Jika kau ingin respon terhadap satu-satu catatan, sila klik kalimah "Respon" di bawah catatan berkenaan. Apa-apa yang tak berkaitan dengan topik yang aku catat, baru masuk BUKU TAMU. Terima kasih.

Nama:

Email:

Web:

Mesej:

buka buku tamu dalam tetingkap baru

kroni.biz

Blogger

Weblog Commenting by HaloScan.com

Creative Commons License
JoNgKaNg JoNgKeT
is licensed under a
Creative Commons License.

BLOGGER'S DISCLAIMER

online

Listed on BlogShares

Blog ini nampak
handsome dalam:
Internet Explorer 6.0
resolusi 800x600 ke atas

Thursday, September 30, 2004

E=mc2


Menonton rancangan kuiz "Buddies" di TV3 petang tadi. Pengacaranya lawa, Sharifah Sofia, ermm... besarnya dia punya err... BAKAT! Dia berbakat besar, heh!

Dia tanya soalan: "Albert Einstein terkenal dengan teori apa?"

Bzzztt!!! Peserta menekan buzzer. "E=mc2," jawab peserta tu.

"Salah," kata Sharifah Sofia, "jawapan yang sebenarnya ialah Theory of Relativity."

Dan peserta tadi pun dilumur dengan tepung dan krim dan ditembak dengan pistol air.(Dalam kuiz ini, kalau jawab salah, kena denda macam tu.)

Padahal E=mc2 tu equation untuk Theory of Relativity. Tapi sebab jawapan dia tak sama dengan jawapan kat tangan pengacara, maka dia dikira salah! Yang peserta tu pun pasrah. Dia tak argue pun.

Tapi Sharifah Sofia memang mempunyai sepasang BAKAT yang besar (nyam nyam!). Itu tak boleh nak argue :)

Kepala Baru

Anda tidak memerlukan kuasa "x-ray vision" Superman untuk melihat blog itu bagus atau tidak. Kerana blog yang bagus mempunyai logo "Mat Jan inside". {muzik intel: ting-tong-ting-tong}

Hahaha! Tiru iklan "Superman" Intel. Aku buat "kepala" baru untuk blog aku. Watak "Super Jan" (Mat Jan berbaju Superman) dilukis oleh, err, kawan Zhoulsz. Logo "Mat Jan inside" of course aku tiru logo "Intel inside" {muzik: ting-tong-ting-tong}.

# MJ | Permalink


Tuesday, September 28, 2004

NAK KE TAK NAK?


"TAK NAK! Setiap sedutan membawa padah," kata Kementerian Kesihatan.

"Pastikan anda menghisap rokok yang sah bla bla... dakwat keselamatan dan setem cukai bla bla," kata Kastam Diraja Malaysia.

Satu pihak buat iklan larang orang hisap rokok. Satu pihak lagi buat iklan suruh orang hisap rokok (yang sah).

Hahaha! Ini sungguh menghiburkan!

# MJ | Permalink


Monday, September 27, 2004

PERHIMPUNAN UMNO & ANUGERAH ERA

Persamaan perhimpunan UMNO dengan Anugerah Era:

1) BERBEZA DENGAN YANG LEPAS-LEPAS

Saban tahun menonton ucapan penangguhan Presiden UMNO di tv. Bezanya ucapan Pak Lah dengan ucapan Dr M: Pak Lah tak tibai PAS langsung!

Saban tahun menonton anugerah hiburan di tv. Bezanya Anugerah Era 2004: Siti Nurhaliza tak menang langsung!

2) CALON FAVOURITE TAK MENANG

Pemilihan UMNO: calon favourite tak menang. Siapa sangka Isa Samad masuk carta? Muhyiddin yang dijangka dapat undi tertinggi cuma dapat tempat ketiga.

Anugerah ERA: pun calon favourite tak menang! Kalau sebut Too Phat, Ruffedge, KRU orang kenal. Kalau sebut Raihan, Rabbani pun orang kenal. Tapi Mirwana? Hah, Mirwarna mengalahkan Too Phat, Ruffedge, KRU dalam kategori "Vokal Duo/Berkumpulan" dan mengalahkan Raihan, Rabbani dalam kategori "Lagu Nasyid Pilihan". Menghairankan kerana Anugerah Era adalah berdasarkan populariti, macam mana artis tak popular boleh menang? Adakah Anugerah Era juga seperti pemilihan UMNO, undian pendengar radio dipengaruhi politik wang?

3) ORANG LAMA BUAT COMEBACK

Pemilihan UMNO: orang lama buat comeback. Rahim Thamby Chik masuk carta. Last sekali dia menang tahun 1987.

Anugerah Era: pun orang lama buat comeback! Nassier Wahab menang "Vokal Lelaki Pilihan" mengalahkan Anuar Zain dan Yusry! Last sekali Nassier Wahab menang apa-apa adalah pada tahun err... entah... aku rasa dia pernah jadi finalis Juara Lagu.

4) ADA SIARAN LANGSUNG, ADA LAWAK JENAKA, ADA NYANYI-NYANYI

Anugerah Era: disiarkan secara langsung di ASTRO Ria, ada penyampai anugerah buat lawak, ada artis nyanyi-nyanyi.

Perhimpunan UMNO: disiarkan secara langsung oleh semua stesen tv, ada perwakilan buat lawak masa berucap, ada nyanyi-nyanyi (lagu UMNO).

Definisi "wibawa"

Sebelum pemilihan, Pak Lah pesan: "Pilihlah pemimpin yang berwibawa". Maka SHAHRIR SAMAD KALAH naib presiden, dan RAHIM THAMBY CHIK MENANG majlis tertinggi. Hahahahahahaha!

Khir Toyo dapat undi tertinggi untuk MT. Tapi masa dicalonkan untuk naib ketua pemuda, dia dapat pencalonan tersikit. Mungkin dia BERWIBAWA untuk MT, tapi tak cukup BERWIBAWA untuk naib ketua pemuda. Ya lah, calon naib ketua pemuda yang lain lebih BERWIBAWA: seorang menantu Pak Lah, seorang lagi anak Dr M. Kesian Khir, dia cuma anak Toyo.

Sekarang aku tahu definisi wibawa.

Siti Nurhaliza

Kenapa agaknya orang tak undi Siti lagi? Dia kalah kepada Ziana Zain dalam kategori "Lagu Pop" dan kalah kepada Misha Omar dalam kategori "Vokal Wanita". Adakah Siti tidak berwibawa? Hahahahahahahaha!

# MJ | Permalink


Wednesday, September 22, 2004

CHAR KOAY TEOW

Char koay teow paling sedap di dunia, di Bukit Mertajam. Klik gambar di bawah untuk gambar yang lebih besar:


Melihat gambarnya saja sudah buat lantaiku berlendir, kerana dibasahi air liurku yang menitik-nitik tanpa henti, bak hujan lebat di musim tengkujuh, kilat sabung-menyabung, guruh berdentum-dentam, berbahaya kepada bot-bot kecil.

Kepada ex-housemates ku di Shah Alam, jika korang kata char koay teow JJ Panang tu sedap, cuba korang rasa char koay teow ni. Nescaya korang akan cari Pesuruhjaya Sumpah dan buat kenyataan bersumpah bahawa char koay teow ni lebih sedap daripada char koay teow JJ Panang.

Udang-udangnya besar-besar. Kau kena kais udang, baru nampak koay teow. Bak kata orang tua-tua: kais pagi makan pagi, kais udang makan koay teow. Ada udang di sebalik batu, ada koay teow di sebalik udang.

Kuahnya yang lazat, buat kau hirup hingga titisan yang terakhir. Tukang lap meja tak banyak kerja, kerana kesedapannya buat pelanggan tak tumpahkan setitik pun kuah ke atas meja. Kalau menitik atas meja pun, pelanggan akan jilat!

Klik sini untuk aksi orang mentekedarah char koay teow

Cuba sekali pasti nak lagi. Cuba dua kali, kau boleh ditahan di Pusat Pemulihan Penagih Koay Teow!

Char Mun Tah

Waktu aku pergi Langkawi dengan Purbe, Fariz dan Aida, aku order char koay teow. Dan aku expect koay teow goreng basah berkuah berwarna merah-merah, seperti mana yang aku makan di tempat-tempat lain di planet Bumi. Tapi yang sampai: koay teow berwarna putih lembik-lembik di dalam sup berlendir!!! Eeyuck!!! Ini benda kedua paling jijik selepas ahli politik!

Kalau aku siarkan gambarnya di sini, blog aku akan diklasifikasikan oleh LPB (Lembaga Penapisan Blog) sebagai 18JJ: untuk 18 tahun ke atas, blog ini mengandungi adegan-adegan jijik yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Menyangkakan waiter silap hantar, aku bertanya: "Ini char koay teow?"

Waiter jawab: "Ya, ini char koay teow!"

Damn! Aku tahu, nama makanan berbeza mengikut tempat. Minta onde-onde di Melaka, kau akan dapat buah melaka. Minta onde-onde di Kedah, kau akan dapat kuih bom. Tapi, minta char koay teow dapat koay teow sup lendir adalah benda yang tak dapat aku terima!!!

"Char" dalam bahasa Cina bermaksud "GORENG", jadi mahu tak mahu, char koay teow mesti DIGORENG. Kalau kau hidang koay teow REBUS, itu bukan char koay teow. Kadang-kadang orang kita ni boh nama masakan ikut sedap kepala lutut dia aje, tanpa mengetahui asal-usul perkataan tu.

Makan sesudu aku dah surrender. Aku kata: "Aku rasa macam depa muntah atas pinggan dan hidang kat aku!"

Kata-kata aku buat Purbe dan Fariz tergelak, dan buat Aida tak lalu makan.

Kemudiannya aku discover kenapa char koay teow Langkawi berwarna putih dan bukannya merah. Ia terkena badi DARAH MAHSURI!!!

# MJ | Permalink


Friday, September 17, 2004

KEMBARA MERDEKA


Ini entry tertangguh. Aku pergi KL empat hari (28/29/30/31 Ogos). Aku dan Purbe naik bas dari Penang. Sampai KL, kami lenjan kereta Langsat (dia balik Kelantan). Lepas tu, aku teman Purbe jumpa kawan dia kat KLCC. Dan seperti biasa, bila pergi KL, kami menginap di Pnut Inn.

Dua Puluh Sembilan

29 Ogos, kami pergi Port Klang. Kenduri kahwin abang Mely (bila turn Mely pulak?). Lepas kenduri, aku, Purbe dan Salina nak pergi Hospital Klang tengok Pika. Last sekali tengok Pika, 23 haribulan, sehari lepas konvo. Aku pergi dengan Ana. Masa tu Pika dah boleh gerak-gerak kaki kanan. Kali ni tak sempat sampai hospital, Ep call, dia kata Pika dah keluar wad. Balik kampung. Maka aku, Purbe dan Salina pun pergi Jaya Jusco Bukit Raja. Lepas tu kami pergi makan-makan kat Muara Seafood -- aku, Purbe, Salina, Ana, Ep, Kak Zar, Abang Nasir (husband Kak Zar), Ika (anak Kak Zar), Zino dan isteri.

Mat Jan dan Ana tengok sunset nasi sudah sampai ke pangkal lengan

Lepas tu aku, Purbe, Ep dan Salina pergi makan char koay teow kat Batu Tiga, Shah Alam. Tak boleh lawan char koay teow Penang (aduh, membayangkannya saja sudah buat kelenjar liur aku merembes). Tapi lebih sedap dari char koay teow Langkawi (eeyuck!). Lain kalilah aku cerita pasal char koay teow Penang dan Langkawi ni.

Tiga Puluh

30 Ogos, pagi-pagi buta aku dan Purbe pergi Hentian Putra ambik Langsat yang baru balik dari Kelantan. Lepas tu kami pergi breakfast kat Maju Junction dengan Nida. Purbe pakai baju terbalik! Nida yang perasan. Terus dia pergi toilet salin baju. Lepas breakfast, kami lepak kat ofis Nida. Surf-surf internet dan berangan jadi boss. Boss Nida tak ada, aku pun melaram la dengan blazer dia dan duduk kat kerusi dia. (Masa sekolah rendah dulu, kat borang yang ada "cita-cita saya" tu, aku isi situ "BOSS" sebagai pilihan pertama.)

Mat Jan, Nida, Langsat surfing-surfing berangan jadi boss

Kerana Merdeka bukan sekadar bebas dari belenggu penjajah secara fizikal dan mental, tetapi juga bebas terkinja-kinja dan menjerit-jerit di malam 31 Ogos, maka malamnya kami pergi Konsert Ambang Merdeka di Putrajaya. Aku, Purbe dan Langsat pergi ambik Zaza, lepas tu berkumpul kat Projet Wangsa Maju. Jumpa Kurekure, ND, Lin, dan Mar. Mar tak join sekali pergi Putrajaya. Kat Putrajaya, kami jumpa Eisya, Iena dan Yaabbna.

Ada Amy Search, Radhi OAG, Zur Eda, M Daud Kilau, Rohana Jalil, Dahlan Zainudin, dan Norshila Amin.

Masa nyanyi lagu "Slumber", Radhi OAG ajak penonton nyanyi, tapi penonton tak respon. Radhi kata: "Jangan malu-malu, merdekakan kemaluan anda!"

Lepas tu masa nyanyi lagu P Ramlee, "Azizah", Radhi tak hafal lirik. Kejap ingat kejap lupa. Habis lagu, Radhi kata: "Shit! Sorry! Peace!"

Aku tahu dia mulut lepas, tapi kalau kat gig okaylah, penonton "baya-baya kita". Ini konsert awam, ada kanak-kanak, ada warga tua (IC kepala 6), tak sedaplah.

Di akhir konsert, keluar para model dan pelakon lelaki berpakaian seperti Tunku, Raja-Raja Melayu dan Pesuruhjaya British duduk macam hari 31/08/57. Lepas tu ramai-ramai countdown detik 12:00 tengah malam.

the crowd Amy Search Radhi OAG Zur Eda M Daud Kilau Rohana Jalil Dahlan Zainudin Norshila Amin model Raja-Raja Melayu

Kak Pnut, Salina dan Farihah sampai masa countdown.

Tiga Puluh Satu

Tepat 12:00 malam, ramai-ramai laung merdeka, dan bunga api pun ditembak-tembak. Kerana kita warga yang sayangkan negara, kita kotorkan negara kita. Lepas konsert, kita tinggalkan suratkhabar pengalas punggung, bekas minuman dan plastik jajan di atas tanah. Dan kita tinggalkan juga Jalur Gemilang di atas tanah, untuk dipijak-pijak, kerana kita warga yang patriotik. Merdeka!

bunga api bunga api lagi lagi-lagi bunga api lagi-lagi bunga api lagi bunga-bunga api sisa-sisa merdeka

Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau rajin bertanya pun, orang yang menjawab tu tak betul, sesat jugak! Masa nak keluar dari Putrajaya, kereta kami berselisih dengan kereta M Daud Kilau. Dia tanya kami jalan nak pergi KL. Kami pun bukan tahu sangat, tapi berlagak tahu. Tak tahulah si Kilau tu sesat ke mana!

Lepas tu kami pergi minum-minum kat belakang Maulana Foodcourt, Serdang. E1, Zai dan Tajul join kami kat situ.

Zaza, Purbe Yaabbna Lin Kurekure, Zai E1, ND

Siangnya, pergi memanah kat Maju Junction. Aku, Purbe, Langsat, Ana, ND dan Yaabbna. Jadi Robin Hood dan Rubina Huda (Robin Hood pompuan). Aku cakap kat Yaabbna: pukul 3 MELAYU. Pukul 3:15 dia dah sampai! Lepas tu komplen bila kami sampai dekat pukul 4:00. Kan aku dah kata pukul 3 MELAYU, yang kau datang pukul 3:15 buat hapa!

Ini pengalaman pertama aku memanah. Macam hampeh! Memang tak berbakat langsung. ND dan Yaabbna terror. Ada sekali tu anak panah aku tak terpacak kat board, tapi terpusing, kena board, dan melantun balik! Kena Ana kat belakang. Nasib baik tak terpacak kat jantung Ana. Tak kisahlah kalau Ana mati, tapi aku la pulak kena tukar nama jadi Arjuna (atau Cupid).

Hmm... tolong ingatkan aku untuk stick pada bowling.

the equipment first time pegang Mat Jan cubaan pertama cubaan kedua Purbe, Langsat, ND

Lepas tu, ronda-ronda kat Midvalley. Ada la pompuan tu kan, dia shopping kat Carrefour, dia suruh aku dan Purbe hangkut barang-barang dia. MANA HAK KAMI??? HAPUSKAN EKSPLOITASI LELAKI!!!

Malamnya, pergi Puduraya dan balik ke pangkal jalan.


TAMAT.

# MJ | Permalink


Tuesday, September 14, 2004

MAT JAN PERGI MELAKA


Pada hari Ahad yang silam, 05/09/04, Mat Jan pergi Melaka.

Mat Jan pergi Melaka dengan Abang Mior (Tauke Pajak), Kak Pnut, Najmi, Purbe, Mail, Yadziz, Yaabbna, Zhoulsz, Langsat, Nida dan Salina (lagu tema: Nor-sa-li-na ayamor, ayamor!). Kami pergi kenduri kahwin Fajar dan Anis (selamat pengantin baru ya!). Abang Mior pakai baju sama colour dengan pengantin. Kami semua ketawakan Abang Mior (rujuk gambar 2).

Lepas itu kami pergi Taman Buaya. Tapi Taman Buaya sudah tutup. Kami cuma bergambar-gambar dan berborak-borak di depan Taman Buaya (rujuk gambar 3 dan 4).

Lepas itu Mat Jan, Purbe dan Langsat pergi ke Melaka-Manipal Medical College (rujuk gambar 5). Kami jumpa Cik Wan, El dan Maya. Kami makan-makan di Restoran Subaidah (rujuk gambar 6 dan 7).

El tanya mamak: "Air jambu batu ada?"

Mamak jawab: "Ini semua batu la!" (mamak tunjuk gambar minuman-minuman ice-blended dalam menu).

Dia tak faham Bahasa Melayu agaknya. Dia ingat "batu" tu ais.

Lepas makan-makan, borak-borak dan bergambar-gambar, kami pun pulang ke kediaman masing-masing. Err, Mat Jan dan Purbe pulang ke Pnut Inn.

# MJ | Permalink


Thursday, September 02, 2004

BEBAS SEPERTI BURUNG


Palace of Justice, Putrajaya, di bawah sinar cahaya
(Gambar oleh: Zaza)

Akademik, Bukan Politik

Benda yang paling aku tak suka ialah dilabelkan "pro-itu" atau "anti-ini" bila kita bercakap tentang sesuatu isu, padahal kita bercakap atas landasan akademik, dan bukan landasan politik. Susahnya orang kita ini, tidak berfikiran terbuka, cenderung melihat sesuatu dari satu sudut saja (misalnya: sudut politik). Lihat dunia dari dalam tempurung, bukan dari mata burung.

Analogi mudah: kita belajar geografi, Singapura terletak di selatan Semenanjung. Tiba-tiba ada orang kata Singapura terletak di utara Semenanjung. Mesti kita tak setuju. Kita tak setuju bukan sebab kita anti orang itu. Kita tak setuju sebab benda tu tak betul. Kita tahulah, sebab kita belajar.

Samalah bila kita belajar undang-undang. Kita pertikaikan sesuatu kes bukan sebab politik. Bukan sebab kita anti sesiapa. Tapi sebab kita rasa ada sesuatu yang tak betul. Kita tahulah, sebab kita belajar.

Aku menyeru kepada diri aku dan sidang pembaca sekalian, sokonglah sesuatu berdasarkan isu dan bukan berdasarkan parti (atau kelompok). Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah, tak kira orang itu dari kelompok (atau parti) mana.

(Nota: saya budak baru belajar, kalau ada salah fakta harap peguam-peguam, atau tukang kapal selam, betulkan. Terima kasih.)

Liwat: Syariah Atau Sivil?

Constitutional issues yang dibangkitkan dalam kes Sukma Darmawan adalah: kes "liwat" perlu dibicarakan dalam mahkamah syariah atau mahkamah sivil?

Dalam enakmen jenayah syariah, ada kesalahan "liwat". Dalam Kanun Keseksaan ada kesalahan "seks luar tabie" (carnal intercourse against the order of nature). Enakmen jenayah syariah digubal oleh Dewan Undangan Negeri (undang-undang Negeri). Kanun Keseksaan pula digubal oleh Parlimen (undang-undang Persekutuan). Jika ada konflik antara undang-undang Negeri dan undang-undang Persekutuan, mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, the Federal law shall prevail and the State law shall be void.

Jadi, jika kesalahan liwat itu dilakukan di NEGERI (Johor, Kedah, Kelantan, etc), memang sahlah undang-undang Persekutuan (Kanun Keseksaan) yang digunapakai, dan kes itu perlu dibicarakan dalam mahkamah sivil. Masalahnya, orang tu dituduh melakukan liwat di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR dan bukannya di mana-mana NEGERI. Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan juga digubal oleh Parlimen, dan bukan Dewan Undangan Negeri. Maka ia juga adalah undang-undang Persekutuan. Ini bukan konflik antara undang-undang Negeri dan undang-undang Persekutuan. Ini adalah konflik antara DUA undang-undang Persekutuan!

Bila ada konflik antara dua undang-undang Persekutuan, yang mana satu kita nak pakai? Memang, Peguam Negara berhak menentukan di mahkamah mana sesuatu kes itu patut dibicarakan, tetapi biarlah ada asasnya. Buat apa belajar empat tahun di law school kalau tak amalkan ilmu yang dipelajari tu?

Hukum-hukum yang digunapakai bila ada konflik antara dua undang-undang yang sama level:

1) Special override general

"Liwat" adalah undang-undang yang special. Masuk batang ikut lubang belakang, maka liwatlah ia. "Seks luar tabie" adalah undang-undang yang general. Seks sesama jantina, seks dengan haiwan, seks dengan mayat, semua itu adalah seks luar tabie. Kalau ikut hukum ini, kita perlu pakai "liwat" (kes syariah).

2) Latter override former

Kanun Keseksaan adalah undang-undang pra-merdeka. Akta Jenayah Syariah adalah undang-undang yang baru digubal. Kalau ikut hukum ini, kita perlu pakai undang-undang baru (syariah).

Selain dua hukum di atas, Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan pun kata: mahkamah sivil "shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah Courts".

Tetapi, Peguam Negara yang bijaksana telah mengetepikan tiga asas di atas, dan memutuskan bahawa kes tersebut perlu dibicarakan di mahkamah sivil (bawah Kanun Keseksaan). Dia ada KUASA untuk menentukan di mahkamah mana sesuatu kes itu perlu dibicarakan, jadi dia gunakan kuasa itu. Ada ASAS atau tidak keputusan dia, itu tak penting.

Kenapa dipilih mahkamah sivil? Kalau dibicarakan di mahkamah syariah, awal-awal lagi kes itu kena tendang, sebab tak ada empat saksi mata. Kalau kes itu dibicarakan di mahkamah sivil, senang sikitlah orang tu nak disabitkan kesalahan, sebab tak perlu empat saksi mata. Nampak macam wujud tekanan Eksekutif terhadap keputusan itu. (Aku tak kata "WUJUD", aku kata "NAMPAK MACAM WUJUD". Wujud atau tidak, wallahu'alam.)

Beyond Reasonable Doubt

Seperti mana Sukma, Anwar Ibrahim pun dibicarakan di mahkamah sivil (Mahkamah Tinggi) dan bukannya mahkamah syariah. Dan kita masuk law school, kita belajar subjek Evidence, kes jenayah perlu dibuktikan "BEYOND REASONABLE DOUBT" (melampaui keraguan munasabah). Tertuduh adalah tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah. Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa. Pendakwa yang perlu buktikan tertuduh bersalah, dan bukannya peguambela yang perlu buktikan tertuduh tidak bersalah. Peguambela tertuduh cuma perlu suntikkan keraguan ke dalam kes pendakwa.

Tak payah lihat laporan media alternatif pun. Kita lihat dalam media arus perdana pun kita tahu kes pendakwa tak kuat. Banyak keraguan:

1) Tarikh pertuduhan ditukar sebanyak tiga kali. Tarikh pertuduhan terpaksa ditukar kerana Tivolli Villa, tempat Anwar dituduh melakukan jenayah, belum dibina lagi! Wah wah wah, masa rumah tu belum wujud lagi pun orang dah beromen di dalamnya.

2) Azizan, dalam kes pertama (salah guna kuasa) yang dihakimi oleh Augustine Paul, telah tiga kali membuat pengakuan bahawa beliau TIDAK diliwat oleh Anwar.

3) Saksi, ASP Zul Aznam, berkata Azizan pernah mengaku dengannya dia membuat tuduhan tersebut kerana wang. Hakim Ariffin Jaka menolak keterangan itu, atas alasan "tak munasabah". Hmm, mari kita lihat... sebelum kes itu Azizan kerja driver kepada Dr Wan Azizah, selepas kes itu Azizan jadi pengarah syarikat perumahan di Alor Gajah, Melaka. Wah wah wah... betullah... tak munasabahnya keterangan itu!

4) Mahkamah sivil tak perlukan empat saksi macam mahkamah syariah. Kuantiti saksi tak penting, yang penting kualiti saksi. Pun begitu, dalam beberapa situasi, keterangan sokongan (corroboration) diperlukan. Salah satu situasi itu adalah "kesalahan seksual" dan bentuk corroboration itu termasuklah kesan fizikal pada, err, lubang belakang dia. Tidak ada corroboration untuk menyokong dakwaan Azizan. Sukma Darmawan diuji dan doktor mengatakan dia TIDAK pernah diliwat. Azizan pula, TIDAK ada ujian forensik langsung sama ada beliau pernah diliwat atau tidak.

5) Hakim Ariffin Jaka menolak hujah alibi Anwar. Anwar berada di luar negara dalam semua tarikh beliau dituduh! Damn, seorang berada di luar negara, seorang berada di Malaysia, dan mereka boleh beromen! Wow, panjangnya! :P

6) Tilam. Tilam, material evidence yang diusung keluar masuk mahkamah itu, belum dibeli sebelum tarikh 4 Februari. Wah wah wah, masa tilam tu belum dibeli lagi pun orang dah beromen di atasnya!

Tak payah orang belajar law pun, orang belajar jurusan kapal selam pun tahu kes pendakwa meragukan! Tapi Hakim Ariffin Jaka bukan saja menerima hujah pendakwa, malah mengatakan hujah pendakwa "sekukuh Batu Gibraltar". Gibraltar pungkoq hang!

Dan Mahkamah Tinggi pun memutuskan Anwar bersalah. Antara episod paling sedih dalam sejarah Kehakiman negara. Di kalangan orang undang-undang, rata-rata berpendapat kes ini tak boleh dibuat rujukan. Tak ada nilai akademik, kata pensyarah. Dan law students pening kepala, "apasal belajar kat law school lain, tapi kat mahkamah lain?"

Lepas tu rayu kat Mahkamah Rayuan pun ditolak (masukkan lagu "Berhenti Berharap" di sini). Mahkamah Persekutuan adalah tempat terakhir rayuan. Keputusan 2-1 hari ini, memutuskan Anwar (dan Sukma) bebas, atas alasan pendakwa gagal membuktikan tertuduh bersalah beyond reasonable doubt. Aku tak dapat menahan dari tersenyum. Tak sabarnya aku nak baca full judgement dalam MLJ.

Perspektif Lain

Dari perspektif lain, keputusan hari ini mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada Kehakiman dan Eksekutif. Kehakiman dilihat bebas membuat keputusan without fear or favour. Eksekutif pula dilihat tidak memberi tekanan atau campur tangan terhadap tugas Kehakiman. Kerjaya politik Pak Lah sangat cerah.

Sekarang aku yakin, kemenangan di pihak yang benar. Cuma cepat atau lambat saja kita tak tahu.

# MJ | Permalink


ANWAR BEBAS



"Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari penjara. Keputusan 2-1 oleh panel tiga orang hakim telah meluluskan rayuan ke atas hukuman liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atasnya empat tahun lalu. Mahkamah juga membenarkan rayuan adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, dan mengetepikan hukuman penjara 6 tahun dan 4 sebatan terhadapnya."

MERDEKA!

# MJ | Permalink


Wednesday, September 01, 2004

GANGGUAN TEKSUAL



KAU TAK MUNGKIN JUMPA DIALOG INI DALAM PUTERI GUNUNG LEDANG ATAU PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM.

"Apahal pepagi buta ketok rumah aku?" Tanya Tok Bomoh.

"Sebelum jasad aku pula dihurung sang semut-semut kecil."

"Tiada kes rampasan yang saya lakukan hingga dihadap ke muka pengadilan."

"Doktor amik keputusan pecahkan ketubannya manually."

"Malangnya, semua kerani pergi keluar dan staf lain lalu depan pejabat aku ketika graviti memanggil punggungku."

"Bukannya ada Makcik Senah atau Makcik Limah bangun pukul 4 pagi uli kuprum untuk buat cipboard."

"Jika perempuan marah dan memanggil seorang lelaki sebagai 'jantan' itu sebenarnya merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai harganya."

"Anda masih ingat nama doktor yang melawat Nemo sewaktu di Akademi Fantasia."

"Ambil 20 ekor sudahlah, bawak ke makmal."

"Anak Berahim lah... tak kenal ke? Yang dulu basuh pinggan kat surau masa lepas moreh."

"Aku terlibat dalam kes pukul orang dalam bilik air bengkel jahit, tempat aku bertugas."

"Jadi, impian untuk menghasilkan 'cinta dalam botol' ini terpaksa ditukar haluan."

GANGGUAN TEKSUAL. RM5.00 SENASKHAH.

Stok terhad, siapa cepat dia dapat. Hubungi mereka jika kau mahu Gangguan Teksual:

JOHOR BAHRU: harimaujATyahooDOTcom. KUALA LUMPUR: sultanmuzaffarATgmailDOTcom, beruangmalayaATyahooDOTcom, pyzulATyahooDOTcom. MELAKA: fajarilATyahooDOTcom. BATU PAHAT: mah649AThotmailDOTcom. SUNGAI BULUH: miecreation78ATyahooDOTcom. KEDAH: syafizanATgmailDOTcom. KUANTAN: izalatifATyahooDOTcom. SELANGOR: vicenata2000ATyahooDOTcom, deadkafkaATyahooDOTcom, nett00ATyahooDOTcom.

(Sila tukar "AT" kepada "@" dan "DOT" kepada "." -- email ditulis sedemikian rupa untuk menipu spam-bot.)

# MJ | Permalink


 

JURING

KEMBARA: PANTAI TIMUR

WAWANCARA: KAMAL FILEMKITA

PUSAT PAYUDARA

KARIPAP

EDISI ILMIAH: MONARKI

KRITIKAN & STRATEGI MENDIAM

ANUGERAH BINTANG POPULAR

RADIO, DIABLOG & BANDWIDTH

DEBAR EXPLORACE

2005

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

2004

OKT NOV DIS
JUL OGO SEP
APR MEI JUN
JAN FEB MAC

kronisme & nepotisme

ayah | kak | kutet | lan | moza | nat et al | pika | pnut | purbe | tokei pajak | zumir

favouritisme

jones | naga | tok rimau

yang aku sudah jumpa

abrar | addeen | adipujangga | ady | adzlin | ahsuez & samurai | airiz | amyz | ana | anne | aqil | atoi | attokz | awin | ayares | ayob | ayue | azidin | azra | basri | bean | begtangan | blueshades | bp | buttet | ceqtie | cik daun | cikgu midad | ciklina | ct cute | ctzie | d'arkampo | din | din | dobot | dodah | dona | e-1 | easy | ebb | eeda | eisya | el | elaira | elmaaniq | emma | encik khairul | ep | esis | fairy | fajar | firdaus | fuad | hana | hanya sayang | hayazi | hazman | idzwan | irja | iwan | izwan | jigo | kaezrin | kak g | kak ungku | kak zar | kelambu | khalil | kurekure | langsat | lapan | mak andeh | mal | mar | marilyn | maya | mba | meer | melor | mely | mie | mizi | mukeh | mushroom | mya | mydinz | nadhra | nana | nazmi | nazrol | nd | nesloice | nic | nida | nile chem | nina | nis | op | pak bear | pakdi | petz | queen | rafthah | rainbow | rudy | saharil | salina | sayangmama | sera | shah | spyz | sri diah | sultanmuzaffar | superdiman | suraya | syati | syeikh | syida | tembam | tini | tipah | tudung purple | vovin | waiem | wakdin | walids | wanda | yaabbna | yadziz | yong | zamry | zaza | zhoulsz | zira | zuraen | zurie

yang aku belum jumpa

1kHz | aan | abe | adah | adreen | aeyjay | afiz | aida | aiman | ain | akhi | akhifaizul | akira | alan | alangz | aliss | alqas | ame | ame | amoy | ana | anis | anje | aquazero | arisya | artgal | atrco | auntie yan | ayon | azila | azri | azrinda | baiti | banai | bangchik | bayah | belacans | bigg | bintang hati | book | breevandekamp | buaya69 | caza | cenangau | cikzam | cj | crimsonskye | dato' seri | delamyra | dhani | dinstkd | dyan | dyana | elf | embam | emma | engku | erman | etake | fadz | faizal | fengh | fer | fiebie | fieza | firdaus | fnd | gnela | goreng pisang | gunx | hairi | halz | hazirah | helmi | herokewl | hezzy | hozair | huzaimi | i-nie | icesoul | ida | idzareez | iemah | infernoblitz | inmind | insperasi | jackal | jiwarasa | jolene | kak long | kak ngah | kak wynn | kambing | kapcai | kecik | khairi | kieli | kingbinjai | kopytiam | kudo | kuntum | lalat | laydiefa | lela | lifeaku | lin | liyanna | lokman | manjalara | mayameera | menj | mensh | micheal ooi | missorchid | miss piggy | mizan | ms d | muring | mystrique | nad | nadia | nadjwa | nana | narweck | nectar | neohikayat | nettnadia | nizam zakaria | nonie | nuckelhead | onepolar | oraet | pegawai khalwat | penyangak | perswis | poetryarts | pipiet | pokku | primarybasic | rasso | rauhunt | reen | rjuna | romzi | ronn | sayuti | sekatil | selendangbiru | sempoii | serilangkat | sha | shahnon | sharizal | shay | sherrina | shin shin | shuq | sifoosains | soraya | spiral | sri diah | srox | strawberryz | sufian | suhaila | sumie | susan | suzie | syanana | syazha | therion | thumb | tim yohannon | tuan tanah | uculer | uipts | viz | wadi | wani | wawa | wynn | xes | yatt | yuseri | zakzak | zaza | zulhabri

Geng Jurnal

Hakcipta © 2000-2006 Mat Jan. Semua hak terpelihara.