Thursday, August 04, 2005

JURING FINALE


Ada persamaan antara Adzlin dan Basri. Semasa ujibakat dahulu, Adzlin menduduki ranking kedua peserta wanita (selepas Liyanna), manakala Basri menduduki ranking kedua peserta lelaki (selepas Lapan).

Ketika rancangan berlangsung, Adzlin dan Basri membuktikan kehebatan mereka. Dalam tujuh episod, mereka menang lima! Adzlin menjuarai episod "Berita Hangat" dan "Siri TV Tempatan". Manakala Basri menjuarai episod "Kau Buat Aku Ketawa", "Rangsangan Nafsu" dan "Sentuhan Hati". Dua episod lagi dimenangi oleh Lapan ("Peluang Kedua Untuk Arkib") dan Liyanna ("Lawatan Sambil Belajar").

Sepatutnya, untuk episod ke-8, ada tiga peserta bersaing: Adzlin, Basri dan Liyanna. Dan dua peserta akhir akan bersaing dalam episod ke-9. Bagaimanapun, apabila Liyanna menarik diri pada episod ke-8, Wasit telah menukar formula pengiraan mata akhir kepada:

Markah Tugasan Ke-8 + Markah Tugasan Ke-9 = Markah Final

Tugasan ke-8, "TOKOH WEB", meminta peserta menemubual seorang personaliti web dengan 10 soalan.

Adzlin menemubual blogger sosio-politik, Pakdi.
Basri menemubual sasterawan cyber, Nizam Zakaria.

Tugasan ke-9 pula adalah tugasan misteri, yang dihakimi oleh juri misteri juga. Punyalah misteri, sampai Adzlin dan Basri sendiri pun tidak tahu apa tugasan itu dan siapa jurinya.

Pada 24 Julai 2005, penerbit talk-show DIABLOG (Dialog Blog) telah menjemput Wakdin, Basri, ND dan Adzlin sebagai panel. Moderator DIABLOG episod tersebut adalah Cik Daun. Dan penerbit rancangan, seperti biasa, Nazmi.

Tanpa disedari Adzlin dan Basri, penerbit JURING sebenarnya telah berpakat dengan penerbit DIABLOG. Menjadi panel dialog blog sebenarnya {SURPRISEEEE!!!} adalah tugasan ke-9 untuk Adzlin dan Basri!

Tanpa pengetahuan Adzlin dan Basri, Cik Daun dan Nazmi adalah {SURPRISEEE!!!} juri untuk tugasan ke-9 itu.

Setelah selesai tugasan ke-8, dan rancangan DIABLOG itu, Adzlin dan Basri pun dok menanti apakah tugasan ke-9 mereka. Yang sebenarnya, mereka telah pun melaksanakan tugasan ke-9 itu. Dan tugasan mereka telah pun dinilai!

Untuk tugasan ke-8, setelah membaca hasil wawancara kedua-dua peserta, ketiga-tiga Wasit dan Juri (Tok Rimau, MJ dan Pak Bear) sepakat memilih Basri sebagai pemenang. Untuk tugasan ke-9 pula, setelah menilai kebolehan peserta menjawab soalan lisan berkaitan dunia komuniti weblog Malaysia, kedua-dua Cik Daun dan Nazmi turut memilih Basri sebagai pemenang.

Keputusan Final: Basri mengalahkan Adzlin 5 - 0.

Sembilan minggu peserta JURING bertarung menulis ulasan kritis, komentar sosial dan karya kreatif yang merangsang intelek, menyentuh emosi dan mencuit hati. Setiap minggu seorang peserta tersingkir. Akhirnya, tinggal Basri kekal dalam gelanggang.

TAHNIAH BASRI!
BLOGGER TERHEBAT!
JUARA JURING MUSIM PERTAMA!