Wednesday, March 14, 2007
97A1 ANYONE?
Dulu-dulu SPM orang ambil 9 atau 10 subjek.
Enam subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam (atau Pendidikan Moral).
Tiga atau empat subjek elektif mengikut aliran. Aliran sastera: Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Seni, Geografi, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan. Aliran sains: Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.
Selain subjek aliran sastera dan sains, di sekolah agama ada subjek seperti Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islam dan Pendidikan Al-Quran & Sunnah. Di sekolah Cina ada Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina. Di sekolah vokasional pula ada Lukisan Kejuruteraan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Membuat Roti & Patisserie dan sebagainya.
Kelemahan sistem ini (memilih subjek mengikut aliran atau sekolah) adalah, pelajar lepasan PMR yang masih blur (tak tahu nak ambil bidang apa di universiti) mungkin tersilap memilih aliran/sekolah yang tak sesuai dengan potensi sebenar mereka.
Maka, SPM sistem terbuka diperkenalkan. Pelajar boleh mengambil seberapa banyak subjek yang mereka suka, tak kira aliran, tak kira sekolah (boleh belajar sendiri jika subjek itu tak ditawarkan di sekolahnya). Dan, bila keluar result, pelajar blur tadi boleh lihat subjek mana yang dia score untuk memilih kursus di universiti.
Tetapi, bila sistem ini diperkenalkan, pelajar yang tak blur pun (yang dah tahu dia nak jadi doktor, ahli farmasi, etc) turut ambil berbelas-belas subjek. Berlumba-lumba untuk dapat seberapa banyak A yang boleh. Supaya dapat masuk paper/tv dan jadi model iklan pensel.
Memang, ada segelintir pelajar genius yang boleh dapat straight As. Tapi, ada juga pelajar yang berpotensi dapat 8A akhirnya dapat 16B. Kalau nak buat medic, subjek sains kena dapat A. Kalau nak buat law, english dan sejarah kena dapat A. Kalau dapat semua B?
Kenapa budak-budak remaja berebut nak dapat banyak A1? Pada hemat aku, salah satu sebabnya, adalah sebab yang sama kenapa budak-budak remaja berebut nak masuk Akademi Fantasia -- glamour/populariti. Ini adalah naluri asas remaja. Dalam kedua-dua kes (banyak A1 dan masuk Akademi Fantasia), ibu bapa menggalakkan anak-anak -- sebab mereka pun nak tumpang glamour jugak :)
Sekadar berkongsi, senarai subjek SPM yang ditawarkan (semua aliran/sekolah):
01 Bahasa Melayu 02 Bahasa Inggeris 03 Matematik 04 Sains 05 Sejarah 06 Pendidikan Islam 07 Pendidikan Moral 08 Fizik 09 Kimia 10 Biologi 11 Sains Tambahan 12 Pendidikan Seni 13 Kesusasteraan Melayu 14 Geografi 15 Matematik Tambahan 16 Prinsip Perakaunan 17 Perdagangan 18 Ekonomi Asas 19 Sains Pertanian 20 Ekonomi Rumah Tangga 21 Lukisan Kejuruteraan 22 Reka Cipta 23 Teknologi Kejuruteraan 24 Pengajian Kejuruteraan Awam 25 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 26 Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 27 Tasawwur Islam 28 Pendidikan Syariah Islam 29 Pendidikan Al-Quran & Sunnah 30 Teknologi Elektrik 31 Teknologi Elektronik 32 Teknologi Automatif 33 Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara 34 Teknologi Bengkel Mesin 35 Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam 36 Pemasangan & Kawalan Elekrik 37 Menservis Radio dan TV 38 Auto Asas (Kerja Elektrik & Diesel) 39 Lukisan Geometri & Elektrik 40 Lukisan Geometri & Elektronik 41 Lukisan Geometri & Mesin 42 Lukisan Geometri & Fabrikasi 43 Lukisan Geometri & Automatif 44 Lukisan Geometri & Binaan Bangunan 45 Lukisan Geometri & Penyaman Udara 46 Asas Pemprosesan Maklumat 47 Asuhan Kanak-kanak 48 Mengasuh & Bimbingan Kanak-kanak | 49 Kerja Kayu dan Bata 50 Servis Penyejukan & Penyaman Udara 51 Kerja Kimpalan 52 Kerja Menggegas & Melarik 53 Pengeluaran Tanaman 54 Pengeluaran Ternakan 55 Penyediaan & Perkhidmatan Makanan 56 Persolekan & Mendandan Pakaian 57 Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian 58 Membuat Roti & Patisserie 59 Hortikultur Hiasan & Lanskap 60 Pengurusan Ladang 61 Bahasa Cina 62 Bahasa Tamil 63 Kesusasteraan Cina 64 Kesusasteraan Tamil 65 Bible Knowledge 66 Bahasa Perancis 67 Bahasa Arab (Komunikasi) 68 Bahasa Arab Tinggi 69 Bahasa Punjabi 70 Pendidikan Muzik 71 Teknologi Binaan Bangunan 72 Teknologi Katering 73 Teknologi Seni Kecantikan 74 Rekaan Fesyen & Membuat 75 Teknologi Bakeri & Konfeksioneri 76 Teknologi Maklumat 77 Pengajian Agroteknologi 78 Literature in English 79 Katering & Penyajian 80 Pengurusan Makanan 81 Pengajian Keusahawanan 82 Pengajian Pakaian 83 Pengetahuan Sains Sukan 84 Pembinaan Domestik 85 Membuat Perabot 86 Menservis Peralatan Elektrik Domestik 87 Rekaan & Jahitan Pakaian Pakaian 88 Landskap & Nurseri 89 Tanaman Makanan 90 Seni Reka Tanda 91 Kejenteraan Ladang 92 Fundamentals of Programming 93 Programming & Development Tools 94 English for Science & Technology 95 Produksi Multimedia 96 Grafik Berkomputeran |
Dan, menurut surat khabar, Bahasa Iban akan dijadikan sebahagian subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2008 (klik sini).
Berdasarkan pemerhatian, pelajar yang dapat 17A1 ambil subjek dari pelbagai aliran: sains, sastera, agama dan vokasional. Aku tak pasti sama ada pelajar Islam boleh ambil subjek Pendidikan Moral dan Bible Knowledge. Kalau boleh ambil, maka tahun depan (bila Bahasa Iban diperkenalkan), seseorang calon SPM boleh dapat sehingga 97A1.
Bayangkan, dengan A1 sebanyak itu, berapa banyak kontrak iklan kau boleh dapat?
RALAT: Setakat ini, ada 104 subjek ditawarkan (bukan 96). Dan, jumlah maksimum subjek yang boleh diambil oleh calon bergantung kepada jadual peperiksaan. Jadual SPM 2005 misalnya, hanya membenarkan 25 subjek diambil. Rujuk entri di atas. Harap maaf.Labels: isu semasa
# MJ | Permalink |
|