Wednesday, March 29, 2006

FORMULA JUTAWAN

Petikan buku "Jutawan Dari Planet of the Apes" oleh Hazizi Hali:

Bab 8: Beli Buku & Jadi Jutawan.

Seperti yang kita belajar dari bab-bab lepas, untuk menjadi jutawan, bukan saja "berapa yang kita dapat" saja yang penting, tetapi "berapa yang kita jimat" juga.

Dalam "Bab 6: Makan & Jadi Jutawan", saya telah terangkan, bagaimana kita boleh jimat RM10,000 setahun jika kita gantikan hidangan "nasi berlauk dan sirap" dengan "biskut kering dan air kosong" setiap hari. Begitu juga dalam pembelian buku.

Contoh 8.1:

Harga buku Jongkang Jongket (JJ): RM23.00
Harga buku Ayah Kita Bos (AKB): RM20.00
Harga zine Sabotaj (S): RM5.00

JUMLAH KESELURUHAN: RM48.00

Tetapi, kalau kita beli set JJ+AKB+S pada 1 April 2006 di Laman Seni, harganya cuma RM38.00. Kita jimat RM10.00.

Kalau kita beli 10 set, kita jimat RM100.00.

Bayangkan kalau kita beli 100,000 set, kita jimat RM1,000,000.00 !!!

Jadi, pergi Laman Seni dan beli banyak-banyak pada 1 April nanti. Anda bakal jutawan!

NOTA: Tawaran hanya sah pada 1 April 2006, di Laman Seni. Subsidi RM10.00 dimansuhkan mulai 2 April 2006 untuk pembangunan negara.

Monday, March 20, 2006

BUASIR

Buasir adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Terdapat dua jenis buasir:

i) buasir dalaman, yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur.

ii) buasir luaran, di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur.

Sebab-sebab berlakunya buasir:

i) duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama.

ii) sembelit.

iii) berat badan berlebihan.

iv) ANGKAT BUKU-BUKU MAT JAN.

"Terkeluar jubur aku angkat buku-buku kau," Sinaganaga, 21/03/06, 03:11 pm.

DUA:

Kau tengok cerekarama Mencari Abdullah? Aku suka cerita tu. Aku suka ending dia. Aku suka kejutan. Ini baru drama!

Tuesday, March 14, 2006

JILID 1



Iklan Radio (Klik PLAY)

Kerana "Macam mana nak baca entri lama-lama?" antara email paling kerap Mat Jan dapat daripada pembacanya (selain "Hai, boleh berkenalan?"). Maka...

JONGKANG JONGKET (JILID 1)
ISBN 983-43008-0-8
200 mukasurat

Himpunan entri Jongkang Jongket tahun 2000 dan 2001, termasuk entri-entri dan respon yang tidak terbit dalam versi e-book.

Respon pembaca e-book:

"Jangan baca kalau tak nak jatuh cinta..." -- Emma

"Hilariously intellectual!" -- Suraya Suraya

"Adrian Mole Melayu..." -- Ilham Hanna

"Buku ni bagus, kelakar dan buat otak kita berfikir..." -- Suhaila

"Dari kulit depan sampai kulit belakang yang aku baca, semua buat aku gelak..." -- Basri

"Aku nak saman Mat Jan laa. Sejak aku start baca buku dia, habis member-member aku cop aku gila, sebab gelak sorang-sorang. Bukan sikit gelaknya, ni gelak gila, hahaha..." -- G

"Puas aku baca. Bila lagi nak keluar yang baru? Bila, bila dan bila? Mana buleh tahan. Asarehe betul la buku Mat Jan ni. Buat aku tak sabar nak tunggu yang lain... hampeh betul dia..." -- Bendi

"Aku baca kat rumah... baca kat opis ni kang... takut boss aku kata sexual harassment pulak gelak cam bulldozer.... kekekkek... anyway syabas Mat Jan kerana berjaya memberanakkan buku petama!" -- Puteri Elaira Eliza

"Mat Jan rock!!! Salute u!! Baca your book, sampai guling-guling gelak.... hahahah" -- Anne

"Tolonggg!!! Aku tak boleh berhenti bacaaa!!!" -- Anon

Jadilah orang terawal memiliki buku ini. Dapatkan pada harga istimewa RM20.00 (diskaun RM3.00) pada hari pelancaran.

Tarikh: SABTU, 1 APRIL 2006
Masa: 9:00 PAGI - 5:00 PETANG
Tempat: LAMAN SENI, BALAI SENI NEGARA, KUALA LUMPUR

http://www.kroni.biz/jj/baf.htm

Wednesday, March 01, 2006

BLOGGER TERHEBAT

Lagu tema JURING II. Ikut tune "Pria Terhebat" (Sheila on 7).

Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam browsermu
Kerna melalui blogku
Aku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah mampu
Menulis komentar sosial pun aku dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas yang tercipta untukku
Tapi adakah aku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

Labels: