ISYARAT RAKYAT III
Yang menggelarkan Mahathir sebagai "Mahazalim" dan "Mahafiraun" masa zaman Reformasi adalah website-website anti-UMNO. Tidak ada website pro-UMNO yang berbuat demikian. Tetapi, seperti yang dibincangkan dalam entri semalam, pada zaman Pak Lah, website pro-UMNO pun kutuk Pak Lah. Website pembangkang apatah lagi.
Tiga golongan yang tidak mengundi BN kali ini: penyokong pembangkang (ini tak payah ulas), penyokong UMNO yang benci Pak Lah, dan orang bukan Melayu.
ORANG UMNO
Penggal ini BN telah kehilangan undi orang UMNO yang benci Pak Lah ini. Kehilangan undi ini berlaku dalam tiga bentuk:
i) Mereka tidak turun mengundi. Banyak kawasan majoriti Melayu di pantai barat mencatat peratusan turun mengundi yang rendah sekitar 50%.
ii) Mereka turun mengundi tapi memangkah pembangkang.
iii) Mereka turun mengundi tapi buat undi rosak. Menurut SPR, penggal ini mencatatkan jumlah undi rosak yang paling tinggi. 300,000 lebih. Undi rosak untuk Parlimen: 175,680. Undi rosak untuk DUN: 146,781.
Sebab-sebabnya berkisar isu-isu yang dibangkitkan Mahathir. Pak Lah boleh membantu kemenangan pembangkang pada penggal depan dengan cara: tidak meletak jawatan, beri lebih lagi kuasa kepada Khairy (lantik beliau jadi menteri misalnya), dan beri lebih banyak kontrak kerajaan kepada Scomi.
(Dan kalau orang komplen tentang salah laku menantu hang tu, teruslah menjawab: "Dia tak begitu...")
BUKAN MELAYU
Pada zaman reformasi, walaupun ramai orang Melayu mengundi pembangkang, tetapi orang bukan Melayu masih menyokong BN. Malah, DAP kalah teruk masa tu. Senapang besar DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, pun tewas.
Tetapi, pada zaman Pak Lah, orang bukan Melayu beralih arah. Kawasan majoriti Cina mencatat peratusan mengundi yang tinggi. Tetapi mereka tidak mengundi BN. DAP menang besar. Selain faktor ekonomi, tentunya kerana hati mereka terguris oleh racist remarks yang dibuat oleh pemimpin UMNO.
Tahun 2006, Khairy membuat kenyataan bahawa orang Cina akan mengambil kesempatan ke atas orang Melayu kalau orang Melayu lemah. Orang Cina terasa hati, Khairy seolah-olah mengatakan mereka jahat. Parti komponen Cina dalam BN minta Khairy memohon maaf (tentunya kerana mereka bimbang kehilangan undi kaum Cina). Tetapi Khairy enggan memohon maaf. Pak Lah, seperti biasa, membela menantunya: "Dia tak bermaksud begitu..."
Dan Hishamuddin Hussein, dua kali angkat keris dalam Perhimpunan Agung UMNO, dengan laungan Hidup Melayu. Tentulah orang bukan Melayu bengang. Kalau orang Cina (atau India) angkat senjata tajam masa Perhimpunan Agung MCA (atau MIC) dan laung Hidup Cina (atau Hidup India), pun orang Melayu akan bengang. Tak reti jaga sensitiviti kaum langsung.

Hishamuddin boleh membantu kemenangan pembangkang pada penggal depan dengan cara: mengangkat keris sekali lagi masa Perhimpunan Agung UMNO. Kalau boleh, angkat keris beramai-ramai.
Orang India pula, tentunya bengang dengan BN berkaitan isu-isu yang dibangkitkan HINDRAF. Sampai MIC kalah teruk. Sampai Samy Vellu pun boleh kalah. Pada hari jadi beliau yang ke-72. Tentunya Samy Vellu tidak meraikan hari jadinya pada tahun-tahun mendatang, kerana meraikan hari jadi seolah-olah meraikan hari kekalahan.
(Atau mungkin Samy Vellu akan pergi ke Jabatan Pendaftaran untuk tukar tarikh lahir.)
Berbeza dengan orang Melayu dan India yang boleh dikesan kemarahannya melalui demonstrasi (seperti Reformasi dan HINDRAF), orang Cina pula marah senyap-senyap. Tiada demonstrasi. Tiada tuntutan Suqiu macam dulu-dulu. Ini menyebabkan BN berasa selesa dan tidak berjaga-jaga. Akhirnya mereka melepaskan marah atas kertas undi. Dan semua orang terkejut.
(Aku tidak mengambil demonstrasi BERSIH sebagai contoh kerana ia agak lain. Gerakan Reformasi dan HINDRAF marah pada kerajaan UMNO/BN. Tapi BERSIH marah pada SPR. Tapi, itu pun, pemimpin UMNO nak bengang.)
Rakyat bagi isyarat supaya Pak Lah sedar dia tidaklah sebest yang dia sangkakan. Menang besar tahun 2004 mungkin buat Pak Lah rasa dia best, itu aku boleh faham. Tapi tahun 2008 dia menang majoriti mudah (dan tewas 5 negeri) pun dia perasan dia best, itu memang aku tak faham!
(bersambung...)

<< Home