan mencari kereta utk disewa. 12pm : Bergerak ke Pantai Cenang, iaitu chalet utk kita bermalam. Check in, rehat, Solat Zohor 2pm : Lunch kat memana. 3pm - 11pm : Sila cadangkan aktiviti ...
Hari Kedua Sila Cadangkan Aktiviti... contoh : 1. Cable Car 2. Makam Mahsuri 3. Telaga Tujuh 4. Island Hopping 5. Underwater World
Hari Ketiga 12pm : Check out. 1pm - 3pm : Jalan2 sekitar pulau.(Sila cadangkan aktiviti) 3pm - 5pm : Jalan2 di Pekan Kuah. Last minute shopping 5pm : Naik feri ke Jeti Kuala Perlis 7pm : Balik KL naik bas.
Jadi, tunggu apa lagi?..Sila letak nama anda di sini dan bayar sebelum 5 September 2005 untuk memudahkan pihak kami menguruskan projek ini secepat yg mungkin.
TUNGGU APALAGI...DAFTARLA NAMA HANGPA SUMA... BILA LAGI KITA NAK PI BERGUMBIRA SAMBIL MERAPATKAN UKHWAH..KAN..KAN?
# posted by cempakabiru @ 2:30 AM |
|
|
|
|
|
BULAN LEPAS
|
|