Sunday, July 03, 2005
PANGGILAN PULAU
 (Gambar oleh Shahnon.) Aku rasa aku nak pindah ke Pulau.
Bukan aku tak enjoy tinggal di Seberang. Aku enjoy. Sewa rumah murah. Ada washing machine. Ada ASTRO. Tapi kos tambang bas dan feri sehari-hari, ditambah pula tambang teksi yang mahal gila kalau aku balik tengah malam, jadi faktor penolak untuk aku terus kekal di sini.
Kalau sewa di Pulau dua kali ganda sewa di Seberang pun, aku lebih untung setelah ditolak tambang feri dan kos perjalanan pergi balik dari rumah ke jeti. Itu baru penjimatan wang. Aku belum kira penjimatan masa lagi. Masa menunggu, bas dan feri, dan masa perjalanan. Dan oh ya, penjimatan tenaga, berjalan kaki dan naik turun tangga.
Aku dapat gunakan wang, masa dan tenaga tu untuk aktiviti yang lebih berfaedah. Ewah!
Okay. Aku mencari BILIK UNTUK DISEWA di Pulau Pinang. Sewa sebulan RM200 ke bawah. Kemasukan segera. Siapa-siapa ada lubang sila email jongkangz AT yahoo DOT com. Atau respon di sini saja. Terima kasih.
# MJ | Permalink |
|