Monday, November 28, 2005
SYMPTOM
Bob: Jan, akak kau dokter kan?
Mat Jan: Ahah. Awat?
Bob: Betul ke kencing kerap sebelah malam tu symptom lemah tenaga batin?
Mat Jan: Aku rasa tu symptom sakit buah pinggang, diabetes dan batu karang.
Bob: Fuhhh... lega!
# MJ | Permalink |
Friday, November 25, 2005
VIOLA UNTUK DIJUAL
 Ernst Heinrich Roth, Bubenreuth, Erlangen 1970.
Made in West Germany.
Reproduction of Antonius Stradivarius Cremona 1724.
Serial number: bo 1564 (burned stamp to the body).
Brilliant sound.
Price: RM12,000.00 (negotiable).
Reason to sell: Abang Ali tak main viola lagi.
Email: jongkangz AT yahoo DOT com
# MJ | Permalink |
Thursday, November 24, 2005
KRISMAS
Sebulan lagi Krismas dan kompleks membeli-belah kita dihias dengan "pokok krismas" (fir atau pine) dan salji olok-olok.
Kenapa orang Kristian Malaysia sambut Krismas macam orang putih?
Maksud aku, orang Islam Malaysia sambut Hari Raya dengan cara Malaysia. Dengan ketupat dan lemang. Orang Arab sambut dengan cara Arab. Yalah, mana ada daun kelapa untuk ketupat, dan buluh untuk lemang, di padang pasir. Orang Afrika pula sambut dengan cara Afrika. Orang India dengan cara India.
Tapi Krismas di Malaysia disambut dengan cara orang putih. Dengan pokok fir atau pine. Dengan salji olok-olok. Kenapa orang Kristian Malaysia tak sambut Krismas dengan cara Malaysia? Dengan pokok palma (atau pokok tropika lain) misalnya. Tanpa salji (olok-olok) contohnya.
Orang putih sambut dengan pokok fir atau pine, dan dengan salji, sebab mereka duduk negara empat musim. Kita duduk negara tropika.
Rasanya itu budaya orang putih. Bukan tuntutan agama Kristian. Sebab Krismas meraikan kelahiran Jesus. Jesus bukan lahir di tanah fir dan pine. Bukan di tanah bersalji. Jesus lahir di Bethlehem. Tanah zaitun dan kurma. Tanah berpasir.
Aku tanya benda ni kat kawan aku yang beragama Kristian.
Belynda Ng: Don't know.
Aku: Haiyah, last month you asked me about puasa, I explained to you. Now I asked you about Christmas, you don't answer. How can like that? Life is so unfair.
# MJ | Permalink |
Friday, November 18, 2005
SALON
 Faent kata Salon tak meriah. Naga kata dia keluar panggung sebelum wayang tamat. Aku perlukan penjelasan panjang lebar untuk itu.
Sebab. Aku. Suka. Salon.
Seperti Amyz, aku suka Salon sebab dia lain. Lain dari kebanyakan filem Melayu yang lain. Pelakonnya lain. Tiada Rosyam atau Erra atau Apek. Dialognya lain. Bahasa lisan yang biasa-biasa, bukan "bahasa drama TV". Ceritanya lain. Perempuan mainkan lelaki (selalunya lelaki mainkan perempuan). Dan tiada babak rogol berjemaah. Ah, tanpa kelainan ini pun aku suka Salon.
Sebab. Ada. Jojo Pillow Talk.
Paling aku suka Salon, skrip dialah. Ada Anaconda. Ada South American Kissing Fish. Info yang biasanya kau dapat dari Discovery Channel. Atau National Geographic. Info yang kau tak expect dapat dari sebuah filem cinta. Filem cinta tempatan sekurang-kurangnya.
Dan penulis skrip dia bijak pula menggunakan sifat haiwan-haiwan ini sebagai analogi sifat manusia dalam relationship. Anaconda betina akan bergesel dengan beratus ular jantan sampai jumpa pasangan yang sesuai. Kissing fish pula bila berpasangan dan seekor mati, yang masih hidup takkan cari penggantinya hingga ke akhir hayat (whooaahhh). Ah, tanpa kekuatan skrip ini pun aku suka Salon.
Sebab. Ada. Raja. Farah. My 99% perfect girl.
Ada orang kata ending Salon biasa. Boleh agak. Walaupun, sepanjang cerita, Ezra (Pierre Andre) mengejar Emma (Chelsia Ng), dan Luna (Rajah Farah) dikejar Daniel (Zach Ubu), kita tahu last-last Ezra akan bertemu Luna.
Hei, come on, memang last-last mereka bertemu. Tapi siapa kata mereka bertemu dan "live happily ever after" macam cerita biasa? Oit oit, Luna ni anaconda. Dia akan bergesel dengan beratus jantan sampai jumpa pasangan yang sesuai. Sedangkan dia dah bertunang dengan Zyhan (Shah Kassim) pun dia bercinta dengan Daniel. Apa jaminan Ezra bukan "mangsa" seterusnya?
Aku melihat ending Salon dengan "muzik Twilight Zone" dalam kepala beserta jeritan "NEXT!". Ya ya, NEXT!, sebaik saja Luna memandang Ezra dengan senyuman. Ah, tanpa ending yang bagus ini pun aku suka Salon.
Sebab. Ada. Syanie. Hahaha. Hihihi. Huhuhu.
Okay, ini satu yang aku tak suka dengan Salon. Meski nak tonjolkan kelainan berbanding filem Melayu lain (pelakon baru, skrip bagus, cerita baik). Meski nak tonjolkan keintelektualan (analogi anaconda/kissing fish). Tapi masih tonjolkan perempuan gemuk dengan watak buruk lantak. Sampai facial masque pun dia makan.
This is so biasa and so bodoh. Boleh menjadikan Salon serendah filem Razak Mohiden. Kalau ikut kolum Siti Jarum Mingguan Malaysia, "lawak tak bertamadun".
Tanpa perempuan gemuk buruk lantak, Salon mungkin my 99% perfect movie. Soundtrack (runut bunyi?) dia aku suka. "Cerita Dalam Lagu" oleh Hetty Sarlene. "Suratan Atau Kebetulan" versi Premelodic.
Gambar dia aku suka. Colourful. Pakaian. Dinding. Perabot. Semua dengan kombinasi warna yang harmoni. Dengan skema warna yang cemerlang gemilang terbilang.
Tagline dia aku suka. Cinta Bukan Sekadar Kosmetik. Mungkin tajuk "Salon" dipilih untuk disesuaikan dengan tagline. Atau tagline itu dipilih untuk disesuaikan dengan tajuk. Yang mana pun, aku teringat tagline "Gol & Gincu" (Adakah Cinta Satu Permainan?). Salon dan kosmetik. Gol dan permainan. Soalan kuiz: Apakah tajuk yang sesuai untuk filem yang mengaitkan cinta dengan taik?
Rekabentuk official website dia aku suka: www.salonthemovie.com
Oh ya, satu lagi, Ezra terlihat "100% perfect girl" dia di book cafe. Dan berbual dengan Luna pun di situ. O'oh, nampaknya sejak Gol & Gincu dan Salon, ada kecenderungan filem Melayu cuba menonjolkan ulat buku sebagai cool. Ya ya, ulat buku, makhluk yang dicerca sebagai "tak cool" di sekolah dan kampus itu. Pembikin filem cuba menge-cool-kan mereka. Ya ya, usah genyeh mata anda.
Okay. Aku dah bentangkan kes aku. Yang tak suka Salon, sila bentangkan kes anda pula :)Labels: filem
# MJ | Permalink |
Monday, November 07, 2005
RAYA
Deepavali disambut sederhana tetapi meriah.
Hari Raya disambut sederhana tetapi meriah.
Setiap kali hari perayaan, berita di akhbar dan TV ialah "[Nama Hari Perayaan] disambut sederhana tetapi meriah".
Macam mana kalau, satu hari nanti, kita buka TV dan beritanya "Hari Raya disambut besar-besaran tetapi boring", hohoho!
Raya. Aku pergi rumah orang. Orang datang rumah aku. Tengok filem, drama dan nyanyi-nyanyi di TV. Tengok Salon di panggung. Makan ketupat, lemang, kuih raya. Hantar dan terima SMS ucapan "Selamat Hari Raya". Kecuali Encik Naga, dia hantar SMS ucapan "Oit-oit! Kau rasa 'buah susu' Tiara PGL saiz berapa?"
Aaa... tak la besar mana. Sederhana saja. (Tetapi meriah, hohoho!)
Oit oit! Aku cakap pasal sambutan Hari Raya aku la. Bukan pasal buah.
Okeh, cerita la pasal raya korang pulak.
# MJ | Permalink |
|