Saturday, March 24, 2007

KALASHNIKOV



Antologi cerpen, certot dan fragmen novel oleh budak-budak Sindiket Soljah.

RM15.00 sahaja. (Belanja pos RM1.00)

Bayar ke akaun Maybank 1520 1322 1491 (Mohamad Syafizan).

Email nama, alamat, dan tarikh/waktu pembayaran ke jongkangz AT yahoo DOT com.

Labels:

Wednesday, March 14, 2007

RALAT ENTRI DI BAWAH

Ada kesalahan fakta rupanya dalam entri sebelum ini.

Respon Saharil pada entri di bawah: "Tapi, kalau ambik semua subjek, macam mana nak duduki exam paper yang serentak?"

Hmm... ya tak ya jugak ek? Tak puas hati punya pasal, aku search kat internet dan jumpa ini:

"Dalam peperiksaan SPM, terdapat 104 mata pelajaran ditawarkan kepada calon. Jadual waktu peperiksaan SPM 2005 membenarkan calon mengambil sehingga 25 mata pelajaran, dan pada tahun 2005 ramai calon mengambil sebanyak 18 mata pelajaran." [sumber]

104 subjek. Bukan 97. Aku baru perasan, dalam rujukan aku sebelum ini (borang kemasukan USM), ada lagi ruang boleh isi di bawah kod mata pelajaran yang 96 itu: "Mata Pelajaran lain Selain di atas". Maksudnya, ada lebih daripada 96.

Ada 104. Campur Bahasa Iban tahun depan, 105. Tapi, paper maksimum seseorang calon boleh ambil bergantung pada jadual waktu peperiksaan. Pada tahun 2005 misalnya, 25 sahaja.

Harap maklum.

Labels:

97A1 ANYONE?

Dulu-dulu SPM orang ambil 9 atau 10 subjek.

Enam subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam (atau Pendidikan Moral).

Tiga atau empat subjek elektif mengikut aliran. Aliran sastera: Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Seni, Geografi, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan. Aliran sains: Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.

Selain subjek aliran sastera dan sains, di sekolah agama ada subjek seperti Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islam dan Pendidikan Al-Quran & Sunnah. Di sekolah Cina ada Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina. Di sekolah vokasional pula ada Lukisan Kejuruteraan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Membuat Roti & Patisserie dan sebagainya.

Kelemahan sistem ini (memilih subjek mengikut aliran atau sekolah) adalah, pelajar lepasan PMR yang masih blur (tak tahu nak ambil bidang apa di universiti) mungkin tersilap memilih aliran/sekolah yang tak sesuai dengan potensi sebenar mereka.

Maka, SPM sistem terbuka diperkenalkan. Pelajar boleh mengambil seberapa banyak subjek yang mereka suka, tak kira aliran, tak kira sekolah (boleh belajar sendiri jika subjek itu tak ditawarkan di sekolahnya). Dan, bila keluar result, pelajar blur tadi boleh lihat subjek mana yang dia score untuk memilih kursus di universiti.

Tetapi, bila sistem ini diperkenalkan, pelajar yang tak blur pun (yang dah tahu dia nak jadi doktor, ahli farmasi, etc) turut ambil berbelas-belas subjek. Berlumba-lumba untuk dapat seberapa banyak A yang boleh. Supaya dapat masuk paper/tv dan jadi model iklan pensel.

Memang, ada segelintir pelajar genius yang boleh dapat straight As. Tapi, ada juga pelajar yang berpotensi dapat 8A akhirnya dapat 16B. Kalau nak buat medic, subjek sains kena dapat A. Kalau nak buat law, english dan sejarah kena dapat A. Kalau dapat semua B?

Kenapa budak-budak remaja berebut nak dapat banyak A1? Pada hemat aku, salah satu sebabnya, adalah sebab yang sama kenapa budak-budak remaja berebut nak masuk Akademi Fantasia -- glamour/populariti. Ini adalah naluri asas remaja. Dalam kedua-dua kes (banyak A1 dan masuk Akademi Fantasia), ibu bapa menggalakkan anak-anak -- sebab mereka pun nak tumpang glamour jugak :)

Sekadar berkongsi, senarai subjek SPM yang ditawarkan (semua aliran/sekolah):

01 Bahasa Melayu
02 Bahasa Inggeris
03 Matematik
04 Sains
05 Sejarah
06 Pendidikan Islam
07 Pendidikan Moral
08 Fizik
09 Kimia
10 Biologi
11 Sains Tambahan
12 Pendidikan Seni
13 Kesusasteraan Melayu
14 Geografi
15 Matematik Tambahan
16 Prinsip Perakaunan
17 Perdagangan
18 Ekonomi Asas
19 Sains Pertanian
20 Ekonomi Rumah Tangga
21 Lukisan Kejuruteraan
22 Reka Cipta
23 Teknologi Kejuruteraan
24 Pengajian Kejuruteraan Awam
25 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
26 Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
27 Tasawwur Islam
28 Pendidikan Syariah Islam
29 Pendidikan Al-Quran & Sunnah
30 Teknologi Elektrik
31 Teknologi Elektronik
32 Teknologi Automatif
33 Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara
34 Teknologi Bengkel Mesin
35 Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
36 Pemasangan & Kawalan Elekrik
37 Menservis Radio dan TV
38 Auto Asas (Kerja Elektrik & Diesel)
39 Lukisan Geometri & Elektrik
40 Lukisan Geometri & Elektronik
41 Lukisan Geometri & Mesin
42 Lukisan Geometri & Fabrikasi
43 Lukisan Geometri & Automatif
44 Lukisan Geometri & Binaan Bangunan
45 Lukisan Geometri & Penyaman Udara
46 Asas Pemprosesan Maklumat
47 Asuhan Kanak-kanak
48 Mengasuh & Bimbingan Kanak-kanak
49 Kerja Kayu dan Bata
50 Servis Penyejukan & Penyaman Udara
51 Kerja Kimpalan
52 Kerja Menggegas & Melarik
53 Pengeluaran Tanaman
54 Pengeluaran Ternakan
55 Penyediaan & Perkhidmatan Makanan
56 Persolekan & Mendandan Pakaian
57 Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian
58 Membuat Roti & Patisserie
59 Hortikultur Hiasan & Lanskap
60 Pengurusan Ladang
61 Bahasa Cina
62 Bahasa Tamil
63 Kesusasteraan Cina
64 Kesusasteraan Tamil
65 Bible Knowledge
66 Bahasa Perancis
67 Bahasa Arab (Komunikasi)
68 Bahasa Arab Tinggi
69 Bahasa Punjabi
70 Pendidikan Muzik
71 Teknologi Binaan Bangunan
72 Teknologi Katering
73 Teknologi Seni Kecantikan
74 Rekaan Fesyen & Membuat
75 Teknologi Bakeri & Konfeksioneri
76 Teknologi Maklumat
77 Pengajian Agroteknologi
78 Literature in English
79 Katering & Penyajian
80 Pengurusan Makanan
81 Pengajian Keusahawanan
82 Pengajian Pakaian
83 Pengetahuan Sains Sukan
84 Pembinaan Domestik
85 Membuat Perabot
86 Menservis Peralatan Elektrik Domestik
87 Rekaan & Jahitan Pakaian Pakaian
88 Landskap & Nurseri
89 Tanaman Makanan
90 Seni Reka Tanda
91 Kejenteraan Ladang
92 Fundamentals of Programming
93 Programming & Development Tools
94 English for Science & Technology
95 Produksi Multimedia
96 Grafik Berkomputeran


Dan, menurut surat khabar, Bahasa Iban akan dijadikan sebahagian subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2008 (klik sini).

Berdasarkan pemerhatian, pelajar yang dapat 17A1 ambil subjek dari pelbagai aliran: sains, sastera, agama dan vokasional. Aku tak pasti sama ada pelajar Islam boleh ambil subjek Pendidikan Moral dan Bible Knowledge. Kalau boleh ambil, maka tahun depan (bila Bahasa Iban diperkenalkan), seseorang calon SPM boleh dapat sehingga 97A1.

Bayangkan, dengan A1 sebanyak itu, berapa banyak kontrak iklan kau boleh dapat?

RALAT: Setakat ini, ada 104 subjek ditawarkan (bukan 96). Dan, jumlah maksimum subjek yang boleh diambil oleh calon bergantung kepada jadual peperiksaan. Jadual SPM 2005 misalnya, hanya membenarkan 25 subjek diambil. Rujuk entri di atas. Harap maaf.

Labels:

Tuesday, March 13, 2007

GURUH DI LANGIT

Sebelum result keluar, surat khabar kata Nadiah Amirah dapat 19A1 dan potong rekod Nur Amalina. Hanya kerana pegawai Kementerian Pelajaran telefon dia minta biodata.

Result SPM dah keluar. Nadiah Amirah tak dapat 19A1, dan dia tak potong rekod A1 Nur Amalina (17A1). Dia tak potong rekod A1 Chin Shiang Jin, Esther Elizabeth Jack, dan Chong Huey Ee (15A1) juga.

Nadiah dapat 14A1. Ahmad Atiq dan Nicholas Pang Tze Ping dulu pun dapat 14A1.

Tidak dinafikan, result 14A1 itu hebat, dan melayakkan Nadiah menjadi model iklan pensel seperti Nur Amalina dan Ahmad Atiq. Tetapi, saya cukup tak berkenan dengan tindakan surat khabar menyiarkan berita dengan tajuk "Nadiah Amirah peroleh 19A1 SPM 2006" sebelum result keluar.

Labels:

Sunday, March 11, 2007

RAJA LAWAK

Aku berpeluang menonton tiga episod saja. Termasuk yang final semalam. Raja Lawak, pada aku, adalah program yang gagal.

Ia pertandingan stand-up comedy. Tapi para peserta buat lawak macam puki. Contohnya:

- "Nak tau asal-usul nama negara Senegal? Ada orang pergi sana panggil perempuan: Sini Girl! Sini Girl! Jadilah Senegal."

- "Tuan-tuan dan puan-puan, burger apa yang paling happy? Burgermbira (bergembira)!"

Dan ada yang nak bagi orang gelak dengan memakai sari dan miming lagu Hindustan!

Bukannnn!!!! Stand-up comedy sepatutnya bukan macam tu. Sepatutnya peserta buat observational comedy (rujuk Wikipedia). Lawak berdasarkan kehidupan harian. Dia punya rule: "it's funny because it's true".

Peserta boleh memikirkan kejadian atau dialog lawak yang pernah berlaku atau terucap semasa dia bersama keluarga atau kawan-kawan. Kemudian, sampaikannya kepada penonton. Contohnya:

- "Tuan-tuan dan puan-puan, satu hari saya dan sepupu saya makan nasi goreng di gerai. Tiba-tiba sepupu saya panggil tukang masak tu. Dia kata, 'Nasi goreng ni abang potong sayur cantik dah. Abang potong carrot pun elok dah. Tapi, boleh dak abang potong dawai gosok periuk ni kecik-kecik sikit?'. Ada serpihan dawai gosok periuk dalam nasi dia!"

Atau, lawak Tok Rimau:

- "Saya dan awek saya pergi beli tembikai. Ramai pelanggan datang menepuk-nepuk tembikai. Awek saya pun ikut tepuk sama walaupun tak tahu kenapa tembikai tu ditepuk. Awek saya pun tanya sorang pelanggan Cina, 'Kenapa awak tepuk tembikai ni?'. Pelanggan Cina tu pun bagitau rahsianya, 'Saya tengok semua orang tepuk, saya pun ikut tepuk jugaklah!"

Atau, peserta boleh buat lawak berdasarkan pemerhatian. Macam lawak Abdullah Jones:

- "Bagi orang Melayu, malam Jumaat ni untuk dua benda saja -- baca yasin dan bersetubuh. Malam lain tak boleh baca yasin, tapi bersetubuh boleh pulak!"

Orang akan gelak sebab benda tu betul!

Lawak-lawak macam ni la yang sesuai untuk stand-up comedy. Bercerita dengan penonton. Kau tak perlu pakai sari atau pakai macam orang Dayak. Kau boleh pakai smart-smart dan buat penonton ketawa dengar cerita kau. Tak perlu jerit-jerit pun, kau boleh cakap selamba saja dengan muka kering.

Blogger-blogger lawak macam Tok Rimau, Sinaganaga dan Abdullah Jones, musim depan patut masuk Raja Lawak.

Labels: