Email syafizan@pts.com.my untuk meng-order buku Jongkang Jongket oleh Mat Jan




kroni.biz

Blogger

Weblog Commenting by HaloScan.com

Creative Commons License
JoNgKaNg JoNgKeT
is licensed under a
Creative Commons License.

BLOGGER'S DISCLAIMER

online

Listed on BlogShares

Blog ini nampak
handsome dalam:
Internet Explorer 6.0
resolusi 800x600 ke atas

Friday, December 30, 2005

AKU MODEL

Masuk kedai Soda. Sebab berkenan pula aku tengok jaket hitam yang patung tu pakai.

Waktu tengah belek-belek jaket tu, ada dua orang awek separa cun dalam kedai yang sama. Sambil belek-belek baju, mereka bisik-bisik, yang seorang tu tunjuk-tunjuk aku, lepas tu mereka sengih-sengih.

Aku check zip seluar. Tak terbuka pun. Aku check baju. Tak terbalik pun. Aku tak pasti kenapa mereka tengok-tengok aku. Yang pastinya, perlakuan mereka buat aku lenguh-lenguh rahang, mengkontrol hensem.

Kemudian. Mereka datang kat aku. Dengan dua helai baju lelaki. Uuu... sudah ketinggalan zamankah mengorat dengan belanja minum, lantas mereka mengorat dengan belanja baju?

Awek 1: "Abang, boleh mintak tolong tak? Jadi model."

Aku: "Ha?"

(Dalam hati: Mereka ini dari modelling agency-kah?)

Awek 2: "Kami nak beli baju. Hadiah birthday. Untuk kawan kami. Lelaki. Dia kurus tinggi macam abang. Tolong try dua baju ni. Kami nak tengok. Mana yang best."

Ooo...

Aku: "Okay."

Masuk fitting room. Pakai baju 1. Keluar. Tangan kiri seluk poket. Kepala toleh 45 darjah ke kiri. Tangan kanan pegang dagu.

Aku. Model.

Awek 1: "Wah hah ha!"

Awek 2: "Try yang satu lagi."

Masuk fitting room. Pakai baju 2. Keluar. Kaki kangkang sedikit. Angkat kedua-dua tangan letak belakang kepala. Pusing pinggang sedikit ke kanan.

Awek 1: "Woh hoh ho! Yang mana abang rasa kami patut ambik?"

Aku: "Yang first tadi. Yang ni fit sangat la. Macam gay."

Aku. Model. Dan fashion consultant.

Awek 2: "Serious? Macam gay?"

Aku: "Ya."

Awek 2: "Okay, kami ambik baju ni. Kawan kami tu, dia gay."

Oh?

Aku. Model pakaian gay.

# MJ | Permalink |


Tuesday, December 27, 2005

SUNDAL ROCK CILOK

Ini review 3-dalam-1. Macam syampu. Guna jari pun boleh.

1) PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM II

Bulu roma aku berdiri sepanjang filem ini. Dan aku menggigil-gigil.

Ketakutan? Tidak. Kesejukan!

Celaka punya panggung. Tak bolehkah tinggikan sikit suhu pendingin hawa?

Sebagai sebuah filem, PHSM II sebuah filem yang baik. Jalan ceritanya. Aksi lawan-lawan dan terbang-terbangnya. Rekabentuk setnya. Tempat-tempat dalam cerita ni (Paku Laris, Tepian Tersorok, Pasar Duma) aku nampak macam keseluruhan cerita ni dibuat di Indonesia. Sebenarnya tidak. Mereka buat di Ulu Yam, Bukit Cahaya Seri Alam, dan Taman Mini Melaka juga. Terror sungguh mereka buat tempat-tempat ni.

Tetapi, sebagai sebuah filem seram, aku rasa (diulang: AKU rasa) filem ni bukan filem seram yang baik. Filem seram yang baik adalah filem yang buat penontonnya rasa berdebar dan rasa tegang sepanjang filem. Filem ini cuma buat aku rasa berdebar dan rasa tegang di satu dua tempat saja. Babak paling mendebarkan: Maya Karin, yang pakai kutang kebaya, tunduk-tunduk dan nampak cleavage. Babak paling tegang: shot belakang Maya Karin dalam kain batik ketat. Dalam sejuk-sejuk dan tegang-tegang begini, melihat Maya Karin berkutang kebaya dan berbatik ketat, aku rasa macam nak err... minum koko panas :)

(Sensei Naga yang ajar.)

Lagu tema "Ku Seru" pun tak berhantu macam lagu "Pulangkan" dulu.

PHSM II menjelaskan benda-benda kabur dalam PHSM. Selepas Meriam mati, Maria dibesarkan di Kampung Tepian Tersorok. Zali lari dari rumah dan menjadi Joyo ("Aku Joyo, goblok!") bila tiba di Tepian Tersorok. Joyo, yang jatuh cinta dengan Maria (yang dirasuk Meriam) mencuri whip (cemeti?) Tok Guru. Lepas tu mereka berkelana dan tinggal sebilik. Perhatikan: Joyo, Maria, cinta, whip, tinggal sebilik. Aku syak mereka pengamal sadism & masochism :)

Di akhir cerita, Meriam keluar dari badan Maria. Maria dapat balik harta pusaka ibunya. Dendam pontianak berakhir. Semua orang hidup gembira selama-lama. Sayang sungguh. Sepatutnya, selepas dendamnya berakhir, pontianak tak harus sia-siakan kebolehan terbangnya. Dia sepatutnya mencontohi makhluk asing dari planet Krypton itu, yang menggunakan kebolehan terbangnya untuk kebaikan.

(Seperti Superman, Maya Karin juga akan tampak hebat dalam spender merah.)

2) ROCK

Zack, masa muda-muda nak jadi rocker, bila dewasa jadi posmen. Menonton filem ni buat aku teringat aku dan sepupu-sepupu aku. Masa kecil-kecil dulu nak jadi rocker, bila dah besar jadi lain (baca entry ROCK UUU). Tapi betul, masa tu semua orang nak jadi rockers. Semua orang nak ada band sendiri. Zack dan kawan-kawan Rimba Baranya dah habis sekolah, tu yang masuk Battle of the Bands tu. Aku dan sepupu aku, masa zaman tu, masih sekolah (rendah & menengah). Agaknya, kalau kami lahir 10 tahun lebih awal, kami pun masuk juga :)

(Sepuluh tahun kemudian, aku dah tak rock lagi. Aku dengar gangsta rap. Snoop Dogg. Dr Dre. Tupac. Ya, bunuh aku!)

Cerita Rock ini, arahan Mamat Khalid, macam telefilem arahan dia. Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Pukul Dua Petang, Pinang Durian, dan sebagainya. Cerita tentang cabaran-cabaran yang ditempuh dalam menuju destinasi. Lepas satu, satu. Kalau kau suka komedi Mamat Khalid di TV, kau mesti suka Rock.

Babak lagu "Dari Sinar Mata" berkumandang setiap kali Zack terlihat aweknya mengingatkan aku pada filem Buli -- lagu "Ayu" berkumandang setiap kali Nordin terlihat Dr Ika.

Babak-babak yang aku suka:

i) Klip video "Dari Sinar Mata". Kah kah! Teringat klip video Muzik-Muzik dulu-dulu. Macam itulah.

ii) "Eh, hensemnya mamat tu," anggota Foxy Ladies tunjuk Zack. Kawan dia jawab, "Orang nama Mamat memang hensem!". Lawak pengarah memuji diri sendiri.

iii) Lawak muntah. Seingat aku, lawak jijik dalam filem Melayu, lawak minum air kencing dalam Senario Lagi, dan lawak kahak dalam Lagi-Lagi Senario dan Biar Betul. Tiga-tiga filem Aziz M Osman. Dalam Rock, ada lawak muntah. Kalau kau baca introduction yang aku tulis dalam ebook JJ2001 (lawak taik), kau tahulah, aku pun pengamal lawak jijik :)

iv) Masa Zack pergi interview kerja gomen. Ada "orang dalam". Ada "surat sokongan". Ada dialog "Ayah kamu dah dapat tender yang pakcik luluskan?" dan "Interview ni rutin saja". Kronisme & nepotisme. Lepas tu kat dinding ada poster "Bersih, Cekap, Amanah". Pehhh... tajam menikam!

Pada aku, ini filem komedi tempatan terbaik untuk tahun 2005.

3) BAIK PUNYA CILOK

Penuh panggung masa aku pergi tengok. Aku tengok Rock pun masa hari pertama tayangan, tapi tak penuh pun panggung. Baik Punya Cilok ni, penuh panggung. Cerita ni macam cerita misteri la, siapa cilok siapa? Afdlin memang suka kot cerita-cerita macam ni, kau tengok VCD Kelibat?

Cerita dia okay. Tapi lawak dia, aku rasa, ada sikit kuranglah. Kalau banding dengan filem pertama Afdlin, Buli, aku lebih suka Buli. Baik Punya Cilok ni, lawak dia biasa-biasa saja. Lawak AC Mizal tak boleh cakap bohong tu macam lawak Jim Carrey dalam Liar Liar, sebijik. Aku lebih banyak gelak sewaktu menonton Rock. Menonton Baik Punya Cilok ni aku tak gelak, aku sengih-sengih saja.

Kalau kau memang peminat fanatik Afdlin Shauki, bolehlah tengok filem ni.

...

Sekian tiga filem tempatan terakhir yang aku tonton tahun ini. Aku sebenarnya happy tahun 2005 ni tengok filem-filem kita banyak yang best-best, dan ada kelainan berbanding filem-filem sebelum ni. Termasuk tiga filem yang aku "review" hari ni. Nampaknya, tahun 2005 ni, formula Datuk dan Profesor dah tak jalan. Aku dengar orang kata, tahun ni, Sembilu 2005, Gerak Khas 3, Cinta Fotokopi dan Lady Boss tak laku. Mereka tak boleh guna alasan "kami buat filem untuk penonton" lagilah :)

Harap-harap 2006 perkembangan ni berterusan.

Labels:

# MJ | Permalink |


Monday, December 19, 2005

ROCK UUU

Masa tu aku dan Ayi sekolah rendah. An dan Abang Di sekolah menengah. Tentunya An dan Abang Di lebih maju. Mereka pakai seluar jeans ketat dan kasut Aliph Hi-Cut Rider. Aku dan Ayi hanya telan air liur dan bercita-cita, "bila besar nanti kami nak jadi macam An dan Abang Di". Abang Di kata lepas sekolah nanti dia nak simpan rambut panjang dan jadi rocker.

Kami dengar Search, Wings, Lefthanded, May, Bumiputra Rockers. Wings yang kami paling dengar. An, yang paling kreatif antara kami, bertukang buat gitar karan bercabang daripada papan. Papan ambil kat bangsal belakang rumah tok. Gitar bercabang tu dicat corak harimau belang tapi warna merah dan biru (sebab cat warna tu saja yang ada kat bangsal). Dawai langsir bilik Mak Teh, An ambil buat tali gitar. Paku satu di hujung, paku satu di pangkal. Toing toing saja bunyinya bila dipetik.

Aku. Guitarist.

Ridhwan, yang belum sekolah, set permainan bowling plastiknya kemudian tak cukup dua pin. Sebab An ambil buat kayu drum. Set drum? Meja solek Mak Teh. Bila diketuk-ketuk dengan pin bowling Ridhwan, bunyinya macam drum jugalah.

An. Drummer.

Radio Pak Su. Boleh record. Ambil kaset Pak Su lama-lama, macam Blackout oleh Scorpions yang gambar kulitnya orang menjerit dan cermin pecah itu, dan anggapkannya kaset kosong. Masukkan ke dalam deck. Record.

Abang Di. Vocalist.

Dum degedum degedum degedum degedum! Toing toing toing! "Hiiidup bagaikan pentas opeeera! Tirai hi..."

"Weiii... aku nak main apa?" tanya Ayi. Yang paling muda antara kami. Yang tersisih. Yang selalunya tersisih.

Tekan stop. Rewind. "Emmm... ha!". An ambil pemegang lilin (candle holder) tembaga bercabang empat, dan dua batang sudu. "Hang ketuk ni dengan camca!". Ting tong ting tong bunyinya. Macam, err, gamelan.

Ayi. Gamelanist.

Tekan record. "Three four". Dum degedum degedum degedum degedum! Toing toing toing! Ting tong ting tong! "Hiiidup bagaikan pentas opeeera! Tirai hidup dibukaaa... Cerita pun bermulaaa... Wo wo wo wo!"

Selepas sembilan setengah lagu (setengah, sebab kaset habis), siaplah album sulung kami. Rock dengan suntikan elemen tradisional (gamelan). Buang kulit Blackout. Potong kertas ikut saiz kulit kaset. Ambil pen merah dan pen biru.

An. Designer.

An: "Apa nama band kita?"

Abang Di: "Emmm... RAFALS!" (dieja "Rafals" disebut "Refels")

An tulis "RAFALS" di kulit album, dengan rekabentuk nama kumpulan rock yang macam kita lihat di kulit album. Warna merah ber-outline biru. Siap.

An: "Err... Rafals tu apa?"

Abang Di: "Senapang la, senapang!"

Aku: "Rifles la!" (aku, yang paling pandai mengeja, antara kami)

Abang Di, yang paling tua antara kami, mungkin tercalar egonya, ditegur aku yang lebih muda. Abang Di: "Saja eja macam ni, sebab err, R tu Rozaidi (nama Abang Di), AF tu Ahmad Farhan (nama An), A tu err Ayi! L, aaa... L, aaa... haaa, L tu Loq Setaq bandar kelahiran band kita, dan S tu Syafizan (nama aku)"

Aku: "Awat yang lain nama penuh tapi Ayi dak? Sepatutnya Zubairi. Dan, sejak bila Alor Setar dieja Loq Setaq? Kalau ikut macam tu, jadi RAFZAS, bukan RAFALS!"

Abang Di: "Hang ni banyak tanya la! Nak jadi rocker ka nak jadi loyer?"

Lepas sekolah. Teka, siapakah antara kami yang akhirnya, mencapai cita-cita menjadi rocker?

Aku, pergi law school. Out!

An, industri makanan. Out!

Ayi, Diploma Latihan Chef (kini dikenali Diploma Seni Kulinari). Out? Belum lagi. Sebab, kemudiannya, Ayi buat Ijazah Sarjana Muda Muzik, major instrument: gitar dan viola. Dia semakin hampir. Adakah dia menjadi rocker? Tidak. Dia buat MLM sepenuh masa. Dialah yang nak jual viola tu. (Di Shah Alam orang panggil dia "Abang Ali" sempena nama tuan rumah Kasim Selamat, kerana gaya cakapnya macam M Zain). Out!

Abang Di, pergi Politeknik, buat Diploma Kejuruteraan. Dan, kemudiannya, ke United Kingdom, buat Ijazah Kejuruteraan. Pulang ke Malaysia, menjadi jurutera, sekejap saja. Berhenti. "Tak sesuai dengan jiwa aku la!". Ya, akhirnya!

Adakah Abang Di menjadi rocker, berseluar ketat, berambut panjang, seperti dikatanya ketika sekolah?

Tidak.

Abang Di masuk sekolah pondok. Dan kini, menjadi ustaz, berjubah dan berserban.

Ohh... hiiidup bagaikan pentas opeeera... muzik hidup bergemaaa... aksi insan bermulaaa... wo wo wo wo!

NOTA: Ridhwan, dalam SUKMA yang lepas, gagal mendapatkan pingat untuk negeri, dalam acara bowling, sebab jatuhan pin tertingginya adalah 8. Tidak salahkan dia, masa kecil dulu dia berlatih dengan 8 pin saja.

# MJ | Permalink |


Saturday, December 17, 2005

ANGKA KEGEMARAN

Kata Juliana Banos, angka tujuh adalah angka kegemaran Mokhtar manakala angka lapan pula adalah angka kegemarannya. Menurutnya, jika dicampurkan kesemua jumlah 77,888.77, jawapannya 52 dan apabila angka lima dicampurkan dengan angka dua, jawapannya ialah tujuh. "Itulah keistimewaan 77,888.77 kepada saya dan suami," kata Banos. (Utusan 16/12/05)

Mat Jan: Aku nak cari bini yang angka kegemarannya sama dengan angka kegemaran aku, dan bila dicampurkan kesemua jumlah "angka puluh angka ribu, angka ratus angka puluh angka ringgit dan angka puluh angka sen" itu, jawapannya adalah angka kegemaran kami itu.

Ayi: Apa angka kegemaran hang?

Mat Jan: SIFAR.

# MJ | Permalink |


 

MELUDAH KE LANGIT II

KETUA WANITA

ISYARAT RAKYAT IV

MELUDAH KE LANGIT

ISYARAT RAKYAT III

DUA KALI LIMA

ISYARAT RAKYAT II

PENGUNDI HANTU

ISYARAT RAKYAT

ORANG BUTA TERKENAL DI MALAYSIA

2005

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

2004

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

kronisme & nepotisme

ayah | kak | gedembai | kutet | lan | moza | nat et al | pika | pnut | purbe | tokei pajak | zumir

favouritisme

jones | naga | saharil | sifu | tok rimau

yang aku sudah jumpa

abrar | addeen | adipujangga | ady | adzlin | ahsuez & samurai | airiz | amyz | ana | anne | aqil | atoi | attokz | awin | ayares | ayob | ayue | azidin | azra | basri | bean | begtangan | blueshades | bp | buttet | caza | ceqtie | cik daun | cikgu midad | ciklina | ct cute | ctzie | d'arkampo | dhani | din | din | dobot | dodah | dona | e-1 | easy | ebb | eeda | eisya | el | elaira | elmaaniq | emma | encik khairul | ep | esis | fadz | fairy | fajar | firdaus | fuad | hana | hanya sayang | hayazi | hazman | icesoul | idzwan | irja | iwan | izwan | jigo | kaezrin | kak g | kak ungku | kak zar | kelambu | khalil | kingbinjai | kurekure | langsat | lapan | mak andeh | mal | mar | marilyn | maya | mba | meer | melor | mely | mie | miss piggy | mizi | ms d | mukeh | mushroom | mya | mydinz | nadhra | nana | nazmi | nazrol | nd | nesloice | nic | nida | nile chem | nina | nis | nizam zakaria | op | pak bear | pakdi | petz | queen | rafthah | rainbow | rudy | salina | sayangmama | sera | shah | spyz | sri diah | sultanmuzaffar | superdiman | suraya | syati | syeikh | syida | tembam | tini | tipah | tudung purple | vovin | waiem | wakdin | walids | wanda | yaabbna | yadziz | yong | zamry | zaza | zaza | zhoulsz | zira | zuraen | zurie

yang aku belum jumpa

1kHz | aan | abe | adah | adreen | aeyjay | afiz | aida | aiman | ain | akhi | akhifaizul | akira | alan | alangz | aliss | alqas | ame | ame | amoy | ana | anis | anje | aquazero | arisya | artgal | atrco | auntie yan | ayon | azila | azri | azrinda | baiti | banai | bangchik | bayah | bigg | bintang hati | book | breevandekamp | cenangau | cikzam | cj | crimsonskye | dato' seri | delamyra | dinstkd | dyan | dyana | elf | embam | emma | engku | erman | etake | faizal | fengh | fer | fiebie | fieza | firdaus | fnd | gnela | goreng pisang | gunx | hairi | halz | hazirah | helmi | herokewl | hezzy | hozair | huzaimi | i-nie | ida | idzareez | iemah | infernoblitz | inmind | insperasi | jackal | jiwarasa | kak long | kak ngah | kak wynn | kambing | kapcai | kecik | khairi | kieli | kopytiam | kudo | kuntum | lalat | laydiefa | lela | lifeaku | lin | liyanna | lokman | manjalara | mayameera | menj | mensh | missorchid | mizan | muring | mystrique | nad | nadia | nadjwa | nana | narweck | nectar | neohikayat | nettnadia | nonie | nuckelhead | onepolar | oraet | pegawai khalwat | penyangak | poetryarts | pipiet | primarybasic | rasso | rauhunt | reen | rjuna | romzi | ronn | sayuti | sekatil | selendangbiru | sempoii | serilangkat | sha | shahnon | sharizal | shay | sherrina | shuq | sifoosains | soraya | spiral | srox | strawberryz | sufian | suhaila | sumie | susan | suzie | syanana | syazha | therion | thumb | tim yohannon | tuan tanah | uculer | uipts | viz | wadi | wani | waterlily | wawa | wynn | yatt | yuseri | zakzak | zulhabri

Geng Jurnal

Hakcipta © 2000-2007 Mat Jan. Semua hak terpelihara.