Email syafizan@pts.com.my untuk meng-order buku Jongkang Jongket oleh Mat Jan




kroni.biz

Blogger

Weblog Commenting by HaloScan.com

Creative Commons License
JoNgKaNg JoNgKeT
is licensed under a
Creative Commons License.

BLOGGER'S DISCLAIMER

online

Listed on BlogShares

Blog ini nampak
handsome dalam:
Internet Explorer 6.0
resolusi 800x600 ke atas

Friday, June 01, 2007

HIKAYAT (& WORLDVIEW ORANG MELAYU)

Hari ini, satu "forum perdana" tercetus dalam inbox email syarikat:

Subject: hikayat muhammmad ali hanafiyah
------------------------

From: azari hashim
To: Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS
Cc: rashid khan, Zaharin Mohamad Zain, Arief Hakim
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 9:56 AM

Salam,

Berkenaan buku di atas, di belakang buku ada di tulis nota dari penerbit. Nota nya di tulis bergini "Sesetengah bahagian cerita dalam Hikayat ini, terutamanya yang menyentuh peristiwa-persitiwa yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat adalah dongeng semata-mata. Ia tidak bermaksud mengelirukan pembaca. Bagi mendapatkan gambaran sebenar, pembaca disarankan merujuk sumber yang berwibawa dan sahih."

Kisah sahabat dan cerita yang berlaku di zaman Nabi SAW tidak boleh di reka2 mahu pun di dongengkan.Saya berharap agar pihak editorial meneliti buku ini dan dapatkan komen dari pakar2 Sirah yang bertauliah. Ini membabitkan imej syarikat dan pasaran buku agama kita. Untuk makluman saya telah merujuk dengan Faris Islamika berkenaan masalah ini. Dia bersetuju dengan saya.

--------
From: mohd ikram mohd nor wazir
To: azari hashim
Cc: teameditorial@pts.com.my, teamsales@pts.com.my, teamadmin@pts.com.my
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 10:17 AM

Assalammualaikum,

kami juga menyokong dengan pandangan ini. Ini kerana, kita bukan sahaja mempunyai unit yang khusus dalam penerbitan karya sastera lama yang berunsur hikayat (hikayat ini sepengetahuan saya sebahagiannya berbentuk dogengan) namun kita juga mempunyai unit penerbitan buku agama autoritatif seperti Islamika dan Millennia.

Selagi kedua-dua unit tidak menyentuh skop penerbitan lainnya, maka pada pandangan kami ia tidak menjadi satu masalah. Namun, apabila apabila berlaku kes begini, ia secara tidak langsung akan menimbulkan kesan negatif kepada pembaca.

Pada pandangan kami, pembaca masih lagi mengenali PTS secara kumpulan dan bukan mengikuti unit penerbitan dalam setiap anak syarikat. Branding PTS masih lagi PTS dan bukan PTS Millennia, Pro, Islamika, Fortuna, One, Litera Utama atau sebagainya.

Oleh itu, kami rasa kita perlu lebih berhati-hati dalam penerbitan buku seumpama ini. Kita perlu mengambil kira banyak faktor lain khususnya sensitiviti masyarakat muslim. Perlu diingat, unit lain susah payah membina kredibiliti buku-buku agama PTS khususnya di bawah Islamika (dengan tokoh-tokoh agama autoritatif). Takut-takut isu kecil seumpama ini berupaya meruntuhkan semula segala usaha yang sudah susah payah dibina.

Ini adalah pandangan peribadi kami. Harap dapat kita fikirkankan. Bukan apa, semakin banyak pandangan, insyaALLAH lebih baik kualiti buku kita.

Sekian, Wassalam.

--------
From: Arief Hakim
To: azari hashim
Cc: Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, rashid khan, Zaharin Mohamad Zain
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 10:11 AM

Saya fikir ayat yang betul adalah Fictionalize account based on true event (perlu diterjemahkan), bukan 'dongeng'. Cara kita menulis disclaimer itu perlu dibetulkan.

Saya tidak fikir penulis sendiri mendongengkan peristiwa sejarah islam. Editor, cuba rujuk kepada kamus apa takrif 'dongeng'.

--------
From: Mohamad Syafizan Mohamed Kasim
To: Arief Hakim
Cc: azari hashim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, rashid khan, Zaharin Mohamad Zain, ainon mohd
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 10:53 AM

Assalamualaikum.

Mengikut kefahaman saya, "fictionalized account of true events" adalah seperti novel pahlawan Islam yang Pak Latip buat tu. Menulis fiksyen berdasarkan kejadian sebenar. Tetapi dalam Hikayat Muhammad Ali Hanafiyyah, ia memang 'hikayat', memang 'dongeng'. Kisah ini mengambil plot sejarah nabi dan sahabat (90% cerita adalah selepas kewafatan nabi), tetapi plot sejarah ditokok tambah adegan-adegan yang memang purely 'dongeng'. Saya beri beberapa contoh:

1) Fakta: Husin dibunuh oleh anak Muawiyah. Tetapi, dalam hikayat ini ditokok tambah adegan kononnya, Nabi Muhammad, sebelum wafat sudah foresee yang suatu hari nanti anak Muawiyah akan membunuh cucunya Husin. Nabi memberitahu Muawiyah akan hal ini. Muawiyah mengambil keputusan untuk tidak berkahwin supaya dia tidak dapat anak. Tapi suatu hari, sewaktu sedang kencing, anunya disengat kala jengking. Dia pergi berubat merata tempat tapi tak sembuh juga. Nabi kata, untuk sembuh, dia kena kahwin. Muawiyah pun kahwin, tapi dengan perempuan tua yang menopause.Tapi, perempuan tu mengandung juga! Dan lahir anak yang, suatu hari nanti, akan membunuh Husin itu. (Cerita ini memang rekaan semata-mata, tidak ada dalam sirah).

2) Dalam hikayat ini juga ada babak malaikat Jibrail datang bertemu Nabi. Jibrail bawa satu lagi malaikat. Malaikat yang satu lagi itu sayapnya sedang terbakar. Nabi tanya, "kenapa?". Jibrail jawab, "dia meninggalkan ibadat". Kemudian nabi menyuruh cucunya Husin menyentuh sayap malaikat itu. Sebaik sahaja disentuh, sayap malaikat itu sembuh. Ini, pada saya, dongeng. Malaikat, sebagaimana kita semua tahu, adalah makhluk Allah yang tidak meninggalkan ibadat. Tapi, dalam cerita ini, ada Malaikat yang macam manusia pula sifatnya. Lepas tu keadaan fizikal malaikat itu digambarkan pula, dengan sayap terbakar, etc.

3) Masa Husin berkahwin, digambarkan dalam cerita ini, kononnya, turun hujan air mawar dan kasturi. Kononnya, malaikat di atas awan yang menyiram, as if syurga itu memang literally ada di atas awan-gemawan.

Itulah antara babak-babak yang ada unsur dongeng dalam hikayat ini.

Kalau En Ariff ingat, saya pernah beritahu tentang isu ini semasa bookfair. Selepas berbincang dengan En Rashid dan Shikin, kami mengambil keputusan untuk meletakkan disclaimer di buku ini. Disclaimer menyatakan yang cerita ini adalah Hikayat. Ada unsur-unsur dongeng.

Saya bersetuju, cerita Nabi tidak boleh direka-reka dan ditokok tambah. Tapi, cerita ini adalah hikayat Melayu, ditulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Kita terbitkan sebagai usaha memelihara karya klasik Melayu. Karya klasik Melayu ini memang banyak unsur tahyulnya.

Apa pendirian pihak pengurusan berkenaan dilema ini? Kita ingin memelihara khazanah Melayu lama, tapi pada masa yang sama kita tidak mahu mem-promote karya-karya yang tahyul-mahyul.

Sekian, terima kasih.

--------
From: Arief Hakim
To: Mohamad Syafizan Mohamed Kasim
Cc: azari hashim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, rashid khan, Zaharin Mohamad Zain, ainon mohd
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 11:00 AM

Saya tersalah merujuk kepada siri novel sejarah islam.

Kalau hikayat, maka isu ini adalah valid.

--------
From: azari hashim
To: Mohamad Syafizan Mohamed Kasim
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 11:06 AM

terima kasih di atas komen abang mat jan
Sungguh berisi dan padat.

--------
From: ainon mohd
To: Mohamad Syafizan Mohamed Kasim
Cc: Arief Hakim, azari hashim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, rashid khan, Zaharin Mohamad Zain
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 11:12 AM

Asalamualaikum kepada semua.

Buku ini adalah "hikayat" macam juga "Hikayat Hang Tuah" dan lain-lain.

Buku ini adalah dokumen yang merekodkan proses bagaimana Islam diperkenalkan ke Nusantara beratus tahun lalu.

Perbincangan yang sedang saudara-saudara lakukan ini adalah bukti bagaimana hanya selepas bahasa klasik hikayat ini dimodenkan barulah saudara-saudara dapat membaca dokumen ini, barulah saudara tahu proses Islam datang ke Nusantara, yakni Islam yang mula-mula sampai ke mari adalah Islam mazhab Syiah, bukan mazhab ahli sunnah.

Pengkaji yang memodenkan hikayat ini ada menuliskan bab pengenalan, dan di situ diterangkan peranan sastera hikayat Islam dalam mengembangkan Islam ke Alam Melayu.

Hikayat ini adalah dokumen sejarah tentang proses kedatangan Islam ke Alam Melayu.

--------
From: rashid khan
To: Mohamad Syafizan Mohamed Kasim
Cc: Arief Hakim, azari hashim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, Zaharin Mohamad Zain, ainon mohd
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 11:20 AM

Salam,

Huraian sdr Mat Jan memang jelas. Sebagai makluman dan pengetahuan kita semua, kita seharusnya maklum akan tardisi penulisan hikayat terutamanya dalam genre kesusateraan Melayu lama. Ada berbagai jenis cerita (dibaca hikayat) seperti Hikayat merang Mahawangsa, Hikayat Raja Bersiong (campur aduk antara tradisi Hindu dan sedikit-sedikit Islam), Sejarah Melayu (dongengnya banyak sekali - juga campur aduk Hindu dan Islam), Hikayat Hang Tuah dll. Ciri utama Hikayat Melayu memang dicampur aduk antara tahyul dan cerita yang ada unsur sejarah, baik dicedok dari sumber Islam atau sumber-sumber lain, dengan tujuan menguatkan cerita dan kebesaran bangsa Melayu (yang pada awalnya transisi dari budaya Hindu kepada Islam).

Hikayat Ali Hanafiyah ditulis pada zaman kesultanan Melaka (yang sudah Islam, tapi masih kuat tradisi Hindu dan tahyul - juga dibaca dongeng) sebagai usaha menguatkan semangat pejuang Islam yang akan berperang dengan Portrugis. Jadi banyak unsur-unsur tahyul dan dongeng dimasukkan, termasuklah 'kisah-kisah' yang kononnya berlaku di zaman nabi Muhammad saw.

Apabila kita membaca mana-mana hikayat Melayu (malah dalam sastera bangsa lain pun contohnya cerita dongeng Itali, Rumulus & Remus) pembaca seharusnya tahu proses penciptaannya oleh penuslis pada zaman karya ini dilahirkan.

Keputusan kita membuat disclaimer hanyalah sebagai ingatan kepada pembaca. Ianya adalah langkah yang baik.

Sekian

--------
From: Arief Hakim
To: rashid khan
Cc: Mohamad Syafizan Mohamed Kasim, azari hashim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, Zaharin Mohamad Zain, ainon mohd
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 11:47 AM

Bacaan tambahan berkaitan:

Farish noor pernah menulis berkaitan isu ini.
A Muslim-Hindu Buddy Story: Raja Shah Mardan and Berahman in the Hikayat Indera Jaya
http://www.othermalaysia.org/content/view/41/56/

atau dalam bukunya, From majapahit to putrajaya.

--------
From: zain aziz
To: Arief Hakim
Cc: rashid khan, Mohamad Syafizan Mohamed Kasim, azari hashim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, Zaharin Mohamad Zain, ainon mohd
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 12:14 PM

Salam,

Terima kasih atas respon dan feedback yang informatif. Sales team pun celik mata membacanya.

Bagaimanapun, jika kembali ke isu sebenar, saya ingin mencadangkan agar disclaimer itu diperhalusi lagi supaya pembaca tidak keliru. Saya berpendapat discalimer tersebut terlalu vague. Ini boleh mengundang beberapa persoalan.

Tq.

--------
From: ainon mohd
To: zain aziz
Cc: rashid khan, Mohamad Syafizan Mohamed Kasim, Arief Hakim, Sales Dept PTS, Team Sales, Editorial Dept PTS, Zaharin Mohamad Zain
Date: Fri, Jun 1, 2007 at 4:48 PM

Asalamualaikum,

Hikayat ini dimodenkan bahasanya berasarkan naskhah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Teks ini termasuk dalam senarai bacaan mata pelajaran kertas sastera Melayu Tingkatan Enam!

Teks termasuk dalam siri karya agung Melayu, sederet dengan Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Abdullah, Hikayat Inderaputera, Hikayat Merung Mahawangsa, Hikayat Panji Semerang, Hikayat Faridah Hanum dan lain-lain hikayat Melayu. Itu sebab ia diterbitkan oleh PTS FORTUNA.

Dengan mengkaji isi kandungan hikayat-hikayat ini, banyak maklumat tentang sejarah worldview masyarakat Melayu klasik dapat kita fahami - bagaimana worldview orang Melayu berubah secara berfasa-fasa daripada kepercayaan animisme (dalam Hikayat Inderaputera), kepada Hindu (Hikayat Pendawa Lima), kepada Islam (hikayat jenis ini paling banyak naskhahnya dalam khazanah sastera Melayu), dan sekarang kepada sekularisme.


Inilah dia buku yang mencetuskan "forum perdana" itu:


Membaca hikayat-hikayat lama ini, seperti kata Puan Ainon dalam emailnya, membolehkan kita mengetahui worldview orang Melayu pada masa hikayat itu ditulis. Maka, dapatkan di kedai buku berhampiran :)

Labels:

# MJ | Permalink |


 

MASKARA

YIN III

YIN II

YIN I

BENGKEL MENULIS KARYA FANTASI

KALASHNIKOV

RALAT ENTRI DI BAWAH

97A1 ANYONE?

GURUH DI LANGIT

RAJA LAWAK

2005

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

2004

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

kronisme & nepotisme

ayah | kak | gedembai | kutet | lan | moza | nat et al | pika | pnut | purbe | tokei pajak | zumir

favouritisme

jones | naga | saharil | sifu | tok rimau

yang aku sudah jumpa

abrar | addeen | adipujangga | ady | adzlin | ahsuez & samurai | airiz | amyz | ana | anne | aqil | atoi | attokz | awin | ayares | ayob | ayue | azidin | azra | basri | bean | begtangan | blueshades | bp | buttet | caza | ceqtie | cik daun | cikgu midad | ciklina | ct cute | ctzie | d'arkampo | dhani | din | din | dobot | dodah | dona | e-1 | easy | ebb | eeda | eisya | el | elaira | elmaaniq | emma | encik khairul | ep | esis | fadz | fairy | fajar | firdaus | fuad | hana | hanya sayang | hayazi | hazman | icesoul | idzwan | irja | iwan | izwan | jigo | kaezrin | kak g | kak ungku | kak zar | kelambu | khalil | kingbinjai | kurekure | langsat | lapan | mak andeh | mal | mar | marilyn | maya | mba | meer | melor | mely | mie | miss piggy | mizi | ms d | mukeh | mushroom | mya | mydinz | nadhra | nana | nazmi | nazrol | nd | nesloice | nic | nida | nile chem | nina | nis | nizam zakaria | op | pak bear | pakdi | petz | queen | rafthah | rainbow | rudy | salina | sayangmama | sera | shah | spyz | sri diah | sultanmuzaffar | superdiman | suraya | syati | syeikh | syida | tembam | tini | tipah | tudung purple | vovin | waiem | wakdin | walids | wanda | yaabbna | yadziz | yong | zamry | zaza | zaza | zhoulsz | zira | zuraen | zurie

yang aku belum jumpa

1kHz | aan | abe | adah | adreen | aeyjay | afiz | aida | aiman | ain | akhi | akhifaizul | akira | alan | alangz | aliss | alqas | ame | ame | amoy | ana | anis | anje | aquazero | arisya | artgal | atrco | auntie yan | ayon | azila | azri | azrinda | baiti | banai | bangchik | bayah | bigg | bintang hati | book | breevandekamp | cenangau | cikzam | cj | crimsonskye | dato' seri | delamyra | dinstkd | dyan | dyana | elf | embam | emma | engku | erman | etake | faizal | fengh | fer | fiebie | fieza | firdaus | fnd | gnela | goreng pisang | gunx | hairi | halz | hazirah | helmi | herokewl | hezzy | hozair | huzaimi | i-nie | ida | idzareez | iemah | infernoblitz | inmind | insperasi | jackal | jiwarasa | kak long | kak ngah | kak wynn | kambing | kapcai | kecik | khairi | kieli | kopytiam | kudo | kuntum | lalat | laydiefa | lela | lifeaku | lin | liyanna | lokman | manjalara | mayameera | menj | mensh | missorchid | mizan | muring | mystrique | nad | nadia | nadjwa | nana | narweck | nectar | neohikayat | nettnadia | nonie | nuckelhead | onepolar | oraet | pegawai khalwat | penyangak | poetryarts | pipiet | primarybasic | rasso | rauhunt | reen | rjuna | romzi | ronn | sayuti | sekatil | selendangbiru | sempoii | serilangkat | sha | shahnon | sharizal | shay | sherrina | shuq | sifoosains | soraya | spiral | srox | strawberryz | sufian | suhaila | sumie | susan | suzie | syanana | syazha | therion | thumb | tim yohannon | tuan tanah | uculer | uipts | viz | wadi | wani | waterlily | wawa | wynn | yatt | yuseri | zakzak | zulhabri

Geng Jurnal

Hakcipta © 2000-2007 Mat Jan. Semua hak terpelihara.