Thursday, September 29, 2005
WILAYAH KUTU
 Pelampias nafsu baca aku bukan bersemayam di rak Fiction. Di kedai buku, mereka duduk di rak Malaysian Interest dan rak Humour. Novel/cerpen/puisi yang aku baca (untuk lulus exam) masa ambil elektif English Literature di tahun dua pengajian dulu pun, tak satu menjengah minda ketika membaca Wilayah Kutu. Sastera Melayu pun satu dua saja baca. Jadi, tak dapatlah aku quote tajuk buku atau nama penulis lain (supaya ulasan aku nampak lebih intelek :P) untuk dibandingkan dengan karya-karya dalam Wilayah Kutu.
Aku bandingkan membaca Wilayah Kutu dengan mendengar lagu atau menonton filem. Kalau antologi Wilayah Kutu ini album lagu, dia adalah album yang berlabel "Parental Advisory: Explicit Lyrics" di kulitnya, atau, kalau versi disunting, album yang lagu-lagunya banyak bunyi "toot!". Dan, kalau Wilayah Kutu ini DVD himpunan filem-filem pendek, dia tentunya dikelaskan "R" mengikut garis panduan MPAA. Kenapa ikut garis panduan MPAA (Amerika) dan tak ikut garis panduan LPF kita? Sebab, LPF mana ada garis panduan! Depa kerat-kerat filem ikut suka hati mak bapak aja. Sebab tu adegan yang sangkut dalam filem tempatan, boleh lepas dalam filem luar. Dan adegan yang sangkut dalam versi pawagam, boleh lepas dalam versi VCD (original & ber-sticker LPF).
(Dan apa perlunya LPF kelaskan filem kepada "18SX: mengandungi adegan seks...", "18SG: mengandungi adegan seram & ganas..." kalau dah kerat-kerat. Logiknya, kalau kau dah kerat buang adegan seks/seram/ganas, filem tu tak mengandungi adegan seks/seram/ganas lagilah, bodoh!)
Okay cukup. Berbalik kepada Wilayah Kutu. Antologi ini mengandungi segala elemen untuk dikelaskan "R" oleh MPAA.
1) Violence/Crime:
Bunuh dan hisap dadah dalam "In Memoriam"
2) Impunity/Hate:
Penunggang Keling tu bebal sungguh... dalam "Hempuk"
Cina, kalau sua tengkuk, mahu dikeratnya leher kita... Cina estet babi tu mesti bawa celaka punya! dalam "Anak Kepala Anjing"
3) Sex/Homosexuality:
di atas ranjang bersama suami tersayang... Kiran begitu bangga dapat melaksanakan dengan cemerlang kesemua sepuluh tip menggunakan buah dada untuk suaminya... suaminya begitu terpegun dengan pengetahuan dan bakat seks Kiran... Kiran mempraktikkan satu kaedah khas yang memerlukan penggunaan aiskrim Cornetto dan beg plastik warna merah jambu... seks dalam "Orang Ketiga"
Walaupun dah beratus-ratus jantan yang aku rasa, main dengan dia tetap sedap gila... Aku menegaskan bahawa aku tidak akan berubah dan semua manusia-manusia gay sehaluan dengan aku (kecuali dia, kerana dia gay dayus)... homoseksualiti dalam "Penunggu Malam"
4) Drugs/Alcohol:
Saat-saat nikmat ni, bila ganja mengasap tiap hujung saraf otak, aku rasa macam satu hal punya tenang menyirap sampai hujung jari dan terapung-apung kat belakang mata stim aku ni... dadah dalam "In Memoriam"
Kepalaku dan seluruh nadiku penuh dengan air kencing setan... Malam ini aku mabuk lagi... alkohol dalam "Penunggu Malam"
5) Offense to God:
Bukankah Tuhan main daki di pusat? menghina Tuhan dalam "Aku & Tuhan"
(Okay, okay, sebagai bait puisi, aku tak harus baca ini secara literal.)
6) Murder/Suicide:
Dia pegang muncung botol tu. Kat belah bawah botol yang pecah tu ada taring-taring kaca yang tajam. Selisih saja dengan Olie budak Cina tu rodok botol kuat-kuat pada perut Olie. Darah menyembur keluar... tak berapa minit lepas tu dia mati, sebab darah hilang banyak sangat... bunuh dalam "In Memoriam"
Aku mau mati. Mampus. Macam katak digelek lori... bunuh diri dalam "Penunggu Malam" (Okayyy, belum sampai tahap suicide. Tapi ada suicidal tendency kan?)
Selain elemen di atas, antologi ini juga mengandungi elemen-elemen lain yang LPF tak suka, seperti:
i) perkataan mencarut (burit dan pukimak) ;
ii) nudity (Perlahan-lahan dia buka butang baju tidurnya. Satu. Satu. Satu. Sampai habis. Perlahan-lahan dia melurutkan bajunya ke lantai.) ;
iii) budaya transvestism (Suaminya sedang memakai kasut tumit tinggi, kakinya tersarung stokin net jarang yang berakhir di bawah suatu miniskirt hitam, berbelah seksi di tepi.) ; dan
iv) misteri/tahyul (seorang gadis yang ditegur penunggu dan diserang histeria...)
Cakappp!!! Dengan semua ini, apa lagi yang sisi gelap kau ingin baca tapi Wilayah Kutu tak tawarkan???
Tersengih
Tidaklah lucah/seram/ganas saja sepanjang naskhah sampai kau menekup muka dengan kedua-dua tangan dan membaca buku ini dari celahan jari. Ada juga ayat-ayat kelakar yang boleh buat kau tersengih. Aku tersengih membaca kenapa KRU pakai jaket kulit ("Almari Buku" - Sufian Abas), dan kenapa Olie dipanggil Olie ("In Memoriam" - Dhojee).
Dan sengih aku semakin lebar, membaca kisah sinis tajam menikam, tentang orang yang percaya tanpa menyiasat, menghukum tanpa bicara, dan walaupun terbukti silap masih berlagak benar, dalam "Anak Kepala Anjing" oleh Ruhayat X.
Penulis
Karya-karya dalam antologi ini dihasilkan oleh nama-nama yang biasa aku lihat di internet (macam Ruhayat X, Nizam Zakaria, Sufian Abas dan Danny Lim). Juga satu nama yang biasa aku lihat di ruangan sastera Berita Minggu dan Mingguan Malaysia (Saifullizan Tahir).
Kalau tak baca biodatanya pun, kita boleh tahu Saifullizan ini arkitek. Membaca tulisannya, banyak deskripsi dengan terminologi arkitektur. Bangunan-bangunannya... ada art nouveau, ada neo classical, ada post modern dan hi-tech pun ada dalam "Lupa". Senibina era Victoria kekal tersergam walaupun dunia sudah memasuki kurun baru dalam "Pintu". Dan deskripsi banglo lama tinggalan zaman kolonial yang terperinci dalam "Rumah Terbuka".
Dan topik kegemaran Saifullizan berkisar kesihatan mental dan personality disorder. Tema keempat-empat cerpennya dalam ruang lingkup psikiatri/neurologi/psikologi. Amnesia (hilang ingatan) dalam "Lupa". Depression (kemurungan) dalam "Pintu". Narcissism (terlampau taksub kendiri) dalam "Cinta Narkisisme II". Dan schizoid, lebih suka bersendiri daripada bercampur orang, dalam "Rumah Terbuka".
(Dan kalau kau suka cerita-cerita orang jiwa kacau seperti ini, Sufian Abas menambah sedikit perencah exhibitionism: cerita Sufaizah yang cenderung mendedah tubuh untuk tagih perhatian; dan Dhojee dengan transvestism: kisah suami yang cross-dressing.)
Seperti Saifullizan yang terikat dengan tema personality disorder, Nizam Zakaria juga terikat dengan satu tema. Homoerotik. Ketiga-tiga cerpennya berkisar tema homoerotik. Dengan suntikan sci-fi dalam salah satunya.
(Ada cerpen Nizam bertajuk "Almari". Untuk pengetahuan am: si homoseksual yang tidak mendedahkan citarasa seksualnya biasanya disebut sebagai "being in the closet" (berada dalam almari). Sebab tu tajuk "Almari" tu.)
Penulis-penulis lain, karya mereka agak rencam. Tidak terikat dengan satu tema atau gaya.
Ada juga karya yang bukan cerpen. Macam puisi-puisi oleh Jerome Kugan. Dan cerita-cerita bergambar (ala-komik) oleh Danny Lim.
Sedap
Tulisan yang paling menghiburkan aku, secara peribadi, adalah "Anak Kepala Anjing" oleh Ruhayat X dan "In Memoriam" oleh Dhojee. "Kamus Hantu" pun aku suka juga. Diikuti karya-karya Saifullizan Tahir dan Sufian Abas.
Aku bayangkan Wilayah Kutu ini macam pizza. Karya-karya rencam, pelbagai tema dan gaya pula, macam pepperoni, daging, ayam, bawang, cendawan butang dan nenas yang ditabur di atasnya. Sedap. Sudah tentu, kalau sisi gelap kau laparkan bacaan Bahasa Melayu, Wilayah Kutu inilah makanannya!
NOTA: Kalau kau nak Wilayah Kutu, dapatkan dari Sufian Abas atau Ruhayat X. Dan kalau kau selebriti, macam aku, kau mungkin dapat percuma juga :)
# MJ | Permalink |
|