Wednesday, July 13, 2005
CEST LA VIE
Pernah. Nelayan cakap dalam tv. Pihak berwajib tak perlu beri bantuan bot dan pukat lagi. Mereka susah bukan kerana tak ada bot dan pukat. Tapi kerana tak ada IKAN. Kapal korek pasir dan kapal besi buruk mengeruhkan air dan menghilangkan ikan. Kesian.
Menambah garam di luka, harga diesel naik pula. Sekali keluar menangkap ikan, confirm keluar RM20 untuk isi minyak bot. Tapi ada hari hasil tangkapan tak sampai RM20 pun. Rugi.
Ada yang simpan duit 20 tahun. Beli bot RM30,000 dan jadi nelayan laut dalam. Dapat hasil lumayan. Tapi dua hari saja. Lepas tu lanun rompak bot tu tengah-tengah laut. Dua puluh tahun kumpul duit untuk beli bot tu, sekelip mata saja hilang! Kembali jadi nelayan laut cetek.
"Jadi nelayan ni bertaruh nasib. Macam berjudi. Kau keluar duit, hasil belum tentu. Jadi nelayan boleh jatuh hukum HARAM," kata Asan.
Ha? Nasib baik Asan tak jadi mufti. Kalau tidak, mahu ramai bunuh diri, bila Sahibul Samahah Asan keluarkan fatwa: "hidup hukumnya haram!". Sebab hidup pun bertaruh nasib juga.
# MJ | Permalink |
|