Tuesday, February 28, 2006

983 43008 0 8

Tuesday, February 21, 2006

NASI GORENG SPECIAL

Kami makan nasi goreng di sebuah kedai.

Ayi: Abang (panggil pekerja kedai), mai sat!

Pekerja kedai datang.

Ayi: Nasi goreng ni abang potong sayur cantik dah. Abang potong carrot pun elok dah. Tapi, boleh dak abang potong dawai gosok periuk ni kecik-kecik sikit?

Ada cebisan dawai gosok periuk dalam nasi goreng Ayi.

Kami makan free hari tu.

Thursday, February 16, 2006

KABINET MESRA ALAM

Kabinet baru ini mesra alam.

Banyak kitar semula.

Monday, February 13, 2006

JURING II

KEMASKINI 16/02/06

Juring Musim Ke-2.

Dua belas blogger bertarung merebut gelaran "Blogger Terhebat" serta hadiah wang tunai, t-shirt, buku, domain selama setahun, dan lain-lain.

PERTARUNGAN BERMULA 1 MAC 2006.

http://www.jurnal.biz/juring

Thursday, February 09, 2006

ENAM PULUH

Hari ini, 9 Februari 2006, hari jadi Ayah yang ke-60.

Selamat Happy Birthday.

Sunday, February 05, 2006

CEREKARAMAS

Sudah lama Ilham bercinta dengan Ayu. Sejak mereka study di Kanada lagi. Dua tiga hari lagi mereka akan berkahwin. Mereka asyik bercakap tentang persiapan perkahwinan mereka. Tak sempat kahwin, tiba-tiba Ayu mati kena tikam dengan orang jahat.

Adakah itu mengejutkan penonton? Tidak. Kerana seminggu sebelum Cerekarama ini disiarkan, TV3 hari-hari menayangkan iklan cerita ini dengan sedutan babak Ilham (lakonan Hani Mohsin) bertanyakan Mira (Sharifah SOOfia): "Kalau Am melamar Mira, Mira sudi?"

Sharifah SOOfia: "Sudi!"

Sudah tentulah sejak awal-awal lagi, dalam kepala penonton, Ilham akan berkahwin dengan Sharifah SOOfia, bukan dengan Ayu. Terima kasih TV3. (Bangang!)

Selepas kematian Ayu, Ilham jadi gila. Ibunya, si Datin, bawa Ilham berubat merata-rata, dengan ramai DOKTOR, tetapi tidak sembuh. Akhirnya si Datin tinggalkan Ilham di rumah Dr Salleh (ya, DOKTOR). Dr Salleh juga tidak dapat sembuhkan Ilham.

Satu hari, Dr Salleh meminta anak daranya, Sharifah SOOfia, yang bukan DOKTOR, membantu beliau menyembuhkan Ilham. "Mira bawa Ilham jalan-jalan, layan dia baik-baik," kata Dr Salleh.

Uuu... aku pun nak jadi orang gila jugalah. Boleh jalan-jalan dan dilayan baik-baik oleh Sharifah SOOfia.

Satu hari, di taman bunga, Ilham melihat Sharifah SOOfia menyedut minuman tin, dan, mungkin, Ilham berfantasi macam-macam.

Tidak tahan melihat Sharifah SOOfia, Ilham pun grab dan hisap Sharifah SOOfia punya...

...minuman tin!

Oh, dalam banyak-banyak benda pada Sharifah SOOfia yang dia boleh grab dan hisap, dia hisap minuman tin! Kalau aku, aku akan hisap...

...aku akan hisap udara yang segar di taman bunga itu.

Satu malam, ketika Dr Salleh dan isterinya sudah tidur, Sharifah SOOfia berseorangan di ruang tamu bermain piano. Ilham melihat dengan penuh khusyuk. Mungkin, ketika Sharifah SOOfia main piano, Ilham berfantasi dia dan Sharifah SOOfia main ATAS piano.

Err, maksud aku, main catur atau dam haji atas piano.

"Sedap lagu tu!" kata Ilham, mendekati Sharifah SOOfia, lalu...

"Ayahhh! Makkk!" jerit Sharifah SOOfia.

Dr Salleh dan isterinya terjaga dari tidur, dan ke ruang tamu. "Kenapa Mira kenapa?"

Sharifah SOOfia: "Am dah sembuh!"

Ya ya. Merata-rata DOKTOR, yang belajar lima tahun di sekolah perubatan, tidak dapat menyembuhkan Ilham. Tapi Sharifah SOOfia, dapat menyembuhkannya, dengan hanya jalan-jalan, layan-layan, dan main...

...piano.

Ya ya. Siapa perlukan doktor, kalau kita ada Sharifah SOOfia? Jangankan orang gila boleh siuman, orang buta pun boleh celik kalau dilayan baik-baik oleh Sharifah SOOfia. Terima kasih Tuhan, kerana mencipta Sharifah SOOfia.

Ilham melamar Sharifah SOOfia.

(Dan, mungkin, berbisik dalam hati: "Nasib baik Ayu mati. Boleh aku kahwin dengan Sharifah SOOfia. Yahoo!")

Aku menanti apakah agaknya kejutan drama ini. Adakah Sharifah SOOfia juga, seperti Ayu, akan mati ditikam sebelum mereka sempat berkahwin? Ya, aku mahukan kejutan seperti itu! Bukan sekadar terkejut melihat Sharifah SOOfia punya, err, minuman tin, yang besar.

(Entah kenapa, tin minuman itu nampak lebih besar daripada biasa.)

Ilham mengambil alih teraju syarikat yang ditinggalkannya ketika gila. Ketika memberi ucapan memulakan tugas, di depan pekerja-pekerjanya, Ilham mengumumkan dia akan berkahwin dengan Sharifah SOOfia.

Sharifah SOOfia senyum.

Semua orang tepuk tangan.

Tamat.

Apa? Tamat? Kejutan yang dinanti tak kunjung tiba?

Ceh, drama apa ini? Tak tragik langsung!

Mujur ada Sharifah SOOfia. Sebagai aktres berbakat besar, dia sepatutnya diberi peluang berlakon lebih banyak drama dan filem. Ya ya, dia sepatutnya diberi peluang berlakon SEMUA drama dan filem.

Beri tepukan kepada Sharifah SOOfia!

(Tepuk tangan, maksud aku.)

Saturday, February 04, 2006

GONG XI FA CAI


Ilustrasi oleh: Abdullah Jones

Ada satu iklan staf-staf TV3 mengucapkan Selamat Gong Xi Fa Cai kepada penonton-penonton.

Bila tiba giliran Zakiah Anas, dia kata: "Saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada penonton TV3 yang beragama Buddha."

Gong Xi Fa Cai adalah perayaan kaum Cina. Bukan perayaan penganut Buddha. Kaum Cina, tanpa mengira agama -- Buddha, Taoisme, Islam, dan lain-lain -- merayakan Tahun Baru Cina. TV juga menayangkan Ustaz Ridhuan Tee -- orang Cina beragama Islam -- makan besar bersama keluarganya pada malam Tahun Baru Cina.

Penganut Buddha yang bukan Cina -- Siam, India, Jepun, dan lain-lain -- tidak merayakan Tahun Baru Cina. Sebab mereka bukan Cina.

Bukan semua orang Cina beragama Buddha, dan bukan semua penganut Buddha kaum Cina.

Perayaan penganut Buddha, tanpa mengira kaum, adalah Hari Wesak.

Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada penonton beragama Buddha adalah seperti mengucapkan Selamat Deepavali kepada penonton kaum Iban. Atau Selamat Hari Gawai kepada penonton beragama Hindu.