Sunday, March 11, 2007
RAJA LAWAK
Aku berpeluang menonton tiga episod saja. Termasuk yang final semalam. Raja Lawak, pada aku, adalah program yang gagal.
Ia pertandingan stand-up comedy. Tapi para peserta buat lawak macam puki. Contohnya:
- "Nak tau asal-usul nama negara Senegal? Ada orang pergi sana panggil perempuan: Sini Girl! Sini Girl! Jadilah Senegal."
- "Tuan-tuan dan puan-puan, burger apa yang paling happy? Burgermbira (bergembira)!"
Dan ada yang nak bagi orang gelak dengan memakai sari dan miming lagu Hindustan!
Bukannnn!!!! Stand-up comedy sepatutnya bukan macam tu. Sepatutnya peserta buat observational comedy (rujuk Wikipedia). Lawak berdasarkan kehidupan harian. Dia punya rule: "it's funny because it's true".
Peserta boleh memikirkan kejadian atau dialog lawak yang pernah berlaku atau terucap semasa dia bersama keluarga atau kawan-kawan. Kemudian, sampaikannya kepada penonton. Contohnya:
- "Tuan-tuan dan puan-puan, satu hari saya dan sepupu saya makan nasi goreng di gerai. Tiba-tiba sepupu saya panggil tukang masak tu. Dia kata, 'Nasi goreng ni abang potong sayur cantik dah. Abang potong carrot pun elok dah. Tapi, boleh dak abang potong dawai gosok periuk ni kecik-kecik sikit?'. Ada serpihan dawai gosok periuk dalam nasi dia!"
Atau, lawak Tok Rimau:
- "Saya dan awek saya pergi beli tembikai. Ramai pelanggan datang menepuk-nepuk tembikai. Awek saya pun ikut tepuk sama walaupun tak tahu kenapa tembikai tu ditepuk. Awek saya pun tanya sorang pelanggan Cina, 'Kenapa awak tepuk tembikai ni?'. Pelanggan Cina tu pun bagitau rahsianya, 'Saya tengok semua orang tepuk, saya pun ikut tepuk jugaklah!"
Atau, peserta boleh buat lawak berdasarkan pemerhatian. Macam lawak Abdullah Jones:
- "Bagi orang Melayu, malam Jumaat ni untuk dua benda saja -- baca yasin dan bersetubuh. Malam lain tak boleh baca yasin, tapi bersetubuh boleh pulak!"
Orang akan gelak sebab benda tu betul!
Lawak-lawak macam ni la yang sesuai untuk stand-up comedy. Bercerita dengan penonton. Kau tak perlu pakai sari atau pakai macam orang Dayak. Kau boleh pakai smart-smart dan buat penonton ketawa dengar cerita kau. Tak perlu jerit-jerit pun, kau boleh cakap selamba saja dengan muka kering.
Blogger-blogger lawak macam Tok Rimau, Sinaganaga dan Abdullah Jones, musim depan patut masuk Raja Lawak. Labels: tv
# MJ | Permalink |
|