Thursday, July 07, 2005
JURING 6
 Tugasan "Siri TV Tempatan" meminta peserta membentang kelemahan yang ada dalam sebuah siri TV tempatan, dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Basri mengulas Malaysian Top Host (TV3) ND - Dapat Autoshow (TV3) Liyanna - AH-HA (8TV) Adzlin - My Time Out (NTV7) Engku - Nasyid Minggu Ini (RTM)
Setelah menilai hasil tugasan para peserta, ketiga-tiga wasit dan juri (Tok Rimau, Pak Bear dan MJ) sepakat memilih Adzlin sebagai juara dan ND sebagai naib juara. Tahniah kepada Adzlin dan ND.
Selepas Tok Rimau dan Pak Bear memberi komen dan mata, peminat menjadi suspense kerana Basri, Liyanna dan Engku berkongsi mata di tempat terbawah. Semua tertanya-tanya siapakah yang akan dijuring keluar kali ini. Persoalan terjawab apabila MJ memberi komen dan mata akhir.
Berikut adalah kedudukan keseluruhan carta, setelah dicongak jumlah mata yang diberikan setiap juri:
1) Adzlin 2) ND 3) Liyanna 4) Basri 5) Engku
(Bandingkan dengan undi peminat: Basri 37%, ND 25%, Adzlin 12%, Engku 12%, Liyanna 12%)
Tok Rimau: "Engku, kau adalah peserta yang berdisiplin. Namun begitu, disiplin sahaja tidak cukup. Untuk jadi juara, peserta perlu menggunakan bakat dan kepakaran dengan baik. Jika ada bakat tapi terus direndam juga tidak memadai. Jika ada kepakaran tapi tak digunakan juga tidak ke mana. Maka, secara rasminya, kau dijuring dengan talak 3!"
Tinggal 4 peserta, 2 lelaki dan 2 perempuan, bersaing dalam tugasan ke-7: "Sentuhan Hati". Perserta diminta menulis catatan yang boleh menyentuh hati pembaca. Yang boleh membuat orang berkata "ahhhh sweetnya", "sebaknya membaca tulisan ini" atau "ish romantiknya".
Yang menariknya, peminat menyaksikan episod ke-7 ini sebagai perang "Geng Adam" dan "Geng Hawa". Geng Adam diwakili Basri dan ND. Manakala Geng Hawa diwakili Adzlin dan Liyanna. Geng mana yang lebih sweet, romantik dan pandai menyentuh hati? Sama-samalah kita saksikan...
Siapa Akan Dijuring Minggu Depan?
+ Gelanggang Juring +
# MJ | Permalink |
|