Wednesday, August 24, 2005
GOL & GINCU
 Predictable, ya, tapi tak boring.
Jika kau cari "Legally Blonde" dan "Gol & Gincu" di IMDB, kau akan dapat plot outline yang lebih kurang sama.
Legally Blonde: "When a blonde sorority queen is dumped by her boyfriend, she decides to follow him to law school to get him back."
Gol & Gincu: "When spoiled college girl Putri loses her hot boyfriend Eddy, she tries to get him back by taking up futsal, a sport he's crazy about."
Objektif: "to get him back". Tapi once Reese Witherspoon (dalam Legally Blonde) masuk Law School, dan Fazura (dalam Gol & Gincu) main futsal, mereka menjadi law student / futsal player yang berjaya, dan (o'oh spoiler) meng-reject ex-boyfriend yang ingin kembali.
Dan seperti Legally Blonde, serta kebanyakan filem remaja Hollywood yang lain, Gol & Gincu diakhiri dengan paparan gambar-gambar still watak-watak dalam filem, beserta caption apa yang terjadi pada watak-watak itu selepas itu. Contoh: Ahmad kahwin dengan Minah, Ali dan Timah buka kedai buku, Joe Labi masih mencari cinta, dan sebagainya.
Seterusnya Gol & Gincu mengkahwinkan plot Legally Blonde dengan plot sport-movie ala Mighty Ducks. Alah, kau tahu, cerita pasukan underdog yang tak tahu main (hoki ais atau baseball atau bola keranjang atau American football) yang berlatih sungguh-sungguh, tapi di tengah-tengah cerita hampir putus semangat (sebab ada pemain yang nak tarik diri akibat cedera atau masalah peribadi), namun akhirnya dapat suntikan ajaib dan menang tournament, menewaskan pasukan gergasi yang ada seorang watak "jahat dan berlagak" di dalamnya.
Gol & Gincu menggunakan formula yang sama, cuma perlu tukar nilai pembolehubah. Sukan: futsal. Pemutus semangat: Dayang kena babysit adik, J mak tak bagi main, Zie dah ada team lain, Jiji masuk hospital. Si "jahat dan berlagak" dalam pasukan gergasi: Shasha (lakonan Sazzy Falak).
There. Kahwinkan dua plot asas filem Hollywood, dan voila, kau dapat satu filem baru. Ambil perhatian, ini bukan kali pertama filem kita menggunakan formula kahwin ni. "Baginda" oleh Aziz M Osman mengkahwinkan plot ala "Dangerous Minds" (sekolah budak jahat jadi cemerlang selepas kedatangan cikgu baru) dengan plot ala "Mighty Ducks" (pembolehubah "hoki ais" digantikan dengan "bola tampar"). Yay!
So, jika storyline-nya biasa dan oh-so-predictable, di mana letaknya kekuatan filem ini? (Pada kerisnya kah? Atau pada namanya?)
Kekuatan
Bukan pada huruf "ta". Tapi pada bahasa dan pendekatan.
1) Bahasa yang digunakan dalam percakapan adalah bahasa harian. Bukannya bahasa "drama TV". So, jangan expect hero berkata: "Sudikah saudari makan malam dengan saya dan beberapa orang teman di ibu kota?". Atau makcik bertanya: "Apa yang kau menungkan?" dan hero menjawab: "Entahlah makcik, mencari sesuatu yang hilang, mungkin!". Hah! Sasterawan Negara pun cakap ikut loghat negeri dia dalam kehidupan harian, tau?
Bahasa lisan harian inilah yang menjadikan Gol & Gincu menghiburkan.
2) Isu-isu serius diselitkan secara santai. Tak perlu skrip dokumentari ala Gerak Khas: "Ya Mazlan, menurut Tan Sri KPN kita, 70% penagih dadah yang terlibat dalam bla bla bla".
Dalam tak sedar, Gol & Gincu menyuntik pelbagai isu serius dalam kepala hotak kita, untuk difikirkan. Diskriminasi gender, sumbang mahram, setiakawan, sekadar menyebut beberapa contoh.
Pendekatan "serius dalam santai" ini, memang diakui efektif. Rancangan 3R misalnya, yang guna pendekatan yang sama, menang pelbagai anugerah penyiaran. Untuk FFM akan datang, sekurang-kurangnya Anugerah Khas Juri patut pergi ke Gol & Gincu kerana pendekatan ini.
(3R telah memenangi Anugerah Rancangan Infotainment Terbaik di Asian Television Awards 2002; Anugerah Riben Merah 2002; dan Anugerah Rancangan Majalah Terbaik (Pingat Perak) di Malaysian Video Award 2003. Untuk makluman, tenaga belakang tabir Gol & Gincu adalah orang-orang 3R.)
Kelainan
Yang paling aku suka, Gol & Gincu memberi definisi baru pada kalimah "cool". Watak hero tidak digambarkan macam watak hero Yusof Haslam.
Watak Reza, hero yang (o'oh spoiler) menambat hati Putri, digambarkan dengan hobi suka membaca. Masa Reza duduk di kaunter gelanggang futsal, dia baca buku. Sekali imbas nampak cover macam Tumit Achilles oleh Khalid Jaafar. Masa Reza balik rumah, bilik dia digambarkan penuh buku.
Dan oh ya, Reza naik basikal. Bukan motor besar ya. Basikal.
Untuk jadi hero yang cool, tidak perlu suka pergi disko dan naik motor besar macam hero Yusof Haslam. Suka baca buku dan naik basikal pun boleh cool juga.
Kita selalu bising anak remaja mudah terpengaruh dengan filem. So, kita patut buat filem yang menggambarkan "suka membaca" sebagai cool. Suka bersukan (futsal) pun cool. Kalau anak remaja mudah terpengaruh dengan filem, then Gol & Gincu boleh pengaruh mereka untuk membaca dan bersukan. Cool!
Product Placement
Coca-Cola:
1) Lepas kenduri kahwin di rumah Eddy, geng lelaki tengok bola, mak Eddy mengeluh: "Makan bola, tidur bola". Putri sambung: "Minum Coca-Cola!"
2) Tin Coca-Cola digunakan sebagai "kon" atas gelanggang futsal sewaktu training.
3) Dan, of course, pemain minum Coca-Cola.
Maxis:
1) Bila siapa-siapa hantar sms, skrin handphone difokus dan nampak nombor telefon semua 017.
2) Ciri "friend finder" Maxis digunakan Mia untuk locate Putri sewaktu menunggu Putri tak sampai-sampai Zouk.
3) Nombor telefon Reza atas tisu. 017.
4) Banner kejohanan futsal Maxis.
Adidas:
Bola dan pakaian pemain.
(Aku rasa ini filem tempatan yang paling banyak tajaan. Coca-Cola, Maxis, Adidas.)
Lain-Lain Perkara Berbangkit
1) Lakonan bersahaja oleh setiap pelakon. Even budak-budak AF pun boleh berlakon. Mereka mungkin kayu dalam "Cinta Fotokopi" (filem lain aku tak tengok). Tapi dalam Gol & Gincu, Zarina dan Anding berlakon natural. The trick: jangan bagi skrip banyak sangat kat depa :p
2) Mutu lakonan Fazura meningkat berbanding lakonannya dalam "Senario XX". Aku tak tengok "Bicara Hati" yang memenangkan Fazura anugerah Pelakon Wanita Harapan dalam FFM ke-17, (sebab tengok gazzette "Bicara Hati" bahasa drama TV, nak muntah aku). Aku tak tengok Fazura dalam "Qaisy & Laila" (sekejap sangat ha tayang panggung, tak sempat). Jadi, aku banding dengan "Senario XX" sajalah (yang aku tengok di ASTRO Box-Office).
3) Menonton watak Putri dalam Gol & Gincu mengingatkan aku pada Lini, kawan aku kat law school dulu. Memang Lini la sangat si Putri tu. It's all about accessorising! :p
4) Ada orang tanya kenapa aku tak hentam filem baru Yusof Haslam dan Razak Mohideen lagi? Dah insaf ke? Yang sebenarnya, aku dah tukar pendekatan, dari "tengok-dan-kritik" ke "tak tengok langsung". Aku tak tengok "Gerak Khas 3" dan "Sembilu 2005". Aku tak tengok "Lady Boss". Aku tengok "Cinta Fotokopi" pun 30 minit saja di ASTRO Box-Office. Aku dah merajuk dengan depa.
Overall, Gol & Gincu sebuah filem yang baik. Storyline memang biasa dan predictable. Tapi ada kekuatan dan kelainan. Kekuatan pada bahasa dan pendekatan. Serius dalam santai. Kelainan dalam penonjolan "imej cool" watak utama. Berbaloi wang menonton. Pergi tengok. Sekarang.Labels: filem
# MJ | Permalink |
Tuesday, August 23, 2005
JIWA KACAU
 JIWA KACAU ISBN 983-42734-0-1
Kisah-kisah yang menggugurkan rahang telah lama mengalir dari papan kekunci kami ke monitor engkau. Kini, bagai nadi dihiris belati, kisah-kisah itu memancut deras membasahi kertas, terjilid menjadi buku.
JIWA KACAU. Dua puluh tiga penulis blog. Bersatu memuas nafsu bacamu.
HARGA RM20.00 senaskhah (+ harga pos ekspres RM3.00)
CARA MEMBELI:
Depositkan RM23.00 ke akaun penjual dan emailkan dia maklumat kau:
Nama : Alamat : No. Telefon : Tarikh Transaksi : Nombor Transaksi :
PENJUAL:
AMIZURAIDA AWALLUDIN da_amyz@yahoo.com Maybank: 1643 2432 0610 BCB: 1228 0019646 52 7
BASRI BIN NOR MOHD basri@makitam2u.com, basrinmd@hotmail.com Maybank: 1627 4001 6404
LUDINATA MISNUN rudy@bluehikari.com Maybank: 1621 4295 1118 BCB: 1215 0061906 52 6 RHB: 1660 1600 0082 50
MOHD IQBAL BIN SIRAJUDIN anarkismelayu@yahoo.com Maybank: 1012 9905 0865
MOHD AZHAN OTHMAN lan_zo@yahoo.com Maybank: 1520 2297 2473
# MJ | Permalink |
Monday, August 15, 2005
MARILAH JEREBU
 (Nyanyi ikut tune lagu "Marilah Maria" -- Def-Gab-C)
(Klik "PLAY" untuk dengar "Marilah Maria")
Dahan ranting jiran marak terbakar Datang asap ke rumah kami mencemar Maka menang Jabatan Alam Sekitar Di dalam carta laman web paling popular
Bukannyaaa... laman tu ada blue punya gambar Popularrr... kerna I-P-U diuar-uar, uarrr
Hari ke hari bertambah buruk Tepu udara dengan debu dan habuk Oh jerebuuu... orang yang sihat pun batuk-batuk Jerebuuu... orang sakit asthma lagi teruk, terukkk...
Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu Marilah jerebu Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu Marilah jerebu
Habuk, jelaga, debu dan abu Asthma, sesak nafas, radang paru-paru Mata pedih, penglihatan pun kelabu Gangguan kesihatan pasti kan berlaku
Oh jerebuuu... bukan jejas kesihatan saja Jerebuuu... ekonomi pun terjejas juga, jugaaa...
Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu Marilah jerebu Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu Marilah jerebu
Jerebuuu... hidup ini akan susah!
Oh... Abah terpaksa declare darurat Tutup sekolah juga tutup pejabat Untuk kami duduk rumah rehat-rehat Bernafas lega tanpa dada rasa ketat
Oh jerebuuu... Abah berunding rentas sempadan Jerebuuu... Abah dan jiran pun tandatangan Akhirnyaaa... ada pelan tak ada tindakan Jerebuuu... kita jumpa lagi tahun depan, depannn...
Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu Marilah jerebu Jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu jerebu Marilah jerebu
NOTA:
1) Pelan tindakan menangani jerebu dipersetujui oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 1997. Pelan itu mendapat bantuan RM4.56 juta dari Bank Pembangunan Asia.
2) Perjanjian Asap Antara Negara Sempadan ASEAN ditandatangani pada November 2003 antara Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Thailand dan Myanmar.
Meskipun pelbagai rundingan, persidangan, pelan dan perjanjian, saban tahun kita masih menikmati jerebu.Labels: lagu parodi
# MJ | Permalink |
Saturday, August 13, 2005
KAS-KAS KOS-KOS II
 [Lagu Latar]
"KEDAI MELAYU"
(nyanyi ikut tune lagu "Gadis Melayu" -- Othman Hamzah / Jamal Abdillah / Mawi AF3)
Siapa bilang kedai Melayu tidak mahal Tak mencekik darah, makanan memikat Kalaulah murah tak mungkin aku tak singgah Kalaulah sedap tak mungkin aku tak lahap
Aduhaaaiii... ambil order lambatnya Hantar pun lewat juga Bila makanan tiba Aduh tersilap pula
Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia Tiada yang selembap servis kedai orang kita Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia Tiada yang selembap servis kedai orang kita
Waktu kita makan, kucing panjat meja Waktu kita bayar, tiada wang kecil pula!
[/Lagu Latar]
Kalau kita kira harga makanan saja, memang kedai Melayu lebih murah. Tapi kalau kita kira kesedapan makanan, suasana kedai & kualiti servis, sebenarnya kedai Melayu lebih mahal. Harga yang kita bayar tak setimpal dengan apa yang kita dapat. Takkan kita nak duduk nganga saja?
Berikut adalah perbandingan umum kedai Mamak dan kedai Melayu, hasil tinjauan rambang Skuad Sesat, di dua kedai makan.
Jadual 1.0: Harga Makanan
 Markah: Kedai Melayu 1 - Kedai Mamak 0
Jadual 2.0: Kesedapan Makanan, Kualiti Servis & Suasana Kedai
 Markah: Kedai Melayu 0 - Kedai Mamak 3
Keputusan Final: Kedai Mamak Menang. 3 - 1.
Jika kesemua faktor mak nenek di atas diambil kira, harga RM5.00 yang kita bayar di kedai Mamak tu sebenarnya lebih murah daripada RM4.20 yang kita bayar di kedai Melayu. Inilah sebenarnya punca orang "ketagih" ke kedai Mamak. Servis yang berkualiti, dan suasana kedai yang tip-top. Bukannya kas-kas, seperti yang diuar-uarkan.
Kalau kedai Melayu letak seguni kas-kas pun dalam masakan, tapi kualiti servis dan suasana kedai dok "tang tu" jugak, orang tak akan pergi. Kedai Mamak, walaupun harga makanannya mahal, orang tetap akan pergi. Orang sanggup bayar ekstra RM0.80 untuk kualiti.
Sekian, laporan Edisi Sesat minggu ini. Jangan lupa, minggu depan Skuad Sesat akan ke Penang, meninjau ajaran Ayah Jan, dengan replika jongkang-jongket gergasinya.
PENAFIAN: Catatan ini tidak berniat menghentam, sebaliknya bersifat cadangan penambahbaikan. Tidak ada racial bias dalam perbandingan ini kerana aku 50% Melayu dan 50% Mamak :)
# MJ | Permalink |
Friday, August 12, 2005
HOBI
Moha bilik sebelah datang ketuk pintu.
"Teka apa jadi?" tanya Moha. Cemas.
Umm... Penang Bridge kena bom? Feri kena hijack? KOMTAR kena langgar dengan kapal terbang? Oh, terrorist itu tak ada hobi lain.
Moha: "Aku tertinggal kunci dalam bilik."
Oh? Sejak aku kenal dia, ini kali kedua dia tinggal kunci dalam bilik. Kali pertama, dia panggil tukang kunci. Kena RM20.
Aku rasa orang pecah rumah semua tukang kunci. Senang saja dia buka.
Kali kedua ni, Ah Beng yang sewa master bedroom tu tolong buka pakai kad.
Sebelum dia tolong, Moha gagal dalam dua percubaan.
Percubaan pertama: Moha keluar ikut tingkap bilik aku tapi tak ada tempat berpijak untuk masuk ikut tingkap bilik dia.
Percubaan kedua: Moha guna tangga dari bawah, tapi tangga tu tak cukup tinggi untuk sampai ke tingkap bilik dia.
Waktu yang lain. Knock knock! Moha datang lagi.
"Mat Jan," kata Moha.
"Mai aku teka. Hang tinggai kunci dalam bilik?" aku menujum.
Kali ketiga ni, Moha dah pandai buka sendiri, pakai kad.
Setengah-setengah orang tak faham dengan hobi aku menulis blog. Aku, cuba memahami, kepuasan yang Moha dapat daripada hobinya -- tinggal kunci dalam bilik. Walaupun tak faham, aku hormati hobinya itu.
# MJ | Permalink |
Thursday, August 11, 2005
KAS-KAS & KOS-KOS
 Seorang pemimpin pernah bersoloroh bila ditanya pasal isu kas-kas dalam hidangan mamak. Dia kata: "Saya tak kisah pasal kas-kas. Saya risau pasal kos-kos!"
Kos. Memang kos. Kedai mamak memang mahal.
Aku mungkin berkira soal lain. Tapi tidak soal makan.
Sejak duduk sini, aku ketagih Nasi Kandar. Memang ada alternatif yang lebih murah, tapi nak buat macam mana, Nasi Kandar, parap pap pap paaa I'm Loving It!
# MJ | Permalink |
Sunday, August 07, 2005
AKHIR AF3
 Aku lebih enjoy konsert final AF2 berbanding AF3. Kecuali Aduh Saliha, lagu-lagu baru AF3 tidak melekat dalam kepala aku selepas konsert, berbanding lagu-lagu AF2 seperti Milikku (Zahid), Haruskah (Adam), Tangisan Dalam Kerinduan (Farah) dan Cinta Seorang Teman (Bob).
Lagu-lagu baru AF3 yang lain bukan tak sedap. Sedap. Tapi tak dinyanyikan dengan sedap oleh finalis AF3. Tak ada finalis AF3 yang mempamer vokal se-power Bob AF2. Pun begitu, dengan vokal yang power, tanpa fizikal dan personaliti yang seiring, Bob jadi pengacara rancangan kanak-kanak sajalah. "Hai adik-adik, kalau adik-adik gemuk macam ni, jangan mimpilah nak jadi penyanyi. Abang Bob harap adik-adik dapat pengajaran yang berguna hari ini. Tata!"
Felix mengecewakan. Dia semput. Nafas pendek. Masa kedua-dua lagu. Dia tarik tak jadi masa "Kudaku Lari" versi rock. Padahal dia boleh tarik dengan baik masa "Hukum Karma" dulu. Dia patut dapat nombor empat semalam (PATUT, aku bilang, PATUT!).
Kerana kemenangan ditentukan undi SMS, sejak awal-awal lagi aku melihat final AF3 sebagai persaingan antara Amylea dan Marsha merebut tempat ketiga. Juara dan Naib Juara dah ditempah Mawi dan Felix.
---------- Ya Azhan Jusoh, aku blog tentang "isu picisan" hari ini. Tapi hey, Ahli Parlimen pun tak debat isu serius hari-hari kau tahu. "Isu picisan" - termasuk AF - berkumandang di dewan yang mulia itu. Pernah dengar Kepimpinan Melalui Teladan?
Oh ya, akhbar yang menyiarkan pendapat kau tu, apa tajuk utama muka depannya hari ini?
"MAWI JUARA AF3"
Haha! Pemimpin negara dan media arus perdana pun bersama kami. Kau keseorangan Azhan.
---------- AFvokal & AFbaik
Untuk pilih Vokal dan Persembahan Terbaik?
Taik lembu!
Untuk mengaut untung berganda sebenarnya.
Kalau nak pilih Vokal dan Persembahan Terbaik, tak payahlah pakai undi SMS. Pakai juri profesional sajalah. Kau bising dalam talk-show terbitan kau sendiri, penonton Malaysia tak undi berdasarkan vokal dan persembahan, lepas tu kau buat AFVOKAL dan AFBAIK? Ha?
Vokal Mawi baik malam tadi. Tapi AFVOKAL tu untuk kesemua 14 peserta sepanjang 10 minggu pertandingan. Ada orang lain yang lebih berhak rasanya. Dan kalau AFBAIK tu untuk empat finalis, rasanya persembahan "Sweet Child of Mine" oleh Amylea adalah yang terbaik. Hebat bertenaga.
Tapi Mawi menang kedua-dua. Sebab dia ramai peminat.
Jangankan yang subjektif macam vokal dan persembahan. Kalau kau buat AFTINGGI, AFPENDEK, AFKURUS dan AFGEMUK untuk pelajar paling tinggi, paling pendek, paling kurus dan paling gemuk pun, pemenangnya:
Pelajar Paling Tinggi: Mawi Pelajar Paling Pendek: Mawi Pelajar Paling Kurus: Mawi Pelajar Paling Gemuk: Mawi
Malah, kalau kau buat AFTETEK untuk pelajar tetek paling besar pun, Mawi menang!
Adlin on Aduh Saliha
Adlin kata: "Tak sangka lagu ni dari M Nasir!"
Ha? Ayat dia tu boleh bawa dua maksud.
Kalau dia anggap M Nasir tu komposer yang hebat, statement dia mungkin bermaksud lagu ni tak sedap. Sebaliknya, kalau dia rasa lagu tu sedap, statement dia boleh membawa maksud M Nasir komposer yang hampeh.
Lepas tu dia hums melodi korus. Dia kata tak sangka M Nasir boleh buat melodi macam tu. "Macam rap pun ada!" kata Adlin.
Rap tak rap sangatlah. Tapi kalau rap pun, aku rasa, bukan benda pelik pun. M Nasir pernah rap apa dalam lagu "Bukalah Hatimu":
"Yo! Berapa kali Abang M. Nasir Nak bilang, nak ulang Kalau nak tahu cerita Mesti tahu tajuknya Kalau tak faham, bertanya Jangan hentam keromo Bla bla bla"
Rezeki
Adakah peminat Yazer dan Kefli berasa: "Kalau Mawi dan Marsha tak diserap masuk balik, Yazer dan Keflilah yang berada di final."
Peminat Akma pulak sambung: "Dan Akma dapat hadiah tempat ke-5."
Mawi kata dia percaya pada rezeki.
Bukan rezeki Yazer dan Kefli untuk masuk final. Dan bukan rezeki Akma untuk dapat nombor 5.
Rezeki Mawi.
Sekurang-kurangnya, mereka dapatlah jugak rezeki. Kita?
Berita Minggu kata jumlah AFUNDI musim ini: 10.7 juta. Kalau darab RM0.65, maksudnya rakyat Malaysia membelanjakan RM6,955,000 untuk AFUNDI.
Lepas tu komplen tak cukup duit bila kerajaan naikkan harga minyak, tak tambah subsidi, harga barang naik, dan sebagainya. Kah kah kah!
Kawan-kawan, kita enjoy tengok AF macam tengok Hiburan Minggu Ini sudahlah. Tak payahlah AFUNDI. Satu AFUNDI harganya sama dengan 0.4 liter petrol. Bayangkan.
Mawi Berhak
Pergi jauhkah Mawi selepas ini?
Vince dan Zahid, dapat AFUNDI banyak, tapi album tak laku. Kata Iman Wan dalam "Tanya Linda": "Kalau betul peminat, beli album!"
Fazley, dalam rancangan yang sama, episod yang lain: "AF pun guna tagline: 'Dah Demam?'. Demam tu benda yang sementara. Mana ada orang demam sepanjang masa. Sebab itulah lepas habis AF, orang lupa."
Apa pun, kehadiran Mawi mengisi kekosongan penyanyi bersuara jantan tanahair. Muak jugak aku semua orang nak jadi Anuar Zain.
---------- Persetankan undi SMS. Ini ranking aku untuk konsert semalam:
1) Mawi 2) Amylea 3) Marsha 4) Felix
Kita tunggu ranking Tok Rimau dan Pak Bear pulak. (Damn, aku rindu Juring!)
# MJ | Permalink |
Thursday, August 04, 2005
JURING FINALE
 Ada persamaan antara Adzlin dan Basri. Semasa ujibakat dahulu, Adzlin menduduki ranking kedua peserta wanita (selepas Liyanna), manakala Basri menduduki ranking kedua peserta lelaki (selepas Lapan).
Ketika rancangan berlangsung, Adzlin dan Basri membuktikan kehebatan mereka. Dalam tujuh episod, mereka menang lima! Adzlin menjuarai episod "Berita Hangat" dan "Siri TV Tempatan". Manakala Basri menjuarai episod "Kau Buat Aku Ketawa", "Rangsangan Nafsu" dan "Sentuhan Hati". Dua episod lagi dimenangi oleh Lapan ("Peluang Kedua Untuk Arkib") dan Liyanna ("Lawatan Sambil Belajar").
Sepatutnya, untuk episod ke-8, ada tiga peserta bersaing: Adzlin, Basri dan Liyanna. Dan dua peserta akhir akan bersaing dalam episod ke-9. Bagaimanapun, apabila Liyanna menarik diri pada episod ke-8, Wasit telah menukar formula pengiraan mata akhir kepada:
Markah Tugasan Ke-8 + Markah Tugasan Ke-9 = Markah Final Tugasan ke-8, "TOKOH WEB", meminta peserta menemubual seorang personaliti web dengan 10 soalan.
Adzlin menemubual blogger sosio-politik, Pakdi. Basri menemubual sasterawan cyber, Nizam Zakaria.
Tugasan ke-9 pula adalah tugasan misteri, yang dihakimi oleh juri misteri juga. Punyalah misteri, sampai Adzlin dan Basri sendiri pun tidak tahu apa tugasan itu dan siapa jurinya.
Pada 24 Julai 2005, penerbit talk-show DIABLOG (Dialog Blog) telah menjemput Wakdin, Basri, ND dan Adzlin sebagai panel. Moderator DIABLOG episod tersebut adalah Cik Daun. Dan penerbit rancangan, seperti biasa, Nazmi.
Tanpa disedari Adzlin dan Basri, penerbit JURING sebenarnya telah berpakat dengan penerbit DIABLOG. Menjadi panel dialog blog sebenarnya {SURPRISEEEE!!!} adalah tugasan ke-9 untuk Adzlin dan Basri!
Tanpa pengetahuan Adzlin dan Basri, Cik Daun dan Nazmi adalah {SURPRISEEE!!!} juri untuk tugasan ke-9 itu.
Setelah selesai tugasan ke-8, dan rancangan DIABLOG itu, Adzlin dan Basri pun dok menanti apakah tugasan ke-9 mereka. Yang sebenarnya, mereka telah pun melaksanakan tugasan ke-9 itu. Dan tugasan mereka telah pun dinilai!
Untuk tugasan ke-8, setelah membaca hasil wawancara kedua-dua peserta, ketiga-tiga Wasit dan Juri (Tok Rimau, MJ dan Pak Bear) sepakat memilih Basri sebagai pemenang. Untuk tugasan ke-9 pula, setelah menilai kebolehan peserta menjawab soalan lisan berkaitan dunia komuniti weblog Malaysia, kedua-dua Cik Daun dan Nazmi turut memilih Basri sebagai pemenang.
Keputusan Final: Basri mengalahkan Adzlin 5 - 0.
Sembilan minggu peserta JURING bertarung menulis ulasan kritis, komentar sosial dan karya kreatif yang merangsang intelek, menyentuh emosi dan mencuit hati. Setiap minggu seorang peserta tersingkir. Akhirnya, tinggal Basri kekal dalam gelanggang.
TAHNIAH BASRI! BLOGGER TERHEBAT! JUARA JURING MUSIM PERTAMA!
# MJ | Permalink |
Monday, August 01, 2005
NAIK
Ayah Pin naik ke langit. Harga petrol dan diesel pun ikut sama.
Pembaca Berita TV: "Walaupun tindakan menaikkan harga petrol dibuat, harga petrol di Malaysia ma..."
Mat Jan: "...sih lebih murah berbanding negara jiran. Lalala!"
Pembaca Berita TV: "Selain itu, pembiayaan subsidi secara berterusan, mengakibatkan pengurangan perbelanjaan ba..."
Mat Jan: "...gi projek pembangunan seperti sekolah, hospital dan jalan raya. Lalala!"
Wah. Aku sampai boleh sambung apa yang dia nak cakap. Kerap sangat berita ni.
Kalau aku jadi pembaca berita (KALAU, aku bilang, KALAU), aku boleh baca berita ni sambil pejam mata. Ikat dengan kain hitam lagi. Dan membelakangkan kamera. Lepas siaran, aku beritahu penerbit: "Tiga bulan lagi, bila keluar berita ni, tak payah letak teks ya. Saya dah tahu apa nak cakap."
# MJ | Permalink |
|