Friday, May 27, 2005

JURING 1

[Ulasan mingguan rancangan realiti-blog JURING]

Sebelum cabaran bermula pada 20/05/2005, peserta Rosram telah menarik diri. Tempat beliau digantikan oleh peserta simpanan terbaik, Yadziz.

Dalam Explorace, Narin dan Hanif adalah pasukan simpanan. Mereka dapat masuk kerana ada pasukan lain menarik diri. Walaupun pasukan simpanan, Narin dan Hanif menjuarai rancangan tersebut. Adakah Yadziz juga akan mencatat kejayaan yang serupa? Sama-samalah kita nantikan rancangan Juring hingga ke titisan episod yang terakhir.

"Peluang Kedua Untuk Arkib". Itulah judul cabaran pertama. Untuk cabaran pertama ini, peserta dikehendaki:

1) Memilih catatan terbaik yang pernah mereka tulis dari arkib weblog mereka sendiri.

2) Menyunting catatan tersebut dan persembahkannya dalam Bahasa Melayu penerbitan yang piawai.

3) Mendapatkan satu imej yang sesuai untuk digandingkan dengan catatan tersebut.

Kesemua peserta berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan, kecuali Tipah yang menghadapi masalah peribadi.

Setelah para wasit menilai hasil tugasan setiap peserta, berikut adalah kedudukan terkini Carta Juring:

01) Lapan
02) Basri
03) Adzlin
04) Engku
05) Yadziz
06) Directrixz
07) Viz
08) ND
09) Liyanna
10) Tipah

Semasa ujibakat dulu, Liyanna menduduki tangga pertama carta. Sekarang Liyanna berada di tangga ke-9. Lapan, Basri dan Adzlin masih mengekalkan prestasi mereka sebagaimana ketika ujibakat dulu.

Tipah adalah peserta pertama yang dijuring. Ketika Tipah mencabut wayar modem, melipat laptop dan keluar dari gelanggang, ND menangis teresak-esak. Basri pula ketawa berdekah-dekah.

Tinggal 9 peserta yang bertanding dalam episod kedua. Cabaran ke-2: "Lawatan Sambil Belajar". Peserta dikehendaki mencari satu laman web yang unik kandungannya (lain dari yang lain). Lawat laman itu dan pelajari apa yang membuat laman itu unik. Peserta perlu menulis ulasan kritikal yang berhujah tentang keunikan laman itu dalam 100-200 perkataan.

Siapa Akan Dijuring Minggu Ini?

http://www.jurnal.biz/forum/viewforum.php?f=10

Thursday, May 12, 2005

JURING

Rancangan reality-blog pertama di dunia.

15 blogger telah mengambil bahagian dalam ujibakat.

10 terpilih.

5 lelaki: Lapan, Basri, ND, Engku dan Directrixz.

5 perempuan: Liyanna, Adzlin, Tipah, Viz dan Rosram.

Setiap minggu mereka akan dicabar. Diberi tugasan. Menulis pelbagai topik dan genre. Bermain dengan foto dan grafik.

Hasil kerja mereka akan dihakimi oleh tiga orang Wasit. Kepala Wasit (bukan kelapa sawit): Tok Rimau. Wasit: MJ dan Pak Bear.

Setiap minggu seorang peserta akan dijuring. Ditendang keluar dari gelanggang. Keputusan Kepala Wasit adalah muktamad. Sebarang rungutan tidak akan dilayan.

(Peminat juga boleh mengundi melalui "online poll" untuk melihat populariti. Undi peminat tidak mempengaruhi keputusan. Jika ada pun, hanya pengaruh tak langsung.)

Peserta terakhir yang tinggal dalam gelanggang dikira Juara.

JURING. Setiap Jumaat, mulai 20/05/2005, di Forum GJ.

(muzik: te-nong-te-nong-bzzzzzz!)