Email syafizan@pts.com.my untuk meng-order buku Jongkang Jongket oleh Mat Jan




kroni.biz

Blogger

Weblog Commenting by HaloScan.com

Creative Commons License
JoNgKaNg JoNgKeT
is licensed under a
Creative Commons License.

BLOGGER'S DISCLAIMER

online

Listed on BlogShares

Blog ini nampak
handsome dalam:
Internet Explorer 6.0
resolusi 800x600 ke atas

Monday, July 25, 2005

API & AP

Ayah Pin: API! API!


Rafidah: AP! AP!



Gambar 1: Perkampungan Ayah Pin dibakar. BH 19/07/05.

Gambar 2: Rafidah menangis ketika menjelaskan isu permit import (AP) kereta yang mencetuskan kontroversi. BH 20/07/05.

# MJ | Permalink |


Sunday, July 24, 2005

JURING 7

Tugasan "Sentuhan Hati" meminta peserta menyentuh hati pembaca dengan catatan yang sweet, sebak atau romantik.

Tok Rimau memilih catatan Liyanna sebagai pemenang. Pak Bear dan MJ memilih catatan Basri. Berikut adalah kedudukan keseluruhan carta setelah markah dicongak:

1) Basri
2) Liyanna
3) Adzlin
4) ND

(Bandingkan dengan undi peminat: Liyanna 35%, Adzlin 29%, Basri 23%, ND 11%)

Tok Rimau: "Oleh yang demikian ND, kau telah dijuring keluar dari gelanggang. {kesat air mata} Tiada hadiah untuk kau. Talileher sebagai saguhati pun tiada. {kesat hingus} Tapi wasit mendoakan sebagai hadiah. Semoga kau terus berjaya dan ada syarikat rakaman lain buat album kau."

MJ: "Lontaran suara awak tak jelas. Saya tak dengar apa yang awak cakap. Pitching berterabur ke laut. Keluar acuan terus. Jiwa awak kosong. Tak ada feel. Low note tak sampai. High note awak pulak tak ada kawalan. Sepatutnya ditahan, kasi sustain. Falseto lemah. Improvisation R&B awak tak menjadi. Tapi awak handsome... insyaallah ada syarikat rakaman lain buat album awak."

Tinggal tiga peserta bersaing dalam tugasan ke-8: "Tokoh Web". Peserta diminta menemubual seorang personaliti web dengan 10 soalan.

Liyanna bagaimanapun menarik diri dari pertandingan kerana sibuk menyesuaikan diri dengan sekolah baru, dan oh ya, sibuk membiasakan diri dengan jamban tinggung juga. Selamat belajar ya!

Penarikan diri Liyanna membuatkan peminat tertanya-tanya, adakah tugasan ke-8 ini menjadi tugasan akhir memandangkan hanya tinggal dua peserta saja dalam gelanggang? Atau ada tugasan ke-9 yang harus disahut Adzlin dan Basri?

Kita tunggu dan lihat.

Siapa Akan Dinobat Sebagai Juara Sulung JURING?

# MJ | Permalink |


Tuesday, July 19, 2005

FFM KE-18

Menonton Festival Filem Malaysia di Astro Ria.

Filem Terbaik: SEPET

Yay!

Pengarah Terbaik: Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang)

Okay!

Pelakon Lelaki Terbaik: Zamarul Hisyam (Di Ambang Misteri)

Haaa???

Pelakon Wanita Terbaik: Erra Fazira (Hingga Hujung Nyawa)

Oit oit! Apa ni?

NOTA:

(1) Sepet berhak.

(2) Persaingan sengit antara Sepet dan PGL. Kedua-dua filem membolot sebahagian besar anugerah yang dipertandingkan. Akhirnya filem budget kecik dan shooting dua minggu (Sepet) menewaskan filem budget juta-juta dan shooting 9 bulan (PGL).

(3) Kemenangan Zamarul Hisyam. I haven't watch Di Ambang Misteri, but was Zamarul really that good? I mean, he beats PGL's M Nasir and Gangster's Rosyam Nor!

(4) Wahid Satay dan Saiful Apek nyanyi lagu "KAYU" masa persembahan selingan. Tapi pada siapa lagu itu ditujukan? Yusry? Naaa... Aku rasa Khai AF (Cinta Fotokopi) menang Pelakon Kayu Terbaik tahun ini.

(5) Kemenangan Erra. Kes the best among the worse? Aku tengok Hingga Hujung Nyawa. Her acting wasn't impressive enough. But so were the other nominees. Apart from PGL's Tiara, who else could we expect to win this category?

# MJ | Permalink |


Saturday, July 16, 2005

PERCUMA

Tawaran istimewa! Promosi hebat!

Beli ubat gigi dapat gelas percuma!

Beli value meal dapat mainan percuma!

Beli dadah dapat jarum dan kondom percuma!

Kau lihat, memberi hadiah percuma adalah strategi biasa peniaga untuk menarik orang membeli produk.

Nampaknya Tuan Rumah menggunakan strategi yang sama. Sewa bilik, dapat elektrik dan air percuma! Dia berjaya menarik aku.

Abang Izu di Shah Alam dulu pun sewakan bilik cara ni. Bezanya, dia tak gunakan frasa "elektrik dan air percuma". Dia kata sewa "termasuk elektrik dan air".

Aku beritahu Ayi.

Ayi: "Percuma ka, termasuk ka, sewa cara ni boleh buat kita lenjan elektrik dan air tanpa kawalan. Ya lah, kita mandi 7 hari sekali atau 7 kali sehari, TIADA BEZANYA. Kita keluar rumah tak tutup lampu dan kipas pun, TIADA BEZANYA."

Mat Jan: "Pun begitu, masih ada sebab untuk kita berjimat. Kalau kita membazir, Tuan Rumah nanti kata: kau dan syaitan TIADA BEZANYA!"

# MJ | Permalink |


Wednesday, July 13, 2005

CEST LA VIE

Pernah. Nelayan cakap dalam tv. Pihak berwajib tak perlu beri bantuan bot dan pukat lagi. Mereka susah bukan kerana tak ada bot dan pukat. Tapi kerana tak ada IKAN. Kapal korek pasir dan kapal besi buruk mengeruhkan air dan menghilangkan ikan. Kesian.

Menambah garam di luka, harga diesel naik pula. Sekali keluar menangkap ikan, confirm keluar RM20 untuk isi minyak bot. Tapi ada hari hasil tangkapan tak sampai RM20 pun. Rugi.

Ada yang simpan duit 20 tahun. Beli bot RM30,000 dan jadi nelayan laut dalam. Dapat hasil lumayan. Tapi dua hari saja. Lepas tu lanun rompak bot tu tengah-tengah laut. Dua puluh tahun kumpul duit untuk beli bot tu, sekelip mata saja hilang! Kembali jadi nelayan laut cetek.

"Jadi nelayan ni bertaruh nasib. Macam berjudi. Kau keluar duit, hasil belum tentu. Jadi nelayan boleh jatuh hukum HARAM," kata Asan.

Ha? Nasib baik Asan tak jadi mufti. Kalau tidak, mahu ramai bunuh diri, bila Sahibul Samahah Asan keluarkan fatwa: "hidup hukumnya haram!". Sebab hidup pun bertaruh nasib juga.

# MJ | Permalink |


Thursday, July 07, 2005

JURING 6


Tugasan "Siri TV Tempatan" meminta peserta membentang kelemahan yang ada dalam sebuah siri TV tempatan, dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Basri mengulas Malaysian Top Host (TV3)
ND - Dapat Autoshow (TV3)
Liyanna - AH-HA (8TV)
Adzlin - My Time Out (NTV7)
Engku - Nasyid Minggu Ini (RTM)

Setelah menilai hasil tugasan para peserta, ketiga-tiga wasit dan juri (Tok Rimau, Pak Bear dan MJ) sepakat memilih Adzlin sebagai juara dan ND sebagai naib juara. Tahniah kepada Adzlin dan ND.

Selepas Tok Rimau dan Pak Bear memberi komen dan mata, peminat menjadi suspense kerana Basri, Liyanna dan Engku berkongsi mata di tempat terbawah. Semua tertanya-tanya siapakah yang akan dijuring keluar kali ini. Persoalan terjawab apabila MJ memberi komen dan mata akhir.

Berikut adalah kedudukan keseluruhan carta, setelah dicongak jumlah mata yang diberikan setiap juri:

1) Adzlin
2) ND
3) Liyanna
4) Basri
5) Engku

(Bandingkan dengan undi peminat: Basri 37%, ND 25%, Adzlin 12%, Engku 12%, Liyanna 12%)

Tok Rimau: "Engku, kau adalah peserta yang berdisiplin. Namun begitu, disiplin sahaja tidak cukup. Untuk jadi juara, peserta perlu menggunakan bakat dan kepakaran dengan baik. Jika ada bakat tapi terus direndam juga tidak memadai. Jika ada kepakaran tapi tak digunakan juga tidak ke mana. Maka, secara rasminya, kau dijuring dengan talak 3!"

Tinggal 4 peserta, 2 lelaki dan 2 perempuan, bersaing dalam tugasan ke-7: "Sentuhan Hati". Perserta diminta menulis catatan yang boleh menyentuh hati pembaca. Yang boleh membuat orang berkata "ahhhh sweetnya", "sebaknya membaca tulisan ini" atau "ish romantiknya".

Yang menariknya, peminat menyaksikan episod ke-7 ini sebagai perang "Geng Adam" dan "Geng Hawa". Geng Adam diwakili Basri dan ND. Manakala Geng Hawa diwakili Adzlin dan Liyanna. Geng mana yang lebih sweet, romantik dan pandai menyentuh hati? Sama-samalah kita saksikan...

Siapa Akan Dijuring Minggu Depan?

+ Gelanggang Juring +

# MJ | Permalink |


Wednesday, July 06, 2005

YANG FAZURA NAK


Dalam Pancaindera (sisipan Mingguan Malaysia) hari tu. Ada wawancara dengan pelakon Fazura. Ditanya soal cinta, dia kata:

"Saya mencari lelaki Melayu yang sejati. Kalau boleh saya tak mahu bertemu jodoh dengan lelaki yang terlalu asyik dengan dunia hiburan yang melekakan. Tetapi itulah masalahnya. Banyak lelaki sekarang suka mabuk-mabuk, setiap minggu mahu pergi disko, saya bosan. Sejujurnya lelaki yang macam ini mudah dicari, tetapi bukan untuk dijadikan sebagai suami..."

Laa... dah kau pergi tempat-tempat macam tu, lelaki-lelaki macam tu la yang kau jumpa. Cuba kau rajin pergi stadium, mesti kau jumpa yang suka tengok bola. Takkan itu pun aku nak ajar?

Kalau nak sayur, pergi cari kat pasar la woi. Kau cari sayur kat kedai basikal mana nak jumpa. Kau nak apa Fazura? Meh aku cakap kat mana nak cari.

Fazura kata:

"Saya suka kepada lelaki yang ada hobi. Lelaki yang kuat baca buku dan menyayangi keluarga mereka. Orang macam ini mampu menjadi suami yang baik sebab dia tahu tanggungjawab..."

Kalau nak yang kuat baca buku, pergi cari kat library. Tapi masalahnya Fazura, kalau kau rajin pergi library, habis lelaki handsome tak datang library lagi.

[lagu latar] Tiada puisi atau lagu... Tiada potret tiada ragu... Yang dapat ku ilham seindahmu... [/lagu latar]

Fazura: Lama tak datang perpustakaan?

Mat Jan: Tak dapat tumpu study la kat situ.

[lagu latar] Nyata kau satu dalam berjuta... Bla bla bla... [/lagu latar]

# MJ | Permalink |


Sunday, July 03, 2005

PANGGILAN PULAU


(Gambar oleh Shahnon.)

Aku rasa aku nak pindah ke Pulau.

Bukan aku tak enjoy tinggal di Seberang. Aku enjoy. Sewa rumah murah. Ada washing machine. Ada ASTRO. Tapi kos tambang bas dan feri sehari-hari, ditambah pula tambang teksi yang mahal gila kalau aku balik tengah malam, jadi faktor penolak untuk aku terus kekal di sini.

Kalau sewa di Pulau dua kali ganda sewa di Seberang pun, aku lebih untung setelah ditolak tambang feri dan kos perjalanan pergi balik dari rumah ke jeti. Itu baru penjimatan wang. Aku belum kira penjimatan masa lagi. Masa menunggu, bas dan feri, dan masa perjalanan. Dan oh ya, penjimatan tenaga, berjalan kaki dan naik turun tangga.

Aku dapat gunakan wang, masa dan tenaga tu untuk aktiviti yang lebih berfaedah. Ewah!

Okay. Aku mencari BILIK UNTUK DISEWA di Pulau Pinang. Sewa sebulan RM200 ke bawah. Kemasukan segera. Siapa-siapa ada lubang sila email jongkangz AT yahoo DOT com. Atau respon di sini saja. Terima kasih.

# MJ | Permalink |


 

MELUDAH KE LANGIT II

KETUA WANITA

ISYARAT RAKYAT IV

MELUDAH KE LANGIT

ISYARAT RAKYAT III

DUA KALI LIMA

ISYARAT RAKYAT II

PENGUNDI HANTU

ISYARAT RAKYAT

ORANG BUTA TERKENAL DI MALAYSIA

2005

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

2004

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

kronisme & nepotisme

ayah | kak | gedembai | kutet | lan | moza | nat et al | pika | pnut | purbe | tokei pajak | zumir

favouritisme

jones | naga | saharil | sifu | tok rimau

yang aku sudah jumpa

abrar | addeen | adipujangga | ady | adzlin | ahsuez & samurai | airiz | amyz | ana | anne | aqil | atoi | attokz | awin | ayares | ayob | ayue | azidin | azra | basri | bean | begtangan | blueshades | bp | buttet | caza | ceqtie | cik daun | cikgu midad | ciklina | ct cute | ctzie | d'arkampo | dhani | din | din | dobot | dodah | dona | e-1 | easy | ebb | eeda | eisya | el | elaira | elmaaniq | emma | encik khairul | ep | esis | fadz | fairy | fajar | firdaus | fuad | hana | hanya sayang | hayazi | hazman | icesoul | idzwan | irja | iwan | izwan | jigo | kaezrin | kak g | kak ungku | kak zar | kelambu | khalil | kingbinjai | kurekure | langsat | lapan | mak andeh | mal | mar | marilyn | maya | mba | meer | melor | mely | mie | miss piggy | mizi | ms d | mukeh | mushroom | mya | mydinz | nadhra | nana | nazmi | nazrol | nd | nesloice | nic | nida | nile chem | nina | nis | nizam zakaria | op | pak bear | pakdi | petz | queen | rafthah | rainbow | rudy | salina | sayangmama | sera | shah | spyz | sri diah | sultanmuzaffar | superdiman | suraya | syati | syeikh | syida | tembam | tini | tipah | tudung purple | vovin | waiem | wakdin | walids | wanda | yaabbna | yadziz | yong | zamry | zaza | zaza | zhoulsz | zira | zuraen | zurie

yang aku belum jumpa

1kHz | aan | abe | adah | adreen | aeyjay | afiz | aida | aiman | ain | akhi | akhifaizul | akira | alan | alangz | aliss | alqas | ame | ame | amoy | ana | anis | anje | aquazero | arisya | artgal | atrco | auntie yan | ayon | azila | azri | azrinda | baiti | banai | bangchik | bayah | bigg | bintang hati | book | breevandekamp | cenangau | cikzam | cj | crimsonskye | dato' seri | delamyra | dinstkd | dyan | dyana | elf | embam | emma | engku | erman | etake | faizal | fengh | fer | fiebie | fieza | firdaus | fnd | gnela | goreng pisang | gunx | hairi | halz | hazirah | helmi | herokewl | hezzy | hozair | huzaimi | i-nie | ida | idzareez | iemah | infernoblitz | inmind | insperasi | jackal | jiwarasa | kak long | kak ngah | kak wynn | kambing | kapcai | kecik | khairi | kieli | kopytiam | kudo | kuntum | lalat | laydiefa | lela | lifeaku | lin | liyanna | lokman | manjalara | mayameera | menj | mensh | missorchid | mizan | muring | mystrique | nad | nadia | nadjwa | nana | narweck | nectar | neohikayat | nettnadia | nonie | nuckelhead | onepolar | oraet | pegawai khalwat | penyangak | poetryarts | pipiet | primarybasic | rasso | rauhunt | reen | rjuna | romzi | ronn | sayuti | sekatil | selendangbiru | sempoii | serilangkat | sha | shahnon | sharizal | shay | sherrina | shuq | sifoosains | soraya | spiral | srox | strawberryz | sufian | suhaila | sumie | susan | suzie | syanana | syazha | therion | thumb | tim yohannon | tuan tanah | uculer | uipts | viz | wadi | wani | waterlily | wawa | wynn | yatt | yuseri | zakzak | zulhabri

Geng Jurnal

Hakcipta © 2000-2007 Mat Jan. Semua hak terpelihara.