Saturday, July 31, 2004
THE G FACTOR
 Penat melihat indikator ini, aku beralih dari Hotmail ke Gmail.
Gmail menawarkan 1 GIGABYTE ruang email. Ya encik, 1 gigabyte = 1,000 megabyte. Itu 500 kali ganda kapasiti Hotmail! Cuba bayangkan berapa banyak email dengan multimedia attachment yang aku boleh simpan? Untuk memanjangkan kisah yang pendek, attachment itu termasuklah gambar, klip audio, klip video, porn, PowerPoint presentation dan fail PDF.
Dan ruang yang besar juga bermakna inbox akan lambat penuh akibat dilimpahi spam (email sampah).
Dulu inbox aku penuh setiap DUA HARI, kerana dilimpahi BERATUS-RATUS spam. Kini tidak lagi. Terima kasih kepada ruang besar Gmail, sekarang inbox aku penuh setiap DUA HARI kerana dilimpahi BERIBU-RIBU spam! Woohoo... lebih banyak tawaran viagra, penile enlargement programme dan diploma for sale untuk aku pilih!
Selain faktor ruang, aku beralih kepada Gmail kerana "faktor G".
G dalam Gmail bukan hanya untuk GOOGLE (syarikat yang menyediakannya) atau untuk GIGABYTE (ruang yang ditawarkannya). Malah G itu juga, pada aku, untuk GRADUATE kerana aku mula menggunakan Gmail setelah aku bertukar status dari seorang pelajar ke seorang GRADUAN.
Dan menurut Marilyn, G itu juga untuk GEMUK dan GATAL. Kerana selepas grad, aku akan makan-tidur setiap hari sepanjang tempoh pengangguran, lalu menjadi GEMUK. Dan selepas grad juga, selain mencari kerja, aku mungkin GATAL mencari... ya, satu lagi faktor G -- GIRLFRIEND.
Lan menuduh aku memilih Gmail kerana G untuk GAY. Itu tidak menghairankan, kerana pada gay seperti Lan, semua orang adalah gay. (Dan selama ini kau ingat watak "sayang" dalam blog Lan tu seorang perempuan? Hah!)
Aku bahagia bersama Gmail. Sehinggalah 25 Julai 2004.
Sebelum siapa-siapa tuduh aku sombong kerana tidak membalas email, baik aku jelaskan. Sejak beberapa hari lepas, AKU TAK BOLEH AKSES EMAIL AKU. Bila aku login, aku akan nampak kalimah "loading..." diikuti dengan skrin putih. Kosong.
Sekarang aku rasa G dalam Gmail adalah untuk GERAM, kerana aku rasa geram setiap kali login aku hanya menikmati skrin putih. G dalam Gmail adalah untuk GANGGU, kerana emosi aku terganggu bila tak dapat baca dan balas email.
G dalam Gmail adalah untuk GILA BABI, GAMPANG, GODDAMN dan GOBLOK.
Sekian terima kasih.
# MJ | Permalink
Sunday, July 11, 2004
WISMA MAT JAN
Klik gambar di bawah untuk gambar yang lebih besar:

Dekat-dekat dengan Kampung Baru. Belakang Bank Pembangunan & Infrastruktur. (Gambar ihsan Spyz)
Kau boleh baca tak tulisan jawi dia tu?
# MJ | Permalink
Friday, July 09, 2004
HAI ENCIK POLIS, APA KHABAR?

(Polis baca blog aku pukul 1:02 pagi tadi.)
# MJ | Permalink
|