Monday, January 28, 2008

MASKARA VI



Sabtu, 2 Februari 2008
8:30 Malam
Rumah PENA

Tuesday, January 15, 2008

TANGAN DALAM POKET

Aku pokai tapi aku gembira
Aku miskin tapi aku baik
Aku sesak tapi aku sihat, ya
Aku terawang tapi aku berpijak
Aku siuman tapi aku ditenggelami
Aku sesat tapi aku berharapan, sayang

Apa ertinya ini semua?
Segalanya baik-baik saja
Aku letak sebelah tangan dalam poket
Dan sebelah lagi beri "high five"

Aku rasa mabuk tapi aku waras
Aku muda dan dibayar rendah
Aku letih tapi aku bekerja, ya
Aku prihatin tapi aku gelisah
Aku di sini tapi aku tiada
Aku silap tapi aku minta maaf, sayang

Apa ertinya ini semua?
Segalanya baik-baik saja
Aku letak sebelah tangan dalam poket
Dan sebelah lagi mengetip rokok

Apa ertinya ini semua?
Aku belum temu jawapannya
Aku letak sebelah tangan dalam poket
Dan sebelah lagi tunjuk tanda "peace"

Aku bebas tapi aku fokus
Aku mentah tapi aku bijak
Aku malu tapi aku ramah, sayang
Aku sedih tapi aku ketawa
Aku berani tapi aku pengecut
Aku sakit tapi aku kacak, sayang

Apa ertinya ini semua?
Tiada siapa temu jawapannya
Aku letak sebelah tangan dalam poket
Dan sebelah lagi main piano

Apa ertinya ini kawanku?
Segalanya baik-baik saja
Aku letak sebelah tangan dalam poket
Dan sebelah lagi menahan teksi

(Honestly I have never heard of Alanis Morrissette or listen to any of her songs... maybe it so happen to be what I wrote is similar to what she had written.)

Bacaan tambahan:

1) Natasha McGough Hudson

2) Not Just a Pretty Face

3) Natasha Hudson - writer or bluffer?

4) what wud it take..

5) Natasha Hudson Plagiat Karya Orang??

6) How low can you go?

7) how natasha hudson got fucked, got owned, and then fucked all over again

8) 6 Rangkap Kata... Ditujukan Kepada "Si Dia"

9) Natasha Hudson and Plagiarism

10) Natasha Hudson.. Plagiarized.. Oh My God!

Thursday, January 03, 2008

MARI KITA LIHAT SIAPA YANG PANTAS

24 jam selepas Chua Soi Lek letak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Labis, dan Naib Presiden MCA. Mari kita lihat website manakah yang paling cepat update?

1) Website Kementerian Kesihatan

Hari ini (03/01/08) Chua Soi Lek masih "Menteri Kesihatan" dalam website berkenaan:



Lembap!

Check sini untuk tengok mereka dah update ke belum.

2) Website Parlimen

Hari ini (03/01/08) Chua Soi Lek masih "Ahli Parlimen Labis" dalam website berkenaan:



Slow!

Tengok sini untuk check sama ada mereka dah update.

3) Website MCA

Pantas!

Hari ini dah tak ada nama dan gambar Chua Soi Lek dalam carta organisasi parti.

Check sini!

(Sekarang kita dah tahu pihak mana yang tak sabar-sabar nak tengok dia keluar. Haha!)

Tuesday, January 01, 2008

PERCUMA PUNGKOQ HANG

PERTAMA

Ketika mengumumkan yuran sekolah dan buku teks percuma, Menteri Pelajaran kata, "Malaysia adalah negara pertama memberi pendidikan percuma."

Pertama pungkoq hang!

Sebab, masa aku di KYPM dulu, jiran kami budak GMI (German-Malaysian Institute). Mereka kata selepas kursus persediaan di GMI, mereka akan melanjutkan pelajaran di universiti di Jerman. Dan mereka tak perlu bayar apa-apa yuran.

Sejak itu, aku tahu, Jerman adalah negara yang ada pendidikan percuma. Malah pada tahap universiti. Malah untuk pelajar asing.

Oh, mungkin Menteri Pelajaran bercakap benar, tapi budak GMI tu yang bohong. Jadi, aku search "free education" di Wikipedia, untuk memastikan. Dan aku dapat fakta ini:

1. In Sweden and Finland, there is not even a fee for foreign students enrolling at a university (exchange or not), although they may not be eligible for the monthly study allowance and loan most nationals are.

2. Several other European countries, such as England and Germany, have had a history of some forms of free education, as well as Australia.

3. In some developing countries like Sri Lanka education is given free from the primary level up to the tertiary level.

4. Ireland has free education at all levels, including college and university which is also free.

Wah, bukan Jerman saja. Tapi Sweden, Finland, England, Australia, Sri Lanka dan Ireland pun ada. Jadi, pertama apakejadahnya?

PERCUMA

Kemudian, sekolah pun dibuka. Seorang Cikgu yang rapat dengan aku mengadu, mak bapak budak komplen kenapa sekolah kutip yuran, sedangkan menteri kata percuma? Aku pun setujulah dengan komplen mak bapak tu.

Rupa-rupanya, yuran bukan dimansuhkan, tapi ditukar istilah! Semua guru dapat pekeliling Kementerian, tahun ini jangan sebut "yuran sekolah" tapi sebut "pakej bayaran tambahan".

Cikgu: "Encik, tahun ini encik tak perlu bayar yuran sekolah."

Bapak budak: "Yay."

Cikgu: "Tapi encik kena bayar pakej bayaran tambahan."

Bapak budak: "Pundek."

Tahun 2007, yuran sekolah macam ni:

1) Orang kaya
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: RM70.00

Jumlah: RM145.00

2) Orang miskin:
- Yuran sekolah: RM18.00
- Yuran PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)

Jumlah: RM75.00

Tahun 2008, kerana semua orang dapat pinjaman buku teks, dan "yuran sekolah percuma", dia jadi macam ni:

1) Orang kaya:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (Pinjaman)

Jumlah: RM87.50

2) Orang miskin:
- Yuran khas: Percuma
- Pakej bayaran tambahan: RM30.50
- PIBG: RM32.00
- Buku latihan: RM25.00
- Buku teks: Percuma (pinjaman)

Jumlah: RM87.50

Percuma pungkoq hang!

Orang miskin kena bayar lebih daripada tahun lepas. Apakejadahnya "yuran khas" yang percuma tu? Dan "pakej bayaran tambahan" tu kalau diperincikan, ada macam-macam benda: pakej keceriaan, pakej kebajikan, malah ada pakej 'kegiatan agama dan moral' yang tahun lepas tak kena bayar pun.

Masa Perhimpunan Agung Pemuda AMNU, menantu PM cakap pasal subsidi minyak, "Orang bawa kereta mewah isi petrol RM1.92 seliter, pakcik bawa motor kapcai pun isi minyak seliter RM1.92. Ini tidak adil!"

Habis, dasar "pendidikan percuma" ni, adil gila babi nak mampos? Orang kaya bayar kurang daripada tahun lepas, orang miskin pula kena bayar lebih.

PEMBOHONG

Menteri Pelajaran pembohong. Tapi, adakah kerjaya politiknya akan ranap kerana dia berbohong?

Tidak. Di Malaysia, bab membohong, salah guna kuasa, dan rasuah tak akan meruntuhkan kerjaya politik mana-mana Menteri. Sejarah telah membuktikan, majoriti rakyat Malaysia tak kisah.

Tapi, kalau politikus ada skandal seks, ya! Memang runtuh kerjaya politik. Mesti letak jawatan atau dipecat kalau ada skandal seks atau dituduh ada skandal seks. Walaupun skandal seks tidak menjejaskan wang cukai yang rakyat bayar. Nasib engkaulah Chua Soi Lek.

Labels: