Sunday, March 09, 2008
ISYARAT RAKYAT
Aku mengundi di Parlimen Kuala Kedah dan DUN Kubang Rotan. Macam penggal lepas. Bezanya, penggal ini undi aku menyumbang kepada kemenangan calon PKR Kuala Kedah dan calon PAS Kubang Rotan.
Bukan itu saja, penggal ini aku balik kampung melalui negeri-negeri BN: Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah. Tapi balik KL melalui negeri-negeri PKR-PAS-DAP: Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
(Aku tidak mahu sebut "negeri-negeri pembangkang" kerana sekarang, di negeri-negeri ini, BN adalah pembangkang.)
Walaupun aku dah duga BN akan hilang beberapa kerusi penggal ini, tapi tidaklah pula aku sangka sampai tak dapat 2/3 di Parlimen dan kalah di 5 negeri! Zaman reformasi dulu pun BN masih dapat 2/3 dan cuma kalah di 2 negeri.
Berdasarkan keputusan ini, ternyatalah Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri yang paling dibenci dalam sejarah Malaysia!
(bersambung...)
# MJ | Permalink |
|