Sunday, February 05, 2006
CEREKARAMAS
Sudah lama Ilham bercinta dengan Ayu. Sejak mereka study di Kanada lagi. Dua tiga hari lagi mereka akan berkahwin. Mereka asyik bercakap tentang persiapan perkahwinan mereka. Tak sempat kahwin, tiba-tiba Ayu mati kena tikam dengan orang jahat.
Adakah itu mengejutkan penonton? Tidak. Kerana seminggu sebelum Cerekarama ini disiarkan, TV3 hari-hari menayangkan iklan cerita ini dengan sedutan babak Ilham (lakonan Hani Mohsin) bertanyakan Mira (Sharifah SOOfia): "Kalau Am melamar Mira, Mira sudi?"
Sharifah SOOfia: "Sudi!"
Sudah tentulah sejak awal-awal lagi, dalam kepala penonton, Ilham akan berkahwin dengan Sharifah SOOfia, bukan dengan Ayu. Terima kasih TV3. (Bangang!)
Selepas kematian Ayu, Ilham jadi gila. Ibunya, si Datin, bawa Ilham berubat merata-rata, dengan ramai DOKTOR, tetapi tidak sembuh. Akhirnya si Datin tinggalkan Ilham di rumah Dr Salleh (ya, DOKTOR). Dr Salleh juga tidak dapat sembuhkan Ilham.
Satu hari, Dr Salleh meminta anak daranya, Sharifah SOOfia, yang bukan DOKTOR, membantu beliau menyembuhkan Ilham. "Mira bawa Ilham jalan-jalan, layan dia baik-baik," kata Dr Salleh.
Uuu... aku pun nak jadi orang gila jugalah. Boleh jalan-jalan dan dilayan baik-baik oleh Sharifah SOOfia.
Satu hari, di taman bunga, Ilham melihat Sharifah SOOfia menyedut minuman tin, dan, mungkin, Ilham berfantasi macam-macam.
Tidak tahan melihat Sharifah SOOfia, Ilham pun grab dan hisap Sharifah SOOfia punya...
...minuman tin!
Oh, dalam banyak-banyak benda pada Sharifah SOOfia yang dia boleh grab dan hisap, dia hisap minuman tin! Kalau aku, aku akan hisap...
...aku akan hisap udara yang segar di taman bunga itu.
Satu malam, ketika Dr Salleh dan isterinya sudah tidur, Sharifah SOOfia berseorangan di ruang tamu bermain piano. Ilham melihat dengan penuh khusyuk. Mungkin, ketika Sharifah SOOfia main piano, Ilham berfantasi dia dan Sharifah SOOfia main ATAS piano.
Err, maksud aku, main catur atau dam haji atas piano.
"Sedap lagu tu!" kata Ilham, mendekati Sharifah SOOfia, lalu...
"Ayahhh! Makkk!" jerit Sharifah SOOfia.
Dr Salleh dan isterinya terjaga dari tidur, dan ke ruang tamu. "Kenapa Mira kenapa?"
Sharifah SOOfia: "Am dah sembuh!"
Ya ya. Merata-rata DOKTOR, yang belajar lima tahun di sekolah perubatan, tidak dapat menyembuhkan Ilham. Tapi Sharifah SOOfia, dapat menyembuhkannya, dengan hanya jalan-jalan, layan-layan, dan main...
...piano.
Ya ya. Siapa perlukan doktor, kalau kita ada Sharifah SOOfia? Jangankan orang gila boleh siuman, orang buta pun boleh celik kalau dilayan baik-baik oleh Sharifah SOOfia. Terima kasih Tuhan, kerana mencipta Sharifah SOOfia.
Ilham melamar Sharifah SOOfia.
(Dan, mungkin, berbisik dalam hati: "Nasib baik Ayu mati. Boleh aku kahwin dengan Sharifah SOOfia. Yahoo!")
Aku menanti apakah agaknya kejutan drama ini. Adakah Sharifah SOOfia juga, seperti Ayu, akan mati ditikam sebelum mereka sempat berkahwin? Ya, aku mahukan kejutan seperti itu! Bukan sekadar terkejut melihat Sharifah SOOfia punya, err, minuman tin, yang besar.
(Entah kenapa, tin minuman itu nampak lebih besar daripada biasa.)
Ilham mengambil alih teraju syarikat yang ditinggalkannya ketika gila. Ketika memberi ucapan memulakan tugas, di depan pekerja-pekerjanya, Ilham mengumumkan dia akan berkahwin dengan Sharifah SOOfia.
Sharifah SOOfia senyum.
Semua orang tepuk tangan.
Tamat.
Apa? Tamat? Kejutan yang dinanti tak kunjung tiba?
Ceh, drama apa ini? Tak tragik langsung!
Mujur ada Sharifah SOOfia. Sebagai aktres berbakat besar, dia sepatutnya diberi peluang berlakon lebih banyak drama dan filem. Ya ya, dia sepatutnya diberi peluang berlakon SEMUA drama dan filem.
Beri tepukan kepada Sharifah SOOfia!
(Tepuk tangan, maksud aku.)
# MJ | Permalink |
|