Thursday, May 18, 2006

LAGU BAPA II

Kerana kita kekurangan lagu untuk bapa. Aku cipta satu. Tapi lagu ini cuma sesuai dinyanyikan oleh bapa yang ada anak nama Sulaiman. Terimalah...

Bagaikan diri ku BAPAK sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut
Rindu kan hidup


Sekian terima kasih.

Tuesday, May 16, 2006

LAGU BAPA

Bila Hari Ibu, ramai orang letak lirik lagu ibu di blog mereka.

Ibu Mithali

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari


Ibu

Ibuuu... ibuuu...
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu


Untukmu Ibu

Oh ibuuu...
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian


Tapi bila Hari Bapa, tak ada pula orang letak lirik lagu bapa.

Ini tak menghairankan. Sebab komposer kita mencipta berpuluh-puluh lagu untuk ibu. Tapi lagu bapa? Ada satu saja. Nyanyian L Ramlee:

"Ayahku kahwin lagi
Dengan si dara jelita
Riang rasa hatinya
Mendapat isteri yang muda...

... Ayahku kahwin lagi! Ayahku kahwin lagi!"


Caittt!!!

Monday, May 08, 2006

RELAKU REMPIT

(ikut tune lagu Relaku Pujuk - Spider)



Ku dikejar polis-polis bodoh
Bila motorku hampir kat selekoh
Enggan dilokap enggan disuruh
Ketuk ketampi sampai subuh

Aku bukan mat rempit yang tewas
Bisa ditangkap walau ku terbabas
Biar dikepong kanan dan kiri
Ku kan tetap dapat lari

Tiada polis yang dapat potong
Hebatnya kapcaiku
Gila punya laju

Biar kereta polis menghimpit
Ku dapat menyelit
Relaku rempit

Janganlah kau salahkan aku
Terus merempit menggadai nyawaku
Aku berlumba ni hobi saja
Macam kumpul setemmm jugaaa

Usahlah polis hampir
Di hadapanku lori hadir
Melanggar hingga aku jatuh
Dari motorku... Ohh... Ohh...

Apakah kali ini
Bisa ku bangkit dan berlari
Setelah kaki patah lapan
Mati akuuu...

Labels: