Wednesday, April 19, 2006

DANISH

Dalam Pancaindera, Mingguan Malaysia 16/04/06:

Nora Danish pilih Rizal

Ooo... patutlah sensei aku (Sinaganaga) tutup blog. Dia frust pasal Nora Danish pilih Rizal. Ooo...

Rileks la sensei, bunga bukan sekuntum...

(Sensei, gantikan dengan "kumbang bukan seekor" kalau sensei suka Rizal.)

DULU-DULU I

Kali pertama aku kenal komputer, masa sekolah menengah. Makmal komputer sekolah ada lebih kurang 20 buah komputer. Bila kelas komputer, kami kena kongsi satu komputer dua orang.

Ada sebuah komputer saja monitornya berwarna (format 16 warna). Yang lain-lain monitor monochrome, warna hijau. Jadi, bila kelas komputer, kami berebut-rebut nak masuk dulu, sebab nak dapat "komputer colour".

Dan masa tu, komputer tak ada mouse.

Cikgu ajar kami BASIC. Sejenis bahasa aturcara. Setiap minggu kami kena taip baris-baris yang lebih kurang macam ini:



Kami kena taip berbaris-baris command hanya untuk buat satu bulatan, atau segiempat, atau segitiga. Kalau dapat komputer colour, boleh tambah lagi baris-baris command untuk buat bulatan biru, segiempat kuning dan segitiga pink.

Lepas tu cikgu ajar kami menaip dengan WordStar. Sebab tak ada mouse, semua benda kena pakai keyboard. Ctrl-P-B untuk "bold". Ctrl-K-S untuk "save". Semua command kena hafal. Dan belum ada teknologi WYSIWYG (what you see is what you get) lagi masa tu. Jadi, kita tak nampak tulisan yang bold atau italic di monitor. Kita cuma nampak kod ^B untuk bold, atau ^Y untuk italic. Hanya bila kita print dokumen itu baru kita nampak hasilnya macam mana.

Peritnya zaman dulu. Anak-anak zaman sekarang tak rasa...

Wednesday, April 05, 2006

BUKU KUNING


Dari kiri: Tok Rimau, Zunar, Alin, Sinaganaga, Mat Jan.

Buku "Ayah Kita Bos" dan "Jongkang Jongket" selamat dilancarkan oleh kartunis Zunar pada 1 April 2006, di Laman Seni, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Buku "Jongkang Jongket" boleh dibeli secara pos sekarang.

Harga buku termasuk pos:


Cara membeli:

1) Depositkan wang ke akaun Maybank 1520 1322 1491 (MOHAMAD SYAFIZAN). Pembeli luar negara guna telegraph transfer.

2) Email ke jongkangz AT yahoo DOT com maklumat berikut:

Nama:
Alamat:
Jumlah buku:
Tarikh & Masa Transaksi:
Nombor Transaksi:

3) Nantikan kehadiran Abang Posmen di ambang pintumu.