Friday, March 25, 2005
DEBAR EXPLORACE
Apakah task yang paling mendebarkan hati dalam Explorace semalam?
Bungee jumping? Tidak.
Rock climbing? Bukan.
Tapi "buy and wear thongs". Yikes!
Melihat Azura (atau Azira?) basah masa surfing pun cukup mendebarkan.
[ayat cover] Err, berdebar bukan sebab dia basah, tapi sebab takut ombak besar macam tsunami *emoticon bersiul* [/ayat cover]
Apatah lagi nak lihat dia pakai thongs. Dub dab dub dab.
Dan tibalah masa yang dinanti-nantikan. Mereka pun beli, dan pakai, SELIPAR.
Of course thongs tu selipar! What were you thinking?
(Thongs. Australian national footwear. Worn together with shorts and singlet.)
Team favourite aku, The Twin Terror, dah tersingkir. Tak ada sebab untuk tengok Explorace lagi kan Spyz?
Team mana satu lagi yang kalian teka masuk final? Aku pilih Philip dan Godwin.
# MJ | Permalink
Thursday, March 24, 2005
ALERGI REALITI
"Minta iklan pemuda dalam LRT dihentikan" (BH 23/03/05: KLIK SINI)
Iklan yang tajam menikam minta dihentikan? Aku baca berita tu. Nak tahu siapa yang buat statement tersebut.
Oh, politician. Patutlah pandai.
YB Ketereh dan YB Dungun minta iklan itu dihentikan atas alasan: mencerminkan orang Melayu tidak berbudi bahasa sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya!
Ada dua benda di sini, yang mereka tak puas hati.
Satu: memaparkan orang Melayu tidak berbudi bahasa.
Orang politik ni sensitif tak bertempat. Kalau watak pemuda tu Cina atau India, kedua-dua YB tadi tak akan bising. Tapi YB Tai Khoo Cheng dan YB Bodosundram pula akan melenting.
Dua: tidak mencerminkan hakikat sebenar.
Kedua-dua YB ni tak pernah naik LRT. Hakikat sebenar, memang pun ada penumpang LRT tak beri tempat duduk pada orang yang lebih memerlukan.
Jadi, bagaimana kita nak puaskan hati YB-YB pandai ini?
Kita gantikan watak pemuda itu dengan etnik yang tiada di Malaysia, supaya tiada YB yang terasa. Eskimo! Ya, pemuda Eskimo berbaju bulu tebal bawa anjing laut masuk LRT. Dia duduk dan letak anjing laut di kerusi sebelah. Bila makcik Cina masuk, pemuda Eskimo riba anjing laut. Lepas tu pakcik Melayu buta masuk. Pemuda Eskimo pura-pura tidur. Makcik Cina bagi tempat duduk pada pakcik Melayu buta. Tiba-tiba anjing laut melompat dari ribaan pemuda Eskimo. Anjing laut nampak makcik India pegang bakul ikan. Pakcik Melayu buta tangkap anjing laut dan serah balik kat pemuda Eskimo. Pemuda Eskimo malu-malu. Tamat.
YB-YB tadi akan berpuas hati dengan iklan ini. Satu: sebab iklan ini tak ada watak orang Melayu kurang ajar. Dua: sebab iklan ini mencerminkan hakikat sebenar... memang pun selalu ada orang Eskimo berbaju bulu tebal membawa anjing laut menaiki LRT.
Tengok? Isu besar yang masuk Parlimen pun aku dapat selesaikan. Pandai tak aku? Macam politician kan?
# MJ | Permalink
Tuesday, March 22, 2005
BIRU
Hari Jumaat (18/03/05) Spyz dan keluarga ada di Kedah. Aku, Purbe, dan Hana dinner dengan Spyz, Kak Shila dan Afiff (atau Affif? Aku tak ingat "double f" di mana). Kami makan di Dataran Ikan Bakar, Sungai Petani.
Hari Sabtu (19/03/05) aku pergi kenduri kahwin pensyarah aku, Encik Adlan, di Permatang Pauh. Selamat Pengantin Baru.
Blog Hana nama Cempakabiru. Kenapa banyak blog ada perkataan "biru" atau "blue" dalam namanya? Cempakabiru, Blueshades, Tulipbiru, Nettbiru, Bluehikari, Saljubiru, Honeybiru, Blueicecube, etc. Adakah itu strategi menarik pelanggan? Adakah orang yang mencari "website blue" akan terjumpa weblog mereka?
Aku tak tahu. Sebab aku selalu search website dakwah dan ilmiah sahaja.
# MJ | Permalink
Wednesday, March 16, 2005
KABINET GJ PILIHAN MJ
Orang-orang lain menyenaraikan calon favourite mereka. Maka aku pun tergerak sama. Rata-rata mereka mahu Tok Rimau kekal sebagai Presiden, tapi aku tidak.
Aku penyokong kuat Tok Rimau sebelum Tok Rimau jadi Presiden lagi. Diakui, dia memang pemimpin agung. Pun begitu, Tok Rimau telah mengambil keputusan untuk bersara. Kita mesti hormat keputusan dia. Orang-orang yang tidak mahu Tok Rimau bersara adalah orang-orang yang tidak ta'at pada kehendak pemimpin. Mereka harus dihukum sula dengan buah durian.
Berikut adalah calon-calon yang aku cadangkan untuk AJK GJ 2005:
PRESIDEN: WAKDIN
Sebelum menjadi Presiden, Tok Rimau adalah Timbalan Presiden. Tok Rimau menjadi Presiden yang cemerlang kerana dia belajar dari Presiden terdahulu -- yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan. Aku rasa budaya ini (mengangkat Timbalan menjadi Presiden) perlu diteruskan. Wakdin, Timbalan Presiden tahun lepas. Dia pengarah Projek Basah 1.0 dan Gathering '04. Pernah bersembang kedai kopi dengannya, dia ada misi dan visi untuk membawa GJ jauh ke depan (termasuk yang kontroversi, misalnya: isu pengkorporatan GJ). Ada desas-desus mengatakan dia kuasa veto. Tapi itulah sebenarnya kekuatan dia: tegas membuat keputusan. Berpandangan jauh dan tegas, Wakdin sesuai di kerusi Presiden.
TIMBALAN PRESIDEN: BASRIE
Basrie ada aura kepimpinan. Dia pencetus budaya baru dalam GJ: budaya sub-gang. Selepas Basrie mengasaskan GMI (Geng Mak Itam) sebagai "anak syarikat" GJ, ramai orang terpengaruh. Maka lahirlah Geng Lantit, Geng Kelawar, dan sebagainya. Pengaruh Basrie jelas dilihat di setiap aktiviti GJ, bila mana ahli-ahli GJ ramai memakai t-shirt GMI. Semangat GJ Basrie sungguh kuat, biarpun ada aktiviti GJ yang dia tidak dapat hadir (seperti Projek Basah 1.0), dia tetap menyumbang banner untuk diperagakan. Basrie pengarah Projek BBQ, Projek Duging, dan Projek Basah 2.0. Memiliki aura kepimpinan, berpengaruh, dan pandai mencarut, tidak syak lagi Basrie perlu diletak di kerusi Timbalan Presiden (sebagai tapak latihan untuk menjadi Presiden pada tahun depan).
SETIAUSAHA: YADZIZ (HANG BUAH)
Dalam mana-mana organisasi pun, setiausahalah yang bertanggungjawab menghebahkan notis mesyuarat atau apa-apa. Yadziz, tanpa menjadi setiausaha sebelum ini pun, telah menjalankan tugas hebahan notis dengan baik. Pergi dari blog ke blog, post di forum, dan forward di YM, menghebahkan aktviti-aktiviti GJ (termasuk pilihanraya ini). Arif dalam hal-hal persatuan, seperti mendraf perlembagaan persatuan, minit mesyuarat, dan lain-lain. Pendek kata, Yadziz adalah Mat Belia sejati. Mungkin sebaik saja dia lahir, sebelum ibunya mendaftar surat beranak, ibunya mendaftar dia untuk Belia 4B terlebih dahulu. Tidak dapat disangkal, Yadziz sesuai di kerusi Setiausaha.
BENDAHARI: TIPAH
Jawatan yang kena-mengena dengan duit sesuai dipegang oleh wanita. Sebab wanita secara fitrahnya memang mata duitan. Selain berpengalaman menjadi bendahari untuk Projek Basah 1.0, Tipah juga memiliki sifat muka tak malu. Orang muka tak malu mampu menjalankan tugas mintak-duit-kat-orang dengan baik. Tiada ragu, Tipah paling layak di kerusi Bendahari.
AJK TERTINGGI
1) NAGA - berbakat dalam bidang grafik. Berpengalaman membuat cover Gangguan Teksual, buku aturcara Gathering '04, dan cover album nasyid "Istinjak" nyanyian penyanyi-nasyid-yang-kita-suka: Jali. Bakatnya sangat kita perlukan. Dan lagi, dia ada stok buku yang banyak untuk didermakan. Boleh kita jadikan hadiah semasa aktiviti kita.
2) NAZMI - pencetus projek Diablog (Dialog Blog). Aktiviti diskusi ilmiah seperti ini perlu untuk mengimbangi aktiviti seronok-seronok yang mendominasi kalendar GJ. Sebagai wartawan sebuah akhbar harian, Nazmi boleh membantu GJ dari segi publisiti. Ini terbukti bila berita tentang majlis Diablog tersiar dalam akhbar. Begitu juga temuramah dengan bekas Presiden kita, Tok Rimau. Dan lagi, dia ada access dengan Rumah Pena, yang boleh kita gunakan sebagai clubhouse kita.
3) ND - berbakat dalam bidang nyanyian dan muzik. Dia ada geng gitar yang boleh diheret ke majlis-majlis GJ untuk menghiburkan kita. Kebolehannya terbukti ketika majlis Gathering '04 dan majlis BBQ Mak Itam. Mungkin ND boleh compose lagu tema untuk GJ. Dan lagi, ND ini khabarnya arif dalam bab-bab menempah tempat untuk majlis.
4) ATTOK - cekap dalam mengendalikan majlis. Memang event management bidangnya. Kebolehannya menganjurkan majlis terbukti ketika dia mengendalikan acara sukaneka ketika sambutan International Webloggers Day peringkat GJ di Wetland Putrajaya, dan ketika mengacarakan majlis Gathering '04. Pandai berpantun, Attok mempunyai rancangan menganjurkan Pesta Pantun Tertutup peringkat GJ. Dengar cerita, dia juga pandai mengorat. Kemahiran itu boleh digunakan untuk merekrut awek-awek cun menjadi ahli baru GJ (yang seterusnya dapat menarik jejaka-jejaka menjadi ahli).
5) EP - perlu ada orang alim dalam AJK GJ. Satu: untuk bertindak sebagai penasihat agama kepada GJ. Dua: untuk membaca doa ketika majlis-majlis GJ. Tiga: untuk mengendalikan majlis solat hajat dan majlis tahlil seperti sebelum-sebelum ini. Setelah meminta pendapat bekas Presiden, EP adalah calon yang paling layak. Calon lain yang boleh dipertimbangkan: pemenang Anugerah Weblog Dakwah Terbaik GJ, seperti Paichowan, atau Pakdi, atau Toksik (haha!).
6) dan 7) ORANG POMPUAN - untuk mengimbangi dominasi lelaki dalam AJK GJ, pilihlah orang pompuan untuk mengisi dua lagi kerusi AJK Tertinggi. Calon-calan yang layak: Cik Nana, Langsat, Nida, Salina, dan Dona. Kaum ibu ini adalah Kumpulan Sokongan kepada keseluruhan kabinet GJ.
Hoi MJ, otai kau letak mana?
Tidaklah niat aku hendak meminggirkan otai-otai GJ yang banyak berjasa, dengan tidak menyenaraikan nama mereka dalam kabinet bayangan aku. Tapi aku rasa, otai-otai seperti Nett, Spyz, Pnut, Rudy, Amyz, Cik Daun (sekadar menyebut beberapa nama) terlalu tinggi taraf mereka untuk diletakkan dalam kabinet GJ. Mereka-mereka ini harus bersama-sama Mie dalam satu "majlis syura" yang bertindak sebagai pemantau dan penasihat kepada Kabinet GJ.
Dan nama "majlis syura" bukan sempena nama Cik Daun.
Selamat mengundi!
Isi nama, email, dan ini:
01. Wakdin 02. Basrie 03. Yadziz (Hang Buah) 04. Tipah 05. Naga 06. Nazmi 07. ND 08. Attok 09. EP 10. (pompuan) 11. (pompuan)
dan submit!
undi di sini: http://www.jurnal.biz/pilihanraya05.html
# MJ | Permalink
Thursday, March 10, 2005
DADAH: SATU SURVEY SONGSANG
(Untuk pembaca Jongkang Jongket yang TIDAK MENAGIH DADAH sahaja.)
Biasa orang buat survey tentang faktor-faktor orang menagih dadah. Ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya, mencari ketenangan jiwa, menghilangkan stress, mengisi masa lapang secara tidak berfaedah, keluarga porak-peranda, kurang penghayatan nilai-nilai agama, dan lain-lain.
Atas cadangan Zest, mari kita buat survey terhadap orang yang tidak menagih pula.
Soalan: KENAPA ANDA TIDAK MENAGIH DADAH?
KEMASKINI 13/03/05: HASIL SURVEY
Faktor-faktor orang tidak menagih dadah:
1. ketagih benda lain (contoh: ketagih dadih, ketagih dada, ketagih rokok, ketagih kasih sayang); 2. bapak garang; 3. takdak duit/dadah mahal; 4. tiada dalam agenda hidup; 5. takde faedah/kerja bodo; 6. sebab dadah tu bahaya; 7. jijik; 8. tak sedap/tak kenyang/tak suka; 9. takde peluang/takde org ajak; 10. tak tau nak beli kat mana; 11. proses hisap dadah yg leceh; 12. takutkan Allah; 13. pengaruh media; 14. tak rasa nak cuba/takut nak cuba; 15. didikan dari kecil; 16. tak mahu masuk pusat serenti; 17. nak jaga nama baik keluarga; 18. nak jadi calon menantu pilihan para mentua.
# MJ | Permalink
Tuesday, March 08, 2005
DADAH HARAM JADAH
Dulu musim "perpaduan nasional", sekarang musim "dadah" pula. Debat Perdana TV1 menjemput ahli politik dan bijak-pandai membincangkan isu dadah. (Perhatikan: aku asingkan "ahli politik" dan "bijak-pandai" haha!)
Yang menarik dalam debat baru-baru ini adalah, wakil Majlis AIDS Malaysia mencadangkan langkah "harm reduction". Sekarang penjualan jarum suntikan dikawal undang-undang. Disebabkan susah mendapatkannya, maka penagih terpaksa berkongsi jarum. Akibatnya, risiko HIV. Bukan saja kepada penagih, malah kepada bukan-penagih -- isteri (atau suami) dan anak dalam kandungan. Dengan melonggarkan penjualan jarum suntikan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan salah satu risiko dadah -- HIV.
Katanya, adalah sukar untuk membanteras dadah di Malaysia, kerana (1) Malaysia dekat dengan "golden triangle" (kawasan pengeluaran dadah di Asia Tenggara); dan (2) Malaysia sebuah semenanjung (baca: kita dikelilingi laut, maka susah nak sekat kemasukan). Maka, di samping meningkatkan penguatkuasaan membanteras dadah, kita perlu juga ambil langkah "harm reduction" (contoh: jualan jarum suntikan), untuk mengurangkan risiko HIV. Ini supaya dadah dapat dimusnah, dan rakyat tidak punah.
Ahli politik pembangkang sebelah dia menyokong langkah ini. Katanya, nak suruh orang berhenti merokok pun susah, apatah lagi nak suruh orang berhenti hisap dadah. Jadi, biarkan mereka hisap dadah tapi kurangkan risikonya. Pada masa yang sama, penguatkuasaan membanteras diteruskan. Dengan ini, kita keluarkan kos untuk pemulihan penagihan, tapi kita dapat kurangkan kos pemulihan HIV.
Jual jarum suntikan secara terbuka. Sekali dengar macam tak masuk akal. Tapi bila kaji dalam-dalam ada baiknya juga.
Punca
Hujah paling dangkal pernah aku dengar, tentang punca penagihan dadah, adalah oleh wakil DAP minggu lepas. Katanya, sekatan undang-undang terhadap orang muda banyak sangat. Masuk gerakan politik, kena tangkap. Masuk pertubuhan sosial, kena tangkap. Berdua-duaan berpegangan tangan pun, kena tangkap. Sebab tak ada cara lain nak release tension, orang muda pun memilih untuk hisap dadah.
Ya Rabbi, hujah jenis apakah itu? Sebab buat benda lain kena tangkap, maka orang pun hisap dadah. Habis tu, hisap dadah tak kena tangkap? Macamlah tak ada sekatan undang-undang untuk menagih dadah, sampai orang jadikan penagihan dadah sebagai escapism dari pelbagai sekatan lain. Dah tua pun bodoh.
Kalau pun kurang setuju dengan sekatan undang-undang yang terlalu banyak, mengatakan itu sebagai punca orang muda menagih adalah tidak tepat.
Didikan
Lagi satu point bijak-pandai yang aku dok fikir: orang menagih kerana kurang didikan Islam.
Masalahnya, 70% penagih adalah orang Melayu-Islam. Aku rasa golongan ini lagi tinggi didikan Islam-nya dari golongan bukan Islam. Di sekolah dapat didikan Islam, di rumah pun dapat. Berbanding dengan anak Cina dan India yang tak dapat didikan Islam langsung, baik di sekolah mahupun di rumah. Kalau betul "kurang didikan Islam" punca penagihan dadah, secara logiknya orang bukan Islam-lah majoriti penagih. Tidak?
Wallahualam.
Sila beri pendapat anda tentang:
1) Langkah harm reduction: jual jarum suntikan secara terbuka.
2) Orang muda menagih kerana terlalu banyak sekatan undang-undang terhadap mereka.
3) Orang menagih kerana kurang didikan Islam.
# MJ | Permalink
Monday, March 07, 2005
BUKIT CERAKAH & NAFSU SERAKAH
Lupakan tempoh satu penggalnya sebagai MB Kedah. Kenang dia sebagai bekas Menteri Pertanian. "Kemuncak kegemilangan" Kementerian Pertanian, aku rasa, adalah semasa di bawah Sanusi Junid. Ingat kempen makan buah-buahan tempatan, kempen minum air kelapa muda, kempen makan ulam, kempen makan ikan air tawar. Ingat pasar tani. Inilah Menteri, yang menerusi idea-ideanya, berjaya meningkatkan taraf hidup pak tani. Dan ingat Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, yang mengiktiraf jasa golongan ini.
Selepas menteri-menteri lain meneraju Kementerian Pertanian, kementerian itu senyap. Tak dengar apa-apa kempen. Tak dengar apa-apa program. Malah, nama Menteri-Menteri Pertanian selepas Sanusi tak ramai orang tahu.
Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam (dulu: Bukit Cerakah) pun idea dia. Tak hairanlah dia kecewa sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Ini dipetik dari Mingguan Malaysia semalam:
MINGGUAN: Mengapa Taman Pertanian ini terpaksa berhadapan dengan masalah ini?
SANUSI: Taman ini milik pak tani dan pak tani biasanya lebih sabar dan tidak berkecil hati serta tidak menjadikannya isu. Percayalah, jika projek ini padang golf dan mahu dipindahkan, kamu akan lihat ia sesuatu yang mustahil untuk dipindahkan, kerana puak main golf ini banyak pengaruh. Apalah pengaruh pak tani dalam mempertahankan Taman Pertanian? Yang hendak mempertahankan Taman Pertanian ini adalah penduduk sekitar dan kerajaan. Hendak harapkan pak tani, dia tidak ada surat khabar, tidak ada radio, tidak duduk dalam lembaga pengarah mana-mana syarikat. Kalau mereka riuh kita suruh sabar cukuplah.
Tetapi cuba sentuh Kelab Golf Diraja Selangor, satu dunia bising, kerana ada orang berpengaruh di situ. Jadi Taman Pertanian jadi begini kerana pak tani tidak ada pengaruh dan tidak ada tempat untuk bersuara.
Pergh! Tajam menikam!
Aku rasa, masalah kita adalah, projek-projek ini ikut minat Menteri. Kalau Menteri tu minat, dia buat. Kalau Menteri baru tak minat, dia tak teruskan projek Menteri dulu walaupun projek tu bagus. Sebagai contoh, masa Sanusi jadi MB Kedah dulu dia buat "Kampung Buku" di Langkawi (sebab Sanusi minat membaca). Walaupun projek tu bagus, tapi bila MB baru teraju negeri, Kampung Buku jadi kampung beku (sebab MB baru tak minat buku).
Dari sudut yang lain, isu Taman Pertanian ni bukan jadi isu alam sekitar saja, malah jadi isu politik -- lebih tepat lagi, survival politik Dr Khir Toyo. Lepas satu, satu batu-bata timpa kepala dia. Dulu kes rumah kos rendah nak jual kat orang berpendapatan tinggi. Lepas tu kes projek pembangunan kat lereng bukit UiTM. Lepas tu kes Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negeri buat lawatan ke Mesir, guna duit pembayar cukai, yang salah satu agendanya tengok tarian gelek (yang membongkarkan isu ni ADUN DAP yang minoriti -- kalaulah rakyat Selangor termakan kempen "Selangor Bebas Pembangkang" dulu). Dalam ketiga-tiga kes di atas, Khir arahkan projek dihentikan, itu pun sebab PM luahkan kekecewaan.
Sekarang ni kes Bukit Cerakah. Dan satu lagi kes yang tanah status pertanian orang buat rumah, yang masuk Buletin Utama tu. Adeh, pening kepala Pakcik Khir!
[Orang kata, baca kartun boleh release tension. Tidak untuk Pakcik Khir. Kartun-kartun dalam Mingguan Malaysia dan Berita Minggu, yang hitam putih dan yang colour-colour (dalam Pancaindera), dah dua minggu dah dok menyindir kes Bukit Cerakah. Hihi!]
# MJ | Permalink
Wednesday, March 02, 2005
SEPET: SEMUA ORANG BOLEH SUKA
 Perhatikan muka "malu-malu nervous" Jason masa first-date dengan Orked di restoran fast-food itu. Dia tengok muka Orked sikit-sikit. Jeling-jeling dengan hujung ekor mata saja. Dia cakap sepatah-sepatah. Suara getar-getar, antara keluar dengan tidak. Tak tahu topik apa nak cakap masa first-date, maka perbualan cuma berkisar tentang benda yang ada depan mata (burger dan fries), dan tiba-tiba tanpa flow melompat ke topik filem pula. Kawan-kawan sekalian, itulah yang dinamakan "first-date". Tersangatlah real-nya adegan itu. Real-nya ekspresi muka dan intonasi suara pelakon-pelakonnya.
Yusry, dan hero-hero "remaja" filem tempatan yang lain, perlu belajar dengan Jason tentang "ekspresi muka" ini. (Rujuk entry lama: YUSRY: PELAKON TERBAIK).
Bukan adegan itu saja, dan bukan lakonan Jason saja, malah semua adegan dan lakonan semua pelakon Sepet adalah real. Kecuali, adegan "Leonardo DiCaprio celup" bergaduh dengan Orked di sekolah. Lakonan budak "Leonardo" itu kurang mantap. Kalau Nasrizal Ngasri di situ mungkin menjadi, dia pandai berlakon watak "budak sekolah marah-marah", cuma Nasrizal tak ada wajah Mat Salleh dan tidak remaja lagi.
Seperti yang aku kata sebelum-sebelum ini, masalah filem tempatan bukan TEMA, tapi JALAN CERITA dan LAKONAN. Walaupun orang kata asyik-asyik cinta, cinta, cinta, tapi aku rasa filem yang bagus tak semestinya membawa tema berat (dan tema cinta pun tak semestinya ringan). Tak ada salahnya buat filem cinta asalkan filem itu jalan ceritanya bagus dan lakonannya mantap.
Dua elemen inilah yang menjadikan Sepet seronok ditonton.
Aral Yang Melintang
Yang membezakan Sepet dengan berlambak drama cinta Melayu-Cina yang lain adalah, aral yang melintang dalam percintaan Jason dan Orked bukannya "halangan keluarga kerana berbeza agama". Jadi, tidak ada adegan bosan-nak-muntah ibu marah-marah anak kerana bawa balik bakal menantu Cina (biasanya Janet Khoo) atau mentua marah-marah menantu Cina (biasanya Janet Khoo) ketika anak out-station.
(Kalau bakal menantu Arab, biasanya Betty Banafe.)
Ibu Orked dan ibu Jason, masing-masing tak kisah anak mereka bercinta dengan orang bangsa lain. Bapa Orked, walaupun tak berkenan dengan Jason, bukan sebab Jason Cina, tapi sebab Jason "terlibat dengan gangsterisme" dan "buat anak orang mengandung". Inilah bapa yang rasional. Kalau aku jadi bapa pun (KALAU, aku bilang, KALAU), aku tak suka anak aku bercinta dengan orang macam tu, tak kiralah dia Melayu, Cina atau Eskimo!
("Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain..." -- al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 13.)
Akal & Emosi
Sepet ini mengingatkan aku pada kata-kata (atau hadis?), "Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, perempuan ada 1 akal dan 9 nafsu". Ramai orang salah faham "nafsu" ini dengan "nafsu syahwat". Sebenarnya "nafsu" ini termasuklah rasa marah, kasih sayang, simpati, atau dengan kata lain, EMOSI. Orang lelaki ini akalnya mengatasi emosi, orang perempuan pula emosinya mengatasi akal.
Maka sebab itu, bapa Orked tidak suka Orked berkawan dengan Jason selepas mengetahui latar belakang Jason. Dia tidak mahu anaknya susah di masa depan. Tetapi bagi Orked dan ibu Orked, kalau dah cinta, cintalah! Soal baik buruk Jason tidak difikirkan lagi.
Perhatikan juga bila Orked dapat belajar di luar negara, Jason bercerita pada Keong yang dia nak jadi "kaya dan terkenal" supaya dapat bersama Orked. Lelaki memang fikir tentang kerjaya sebelum fikir tentang cinta (ini yang sesetengah perempuan tak faham dan kata pasangannya lebih mementingkan "benda lain" daripada dia!). Dan Jason juga kata pada Keong "atau aku pujuk Orked tak payah pergi luar negara, dan kerja part-time dengan aku". Di sini, Jason cuba mengeksploitasi sifat "emosi mengatasi akal" yang ada pada perempuan. Perempuan kalau dah cinta sanggup korbankan apa saja (contoh: pelajaran dan cita-cita) demi lelaki.
(Jangan bimbang. Lelaki tak perlu faham perempuan, dan perempuan tak perlu faham lelaki. "Your job is to love us, not to understand us," bak kata Ida Nerina dalam Sepet.)
Disclaimer: Aku tak kata lelaki (bapa Orked dan Jason) betul, atau perempuan (Orked dan ibu Orked) salah. Tak semestinya percintaan Orked dan Jason gagal kalau berdasarkan emosi (atau berjaya kalau berdasarkan akal). Gagal atau berjaya sesuatu percintaan (atau sesuatu apa pun) bukan kita boleh tentukan, itu kerja Tuhan ("Kalau itu pun kita nak tentukan, nanti Tuhan takda kerja pulak!" bak kata Mustaqeem).
Watak Kelabu
Yang jarang ada dalam filem tempatan adalah "watak kelabu". Pelakon biasanya bawa watak hitam atau watak putih, tak ada kelabu. Kalau hero mesti baik/sempurna/tak ada cela. Kalau crook mesti jahat/tak ada kebaikan langsung. Tapi dalam Sepet, heronya ada baik dan buruk. Contoh baik: tolong kawan, hormat orang tua. Contoh jahat: buat anak orang mengandung, jual vcd haram. Begitu juga dengan watak-watak lain, kelabu.
(Macam itu baru manusia. Baik dan jahat bercampur. Itulah beza kita dengan malaikat atau syaitan.)
Tapi baik/buruk seseorang manusia itu bersebab. Tengok latar belakang keluarga Jason: miskin dan porak-peranda (ibu bapa bergaduh). Keluarga Orked: agak berada dan bahagia (ibu bapa bergurau-senda). Jason, walaupun pandai, sukar mengubah nasibnya, kerana susah dapat biasiswa. Orked, lebih bernasib baik kerana dia Melayu (Alhamdulillah!). Faktor-faktor ini, dan banyak lagi, menjadi "acuan" seseorang manusia.
The "Hmm..." Effect
Skrip bagus, banyak kesan "hmm...". Kau faham maksud aku?
Contohnya: Jason bercerita pada Keong tentang asal-usul kaum Peranakan (Baba & Nyonya). Pada zaman Kesultanan Melaka (600 tahun yang silam), orang China datang dan berkahwin dengan orang Melayu ("Malay girls in wet sarong" bak kata Jason). Dan Keong berkata lebih kurang: Fikir-fikir balik, zaman dulu pun orang boleh kahwin campur, tak saling membenci walau lain bangsa, tetapi zaman sekarang ada orang yang tak terima bangsa asing, saling membenci, bukankah sepatutnya kita semakin lama semakin bertamadun?
Skrip itu buat aku kata "Hmm..." sambil mengurut dagu.
Itu cuma satu contoh dalam banyak-banyak.
Runut Bunyi
Pemilihan lagu bukan saja-saja. Bukan taruk asal sedap.
Bila Jason pasang lagu "Dia Datang" (dan menari macam apa), seakan mesej ada orang nak datang. Bila dengar lagu tu, aku memang dah expect ada orang nak datang (dengan lenggang-lenggoknya). Jangkaan aku betul... Jimmy dan konco-konco kongsi gelapnya yang datang!
Lagu soprano masa scene bapa bawa Orked naik kereta cari Jason, menurut Noor Azam Shairi (Utusan Malaysia), adalah lagu tentang ikan duyung yang bercinta dengan manusia. Perhatikan: ikan duyung dan manusia. Cinta dua "bangsa" berbeza. Seakan cinta Orked dan Jason.
(Aku teringin nak tahu maksud lagu Siam yang menjadi latar adegan gurau senda Harith Iskandar dan Ida Nerina.)
Cliche
Ending agak cliche. Adegan "go get her before it's too late" ada dalam berlambak-lambak filem cinta. Filem cinta Hollywood, Bollywood, Hong Kong. Filem cinta Indonesia (contoh: Ada Apa Dengan Cinta?), Cinta ke airport kejar Rangga. Malah, filem cinta-sampah Kuliah Cinta pun ada adegan ini, Yusry ke KL Sentral kejar Erra (yang nak naik ERL ke KLIA).
Cuma, Yasmin melanggar kebiasaan mazhab "go get her before it's too late" dengan menyerahkan bulat-bulat kepada penonton untuk membuat kesimpulan.
Biasanya, mengikut ending mazhab ini, heroin (atau hero) akan ke luar negara (sebab: sambung belajar, program pertukaran pelajar, tukar tempat kerja, dan sebagainya). Hero (atau heroin) akan kejar dan last-last minute dapat jumpa di airport (atau stesen keretapi, atau stesen bas, atau pelabuhan kapal). Krisis berakhir dan cinta berputik kembali. Tamat. (Penonton kena terima bulat-bulat kehendak pengarah.)
Tetapi dalam Sepet, cuma ada adegan kejar-mengejar. Sama ada Jason dapat jumpa Orked, sama ada Jason hidup atau mati, itu terpulang pada penonton. Penonton boleh fikir yang Jason masih hidup dan merangkak-rangkak dapatkan telefon, atau Jason sudah mati dan Orked bercakap dengan roh Jason (elemen Misteri Nusantara), atau Orked bercakap dengan voice-mail (kalau tunggu lama lagi, ada bunyi *beep* dan Orked akan kata "Celaka Jason, voice-mail rupanya, terkena aku!" dan ibu bapa Orked ketawa berdekah-dekah), atau orang lain yang angkat telefon itu dan bercakap dengan Orked, atau seribu satu "atau" lagi.
Ending jenis ini selalu ada dalam filem Iran. Contohnya, dalam filem Children of Heaven, hanya ditunjukkan bapa beli kasut baru dan letak atas basikal. Tidak ditunjukkan sama ada kasut itu sampai kepada anaknya. Penonton boleh fikir yang bapa selamat sampai ke rumah dan anak dapat kasut baru, atau bapa kena langgar kereta dan mati, atau kasut baru jatuh atas jalan dan hilang, atau (kau dah dapat idea kan?).
Hanya orang yang malas berfikir saja yang tak suka ending jenis Sepet.
Yang pastinya, kalau Jason mati pun, handphone Nokia 3210-nya masih "hidup", masih mampu berdering walaupun jatuh atas jalan. Sebagai pengguna 3210, aku berasa bangga, hahaha! (Teringat adegan handphone berdering dalam perut dinosaur -- Jurassic Park III, dan handphone berdering walaupun dunia dah mati beku -- Day After Tomorrow).
Tak seperti filem U-Wei atau filem Yusof Haslam, yang sebahagian orang suka dan sebahagian orang benci... Sepet, aku simpulkan, filem yang "semua orang boleh suka". Lima bintang.
# MJ | Permalink
|