Wednesday, October 05, 2005

SEKS FILEM MELAYU

Elemen seks (luar nikah), dengan dan tanpa consent pasangan, dalam naratif filem kita. Yang aku ingat:

Anakku Sazali (1956)

Rokiah (Hashimah Yon) mengandung anak Sazali (P Ramlee).

"Bapaklah yang bersalah dalam soal ini!"

Menanti Hari Esok (1977)

Rohayu (Noorkumalasari) beromen dengan Faisal (Hail Amir), dan mengandung anak luar nikah. Lepas tu dia gugurkan kandungan di London. Sarimah, bini Jins Shamsuddin pulak, disyaki ada affair dengan seorang doktor.

Gila-Gila Remaja (1984)

Rogol berjemaah. Geng Gagak Hitam rogol adik siapa entah, adik Roy ke adik Remy ha? Aku lupa.

Ali Setan (1985)

Antara dialog paling famous dalam filem Melayu: "Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!"

Jeff (Izi Yahya) beromen dengan Tipah (Sheila Majid).

Perempuan, Isteri dan... (1993)

Bini curang. Zaleha (Sofia Jane), bini Amir (Nasir Bilal Khan), beromen dengan bangla jual kain. Dan dengan Tapa (Zaidi Omar) dalam kebun getah, waktu hujan.

Leha: "Malam ni tak boleh."

Tapa: "Tapi aku nak."

Aku suka perlambangan susu getah mengalir masuk dalam cawannya.

Lenjan (1998)

Bini curang lagi. Zarin (Rosyam Nor) beromen dengan Zita (Nina Juren), bini Amir (Eman Manan). Aku pun tak tau, kenapa orang nama Amir ni, bini dia suka sangat beromen dengan orang lain (Nasir Bilal Khan dalam "Perempuan, Isteri dan..." pun nama Amir). Yang bestnya, Rosyam dan Nina beromen bawah katil! Tak tahulah, citarasa seksual jenis apakah ini :)

(Lenjan pun aku suka. Antara twist terbaik dalam plot cerita Melayu. Rosyam yang jahat itu rupa-rupanya berpakat dengan bini Eman untuk bunuh Eman.)

Spinning Gasing (2001)

Adegan seks paling grafik dalam filem Malaysia. Harry Lee (Craig Fong) beromen dengan Chantal (Corinne Adri). Mula-mula dia henjut Chantal atas meja, lepas tu dia hayun tepi dinding pulak. Masa tepi dinding tu, siap nampak pangkal punggung Craig Fong lagi. Adegan ini tak lepas di pawagam, tapi lepas di VCD (original dan ber-sticker LPF). Samalah macam Sepet, versi VCD tak potong.

Elemen homoseksual pun ada dalam Spinning Gasing: Ariff (Edwin Sumun) dan JJ (Sanjeet Jarnail).

Embun (2002)

Rogol berjemaah lagi. Embun (Umie Aida) dirogol berjemaah oleh askar Jepun, diimamkan oleh Leftenan Akishi (Izi Yahya). Celaka Izi, dahlah kau henjut Tipah dalam Ali Setan, ni kau rogol Embun pulak. Apa nak jadi ni ha? :)

Soalnya Siapa? (2002)

Tiada babak seks, tapi ada elemen seks luar nikah dalam ceritanya. Nurul Ain (Erra Fazira) masa zaman remajanya pernah terlanjur dengan Rashid Salleh, membuatkan dia dalam dilema untuk meneruskan hubungan dengan Ahmad Daniel (Afdlin Shauki) atau tidak.

Janji Diana (2003)

Lagi-lagi rogol berjemaah. Intan Sarafina dirogol berjemaah oleh sekawan mat rempit, diimamkan oleh Faizal Hussein.

Mami Jarum Junior (2003)

Yang aku ingat, Rita Rudaini kena rogol dalam cerita ni. Tapi aku tak ingat siapa yang rogol dia.

Buai Laju-Laju (2004)

Lagi-lagi bini curang. Selepas "Perempuan, Isteri dan.." dan "Lenjan". Dalam cerita ni, Amran (Eman Manan) beromen dengan Zaiton (Betty Banafe). Tak, nama laki Zaiton bukan Amir, tapi Ibrahim (Khalid Salleh). Wah wah wah, Eman, dalam Lenjan dulu orang beromen dengan bini kau. Dalam Buai Laju-Laju ni pulak, kau beromen dengan bini orang. Balas dendam nampak? :)

Sudahlah tu, Eman, dalam "Lenjan" Rosyam berpakat dengan bini kau (Nina) untuk bunuh kau, dalam "Buai Laju-Laju" pulak kau berpakat dengan bini orang (Betty Banafe) untuk bunuh suaminya (Khalid Salleh).

Aku panggil Buai Laju-Laju ni "Kisah Eman Si Hero Lenjan Membalas Dendam".

Gol & Gincu (2005)

Sumbang mahram. Jiji (Sharifah Amani) diratah bapa sendiri (Zahim Albakri). Dikatakan juga, cerita ini ada elemen homoseksual. Ada simbolisme lesbianisme dalam satu dua babak, baca GOL & GINCU: Feminisme, Lesbianisme & Bola oleh Fadz (perenggan kedua terakhir).

KL Menjerit 1 (2005)

Dan lagi rogol berjemaah. Selepas Gila-Gila Remaja, Embun, dan Janji Diana. Khatijah (Sheera Iskandar) dikekah beramai-ramai di Dataran Merdeka.

Ini yang aku tonton dan ingatlah. Ada yang aku tak tonton. Ada yang aku tak ingat. Tapi aku rasa, ada lagi filem Melayu dengan elemen seksual. Teruna/dara terlanjur, bini (atau laki) curang, rogol (berjemaah atau one-on-one), dan sebagainya. Kalau ada lagi, yang kau ingat, sila tambah di kotak respon.

NOTA: Tambah filem yang betul-betul filem ya. Yang tayang pawagam. "Filem" seperti Pramugara Terlampau, Wan Norazlin, Mak Datin, dan Sehari di Tupah tidak diterima. Harap maklum.

Labels: