Sunday, November 18, 2007

ORANG MINYAK

Sharifah SOOfia, seperti Uji Rashid dalam filem Mistik, adalah pensyarah di universiti yang mengajar subjek 'Hantu Dalam Masyarakat Melayu'. Bezanya, Sharifah SOOfia lebih muda, dan bakatnya lebih besar. Lebihhh besar.

"Selepas ini, seperti filem Mistik, pensyarah akan memberi assignment kepada para pelajarnya, dan sekumpulan pelajar akan menjalankan kajian tentang hantu," aku meneka. Tekaan aku salah. Sharifah SOOfia tidak memberi assignment kepada pelajarnya, sebaliknya dia sendiri yang masuk kampung menjalankan kajian. (Orang Minyak 1 - Mat Jan 0)

Sharifah SOOfia telah masuk ke sebuah kampung yang semua penduduk lelakinya gatal. Pak Joned (Ketua Kampung) gatal. Tok Imam gatal. Haji Tawil gatal. Tok Bomoh gatal. Cuma Munir (hero) saja yang tak menggatal dengan pompuan.

Di kampung itu, dua tahun yang lepas, ada orang buang botol dalam paya. "Botol itu, seperti dalam filem Jangan Pandang Belakang, ada hantu. Nanti ada orang jumpa botol itu dan lepaskan hantu," aku meneka. Kali ini tekaan aku betul. Dua orang pemancing terpancing botol itu, dan setelah botol itu dibuang, mamat gemok (yang juga berbakat besar) terjumpa botol itu dan membukanya. (Orang Minyak 1 - Mat Jan 1)

Hantu yang dilepaskan itu bukan hantu raya, tetapi Orang Minyak. Maka berkeliaranlah akan Orang Minyak itu merogol anak-anak dara Kampung Silang Tiga. Oleh kerana dia berwarna hitam dan bertindak liar berseorangan, maka tidaklah dia diganggu pihak polis. Andainya dia berwarna kuning dan bergerak beramai-ramai, walau tidak berlaku liar sekalipun, nescayalah dia akan disembur air dan dibaling gas pemedih mata.

Dalam kacau bilau itu, Haji Tawil ceraikan bini dia dengan talak tiga. Esoknya terus Loloq jadi Cina Buta. Hari ni cerai, esoknya kahwin okey! Belum habis iddah pun lagi!!! Nampaknya bukan Orang Minyak saja yang sesat dalam kampung ni.

Ketika menjalankan kajian beliau, Sharifah SOOfia mendapat tahu bahawa Orang Minyak itu pernah ditangkap oleh Munir. Munir menangkap Orang Minyak itu menggunakan effect arus elektrik macam dalam software iMovie (percuma dengan setiap pembelian iMac), memasukkannya ke dalam botol, dan melemparkannya ke dalam paya. Tetapi apabila Orang Minyak itu terlepas dan membuat kacau bilau sekali lagi, entah kenapa Munir agak keberatan menangkapnya.

Rupa-rupanya Orang Minyak itu adalah kawan beliau, bernama Malek. Mereka sama-sama belajar silat. Tapi Tok Guru sayang Munir lebih sikit. Maka Malek pun dengki, dan syaitan pun mula cucuk jarum.

"Kau bunuh Tok Guru dan rogol 21 anak dara, maka kau akan jadi orang paling terror di muka bumi ini," kata syaitan.

"Bab bunuh tu okey. Tapi bab rogol anak dara tu aku malas tu. Rogol anak teruna tak boleh ke?" kata Malek.

"Nak terror ke tak nak?"

"Okey okey! Nak nak!"

Itulah mulanya Malek menjadi Orang Minyak dan menukar orientasi seksual beliau. Satu hari, Munir bertembung dengan Malek sekali lagi. Dia berkata, "Sampai hati you kurung I dalam botol dulu. Jahat tau!"

"I terpaksa okey. I janji, kali ni I tak tangkap you lagi. You rogollah siapa-siapa yang you nak, kecuali... Sharifah SOOfia," kata Munir, yang rupa-rupanya bukan sekadar kawan, tetapi BOYFRIEND Malik. (Ini explain kenapa hanya Munir sahaja yang tidak menggatal dengan pompuan dalam kampung itu.)

"Sejak bila you pandai jatuh cinta dengan perempuan ni?" tanya Malek.

"Sharifah SOOfia okey! Sharifah SOOfia! Sedangkan dalam Cerekarama dulu, dia mampu buat orang gila jadi siuman, apalah sangat buat aku jadi straight!" jawab Munir.

"Cilakoi!"

Orang Minyak terus merogol dengan bebas. Sehinggalah, satu hari, dia cuba merogol Sharifah SOOfia. Sebaik sahaja beliau menindih bakat Sharifah SOOfia yang empuk bagai tilam Vono (rujuk gambar di bawah), Munir datang menyelamatkan keadaan.


Maka berlakukah pertarungan hebat dalam rumah itu laksana pertarungan Ramlee dan Sarip Dol dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Selepas beberapa effect arus elektrik iMovie, Orang Minyak pun mati.

Labels: