Wednesday, July 06, 2005
YANG FAZURA NAK
 Dalam Pancaindera (sisipan Mingguan Malaysia) hari tu. Ada wawancara dengan pelakon Fazura. Ditanya soal cinta, dia kata:
"Saya mencari lelaki Melayu yang sejati. Kalau boleh saya tak mahu bertemu jodoh dengan lelaki yang terlalu asyik dengan dunia hiburan yang melekakan. Tetapi itulah masalahnya. Banyak lelaki sekarang suka mabuk-mabuk, setiap minggu mahu pergi disko, saya bosan. Sejujurnya lelaki yang macam ini mudah dicari, tetapi bukan untuk dijadikan sebagai suami..."
Laa... dah kau pergi tempat-tempat macam tu, lelaki-lelaki macam tu la yang kau jumpa. Cuba kau rajin pergi stadium, mesti kau jumpa yang suka tengok bola. Takkan itu pun aku nak ajar?
Kalau nak sayur, pergi cari kat pasar la woi. Kau cari sayur kat kedai basikal mana nak jumpa. Kau nak apa Fazura? Meh aku cakap kat mana nak cari.
Fazura kata:
"Saya suka kepada lelaki yang ada hobi. Lelaki yang kuat baca buku dan menyayangi keluarga mereka. Orang macam ini mampu menjadi suami yang baik sebab dia tahu tanggungjawab..."
Kalau nak yang kuat baca buku, pergi cari kat library. Tapi masalahnya Fazura, kalau kau rajin pergi library, habis lelaki handsome tak datang library lagi.
[lagu latar] Tiada puisi atau lagu... Tiada potret tiada ragu... Yang dapat ku ilham seindahmu... [/lagu latar]
Fazura: Lama tak datang perpustakaan?
Mat Jan: Tak dapat tumpu study la kat situ.
[lagu latar] Nyata kau satu dalam berjuta... Bla bla bla... [/lagu latar]
# MJ | Permalink |
|