Thursday, April 19, 2007
YIN III
Aku umur tujuh tahun masa tu. Mungkin lapan. Mat Sentol dalam tv cakap, Ding Dang datang lagi. Dengan permainan kepala raksasa. Aku minta kat mak 50 sen sebab nak beli Ding Dang. Aku bukan nak makan sangat coklat dia, aku cuma nak kepala raksasa.
Kepala raksasa dalam pelbagai bentuk dan warna, diperbuat daripada getah, dan boleh disarungkan ke ibu jari anda! Siapa yang tak terpikat?
Setelah mengamuk menterbalikkan bakul dobi berisi mainan dan menyepah-nyepahkan mainan itu ke segenap penjuru rumah sambil memekik, "Nak lima kupang! Nak lima kupang!", mak akhirnya memberi aku 50 sen.
Masa tu dah senja. Mak tak bagi aku pergi kedai. Dia suruh pergi esok. Tapi aku tak endah. Aku pergi juga ke kedai mamak senja-senja tu. Dalam perjalanan ke kedai mamak tu, nak tahu apa jadi?
Tak jadi apa-apa. Aku sampai ke kedai mamak dengan selamat. Aku beli Ding Dang dan dapat kepala raksasa colour oren (yay!). Malam itu aku tidur lena. Labels: nostalgia
# MJ | Permalink |
|