BIBIR ANGELINA JOLIE

Balik dari kenduri kahwin. Dapat goodie bag. Ada bunga telur, tuala kecil dan baulu dalam plastik yang dikokot (stapled).
Buka plastik, gigit baulu, dan ADUH! Rasa bibir ditusuk objek tajam. Aku ingat tercucuk dawai kokot. Rupa-rupanya kat baulu tu ada seekor semut. Semut itu sudah menggigit bibirku. Menyebabkan 1/4 bibirku menjadi sedikit bengkak.
Nasib baik ada seekor saja semut. Kalau ada empat ekor, mahu keseluruhan bibir aku bengkak. Dan seksi, macam bibir Angelina Jolie.

<< Home