Email syafizan@pts.com.my untuk meng-order buku Jongkang Jongket oleh Mat Jan




kroni.biz

Blogger

Weblog Commenting by HaloScan.com

Creative Commons License
JoNgKaNg JoNgKeT
is licensed under a
Creative Commons License.

BLOGGER'S DISCLAIMER

online

Listed on BlogShares

Blog ini nampak
handsome dalam:
Internet Explorer 6.0
resolusi 800x600 ke atas

Thursday, June 30, 2005

JURING 5


Tugasan "Rangsangan Nafsu" meminta peserta merangsang nafsu makan pembaca dengan mencadangkan satu hidangan dari sebuah restoran (ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan).

Basri mencadangkan Siakap Stim dari Restoran Chiengmai
Liyanna - Pizza Hawaiian Chicken (Pizza Hut)
ND - Seafood Platter For Two (Fish & Co)
Engku - Chicken Chop (Restoran Cempaka Rimba)
Adzlin - Laksa Nyonya (Laksa Shack Cafe)
Directrixz - gagal menyiapkan tugasan

Sekali lagi para juri tidak sependapat dalam memilih pemenang. Tok Rimau memilih Siakap Basri, Pak Bear memilih Seafood ND, manakala Mat Jan memilih Laksa Adzlin.

Setelah dicongak jumlah mata yang diberikan setiap juri, berikut adalah kedudukan keseluruhan carta:

1) Basri
2) ND
3) Adzlin
4) Engku
5) Liyanna
6) Directrixz

(Bandingkan dengan undi peminat: Basri 55%, Adzlin 11%, Engku 11%, Liyanna 11%, ND 11%, Directrixz 0%)

Tok Rimau: "Directrixz, anda sudah sampai ke penghujung jalan. Anda gagal melaksanakan tugasan. Pasti anda punya alasan anda tersendiri. Walau apa pun alasan anda, Juring tetap Juring. Anda dijuring keluar. Semoga pengalaman bermain di Juring akan mematangkan kita semua."

Tinggal 5 peserta bersaing dalam tugasan ke-6: "Siri TV Tempatan". Peserta diminta menghujahkan KELEMAHAN dalam sebuah siri TV tempatan serta mencadangkan PEMBAIKAN yang boleh dilakukan.

Siapa Akan Dijuring Minggu Depan?

Sama-sama kita saksikan.

# MJ | Permalink |


Tuesday, June 28, 2005

MANSUH

Pembangkang: Mansuhkan ISA!


UMNO: Mansuhkan ISA juga!


Kah kah kah!

# MJ | Permalink |


Friday, June 24, 2005

JURING 4

Tugasan "Kau Buat Aku Ketawa" meminta peserta menulis satu catatan yang boleh membuat pembaca ketawa, dalam 150-250 patah perkataan.

Juri berselisih pendapat dalam memilih pemenang kali ini. Tok Rimau memilih catatan "Depan Nampak, Belakang Pun Nampak!" oleh ND, Mat Jan memilih catatan "Lektok" oleh Liyanna, manakala Pak Bear memilih catatan "Proton Kotak Kepala Otak" oleh Basri.

Yadziz menulis catatan yang lawak, tetapi tidak cukup 150 perkataan. Akibat kecuaiannya itu, dia menerima padah. Setelah dicongak jumlah mata yang diberikan juri, berikut adalah kedudukan keseluruhan carta:

1) Basri
2) Adzlin
3) Liyanna
4) Directrixz
5) ND
6) Engku
7) Yadziz

(Bandingkan dengan undi peminat: Basri 33%, Liyanna 22%, Directrixz 16%, ND 11%, Adzlin 5%, Engku 5%, Yadziz 5%)

Tok Rimau: "Yadziz, dalam persilatan, kita bukan perlu tumpu pada serangan sahaja. Pertahanan dan menutup ruang-ruang tubuh dari diserang juga penting. Saudara telah cuai dalam mengatur langkah. Saudara telah dijuring keluar dari gelanggang. Sila salam cium tangan kawan-kawan peserta lain dan beri ucapan perpisahan."

Mendengar kata-kata Tok Rimau itu, Yadziz dengan rakusnya salam cium tangan Liyanna dan Adzlin. Gambar Yadziz cium tangan Liyanna dan Adzlin tersebar luas di internet, menimbulkan kontroversi.

Tinggal enam peserta bersaing dalam tugasan ke-5: "Rangsangan Nafsu". Untuk tugasan ini, peserta diminta merangsang nafsu makan pembaca dengan mencadangkan satu hidangan dari sebuah restoran (ala-ala "Jalan-Jalan Cari Makan").

Adakah peserta dari "Geng Lantit" akan menguasai tugasan ini? Sama-samalah kita nantikan.

Siapa Akan Dijuring Minggu Depan?

# MJ | Permalink |


Monday, June 20, 2005

KHASIAT TOMATO

Restoran fast-food. Mamat tak makan tomato. Dia buang tomato dalam burgernya.

Minah: "Tomato bagus untuk kulit. Makan tomato nanti kulit cantik."

Kulit Mamat ada jerawat. Mendengar nasihat Minah, Mamat ambil balik tomato dan letak dalam burger. Dia makan.

Sebaik saja Mamat gigit tomato itu, Abu kata: "Ha'a laa... kulit Mamat dah cantiiikkk!!! Betullah!"

Minah dan Timah penghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Lawak. Mereka gelak sampai air minuman keluar ikut hidung.

# MJ | Permalink |


MAK HANG

(Lagu duet Yusof Islam dan Mat Jan)

Yusof Islam:

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah and Rasulullah?

Mat Jan:

Mai mak hang
Lepas tu?
Mak hang
Lepas tu?
Mak hang
Lepas tu paaaak hang

Yusof Islam:

Coz' who used to hold you and clean you
and cloth you
Who used to feed you
And always be with you?

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That's right, no other
(Mat Jan: Mak hang!)

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah?

Mat Jan:

Mai mak hang
Lepas tu?
Mak hang
Lepas tu?
Mak hang
Lepas tu paaaak hang

Yusof Islam:

Coz' who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?

And when you fell
Who'd pick you up?
Clean your cut
No one but (Mat Jan: mak hang!)
(Mat Jan: Mak hang!)

Who should I stay right close to
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasulullah

Mat Jan:

Mai mak hang
Lepas tu?
Mak hang
Lepas tu?
Mak hang
Lepas tu paaaak hang

Yusof Islam:

Coz' who used to hug you
And buy you new cloth
Comb you hair
And blow your nose?

And when you cry,
Who wipe your tears?
Know your fears
Who really cares?
(Mat Jan: Mak hang!)

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For (Mat Jan: mak hang!)

# MJ | Permalink |


Sunday, June 19, 2005

JURING 3

Tugasan "Berita Terhangat" mengkehendaki peserta memilih satu berita di akhbar dan mengulasnya secara kritis.

Viz mengulas isu "Gagal Mohon MyKad"
Adzlin - "Kes Buli di Sekolah"
Basri - "Jarum dan Kondom Percuma untuk Penagih Dadah"
Liyanna - "Penghinaan al-Quran dan Keberkesanan OIC"
Yadziz - "Elaun Sara Hidup Kakitangan Awam"
ND - "Lagu Negaraku di Pawagam"
Engku - "Obesiti"
Directrixz - "Kelemahan TNB"

Yang menariknya, setelah menilai hasil kerja mereka, Kepala Wasit (Tok Rimau) dan kedua-dua juri (MJ dan Pak Bear) sepakat memilih Adzlin sebagai pemenang tempat pertama minggu ini. Tahniah. Namun terdapat perbezaan pendapat pada kedudukan lain.

Setelah dicongak, berikut adalah kedudukan keseluruhan carta:

1) Adzlin
2) Directrixz
3) Liyanna
4) Basri
5) Yadziz
6) ND
7) Engku
8) Viz

[Bandingkan dengan undian peminat: Basri 29%, Liyanna 17%, Adzlin 11%, ND 11%, Viz 11%, Directrixz 5%, Engku 5%, Yadziz 5%]

Tok Rimau: "Viz, anda telah menulis dengan baik. Namun begitu, mengikut rumus pangkatan mata, peserta lain menulis lebih baik daripada anda. Justeru, Viz, anda dijuring keluar dari gelanggang."

Tinggal tujuh peserta bersaing dalam tugasan ke-4: "Kau Buat Aku Ketawa". Peserta diminta menulis satu catatan yang boleh membuat pembaca ketawa, dalam 150-250 patah perkataan.

Siapa Akan Dijuring Minggu Depan?

- Gelanggang Juring
- Diari Juring
- Imbasan Juring

# MJ | Permalink |


Saturday, June 18, 2005

BERAT SAMA DIPIKUL

Mat Jan dan Purbe bawa beg berat kerana baru pulang merantau dari Pantai Timur. Lina bawa beg berat kerana baru tiba dari kampung. Dia datang interview di KL. Kami bertiga berjalan dari Stesen Monorel Hang Tuah ke DBP. Nak jumpa Naga.

Purbe (lelaki gentleman): "Lina, larat ke bawak beg tu?" (Offer untuk tolong.)

Lina: "Larat!"

Mat Jan (lelaki pejuang kesaksamaan gender): "Kalau larat, nah bawak beg saya sekali!"

Lina: "Hello, larat bawak BEG INI sa-ha-ja, okay?"

# MJ | Permalink |


SETENGAH DEKAD

Hari ini genaplah lima tahun usia Jongkang Jongket.

Selamat Happy Birthday Jongky!

# MJ | Permalink |


Thursday, June 16, 2005

ANALISIS HARGA SAHAM

Anak dara, bila bercakap sesama sendiri depan anak teruna, perlu berhati-hati. Sebab anak teruna akan menganalisis perbualan mereka untuk menentukan harga saham.

(Nama sebenar watak dalam entry ini ditukar untuk melindungi harga saham mereka yang berkenaan.)

Mamat dan Abu makan di sebuah restoran fast-food bersama-sama Minah dan Timah.

Minah tanya Timah: "Kedai mana boleh jahit butang baju? Hari tu aku hantar baju ke dobi, baju aku tu terkeluar butang."

Mamat dan Abu buat analisis: Minah sebut "kedai jahit butang baju" dan "kedai dobi". Kesimpulan: Minah anak dara yang tak tahu jahit butang dan malas basuh baju!

Mamat (pelabur modal besar): "Huh? Anak dara macam ni? Cancel buat calon bini. Aku gugurkan dari senarai!"

Abu (pelabur modal kecil): "Wow! Anak dara macam inilah yang aku cari! Hantaran nanti, boleh mintak diskaun!"

Pasaran saham Minah ditutup bercampur-campur pada dagangan terendah, akibat sikap pelabur yang suka mengambil untung.

# MJ | Permalink |


Tuesday, June 14, 2005

REBRANDING

Aku macam boleh faham kenapa dulu-dulu Malayan Banking tukar nama jadi Maybank. Dan baru-baru ni Telekom Malaysia tukar nama jadi TM.

Dulu-dulu bila jumpa kawan baru, aku kenalkan diri aku dengan nama penuh. Mohamad Syafizan. Mungkin nama tu panjang sangat, enam suku kata, maka lama-lama mereka panggil aku Mat Jan.

Penat. Setiap kali aku kenalkan diri, orang minta nama pendek. Jadi, aku tak kenalkan diri dengan nama penuh lagi. Bila jumpa kawan baru, aku terus kenalkan diri sebagai "Mat Jan".

(Kalau orang tanya nama panjang, aku cakap: "Mat Jaaaaaaaaaannnnnnnnnn".)

Mat Jan. Aku fikirkan nama enam huruf tu cukup pendek. Rupa-rupanya tidak. Bermula dengan Cerap dan Zue di kampus dulu, berjangkit kepada kawan-kawan yang aku kenal di internet, makin lama makin ramai orang panggil aku "MJ".

Sekarang aku tak kenalkan diri sebagai "Mat Jan" lagi. Bila jumpa kawan baru, aku terus kenalkan diri sebagai "MJ". Nama MJ tu sangat pendek kan?

"Hey, J, lama tak nampak? Apa cerita?" tanya seorang kawan.

Panggil "J" aje? Duh!

# MJ | Permalink |


Sunday, June 12, 2005

SURUT PUKUL LIMA

Ana datang Penang. Kami bawa dia jalan-jalan. Pergi Gurney Drive nak tengok laut. Tapi air surut, tengok selut sajalah.

Ana nak tahu bila air pasang. Tapi, dengan penuh manja, Ana tanya macam ni: "Mat Jannn... bila nak keluar airrr?"

Mat Jan tengok Purbe. Purbe tengok Mat Jan. "Bwahahahaha!" kami ketawa berdekah-dekah.

Shah: "Hah! Tu pikir kuninglah tu!"

Sabarlah Ana, lama-lama keluarlah air. Maksud aku, air laut.

# MJ | Permalink |


Friday, June 10, 2005

PENAAKULAN MANTIK

Rumah Nida lagi. Lepas makan, Pakcik Mat Nor (bapak Tipah) hisap rokok. Asap berkepul-kepul.

Pakcik Mat Nor: Lepas jamu diri sendiri, kita jamu jin pulak. Asap ni makanan jin.

Tipah: Kalau yang dijamu tu jin, yang menjamu tu sapa? Bapak Jin?

Mat Jan: Kalau yang tu Bapak Jin (Mat Jan tunjuk bapak Tipah), yang ni apa dia? (Mat Jan tunjuk Tipah)

Berderai ketawa seisi rumah. Tipah anak jin rupanya.

Pakcik Mat Nor: Baguih jawapan hang, pakcik bagi 100 markah!

Tipah: Eeeeee!!!! (Menggenggam dua penumbuk, menahan geram.)

# MJ | Permalink |


Wednesday, June 08, 2005

TIGA JARI PUN BOLEH

Kenduri kahwin kakak Nida. Nida pakai inai. Tapi di tiga jari saja.

Yaabbna: Apasal tiga jari saja?

Mat Jan: Jari yang takdak inai dia buat korek hidung.

Hadirin ketawa terbahak-bahak.

Nida: MAT JANNN!!! (Sambil pegang gelas berisi air. Mengugut menyimbah Mat Jan.)

Nasib baik dia tak simbah. Tangan Mat Jan sudah ready dengan satu jag sirap.

Soalan Kuiz: Pada pendapat anda, kenapa Nida pakai inai di tiga jari saja? Sila beri jawapan tidak lebih 100 perkataan. Jawapan yang paling kreatif dikira pemenang.

# MJ | Permalink |


Monday, June 06, 2005

JURING 2

LAPAN TERSINGKIR!!!

Kenapa? Tak percaya?

Ya, peserta lelaki dengan markah tertinggi masa ujibakat, dan juara episod pertama itu sudah tersingkir.

Dengan tersingkirnya Lapan, tinggal LAPAN peserta lagi dalam gelanggang.

Kedudukan terkini Carta Juring:

1. Liyanna
2. Yadziz
3. Basri
4. Directrixz
5. Adzlin
6. Viz
7. ND
8. Engku
9. Lapan

Cabaran ke-3: "Berita Terhangat". Peserta dikehendaki memilih satu berita yang disiarkan oleh akhbar aliran perdana dalam web mereka (versi online Berita Harian, Utusan, The Star & NST). Kupas berita itu secara kritikal.

Diari Juring: http://aqildotcom.blogspot.com

# MJ | Permalink |


 

MELUDAH KE LANGIT II

KETUA WANITA

ISYARAT RAKYAT IV

MELUDAH KE LANGIT

ISYARAT RAKYAT III

DUA KALI LIMA

ISYARAT RAKYAT II

PENGUNDI HANTU

ISYARAT RAKYAT

ORANG BUTA TERKENAL DI MALAYSIA

2005

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

2004

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

kronisme & nepotisme

ayah | kak | gedembai | kutet | lan | moza | nat et al | pika | pnut | purbe | tokei pajak | zumir

favouritisme

jones | naga | saharil | sifu | tok rimau

yang aku sudah jumpa

abrar | addeen | adipujangga | ady | adzlin | ahsuez & samurai | airiz | amyz | ana | anne | aqil | atoi | attokz | awin | ayares | ayob | ayue | azidin | azra | basri | bean | begtangan | blueshades | bp | buttet | caza | ceqtie | cik daun | cikgu midad | ciklina | ct cute | ctzie | d'arkampo | dhani | din | din | dobot | dodah | dona | e-1 | easy | ebb | eeda | eisya | el | elaira | elmaaniq | emma | encik khairul | ep | esis | fadz | fairy | fajar | firdaus | fuad | hana | hanya sayang | hayazi | hazman | icesoul | idzwan | irja | iwan | izwan | jigo | kaezrin | kak g | kak ungku | kak zar | kelambu | khalil | kingbinjai | kurekure | langsat | lapan | mak andeh | mal | mar | marilyn | maya | mba | meer | melor | mely | mie | miss piggy | mizi | ms d | mukeh | mushroom | mya | mydinz | nadhra | nana | nazmi | nazrol | nd | nesloice | nic | nida | nile chem | nina | nis | nizam zakaria | op | pak bear | pakdi | petz | queen | rafthah | rainbow | rudy | salina | sayangmama | sera | shah | spyz | sri diah | sultanmuzaffar | superdiman | suraya | syati | syeikh | syida | tembam | tini | tipah | tudung purple | vovin | waiem | wakdin | walids | wanda | yaabbna | yadziz | yong | zamry | zaza | zaza | zhoulsz | zira | zuraen | zurie

yang aku belum jumpa

1kHz | aan | abe | adah | adreen | aeyjay | afiz | aida | aiman | ain | akhi | akhifaizul | akira | alan | alangz | aliss | alqas | ame | ame | amoy | ana | anis | anje | aquazero | arisya | artgal | atrco | auntie yan | ayon | azila | azri | azrinda | baiti | banai | bangchik | bayah | bigg | bintang hati | book | breevandekamp | cenangau | cikzam | cj | crimsonskye | dato' seri | delamyra | dinstkd | dyan | dyana | elf | embam | emma | engku | erman | etake | faizal | fengh | fer | fiebie | fieza | firdaus | fnd | gnela | goreng pisang | gunx | hairi | halz | hazirah | helmi | herokewl | hezzy | hozair | huzaimi | i-nie | ida | idzareez | iemah | infernoblitz | inmind | insperasi | jackal | jiwarasa | kak long | kak ngah | kak wynn | kambing | kapcai | kecik | khairi | kieli | kopytiam | kudo | kuntum | lalat | laydiefa | lela | lifeaku | lin | liyanna | lokman | manjalara | mayameera | menj | mensh | missorchid | mizan | muring | mystrique | nad | nadia | nadjwa | nana | narweck | nectar | neohikayat | nettnadia | nonie | nuckelhead | onepolar | oraet | pegawai khalwat | penyangak | poetryarts | pipiet | primarybasic | rasso | rauhunt | reen | rjuna | romzi | ronn | sayuti | sekatil | selendangbiru | sempoii | serilangkat | sha | shahnon | sharizal | shay | sherrina | shuq | sifoosains | soraya | spiral | srox | strawberryz | sufian | suhaila | sumie | susan | suzie | syanana | syazha | therion | thumb | tim yohannon | tuan tanah | uculer | uipts | viz | wadi | wani | waterlily | wawa | wynn | yatt | yuseri | zakzak | zulhabri

Geng Jurnal

Hakcipta © 2000-2007 Mat Jan. Semua hak terpelihara.