Wednesday, October 26, 2005
ANUGERAH GJ 2005
Sempena Gathering GJ pada 1 Januari 2006, GJ akan memberi anugerah kepada weblog dan catatan entry yang best. Minta kerjasama penulis dan pembaca blog sekalian untuk mencalonkan weblog/catatan untuk dinilai oleh panel juri.
Jika kau ada blog sendiri, boleh calonkan weblog/catatan sendiri. Jika tidak, boleh calonkan weblog/catatan orang lain. (Boleh juga surf blog-blog yang aku link-kan dan calonkan mana-mana yang kau suka.)
Dengan syarat, weblog yang dicalonkan adalah weblog yang:
i) ada link ke laman web GJ (http://www.jurnal.biz/) atau forum GJ (http://www.jurnal.biz/forum/)
ii) kemaskini terakhir pada tahun 2005
Ada syarat di atas? Okay, teruskan...
1) Weblog Terbaik
Untuk weblog yang baru lahir pada tahun 2005, calonkan dia untuk kategori "Weblog Baru Terbaik".
Untuk weblog yang lahir sebelum 2005 dan belum pernah memenangi Anugerah Weblog Terbaik GJ, calonkan dia untuk "Weblog Terbaik 2005".
Untuk weblog dalam Bahasa Inggeris, calonkan dia untuk "Weblog Bahasa Inggeris Terbaik".
Masukkan alamat weblog dalam ruangan "url".
2) Catatan Terbaik
Untuk catatan-catatan (entry) yang diterbitkan dalam weblog pada TAHUN 2005 SAHAJA.
Jika catatan itu ulasan kritis, komentar sosial atau catatan ilmiah, calonkan dia untuk "Catatan Merangsang Intelek".
Jika catatan itu sedih, sebak, romantik, sweet; bertema kasih-sayang, rindu, keinsafan; pada ibu, bapa, keluarga, suami, isteri, anak, saudara, kekasih, guru, Tuhan, manusia sejagat; calonkan dia untuk "Catatan Menyentuh Emosi".
Jika catatan itu kelakar gila babi nak mampos, calonkan dia untuk "Catatan Mencuit Hati".
Masukkan alamat catatan (permalink/permanent link) dalam ruangan "url" dan masukkan sekali tarikh catatan dan tajuk catatan (jika bertajuk) dalam ruangan "kenapa".
3) Lain-Lain
Untuk Fotopages, Textamerica, atau laman-laman foto dengan KEMASKINI BERTARIKH, calonkan dia untuk "Fotoblog Terbaik".
Untuk weblog dengan rekabentuk layout yang menarik (original, bukan template percuma), calonkan dia untuk "Rekabentuk Terbaik".
Masukkan alamat Fotoblog/Weblog dalam ruangan "url".
...
Setiap orang boleh mencalonkan seberapa banyak weblog/catatan yang dia suka.
Hari terakhir pencalonan awam: 7 November 2005.
Juri-juri peringkat pertama akan memilih tiga calon akhir untuk setiap kategori.
Juri-juri peringkat kedua akan memilih pemenang.
Pemenang akan menerima trofi/plaque dan hadiah sampingan.
Cepat! Cepat! KLIK SINI dan calonkan! Sekarang!
Jangan nanti tak senang duduk beraya di kampung, menangis hiba memikirkan weblog/catatan yang tak tercalon. "Jangan menyesal Cik Salmah!"
Terima kasih.
NOTA: Jangan calonkan aku untuk mana-mana kategori. Aku juri. Rudy, Fajar dan Sultanmuzaffar pun tak boleh juga. Selain empat nama ini, calonkanlah siapa-siapa yang kau suka.
# MJ | Permalink |
Tuesday, October 25, 2005
BELIA BENCI DADAH
Aku tak tau siapa punya idea slogan "Belia Benci Dadah" ni. Kalau slogan ni bertujuan untuk menjauhkan budak-budak muda dari dadah, maka ia akan gagal. Sebab "belia" pada budak-budak muda, merujuk kepada orang-orang yang tak cool, skema. Contoh ayat: "kau ni belia lah!". Dipanggil "belia" atau "mat belia" bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Belia, pada budak-budak muda, adalah budak-budak berbaju batik di bilik gerakan. "Belia" adalah antonim kepada "cool". Siapa nak jadi "belia"? Orang nak jadi cool!
"Belia Benci Dadah" adalah satu lagi contoh kegagalan orang tua (pemimpin?) mendekati orang muda.
Slogan sepatutnya: "Budak Cool Benci Dadah!". Siapa hisap dadah dia belia! Barulah budak-budak tak nak hisap dadah. Tunggulah aku jadi Menteri Belia nanti. Err, maksud aku, Menteri Cool.
# MJ | Permalink |
Friday, October 21, 2005
JIWORLD KACAU



Baca JIWA KACAU baru World!
# MJ | Permalink |
Wednesday, October 19, 2005
HANG YANG AWAI
Pakcik tak sangka hang nak mai Pasai hang mai awai sangat Tak dan sembilan bulan hang dah jengoi Kelmarin Tok Wan hang telefon pakcik Habaq hang dah sampai Dia kata mak hang okay Tapi hang dok dalam inkubator Pakai alat pernafasan Pakcik berdoa dalam sujud Mintak hang selamat Hang tau dak betapa syoknya pakcik bila dapat tau hang mai? Pakcik cerita kat kawan-kawan Macam dalam dunia ni pakcik sorang saja ada anak menakan Depa ucap tahniah Sambil usik-usik suruh cari hang makcik Supaya hang dapat sepupu untuk diajak main Hahaha hehehe hihihi hohoho huhuhu! Hari ni mak hang SMS Habaq dia ada kat hospital Hang tenat kat wad Doktor tengah tunggu nadi hang berhenti Pak hang nak kebumi hang malam ni Liiiiiigan la pakcik ke kampung (Masa pakcik taip ni Ada segaris ayaq mengaliaq Slowwwwww saja di pipi Rasa masin-masin)
Cepat sangat hang balik Tak sempat pun jumpa pakcik
# MJ | Permalink |
MJ YANG BARU
MJ sekarang bukan MJ yang dulu.
MJ sekarang dah ada anak.
Oops... anak saudara.
# MJ | Permalink |
Wednesday, October 12, 2005
BUANG II
(Sambungan entry semalam)
Ayi: Yang dalam Parlimen tu yang sepatutnya dibuang ke laut!
Turun kereta...
Mat Jan: Ayi, kita buang sisa toksik ke laut pun laut jadi busuk. Aku tak dapat bayangkan, macam mana busuknya laut kalau kita buang Ahli Parlimen ke dalamnya!
Ayi: Hahaha hehehe hihihi hohoho huhuhu!
# MJ | Permalink |
Monday, October 10, 2005
BUANG
Dalam kereta. Nak masuk Penang Bridge.
Ayi: Bau apa ni busuk?
Purbe: Bau laut.
Mat Jan: Kilang-kilang kat sini buang sisa toksik dalam laut. Tu busuk tu.
Ayi: Ooo.
Mat Jan: Kalau kat negara maju, ada sistem pelupusan sisa toksik yang khas. Kat Malaysia ni senang saja, semua buang ke laut.
Ayi: Apa lagi benda lain yang kita buang ke laut?
Mat Jan: Hattan!
Purbe & Ayi: Hahaha hehehe hihihi hohoho huhuhu!
Ayi: Yang dalam Parlimen tu yang sepatutnya dibuang ke laut!
LINK:
1) Hattan didakwa hina lagu Negaraku (Utusan 04/10/05)
2) Jangan cakap sedap mulut - Hattan (Utusan 09/10/05)
# MJ | Permalink |
Saturday, October 08, 2005
JAMIN SAMPAI ESOK
Jiwa-Jiwa Kacau

Jiwa-Jiwa Kacau Bubuh Dalam Sampul

Jiwa-Jiwa Kacau Bubuh Dalam Sampul Humban Dalam Tong

Jiwa-Jiwa Kacau Bubuh Dalam Sampul Humban Dalam Tong Dijamin Sampai Esok
(NOTA: Sila sambung "sajak" ini seorang sebaris. Terima kasih.)
# MJ | Permalink |
Wednesday, October 05, 2005
SEKS FILEM MELAYU
Elemen seks (luar nikah), dengan dan tanpa consent pasangan, dalam naratif filem kita. Yang aku ingat:
Anakku Sazali (1956)
Rokiah (Hashimah Yon) mengandung anak Sazali (P Ramlee).
"Bapaklah yang bersalah dalam soal ini!"
Menanti Hari Esok (1977)
Rohayu (Noorkumalasari) beromen dengan Faisal (Hail Amir), dan mengandung anak luar nikah. Lepas tu dia gugurkan kandungan di London. Sarimah, bini Jins Shamsuddin pulak, disyaki ada affair dengan seorang doktor.
Gila-Gila Remaja (1984)
Rogol berjemaah. Geng Gagak Hitam rogol adik siapa entah, adik Roy ke adik Remy ha? Aku lupa.
Ali Setan (1985)
Antara dialog paling famous dalam filem Melayu: "Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!"
Jeff (Izi Yahya) beromen dengan Tipah (Sheila Majid).
Perempuan, Isteri dan... (1993)
Bini curang. Zaleha (Sofia Jane), bini Amir (Nasir Bilal Khan), beromen dengan bangla jual kain. Dan dengan Tapa (Zaidi Omar) dalam kebun getah, waktu hujan.
Leha: "Malam ni tak boleh."
Tapa: "Tapi aku nak."
Aku suka perlambangan susu getah mengalir masuk dalam cawannya.
Lenjan (1998)
Bini curang lagi. Zarin (Rosyam Nor) beromen dengan Zita (Nina Juren), bini Amir (Eman Manan). Aku pun tak tau, kenapa orang nama Amir ni, bini dia suka sangat beromen dengan orang lain (Nasir Bilal Khan dalam "Perempuan, Isteri dan..." pun nama Amir). Yang bestnya, Rosyam dan Nina beromen bawah katil! Tak tahulah, citarasa seksual jenis apakah ini :)
(Lenjan pun aku suka. Antara twist terbaik dalam plot cerita Melayu. Rosyam yang jahat itu rupa-rupanya berpakat dengan bini Eman untuk bunuh Eman.)
Spinning Gasing (2001)
Adegan seks paling grafik dalam filem Malaysia. Harry Lee (Craig Fong) beromen dengan Chantal (Corinne Adri). Mula-mula dia henjut Chantal atas meja, lepas tu dia hayun tepi dinding pulak. Masa tepi dinding tu, siap nampak pangkal punggung Craig Fong lagi. Adegan ini tak lepas di pawagam, tapi lepas di VCD (original dan ber-sticker LPF). Samalah macam Sepet, versi VCD tak potong.
Elemen homoseksual pun ada dalam Spinning Gasing: Ariff (Edwin Sumun) dan JJ (Sanjeet Jarnail).
Embun (2002)
Rogol berjemaah lagi. Embun (Umie Aida) dirogol berjemaah oleh askar Jepun, diimamkan oleh Leftenan Akishi (Izi Yahya). Celaka Izi, dahlah kau henjut Tipah dalam Ali Setan, ni kau rogol Embun pulak. Apa nak jadi ni ha? :)
Soalnya Siapa? (2002)
Tiada babak seks, tapi ada elemen seks luar nikah dalam ceritanya. Nurul Ain (Erra Fazira) masa zaman remajanya pernah terlanjur dengan Rashid Salleh, membuatkan dia dalam dilema untuk meneruskan hubungan dengan Ahmad Daniel (Afdlin Shauki) atau tidak.
Janji Diana (2003)
Lagi-lagi rogol berjemaah. Intan Sarafina dirogol berjemaah oleh sekawan mat rempit, diimamkan oleh Faizal Hussein.
Mami Jarum Junior (2003)
Yang aku ingat, Rita Rudaini kena rogol dalam cerita ni. Tapi aku tak ingat siapa yang rogol dia.
Buai Laju-Laju (2004)
Lagi-lagi bini curang. Selepas "Perempuan, Isteri dan.." dan "Lenjan". Dalam cerita ni, Amran (Eman Manan) beromen dengan Zaiton (Betty Banafe). Tak, nama laki Zaiton bukan Amir, tapi Ibrahim (Khalid Salleh). Wah wah wah, Eman, dalam Lenjan dulu orang beromen dengan bini kau. Dalam Buai Laju-Laju ni pulak, kau beromen dengan bini orang. Balas dendam nampak? :)
Sudahlah tu, Eman, dalam "Lenjan" Rosyam berpakat dengan bini kau (Nina) untuk bunuh kau, dalam "Buai Laju-Laju" pulak kau berpakat dengan bini orang (Betty Banafe) untuk bunuh suaminya (Khalid Salleh).
Aku panggil Buai Laju-Laju ni "Kisah Eman Si Hero Lenjan Membalas Dendam".
Gol & Gincu (2005)
Sumbang mahram. Jiji (Sharifah Amani) diratah bapa sendiri (Zahim Albakri). Dikatakan juga, cerita ini ada elemen homoseksual. Ada simbolisme lesbianisme dalam satu dua babak, baca GOL & GINCU: Feminisme, Lesbianisme & Bola oleh Fadz (perenggan kedua terakhir).
KL Menjerit 1 (2005)
Dan lagi rogol berjemaah. Selepas Gila-Gila Remaja, Embun, dan Janji Diana. Khatijah (Sheera Iskandar) dikekah beramai-ramai di Dataran Merdeka.
Ini yang aku tonton dan ingatlah. Ada yang aku tak tonton. Ada yang aku tak ingat. Tapi aku rasa, ada lagi filem Melayu dengan elemen seksual. Teruna/dara terlanjur, bini (atau laki) curang, rogol (berjemaah atau one-on-one), dan sebagainya. Kalau ada lagi, yang kau ingat, sila tambah di kotak respon.
NOTA: Tambah filem yang betul-betul filem ya. Yang tayang pawagam. "Filem" seperti Pramugara Terlampau, Wan Norazlin, Mak Datin, dan Sehari di Tupah tidak diterima. Harap maklum. Labels: filem
# MJ | Permalink |
|