Sunday, July 24, 2005
JURING 7
Tugasan "Sentuhan Hati" meminta peserta menyentuh hati pembaca dengan catatan yang sweet, sebak atau romantik.
Tok Rimau memilih catatan Liyanna sebagai pemenang. Pak Bear dan MJ memilih catatan Basri. Berikut adalah kedudukan keseluruhan carta setelah markah dicongak:
1) Basri 2) Liyanna 3) Adzlin 4) ND
(Bandingkan dengan undi peminat: Liyanna 35%, Adzlin 29%, Basri 23%, ND 11%)
Tok Rimau: "Oleh yang demikian ND, kau telah dijuring keluar dari gelanggang. {kesat air mata} Tiada hadiah untuk kau. Talileher sebagai saguhati pun tiada. {kesat hingus} Tapi wasit mendoakan sebagai hadiah. Semoga kau terus berjaya dan ada syarikat rakaman lain buat album kau."
MJ: "Lontaran suara awak tak jelas. Saya tak dengar apa yang awak cakap. Pitching berterabur ke laut. Keluar acuan terus. Jiwa awak kosong. Tak ada feel. Low note tak sampai. High note awak pulak tak ada kawalan. Sepatutnya ditahan, kasi sustain. Falseto lemah. Improvisation R&B awak tak menjadi. Tapi awak handsome... insyaallah ada syarikat rakaman lain buat album awak."
Tinggal tiga peserta bersaing dalam tugasan ke-8: "Tokoh Web". Peserta diminta menemubual seorang personaliti web dengan 10 soalan.
Liyanna bagaimanapun menarik diri dari pertandingan kerana sibuk menyesuaikan diri dengan sekolah baru, dan oh ya, sibuk membiasakan diri dengan jamban tinggung juga. Selamat belajar ya!
Penarikan diri Liyanna membuatkan peminat tertanya-tanya, adakah tugasan ke-8 ini menjadi tugasan akhir memandangkan hanya tinggal dua peserta saja dalam gelanggang? Atau ada tugasan ke-9 yang harus disahut Adzlin dan Basri?
Kita tunggu dan lihat.
Siapa Akan Dinobat Sebagai Juara Sulung JURING?
# MJ | Permalink |
|