Wednesday, January 18, 2006
B-L-O-G
 Bean & MJ. Gambar oleh: Easy Kali pertama dipersembahkan secara langsung, oleh Mat Jan dan Bean, di Dewan Presinct 8 Putrajaya pada 01/01/06.
Versi MP3 ini dirakam oleh Mat Jan dan Ayi pada 17/01/06. Rakaman kedua yang lebih mantap akan dibuat bila Bean balik Penang :)
Muzik oleh: Curtis "50 Cent" Jackson.
Lirik oleh: Mat "5 Kupang" Jan.
Dari album sulung Mat Jan, "Jadi Kaya Atau Mati Mencuba".
(KLIK PLAY)
B.L.O.G.
Kita tulis sesuka hati Kita bukan dibayar gaji Kita tulis sekadar hobi Kita penulis B.L.O.G. (2x)
Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja Asyik membaca si Rimau, si Dubuk, si Naga Si Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffa Mengadap monitor PC sampai berpinar mata Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka Lepas empat jam, pergi kantin makan pula Selepas makan katanya main internet juga Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit Satu hari dia tanya dalam Jongkang Jongket "Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?" Look baby tulis blog senang sekali Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.
Kita tulis sesuka hati Kita bukan dibayar gaji Kita tulis sekadar hobi Kita penulis B.L.O.G. (2x)
Mendengar lagu Siti, menonton drama TV Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G. Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G. Rasa jatuh hati, angau macam nak mati Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G. Pi kedai makan mee, rasa macam basi Tauke kena maki dalam B.L.O.G. Oit ada yang komplen, bila naik harga tol Yang minat bola komen, pasal jaringan gol Ada bukan main, orang salah dia betul Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y'all Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol Tak guna satu sen, yang hipokrit habis Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!
Kita tulis sesuka hati Kita bukan dibayar gaji Kita tulis sekadar hobi Kita penulis B.L.O.G. (2x)
Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang Asyik cinta, rindu, dan sayang Belum confirm lagi mamat tu jadi laki Dia puji-puji, sampai setengah mati Pabila patah hati, hari-hari dia maki Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi Oit jantan tu lari, semua orang ketahui Ada yang simpati, ada ketawa kikiki Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni Bukannya semesti dedah kisah peribadi Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri Tulislah entry yang berfaedah Ulasan, komentar, jenaka, hah!
Kita tulis sesuka hati Kita bukan dibayar gaji Kita tulis sekadar hobi Kita penulis B.L.O.G. (2x)
Yeah, Blog ikut suka hati, Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi, Nanti kau yang malu sendiri, Haha!
M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.
(Boleh di-forward kepada kawan-kawan dengan syarat nama fail "Mat_Jan_-_B-L-O-G.mp3" dan data ID3 tags tidak dipinda. Boleh disiarkan di blog/laman web lain dengan syarat fail MP3 ini disimpan di server sendiri, jangan link terus dari sini, itu mencuri bandwidth. Terima kasih.)Labels: lagu parodi
# MJ | Permalink |
|