Thursday, March 10, 2005

DADAH: SATU SURVEY SONGSANG

(Untuk pembaca Jongkang Jongket yang TIDAK MENAGIH DADAH sahaja.)

Biasa orang buat survey tentang faktor-faktor orang menagih dadah. Ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya, mencari ketenangan jiwa, menghilangkan stress, mengisi masa lapang secara tidak berfaedah, keluarga porak-peranda, kurang penghayatan nilai-nilai agama, dan lain-lain.

Atas cadangan Zest, mari kita buat survey terhadap orang yang tidak menagih pula.

Soalan: KENAPA ANDA TIDAK MENAGIH DADAH?

KEMASKINI 13/03/05: HASIL SURVEY

Faktor-faktor orang tidak menagih dadah:

1. ketagih benda lain (contoh: ketagih dadih, ketagih dada, ketagih rokok, ketagih kasih sayang);
2. bapak garang;
3. takdak duit/dadah mahal;
4. tiada dalam agenda hidup;
5. takde faedah/kerja bodo;
6. sebab dadah tu bahaya;
7. jijik;
8. tak sedap/tak kenyang/tak suka;
9. takde peluang/takde org ajak;
10. tak tau nak beli kat mana;
11. proses hisap dadah yg leceh;
12. takutkan Allah;
13. pengaruh media;
14. tak rasa nak cuba/takut nak cuba;
15. didikan dari kecil;
16. tak mahu masuk pusat serenti;
17. nak jaga nama baik keluarga;
18. nak jadi calon menantu pilihan para mentua.