Monday, November 20, 2006
SETENGAH DEKAD
Yo yo! Ini lirik lagu rap yang dinyanyikan masa RAPAT'06 (Gathering Geng Jurnal 2006). MP3 kemudian yo!
SETENGAH DEKAD
Lagu ini Sempena setengah dekad Geng Jurnal yang kita sayangi Cekidaut...
Setengah dekad yang silam, sejarah terpatri Penulis blog bersatu hati di bawah satu komuniti Yang sanguine, choleric, melancholic dan phlegmatic Bermacam personaliti mix dalam komuniti yang unik 2001 gath kat taman KLCC Tiada meja dan kerusi, berbumbung langit berlantai bumi Bawa makanan sendiri lepas tu kongsi-kongsi AWET digondol Rudy, penulis jurnal Bluehikari 2002 Mie presiden pertama Penyandang AWET yang kedua, Fajar Seluas Angkasa Bagai nyamuk tiruk sebar virus malaria GJ menyebar budaya weblog ke serata Malaya
Setengah dekad Geng Jurnal makin kuat Setengah dekad Geng Jurnal kian hebat
2003 Cik Easy presidennya Tak main taman KLCC, gath kat Restoran Titiwangsa Pemenang AWET tahun ni, Mat Janlah orangnya Penulis blog sinis Jongkang Jongket tajuknya Gath sudah siap pahat masih berbunyi Tak puas hati itu ini tak kena serba serbi Dari sistem p.a. hingga jurang senioriti Face to face bisu, dalam forum maki-maki Sebab presiden penat AJK pun tak larat Timbul ayat "siapa bagi idea, dia la kena buat" Semena-mena muncul pula Gundorowo Ingatkan orang mana rupanya alter ego si Jigo
Setengah dekad Geng Jurnal makin kuat Setengah dekad Geng Jurnal kian hebat
2004 Tok Rimau jadi presiden Orang paling banyak idea, tak siapa boleh challenge Projek Gangguan Teksual, Juring, dan lain-lain Pupuk minat penulisan, bukan sekadar main-main Kat dewan UPM gath kali ni dibuat AWET 2004 Sultanmuzaffar yang dapat Review AF, teater, filem, album, dan seni setempat Blog hebat, wartawan hiburan pun plagiat (whaaattt???) 2005 Wakdin pula naik takhta Projek Basah kat Melaka buat Geng Jurnal gembira Gath kat dewan Putrajaya, AWET Tok Rimau yang juara Ah, kemenangan yang tertunda
Setengah dekad Geng Jurnal makin kuat Setengah dekad Geng Jurnal kian hebat
2006 presidennya Basri Projek buku Jiwa Kacau sungguh menjadi Sampai orang lain pun pakat buat buku lagi MJ dengan JJ, Tok R dan Naga AKB Baru-baru ni Tok Rimau bangkit isu GJ tak relevan lagi makin lama makin lesu Jangan ambil hati bekas presiden kata macam tu Berjangkit sindrom Dr M la gamaknya tu Geng Jurnal terus kukuh Ikatan makin utuh Berani cuba sentuh GJ tak akan lumpuh
Setengah dekad Geng Jurnal makin kuat Setengah dekad Geng Jurnal kian hebat
Kadang-kadang berlaku ribut dalam cawan Isu forum tak dapat sambutan Isu pendaftaran Tapi walau apa pun perbalahan Kita tetap kawan Peace!
© Lagu dan lirik: Mat Jan
# MJ | Permalink |
|