AKHIR AF3

Aku lebih enjoy konsert final AF2 berbanding AF3. Kecuali Aduh Saliha, lagu-lagu baru AF3 tidak melekat dalam kepala aku selepas konsert, berbanding lagu-lagu AF2 seperti Milikku (Zahid), Haruskah (Adam), Tangisan Dalam Kerinduan (Farah) dan Cinta Seorang Teman (Bob).
Lagu-lagu baru AF3 yang lain bukan tak sedap. Sedap. Tapi tak dinyanyikan dengan sedap oleh finalis AF3. Tak ada finalis AF3 yang mempamer vokal se-power Bob AF2. Pun begitu, dengan vokal yang power, tanpa fizikal dan personaliti yang seiring, Bob jadi pengacara rancangan kanak-kanak sajalah. "Hai adik-adik, kalau adik-adik gemuk macam ni, jangan mimpilah nak jadi penyanyi. Abang Bob harap adik-adik dapat pengajaran yang berguna hari ini. Tata!"
Felix mengecewakan. Dia semput. Nafas pendek. Masa kedua-dua lagu. Dia tarik tak jadi masa "Kudaku Lari" versi rock. Padahal dia boleh tarik dengan baik masa "Hukum Karma" dulu. Dia patut dapat nombor empat semalam (PATUT, aku bilang, PATUT!).
Kerana kemenangan ditentukan undi SMS, sejak awal-awal lagi aku melihat final AF3 sebagai persaingan antara Amylea dan Marsha merebut tempat ketiga. Juara dan Naib Juara dah ditempah Mawi dan Felix.
Ya Azhan Jusoh, aku blog tentang "isu picisan" hari ini. Tapi hey, Ahli Parlimen pun tak debat isu serius hari-hari kau tahu. "Isu picisan" - termasuk AF - berkumandang di dewan yang mulia itu. Pernah dengar Kepimpinan Melalui Teladan?
Oh ya, akhbar yang menyiarkan pendapat kau tu, apa tajuk utama muka depannya hari ini?
"MAWI JUARA AF3"
Haha! Pemimpin negara dan media arus perdana pun bersama kami. Kau keseorangan Azhan.
AFvokal & AFbaik
Untuk pilih Vokal dan Persembahan Terbaik?
Taik lembu!
Untuk mengaut untung berganda sebenarnya.
Kalau nak pilih Vokal dan Persembahan Terbaik, tak payahlah pakai undi SMS. Pakai juri profesional sajalah. Kau bising dalam talk-show terbitan kau sendiri, penonton Malaysia tak undi berdasarkan vokal dan persembahan, lepas tu kau buat AFVOKAL dan AFBAIK? Ha?
Vokal Mawi baik malam tadi. Tapi AFVOKAL tu untuk kesemua 14 peserta sepanjang 10 minggu pertandingan. Ada orang lain yang lebih berhak rasanya. Dan kalau AFBAIK tu untuk empat finalis, rasanya persembahan "Sweet Child of Mine" oleh Amylea adalah yang terbaik. Hebat bertenaga.
Tapi Mawi menang kedua-dua. Sebab dia ramai peminat.
Jangankan yang subjektif macam vokal dan persembahan. Kalau kau buat AFTINGGI, AFPENDEK, AFKURUS dan AFGEMUK untuk pelajar paling tinggi, paling pendek, paling kurus dan paling gemuk pun, pemenangnya:
Pelajar Paling Tinggi: Mawi
Pelajar Paling Pendek: Mawi
Pelajar Paling Kurus: Mawi
Pelajar Paling Gemuk: Mawi
Malah, kalau kau buat AFTETEK untuk pelajar tetek paling besar pun, Mawi menang!
Adlin on Aduh Saliha
Adlin kata: "Tak sangka lagu ni dari M Nasir!"
Ha? Ayat dia tu boleh bawa dua maksud.
Kalau dia anggap M Nasir tu komposer yang hebat, statement dia mungkin bermaksud lagu ni tak sedap. Sebaliknya, kalau dia rasa lagu tu sedap, statement dia boleh membawa maksud M Nasir komposer yang hampeh.
Lepas tu dia hums melodi korus. Dia kata tak sangka M Nasir boleh buat melodi macam tu. "Macam rap pun ada!" kata Adlin.
Rap tak rap sangatlah. Tapi kalau rap pun, aku rasa, bukan benda pelik pun. M Nasir pernah rap apa dalam lagu "Bukalah Hatimu":
"Yo! Berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Bla bla bla"
Rezeki
Adakah peminat Yazer dan Kefli berasa: "Kalau Mawi dan Marsha tak diserap masuk balik, Yazer dan Keflilah yang berada di final."
Peminat Akma pulak sambung: "Dan Akma dapat hadiah tempat ke-5."
Mawi kata dia percaya pada rezeki.
Bukan rezeki Yazer dan Kefli untuk masuk final. Dan bukan rezeki Akma untuk dapat nombor 5.
Rezeki Mawi.
Sekurang-kurangnya, mereka dapatlah jugak rezeki. Kita?
Berita Minggu kata jumlah AFUNDI musim ini: 10.7 juta. Kalau darab RM0.65, maksudnya rakyat Malaysia membelanjakan RM6,955,000 untuk AFUNDI.
Lepas tu komplen tak cukup duit bila kerajaan naikkan harga minyak, tak tambah subsidi, harga barang naik, dan sebagainya. Kah kah kah!
Kawan-kawan, kita enjoy tengok AF macam tengok Hiburan Minggu Ini sudahlah. Tak payahlah AFUNDI. Satu AFUNDI harganya sama dengan 0.4 liter petrol. Bayangkan.
Mawi Berhak
Pergi jauhkah Mawi selepas ini?
Vince dan Zahid, dapat AFUNDI banyak, tapi album tak laku. Kata Iman Wan dalam "Tanya Linda": "Kalau betul peminat, beli album!"
Fazley, dalam rancangan yang sama, episod yang lain: "AF pun guna tagline: 'Dah Demam?'. Demam tu benda yang sementara. Mana ada orang demam sepanjang masa. Sebab itulah lepas habis AF, orang lupa."
Apa pun, kehadiran Mawi mengisi kekosongan penyanyi bersuara jantan tanahair. Muak jugak aku semua orang nak jadi Anuar Zain.
Persetankan undi SMS. Ini ranking aku untuk konsert semalam:
1) Mawi
2) Amylea
3) Marsha
4) Felix
Kita tunggu ranking Tok Rimau dan Pak Bear pulak. (Damn, aku rindu Juring!)

<< Home