Friday, August 27, 2004
GRADUASI
Lagu: Graduation (Vitamin C). Lirik: KLIK SINI.
Klik gambar kecil, keluar gambar besar:

KETERANGAN GAMBAR:
1) Sekolah saya.
2) Ijazah LLB saya. (Hampa belajaq rajin-rajin na Cik Wan, kami nak tengok MBBS hampa pulak.)
3) Ijazah yang sama. Versi Bahasa Inggeris.
4) Gambar studio #1.
5) Gambar studio #2.
6) Dari kiri: Adli, Mat Jan, Fazira dan Anuar.
7) Berdiri kat tanda X.
8) Bersalam dengan Pro-Canselor, Tan Sri Abdul Rahman Arshad.
9) Ambil skrol dan ucap terima kasih.
10) Bergambar ramai-ramai. Nota: mula-mula nak bergambar tiga orang saja (aku, Nash dan Reeva), tiba-tiba ramai serbu.
11) Bergambar ramai-ramai lagi.
12) Mak dan ayah.
13) Ana bagi bunga. Yay!
14) Adli: "Aku tak dapat bunga pun, sob sob!". Mat Jan: "Nah, pinjam bunga aku!". Adli: "Yay!". Nota: Adli adalah orang pertama aku kenal di Universiti (satu bilik masa orientasi).
15) Mar, Presiden MJFC (Mat Jan Fan Club), hadiah empat buku: Buffalo Afternoon, Unholy Alliance, Rice dan 3 NBs of Julian Drew. Yay!
Gambar akan ditambah sekiranya kawan-kawan saya emailkan gambar-gambar dalam kamera mereka. Sekian terima kasih.
# MJ | Permalink
Friday, August 20, 2004
THE BEST MEDICINE
Jumaat 13/08/04. Pergi melawat Pika dengan Owin dan adiknya Nabila. Jumpa ayah dan mak Pika di hospital. Kemudian abang, nenek dan anak-anak saudara Pika datang. Lepas tu Sha dan boyfriend-nya Jai tiba. Pika, walaupun tak dapat gerakkan badan sebelah kanan, boleh bangkit duduk dengan menarik besi kandang katil dengan tangan kirinya. Dia boleh bercakap, tapi nampak sukar, terpaksa bersusah-payah untuk ucap satu-satu perkataan.
Pika boleh makan berkunyah, disuap orang, tak perlu disalur dengan tiub. Tapi kunyahannya perlahan. Sangat perlahan.
Owin: "Wah Pikaaa... sopan-santunnya kau makannn..."
Mat Jan: "A'ah... ni kalau orang tua tengok ni mesti buat menantu..."
Tersembur makanan dari mulut Pika. Dia ketawa!
Mungkin lawak kami kejam. Mempersenda orang sakit. Tapi melihat Pika ketawa, aku tak rasa berdosa.
Melihat sahabat ketawa adalah nikmat yang tak terhingga.
PAHAT BERBUNYI
Sabtu 14/08/04. Selepas beratur panjang untuk mengambil jubah, aku ke Putrajaya. Rumah Abang Mior dan Kak Pnut. Kalau ada sumur di ladang, boleh aku menumpang mandi. Kalau ada ASTRO di rumah, boleh aku menumpang tengok final Akademi Fantasia. Bukan aku seorang rupanya. Spyz datang dengan Kak Shila dan anak-anak mereka. Toksik datang dengan Cik Daun. Nazmi pun tak ketinggalan. Sebagaimana aku enjoy komen pengkritik kedua -- Mamat Khalid, aku juga enjoy komen pengkritik keempat -- Kak Pnut.
Semua finalis AF berbakat. Yang dapat nombor enam malam itu pun lebih hebat daripada yang Juara Bintang RTM tahun ini. Berkata benarlah walaupun ia pahit, vokal paling power malam itu: Bob masa nyanyi Cinta Seorang Teman. Tak, aku tak pertikai siapa layak siapa tidak, sebab semua orang sedia maklum ini bukan pertandingan vokal semata-mata. Jadi kenapa nak emosi? Tapiii... kalau sampah recycle itu tak adaaa... mesti Farah dapat nombor tiga!!! Cisss!!! (Eh, ter-emosi pula aku :p)
Farah, walaupun kau nombor empat di AF, kau tetap nombor satu di hatiku. Breep breep!
Ada satu benda namun, yang aku tak puas hati. Di akhir rancangan, finalis-finalis AF pakai jubah graduasi. Damn, aku belajar empat tahun baru dapat pakai jubah tu! Mereka belajar 10 minggu saja! Tak aci, tak aci!

Finalis AF1 ada yang jadi model iklan. Macam Vince -- iklan tuala wanita Kotex. Dan Khai -- iklan handphone Panasonic. Aku meramalkan finalis AF2 pun akan ikut jejak langkah senior mereka. Aku tak pasti iklan apa yang Zahid atau Adam akan jadi model. Tapi Linda, aku tahu iklan apa yang sesuai -- KEMPEN KITAR SEMULA!!!
Makcik Beli Ikan: Setiap tahun kita buang bertan-tan kertas, kaca dan plastik. Kita patut kitar semula.
Makcik Beli Sayur: Apa? Sampah yang dibuang boleh dikitarsemula?
Linda: Ya makcik, sampah yang DIBUANG boleh dikitarsemula. Boleh dapat number dua lagi!
KITAR SEMULA. JANGAN CAKAP SAJA.
# MJ | Permalink
Wednesday, August 18, 2004
TANGGAL 22
(Aku telah mencipta sebuah lagu berjudul "Tanggal 22". Sila nyanyi dengan penuh semangat patriotik.)
Tanggal dua puluh dua, bulan lapan, dua ribu empat Hari yang mulia, hari bahagia, sambut dengan jiwa yang gembira Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai sambut Mat Jan konvokesyen KONVOKESYEN!
Dua dua, bulan lapan, dua ribu empat Hari mulia, Mat Jan konvokesyen Konvokesyen... Konvokesyen... Konvokesyen... KONVOKESYEN!
# MJ | Permalink
Wednesday, August 11, 2004
AFUNDI MAT JAN
# MJ | Permalink
Sunday, August 08, 2004
KUDUNG TANGAN KANAN
Minggu lepas aku chat dengan dia di YM. Bersungguh-sungguh dia bercerita tentang teater "Mayat" arahan Ijat yang baru ditonton di Unisel.
Pika mengingatkan aku pada Mat Som. Watak penulis sambilan karya Lat. Seperti Mat Som, Pika ada "Pak Samad"-nya: Rom di ROTTW, serta Khalid Jaafar dan Mustaqeem di IKD. Kalau Mat Som mendengar puisi tengah padang dengan Tongkat Waran dan konco-konconya, Pika pula dengan APUKE (Acara Baca Puisi Keliling) bersama Komunite Seni Jalan Telawi. Mat Som penulis sambilan di akhbar, Pika di majalah dan tabloid. Tulisan Pika keluar dalam Tamadun, Siasah, Akhbar Mahasiswa, Al-Islam, dan ROTTW. Cumanya, Mat Som ada Yam, Pika belum bertemu Yam-nya.
"Hang tak mau tulis teater pulak ka? Mintak Ijat arah," aku tanya Pika. Ijat, kawan kami, pensyarah kejuruteraan di sebuah IPT, juga dua kali Pengarah Terbaik Pekan Teater Johor. Kami kenal Ijat ketika selalu lepak di cyber cafe Amang. "Ada dalam perancangan. Teater aku tu bertajuk 'Penulis Kudung Tangan Kanan'," jawab Pika.
Tak. Bukan kisah penulis yang kudung tangan kanan secara fizikal. Tetapi kisah penulis berhaluan kiri.
Baru-baru ni aku dapat khabar sedih dari Zumir. Pika masuk wad. Kalau aku sebut apoplexy atau CVA (cerebrovascular accident) kau mungkin ternganga, jadi aku sebut angin ahmar atau stroke. Pika kena stroke.
Bayangkan kau, seorang yang aktif, tiba-tiba pada suatu pagi bila terjaga dari tidur, kau dapati sebelah kanan badan menjadi berat. Kau tak berdaya menggerakkan tangan atau kaki kanan. Sebelah kanan tubuh kau lumpuh.
Kau masih sedar dan faham percakapan orang, tapi tak berupaya melakukan aktiviti harian seperti memakai baju, makan, mandi dan ke tandas. Semalam kau boleh berdikari, hari ni kau bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.
Stroke berpunca daripada arterosklerosis. Kepada mereka yang bukan adik doktor, "arterosklerosis" itu bermaksud pembuluh darah yang membawa oksigen dan nutrien ke otak tersumbat, atau pecah. Ini menyebabkan bekalan darah ke otak terputus dan sel-sel otak menjadi rosak.
Bila sel-sel otak rosak, fungsi otak terjejas. Otak tidak boleh menerima atau menghantar pesanan daripada atau kepada anggota lain. Kau lumpuh separuh badan dan pertuturan kau tak jelas. Orang yang menghidap sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis serta orang yang merokok berisiko diserang stroke.
Empat tahun aku tinggal serumah dengan Pika di Shah Alam. Pika memang sakit jantung. Dia sering mengadu rasa lemah, letih dan pening kepala. Bagaikan tajuk teater dalam perancangannya - "Penulis Kudung Tangan Kanan" - begitulah keadaan Pika sekarang. Pika lumpuh sebelah kanan dan hanya mampu menggerakkan anggota badan sebelah kiri.
Pika, aku harap kau sabar menempuh dugaan ini. Tuhan bersama orang-orang yang sabar. Aku di Kedah, belum berkesempatan melawat kau. Tahu keadaan kau pun dari mereka-mereka yang sudah melawat kau. Minggu ini aku ada urusan di Shah Alam. Sudah pasti aku akan ke Hospital Kelang melawat kau.
Hanya simpati dan doa dari aku. Semoga kau cepat pulih. Amin.
# MJ | Permalink
Thursday, August 05, 2004
JIN & JAN
Aku baca fakta-fakta tentang Jin di blog Ana. Dan ini salah satunya:
"Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya."
Aku: Ooo... Jan itu Bapak Jin. Aku nak tukar namalah. Nama Jan tu tak elok. Aku tak nak pakai nama Mat Jan lagi.
Saroni: Kau nak pakai nama apa?
Aku: Mat Jin.
TIN MAKAN BISKUT
SMS Tok Rimau: "TV1 - saluran infotainment anda - uwek! Abis BM. Harapkan tin, tin makan biskut."
PIKA
Zumir beritahu aku Pika kena stroke dan masuk wad. Semoga cepat sembuh.
# MJ | Permalink
Tuesday, August 03, 2004
TAKRIF MELAYU
Malay Orang Melayu ("Malay People") any member of an ethnic group of the Malay Peninsula and portions of adjacent islands of Southeast Asia, including the east coast of Sumatra, the coast of Borneo, and smaller islands that lie between these areas. The Malay speak various dialects belonging to the Austronesian (Malayo-Polynesian) family of languages...
-- Encyclopaedia Britannica Malay n [obs. D Malayo (now Maleier), fr. Malay Melayu] (1598) 1: a member of a people of the Malay Peninsula, eastern Sumatra, parts of Borneo, and some adjacent islands 2: the Austronesian language of the Malays -- Malay adj -- Ma.lay.an n or adj
-- Merriam-Webster's Collegiate Dictionary "Malay" means a person who professes the religion of Islam, habitually speaks the Malay language, conforms to Malay custom and -- (a) was before Merdeka Day born in the Federation or in Singapore or born of parents one of whom was born in the Federation or in Singapore, or is on that day domiciled in the Federation or in Singapore; or (b) is the issue of such a person;
-- Perlembagaan Persekutuan "Engko celup rambut warna kuning ke, pakai contacts warna biru ke, cakap omputih slang Amerika walaupun baru pergi belajar 3 tahun kat sana ke, one thing for sure: PUNGGUNG TETAP HITAM! Itu namanya orang Melayu..."
-- Mak Andeh
# MJ | Permalink
Monday, August 02, 2004
GMAIL LAGI
 Gmail... by Google... BETA. Mat Jan: Ooo... patutlah aku tak boleh access Gmail...
Barmawi: Apasal?
Mat Jan: Versi BETA!
Barmawi: Versi BETA tu apa?
Mat Jan: Versi BETA tu untuk raja-raja. Kita rakyat biasa kena guna versi PATIK.
LAGI-LAGI GMAIL
Bukan semua orang boleh pakai Gmail. Cuma insan-insan terpilih. The chosen few. Dia cuma offer pada pengguna Blogger. Dan pengguna Gmail pula boleh recommend pada tiga orang sahaja. Ini privilege. Benda eksklusif. Kita patut rasa bangga. Rasa bertuah.
Takkk!
Gmail adalah produk beta. Produk yang belum siap sepenuhnya. Masih ada pepijat (bugs). Sebab tu aku (dan Kak Long) dapat skrin putih selepas login. Sebab tu Amyz tak dapat attachment yang dihantar ke Gmail dari email pejabatnya.
Jadi, lain kali kita dipilih untuk menggunakan produk beta, jangan bangga dulu. Kita bukan insan-insan terpilih. Kita adalah TIKUS-TIKUS terpilih. Kita ibarat tikus-tikus makmal yang digunakan sebagai bahan eksperimen. Mereka perlukan feedback dari kita, tikus-tikus makmal ini, untuk improve produk mereka.
Oh, celakanya kita. Tikus-tikus yang hina. Sekian terima kasih.
# MJ | Permalink
|